Anda di halaman 1dari 10

Analisis isu dan cabaran semasa

dalam mewujudkan suasana


pembelajaran abad ke 21
Disediakan oleh :
Akmal bin Idrus
Muhamad Nuh bin Kasmuri
Pengenalan
• Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk
menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik
darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik.
• Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru
menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta
maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan
dengan perkembangan semasa.
• Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan
perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum)
dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan
dengan keperluan semasa dan akan datang
Peningkatan Kualiti Pendidikan
• Penekanan terhadap aspek pembangunan sahsiah
diri dan pemikiran aras tinggi
• Selaras hasrat yang terkandung dalam FPK untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan
• Penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum :
nilai murni disisipkan melalui semua mata
pelajaran dan diperkukuhkan melalui kegiatan
kokurikulum dan pembentukan budaya yang positif
• Hendaklah selaras dengan perubahan dan
perkembangann teknologi yang begitu pesat

“Pada abad ke-21, kemahiran yang perlu ada untuk berjaya


adalah keupayaan mereka untuk bekerja secara berpasukan
dan kolaboratif, kreatif dan imaginatif, berfikiran kritis dan
mampu menyelesaikan masalah. Dalam konteks negara kita
anak-anak juga perlu diterapkan dengan nilai dan etika serta
identiti nasional supaya seimbang ilmu dan akhlak mereka”
– Datuk P Kamalantahan

• Sistem pendidikan yang luwes (mudah disesuaikan)


dibangunkan bagi menyediakan murid dengan lalu
pendidikan yang bersesuaian dengan bakat, minat dan
gaya pembelajaran masing-masing
Bersedia melaksanakan
sebarang perubahan
• Semua guru dan pemimpin sekolah perlu dedikasi dan
mempunyai iltizam serta bersedia untuk melaksanakan
sebarang perubahan yang membawa kebaikan kepada
murid-murid
• KPM telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21
secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan
keseluruh negara mulai 2015
• Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan KSSM
merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad
ke-21 seperti yang dihasratkan KPM mulai tahun 2014,
iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025)
Pembelajaran menjurus ke arah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
• KBAT - keupayaan untuk mengadaptasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu
• Masih terdapat guru yang menggunakan kaedah
tradisional dalam PdP
• Penggunaan kaedah berpusatkan guru – Chalk and talk
• Guru mementingkan pengajaran berlandaskna
peperiksaan menyebabkan murid tidak berpeluang
menguasai kemahiran berfikir aras tinggi
• Pencapaian cemerlang murid dalam peperiksaan lebih
dipentingkan sehingga guru-guru hanya memfokuskan
soalan-soalan peperiksaan kepada murid
• Penglibatan murid yang kurang memuaskan – cabaran
yang dihadapi guru oleh murid yang pasif ialah apabila
mereka tidak mengeluarkan idea mereka semasa
perbincangan dan lebih cenderung untuk mendengar
pendapat orang lain
Transformasi Profesion Keguruan
• Anjakan keempat PPPM 2013-2025 : Transformasi
Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
• Kementerian mengetatkan syarat kemasukan ke latihan
perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas
daripada kelompok pelajar cemerlang meyertai profesion
keguruan
• Bagi guru yang sudah berada dalam sistem, kementerain
akan mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan
guru-guru dengan melaksanakan program pembangunan
kerjaya secara in-situ di sekolah
• KPM akan memastikan guru memberikan tumpuan
kepada fungsi teras pengajaran dengan mengurangkan
beban pentadbiran, memperluaskan laluan kerjaya guru
untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar
bidang khusus serta mempertimbangkan untuk
mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan
penguasaan kecekapan guru

Anda mungkin juga menyukai