Anda di halaman 1dari 35

Enam Aspirasi

Murid Dalam
Pelan
Pembangunan
Pendidikan
Malaysia (PPPM)
Apa itu PPPM ?
● Nama penuh PPPM ialah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
● Pelan ini mula diperkenalkan pada tahun 2013 selama 13 tahun
sehingga tahun 2025.
● PPPM dibangunkan dengan menilai prestasi semasa sistem
pendidikan negara serta mengambil kira pencapaian lampau
dalam pendidikan dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa.
Jadual Kandungan

01 02 03 04
PENGETAHUAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN
BERFIKIR MEMIMPIN DWIBAHASA

05 06
ETIKA DAN IDENTITI
KEROHANIAN NASIONAL
Implikasi terhadap Murid

01 Pengetahuan
- Memupuk nilai untuk diri, masyarakat dan negara
- Diseimbangi dengan kemahiran pemikiran kreatif, inovasi,
penyelesaian masalah, dan kepimpinan serta disejajarkan
dengan kemahiran pembelajaran abad ke-21
- Berpeluang mendapatkan maklumat dan pengetahuan
dalam bidang lain seperti seni, muzik dan sukan
- Melahirkan murid yang serba boleh
- Meneroka dan membina pengetahuan dan kemahiran
baharu untuk menambah nilai diri sendiri
Implikasi terhadap Guru

01 Pengetahuan
- Meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran berkesan
- Dilengkapi dengan kemahiran pedagogi bersifat holistik serta
kreatif dan inovatif
- Bersikap terbuka kepada pembelajaran
- Menambah baik amalan profesional secara berterusan dan
mengamalkan pembelajaran
- Jenis aspek pengetahuan:
Pengetahuan prosedural, pengetahuan faktual, pengetahuan
konseptual dan pengetahuan metakognitif
- Menjalankan PdP setanding dengan negara lain
Implikasi terhadap Latihan Guru

01 Pengetahuan
- Dilatih dengan pendekatan pengajaran dan
pentaksiran alternatif seperti pembelajaran
berasaskan projek dan pentaksiran berasaskan
TMK
- Ijazah mereka lebih universal dalam
meningkatkan kebolehpasaran
01 Pengetahuan Implikasi terhadap pemimpin
sekolah

● Menetapkan hala tuju dengan mengikuti isu semasa pendidikan


● Selain itu, pemimpin tidak lagi bergantung kepada satu pilihan
sahaja dalam membuat keputusan.
● Pemimpin juga perlu mempersiapkan diri daripada segala aspek
agar dapat mengadaptasi apa juga keadaan dalam dunia yang
sentiasa berubah.
Implikasi terhadap
01 Pengetahuan Kurikulum sekolah
Merangkumi aspek kurikulum iaitu kandungan dan seperti berikut (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2016)
a) Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa menghadapi cabaran ke-21.
b) Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan perkembangan dan
pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran dalam PdP dilaksanakan dalam bentuk
sumatif dan formatif. Guru mentaksir sejauh mana murid menguasai standard
pembelajaran dengan merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan.
Perkembangan dan pencapaian sebenar tahap penguasaan murid direkod dan
dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa.
01 Pengetahuan Implikasi Terhadap Kurikulum

Kurikulum Pendidikan Khas


PPPM turut memberi fokus kepada murid berkeperluan khas di mana mereka mempunyai
hak dan kedudukan yang sama seperti murid yang lain.

Tiga cabaran utama: Masalah pendengaran


Masalah pembelajaran
Masalah Penglihatan

Beberapa mata pelajaran dalam pendidikan khas telah diubah suai dan ditambah lagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan
murid-murid berpendidikan khas ini.
Implikasi terhadap
01 Pengetahuan pengurusan sekolah

Bagaimanakah sekolah menguji tahap pengetahuan terhadap murid-murid?


PEPERIKSAAN AWAM
Kesannya,Sekolah akan membahagikan anak-anak ke dalam beberapa kelas
mengikuti kelemahan keputusan murid
Hal ini bertujuan untuk menyesuaikan anak dengan cara pembelajaran yang
berkesan dan membentuk persaingan antara murid

Selain itu, sekolah perlu membekalkan sumber penggunaan dalam pembelajaran


murid seperti perpustakaan. Perpustakaan perlu merangkumi pelbagai jenis murid
untuk memenuhi keperluan murid untuk belajar.

Kalau satu murid tidak mempunyai pengasasan ilmu yang kukuh, murid tidak dapat
memupuk nilai diri dan tidak akan mempunyai pandangan jauh untuk menyumbang
diri kepada negara.
02 Kemahiran Berfikir
Implikasi terhadap murid
- Mempersiapkan murid agar berupaya bersaing pada peringkat global
- Mempunyai semangat ingin tahu
- Menghubung kait pelbagai pengetahuan
- Membina pengetahuan baharu
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan penaakulan
- Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
02 Kemahiran Berfikir
Implikasi terhadap guru
- Guru menguasai pengetahuan dan - Meningkatkan soalan aras tinggi
kemahiran berfikir untuk membimbing - Menggunakan aktiviti pemikiran aras tinggi
murid menguasai kemahiran berfikir dalam buku teks
- Mewujudkan suasana yang dapat - Pembelajaran berasaskan projek
menggalakkan pemikiran kritis dan - Menggunakan alat perta (peta minda,
kreatif i-Think)
- Mengetahui cara menilai kemahiran
berfikir murid
Jika guru tidak mempunyai kemahiran berfikir,
- Mempunyai kemahiran mengajar yang
maka pengajaran yang berkesan tidak dapat
efektif bagi memudahkan aktiviti dan dilaksanakan dengan baik. (Muhammad Talhah &
dapat melaksanakan Pdp yang Mohd Aderi, 2016)
berkesan
02 Kemahiran Berfikir
Transformasi merangkumi aspek kurikulum iaitu pedagongi dan
seperti berikut (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016)

a) Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam


melalui pendekatan PdP yang berasaskan KBAT. Fokus
diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian
masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif,
pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM.
02 Kemahiran Berfikir
Proses Pengajaran dan Pembelajaran(PdP)

Menurut (Kalchman, 2011), proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dapat membentuk
kefahaman Matematik Tambahan yang menyeluruh kepada murid, iaitu mereka seharusnya
mampu menzahirkan kefahaman mereka dalam situasi yang berbeza dan berkomunikasi secara
bertulis ataupun lisan dengan yakin tentang kefahaman tersebut. Murid perlu dididik agar dapat
menguasai KBAT. Apabila pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan mementingkan
keseimbangan antara pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran mengaplikasi maka
seharusnya asas matematik menjadi kuat untuk dikuasai oleh murid (Faridah & Mohini, 2006). Ia
juga secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Murid
yang berfikir bagaimana menyelesaikan masalah dengan menggunakan segala pengetahuan
matematik yang mereka ada melalui pemikiran kritikal (Kazuhiko Nunokawa, 2006)
03 Kemahiran Memimpin
Implikasi terhadap murid
- Meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan
- Mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri
- Membuat pelaburan daripada sumber sendiri
- Terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan
- Membangunkan cara berfikir yang konstruktif
- Mampu menghadapi rintangan
- Berkeupayaan mencipta dan memanfaatkan peluang
- Memiliki daya tahan dan daya saing yang kukuh, kompeten serta berkebolehan menghadapi
- Mengadaptasi persekitaran ekonomi global dan sosial yang berubah
03 Kemahiran Memimpin
Menurut Norashikin et. al (2013), kepimpinan guru merupakan suatu proses keupayaan
kepimpinan dalam kalangan guru yang diterjemah melalui amalan tingkah laku sama ada di
luar dan di dalam bilik darjah atau sekolah yang memberi manfaat kepada organisasi, murid,
guru dan rakan sekerja demi mencapai matlamat guru.
Implikasi terhadap guru
- Memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi dan berkesan (kematangan, keikhlasan, kejujuran,
keyakinan diri dan lain-lain)
- Meningkatkan perkongsian ilmu profesionalisme iaitu memberi tunjuk ajar berkenaan dengan
kemahiran dan teknik pengajaran
- Berani mengetengahkan apa yang betul untuk kepentingan pendidikan dan murid
- Mempunyai kemahiran memimpin yang baik dapat menjalankan amanahnya dengan baik
- Berupaya menjadi mentor terhadap murid dalam usaha melatih, menyokong, memberi
bimbingan dan maklum balas dalam membentuk keperibadian murid melalui aktiviti
- Membentuk suasana pendidikan yang berkesan bagi melahirkan murid yang dihasratkan
03 Kemahiran Memimpin
Implikasi terhadap pemimpin sekolah
- Menubuhkan kelab usahawan
- Penerapan ilmu keusahawanan dalam kurikulum institut pengajian tinggi
- Menganjurkan seminar keusahawanan
- Menjana kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi negara
- Melantik sebagai pengawas sekolah. Segentilir yang lain akan dilantik sebagai ketua kelas,
pemimpin rakan sebaya
- Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti
03 Kemahiran Memimpin
Implikasi terhadap latihan guru
- Keterampilan sebagai pemimpin instruksional dan pemimpin organisasi akan dipertingkatkan
- Berperanan sebagai peneraju perubahan
03 Kemahiran Memimpin
Kurikulum sekolah yang digubal dapat membentuk orang yang
berketrampilan. Di sini, saya memberikan satu contoh jenis
keterampilan iaitu keterampilan komunikasi di bawah ciri kemahiran
kepimpinan murid.
Murid yang berketerampilan dalam komunikasi dapat memberikan
pendapat dan hasrat secara lisan dengan jelas.
Contohnya, murid akan
Kesannya, interaksi sosial dapat diwujudkan
Implikasi terhadap Murid

04
Kemahiran Dwibahasa
- Murid menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa
komunikasi antarabangsa
- Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan
berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing
kepada semua
Implikasi terhadap Murid

04
Kemahiran Dwibahasa
- Bekerjasama dan berkomunikasi secara
berkesan dengan rakan
- Murid yang menguasai kemahiran bertutur
dalam pelbagai bahasa memberikan nilai
tambah
- Mampu duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi untuk bersaing
- Membolehkan murid-murid bersosialisasi
merentas sempadan budaya dan etnik
- Menyumbang kepada pemupukan
kerjasama dan komunikasi pada peringkat
global
Implikasi terhadap Guru

04
Kemahiran Dwibahasa
- Meningkatkan tahap penguasaan kedua-dua
bahasa tersebut
- Mengeratkan hubungan antara murid yang
berbilang kaum seperti kaum Melayu di
sekolah
05 ETIKA DAN KEROHANIAN
Implikasi terhadap murid

Set prinsip
1. Berani menghadapi cabaran 1. Kerohanian
masa depan 2. Integriti
2. Menyelesaikan konflik secara 3. Tanggungjawab sivik
aman, membuat keputusan
yang wajar dalam situasi - Membentuk watak dan sahsiah murid yang berilmu
- Memiliki kualiti amanah dan amal yang tinggi
kritikal
- Menyelesaikan konflik secara harmoni
3. Mempunyai keberanian - Bijak membuat pertimbangan
melakukan apa yang betul - Berpegang kepada prinsip ketika berada dalam
situasi yang kritikal
- Berani melakukan membuat keputusan yang tepat
- Membentuk akal-budi insan dengan baik
05 ETIKA DAN KEROHANIAN
Implikasi terhadap guru dari segi etika Implikasi terhadap guru dari segi kerohanian

1. Menjadi suri teladan dengan - Menyempurnakan amal ibadat


perlakuan yang baik supaya murid dengan sempurna
dapat mencontohi - Menjaga dan memperbaiki kesilapan
2. Menjadi seorang yang dinamik, maju diri
berdaya saing, cemerlang dalam hasil - Sentiasa menilai kekurangan dan
kerja dan kualiti kerja kelemahan
3. Berdisiplin dan beradab - Menerima apa jua pandangan
- Kritikan demi meningkatkan tahap
profesionalisme diri
06 Etika dan Kerohanian
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah ditambah baik melalui
transformasi yang dilakukan untuk disejajarkan dengan aspirasi PPPM.
Kandungan pedagogi dan pentaksiran seperti berikut (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2016):

a) Kandungan ditambaik baik mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa
bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21.
Contoh: Aktiviti di luar bilik darjah dan Pendidikan Kewarganegaraan Global turut
ditekankan dalam kurikulum prasekolah.
Implikasi terhadap Murid

06 Identiti Nasional
- Murid berbangga menjadi seorang rakyat
Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau
status sosioekonomi
- Semangat patriotik perlu dipupuk dalam
sanubari murid dengan cara memahami
sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang
sama untuk masa depan negara
Implikasi terhadap Murid

06 Identiti Nasional
- Memiliki keterangkuman yang tinggi
- Belajar memahami perbezaan dan bertolak
ansur,
- Menerima dan menghormati orang lain
- Hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat
Malaysia
- Memahami sejarah Malaysia,
- Berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah
- Berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia
Implikasi terhadap Guru

06 Identiti Nasional
- Berusaha mewujudkan kesatuan antara kaum
agar pelajar dapat hidup bersama sebagai satu
bangsa demi mempertahankan diri dan
kedaulatan negara
- Mengelakkan jurang perbezaan atau sentimen
perkauman diskriminasi, meningkatkan nilai-nilai
persamaan dan kerjasama antara kaum
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran secara adil dan saksama
06 Identiti nasional
Kurikulum KSSR
Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan
pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan
ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.
Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa
patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah
secara matang.
06 Identiti Nasional Implikasi
terhadap PdP

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada


pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan
penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiviti tersebut
mengaplikasikan elemen didik hibur bagi menanam minat murid terhadap mata pelajaran
Sejarah.
06 Identiti Nasional Pengurusan sekolah

Meraikan Hari Kemerdekaan


Pihak sekolah semestinya mengadakan ‘ Bulan Kemerdekaan’ pada setiap bulan
Ogos, bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Program ini terdiri daripada pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan menyedarkan
remaja tentang kemaslahatan merdeka.
Tamsilnya, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan bercerita, forum,
pertandingan menulis esei, pertandingan mencipta video dan pertandingan fotografi
yang berkaitan dengan patriotisme.
Semua aktiviti ini dapat merangsang minat remaja untuk mempelajari tentang
peristiwa kemerdekaan dengan lebih lanjut.
Menyanyian lagu negaraku pada setiap pagi
Mengadakan aktivti patriotik untuk menanam semangat cinta akan negara
Rumusan
- Terima kasih kepada Anson kerana saya dapat memahami apa itu aspirasi murid dan
implikasinya. Melalui program ini, apa yang saya ingin kongsi ialah
- Semua pihak perlu berganding bahu untuk merealisasikan dasar Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk menyediakan pendidikan terbaik untuk semua murid.
- Tidak dapat dinafikan bahawa pelan ini dijalankan bagi menzahirkan modal insan bertaraf
dunia.
- Ya, Pembangunan dan perkembangan serta menambah baik sistem pendidikan perlu
dijalankan secara berterusan supaya negara Malaysia mampu bertanding dengan negara
gergasi.
- Saya bersetuju dengan pendapat anda. Kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Sebagai
bakal guru, kita juga bersyukur untuk mengamalkan aspirasi murid dalam kalangan murid
supaya dapat membentuk murid yang cemerlang dan menyumbang tenaga mereka
kepada masyarakat.
Sumber Rujukan
Shamisah Nasir, Mahani Ibrahim, & Anida Idrus (2022). Pengantar Pengajian Pendidikan. Local
Publications (M) SDN BHD.

Mohd Suhaimin Isnen (2017, Disember 02). 6 Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2015. http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/6-aspirasi-murid-dalam-pelan.ht
ml#:~:text=Dalam%20konteks%20P PPM%20khususnya%20dalam,serta%20Ide ntiti%20Nasional%
20(6).

Melcom Angkun, Nurul Ashikin Haebeni Hajar, & Rafiuddin, et. al. (2021, Julai 05). Peranan Guru
Dalam Tadbir Urus Insan dan Kewarganegaraan. https://anyflip.com/yitar/jtdc/basic

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). https://www.moe.gov.my/menumedia/media
-cetak/penerbitan/1813-pppm-2013-2025/file
Sumber Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH : SEJARAH
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/dskp-kssr/12 77-d skp-kssr-sejara
h-tahun-6/file

Mohamad Nizam Arshad1 dan Abdul Halim Abdullah (2014). MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI(KBAT) DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK TAMBAHAN. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia. https://www.researchgate.net/publi cation/322222868_M ENJANA_
KEMAHIRAN_BERFIKIR_ARAS_ TING GIKBAT_DALAM_PENYELESAIAN_MASALAH _MATEMATI
K_TAMBAHAN
Thanks!
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo
and includes icons by Flaticon, infographics & images by
Freepik and content by Eliana Delacour

Anda mungkin juga menyukai