Anda di halaman 1dari 13

Guru Sebagai

Pemimpin
Instruksional
Apakah maksudnya?
Disediakan oleh:
Nurlailatul Huda Binti Yahaya
Ain Shuhadah Binti Ahmad Nizam
(D2.1 PDPP Okt 2020)

Pensyarah:
Pn Salmawati Binti Mohd Diah
Table of Contents

01. Konsep Pemimpin


Instruksional 03. Cabaran
sekolah
kepimpinan di

• Aliran Perdana
• Pendidikan Inklusif
• Pendidikan Khas

02. Peranan Guru sebagai


Pemimpin Instruksional
Konsep
Kepimpinan Instruksional
Kepimpinan – keupayaan untuk mempengaruhi,
memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku
pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi.
Instruksional – berasal daripada bahasa inggeris
‘instruction’ bermaksud ajar daripada kata dasar ‘instruct’.

Perkataan instruksional ialah kata kerja yang bererti


‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’. Menurut Abdul
Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran atau
instruksional, pengetua memainkan peranan sebagai
pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi
menggalakkan dan membaiki pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah. Kepimpinan juga merujuk kepada “setiap
tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah
matlamat yang benar-benar bermanfaat”.
Konsep
Kepimpinan Instruksional

Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke


arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti
instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah
mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.
Kepimpinan instruksional merupakan gabungan penyeliaan,
pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.
Kepimpinan instruksional melaksanakan pelbagai tugas
seperti pencerapan di dalam bilik darjah, pembangunan staf
dan pembangunan kurikulum. (Smith dan Andrews, 1989)
Konsep
Kepimpinan Instruksional

Guru Besar / Pengetua perlu memainkan peranan


sebagai pemimpin instruksional selain daripada
mengurus hal-hal pentadbiran sekolah. Tugas utama
seseorang pemimpin instruksional ialah memastikan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
terjamin dan dipertingkatkan secara berterusan.

Oleh itu, sistem pendidikan negara memerlukan


seseorang Guru Besar / Pengetua yang bersedia untuk
berubah dalam mencapai impian dan keperluan
negara.
Ciri-ciri Pemimpin
Instruksional
Pemimpin instruksional yang berkesan adalah
pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti kepintaran, kejujuran dan integriti,
dorongan kepimpinan, sedia untuk
berubah, keyakinan diri dan kreativiti.
Peranan guru
sebagai pemimpin
instruksional
2) Mengamalkan komunikasi
1) Menyelesaikan masalah yang yang berkesan 3) Membuat keputusan yang
kompleks dan fleksibel mendorong pencapaian positif pelajar
• Komunikasi yang berkesan
Cekap dalam mengadaptasi perubahan mempunyai empat ciri iaitu • Mengatur program untuk
yang mendadak, menambahbaik proses, kefahaman, keseronokan, kemenjadian pelajar dari pelbagai aspek
membuat keputusan, kreatif, membuat menjaga kepercayaan sasaran kurikulum dan kokurikulum.
keputusan melalui tindakan kolaboratif dan adanya tindakan yang • Apa-apa program yang dicadangkan
dan boleh dipercayai menyusuli. adalah mengambil kira pandangan guru
• Kecekapan perjalanan sesebuah untuk membuat keputusan.
organisasi amat berkait rapat
dengan sejauh mana baiknya
saluran komunikasi dapat
disediakan dan dilaksanakan.

4) Memberi inspirasi, sokongan dan 5) Mewujudkan budaya sekolah yang positif


motivasi kepada guru dan pelajar
• Persekitaran pembelajaran perlulah kondusif untuk
• Mewujudkan motivasi secara intrinsik dan menjamin keselesaan pelajar, infrastruktur yang lengkap
ekstrinsik dalam kalangan pelajar. cenderung untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang
• Pengetua memberikan inspirasi dan motivasi dan pengurusan yang baik
kepada guru untuk memastikan PdPc • Memaparkan perilaku dan keterampilan yang positif
berkesan. • Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERIS
6) Menyelia hasil kerja dan pencapaian 7) Mengaplikasikan penggunaan teknologi
pelajar secara konsisten
• Pentaksiran dijalankan bagi memantau • Perkembangan TMK telah memaksa perubahan
perkembangan akademik pelajar. organisasi dalam proses, aliran kerja dan tanggung
• Mengesan kelemahan dan kebolehan pelajar jawab.
dalam topik yang dipelajari • Persediaan infrastruktur yang mencukupi juga
• Menentukan keberkesanan pengajaran guru perlu dititikberatkan.
untuk menambahbaik strategi pengajaran. • Meringankan tugas guru mengumpul,
menyusun dan menganalisis data.
• Urusan komunikasi yang lebih efektif untuk
menyampaikan maklumat.

8) Menggabungkan konsep lama dan baharu 9) Sentiasa mengikuti kajian pendidikan dan
‘trend’ pendidikan terkini
Sistem pendidikan tradisional tidak relevan Menguruskan guru untuk menghadiri seminar
dengan masa kini. Pengetua perlu mengambil kira tentang kaedah/ strategi PdPc yang terkini untuk
pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi pembelajaran yang berkesan.
(ICT) untuk guru-guru senior agar mendapat
bimbingan daripada guru muda bagi menggunakan
platform seperti GC, jamboard dll.
Cabaran Kepimpinan di Sekolah

1) Kewangan – Cabaran ini sering berlaku kerana Guru Besar/Pengetua perlu


membuat pembahagian kepada kedua pihak iaitu pelajar perdana dan pelajar
integrasi.
2) Persepsi Guru – Antara cabaran lainnya, pihak kepimpinan sekolah perlulah
jitu dan telus dalam menerapkan nilai empati dan simpati terhadap pelajar
Pendidikan khas serta tidak memandang rendah kepada guru PK.
Aliran 3) Halangan untuk berkomunikasi secara bersemuka – komunikasi dalam

Perdana talian penting untuk penyampaian, perkongsian serta perbicangan maklumat.


Jika gagal menguasai TMK akan memberi kesan kepada pengurusan organisasi.
4) Memotivasikan warga organisasi – penting bagi seorang pendidik
mempunyai sokongan motivasi dari pemimpin untuk melaksanakan tugas
mendidik secara dalam talian.
Cabaran Kepimpinan di Sekolah

1) Kompetensi Guru – Bagi Pendidikan Inklusif antara cabarannya adalah kebolehan


guru aliran perdana dalam mengajar murid khas. Guru Besar/Pengetua perlu bijak
dalam menguruskan pentadbiran dan guru.
2) Kemudahan – Cabaran untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan kemudahan
bagi pelajar inklusif semasa di kelas. Guru Besar/Pengetua perlu jelas dalam usaha
Pendidikan 3)
untuk menyediakan kemudahan bagi pelajar khas di aliran perdana.
Pengetahuan pelaksanaan PPI oleh pihak pentadbir sekolah – Kekurangan
Inklusif guru terlatih. Guru kurang mendapat latihan yang mencukupi akan menyebabkan
mereka kurang berkeyakinan dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan efektif.
4) Kurang sokongan daripada pihak pentadbir – sikap kurang senang pentadbir
apabila MBK mengikuti peperiksaan awam dimana ia akan menjatuhkan graf
peperiksaan awam sekolah
Cabaran Kepimpinan di Sekolah

1) Struktur Pendidikan – Terdapat keperbezaan antara sekolah biasa dan


pendidikan khas. Sistem PK amat terasing daripada sistem pendidikan yang lebih
berfokuskan kepada kandungan maklumat, pedagogi dan pencapaian peperiksaan
murid.
2) Membuat perancangan dalam pembelajaran sesuai dengan kebolehan
Pendidikan pelajar - guru mengalami tekanan emosi kerana dibebani dengan pelbagai

Khas tingkah laku pelajar dan dalam masa yang sama perlu memenuhi keperluan dan
kepelbagaian mereka.
3) Lepas tangan ibu bapa – mengabaikan tanggungjawab untuk mengenalpasti
masalah yang dialami. Ibu bapa banyak bergantung kepada usaha guru di sekolah.
Rujukan
Pemimpin Pendidikan dalam Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari Dalam Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (Pkp) Covid-19.

Amran, H. A., Majid, R. A., & Ali, M. M. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad ke-21. International
Journal of Education, Psychology and Counselling, 4(26), 113-122.

Hashim, Y. (2013, June). Kepimpinan Teknologi Pendidikan Dalam Kurun Ke 21: Cabaran Untuk Pemimpin Dan
Pentadbir Sekolah. Paper presented at Kolokium Ict Dalam Pendidikan 2013, Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pelajaran Malaysia 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.

Ismail, M. N. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 3,
20-24.

Yusof, N. H., & L Cheah, K. S. (2020). Amalan, Cabaran dan Strategi Kepimpinan Etika Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Terpilih di Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 12-35.

Anda mungkin juga menyukai