Anda di halaman 1dari 10

Peranan guru cemerlang dalam melahirkan

pelajar yang cemerlang dalam akademik.


Pengenalan
• Pada zaman globalisasi ini, negara kita meletakkan
harapan tinggi menggunung pada bahu warga pendidik
dalam usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti dan
bijak pandai.
• Pelajar-pelajar ini merupakan tonggak dan harapan
negara untuk memajukan dan mengharumkan nama
negara.
• Dengan adanya golongan bijak pandai, harapan negara
untuk menjadi sebuah negara maju sudah tentu dapat
dicapai.
Ciri-ciri guru cemerlang

• Peribadi
- mempunyai ciri-ciri personaliti positif
- sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan patuh pada
etika perguruan
- dapat mempengaruhi murid-murid dan seterusnya menjadi
ikutan
- ciri-ciri: konsep kendiri positif, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan amanah, dedikasi, penyayang,
bersikap terbuka, penampilan dan keterampilan
• Komunikasi berkesan
- ilmu dapat disampaikan dengan lebih jelas, lancar,
menarik dan mudah difahami oleh murid-murid
- kegagalan berkomunikasi dengan berkesan mnyebabkan
objektif rancangan pengajaran tidak tercapai
- ciri-ciri: kefahaman, kepercayaan, keseronokan,
perhubungan dan tindakan susulan
• Potensi
- membangunkan modal insan secara holistik, berkualiti dan
bersahsiah tinggi
- ciri-ciri: berwawasan, peningkatan ilmu dan kemahiran,
penyumbang kepada profesion, kreatif dan inovatif dan
berkebolehan menghadapi cabaran
• Hasil kerja
- Mutu kerja seorang guru yang cemerlang dapat
menghasilkan pelajar yang cemerlang
- Ciri-ciri- peningkatan hasil pembelajaran, pelibatan murid,
pembangunan potensi murid.
Peranan-peranan guru
1. Guru haruslah mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam proses PdP
- guru-guru haruslah menggunakan pendekatan
moden dalam PdP agar dapat melahirkan pelajar yang
berkualiti
- penggunaan TMK dapat menarik minat pelajar
- di samping ilmu dapat disampaikan dalam bentuk
yang lebih menarik dan mudah difahami
- ilmu dapat disampaikan dengan efektif, pelajar
cemerlang dapat dibentuk
2. Guru haruslah menunjukkan keperibadian yang mulia
dan baik
- guru haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada pelajar
- pelajar akan mengikuti jejak langkah pendidiknya
- sekiranya teladan yang baik ditunjukkan, sudah tentu
pelajar yang baik dan cemerlang dapat dihasilkan
- guru yang rajin akan mendorong pelajar menjadi lebih
berusaha dalam akademiknya.
3. Guru haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu
dan kemahiran baharu
- ilmu yang disampaikan kepada pelajar adalah seiring
dengan perkembangan semasa
- tidak ketinggalan dari peredaran zaman
- pelajar yang berkualiti dan cemerlang dapat dibentuk
Kesimpulan....

• Jelaslah, pembentukan pelajar yang cemerlang dalam


aspek akademik amatlah bergantung dengan guru-guru
yang berperanan mendidik mereka
• guru yang cemerlang sememangnya dapat menghasilkan
pelajar yang cemerlang

Anda mungkin juga menyukai