Anda di halaman 1dari 8

Kod Kursus: GKB 1053

Kursus: Kemahiran Belajar


Masa: 1 Jam 30 Minit

Dua Bahagian

Bahagian A – 3 soalan struktur


Bahagian B – 2 soalan esei

Arahan: Jawab semua soalan bahagian A dan pilih 1 soalan bahagian B


Contoh:

Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan


pengetahuan di samping membentuk sikap. Seseorang yang ingin
berjaya perlu memiliki sikap ingin belajar dan menguasai kaedah
belajar agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi melalui
pembelajaran regulasi kendiri

a) Huraikan secara ringkas konsep kemahiran belajar – (4 markah)

b) Bincangkan bagaimana pengurusan pembelajaran yang


berkesan dapat membantu proses pembelajaran seseorang
pelajar – (6 markah)
Contoh
Sistem pengurusan pembelajaran atau “Learning Management
System” (LMS) merupakan satu projek usahasama antara KPM dan
MAMPU. MAMPU telah merintis LMS dibawah inisiatif perisian
sumber terbuka (OSS)

a) Kemukakan kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran


(LMS) – (4 markah)

b) Tunjukkan impak perkongsian maklumat maya kepada siswa


pendidik IPG – (6 markah)
Contoh:

Kemahiran membaca merupakan elemen penting bagi pelajar untuk


memperolehi sesuatu maklumat, penegtahuan dan fakta. Selain itu
pelajar juga perlu memiliki kemahiran memproses maklumat agar
penghasilan tugasan bertulis dapat dilakukan dengan baik

a) Jelaskan bagaimana teknik kemahiran membaca secara


skimming dapat membantu pembelajaran seseorang– (4 markah)

b) Bincangkan kesan positif yang diperolehi oleh pelajar hasil dari


keberkesanan penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat
dalam menghasilkan tugasan bertulis– (6 markah)
Bahagian B
Jawab 1 soalan sahaja

Kebolehan individu menguruskan maklumat dan pengetahuan dari


masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai
kemahiran dan kaedah memperoleh maklumat dapat menjadikan
proses pembelajaran lebih berkesan

Soalan:

Perincikan bagaimana pengurusan maklumat yang diperoleh


dapat membantu anda dalam meningkatkan penguasaan
pembelajaran (20 markah)
Bahagian B
Jawab 1 soalan sahaja

Membuat nota merupakan satu kemahiran yang penting dalam


proses pembelajaran. Nota yang lengkap dan tersusun dapat
membantu siswa pendidik menguasai sesuatu kemahiran dengan
lebih jelas serta mengekalkannya dalam ingatan mereka dengan
lebih lama

Soalan:

Bincangkan keupayaan pengurusan grafik dan peta pemikiran


dalam membantu siswa pendidik meningkatkan kemahiran
belajar secara berkesan – (20 markah)
Contoh jawapan soalan 1.
Kemahiran belajar merupakan satu proses tindakan seseorang
untuk mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara
kebetulan. Ia adalah sebagai hasil pengalaman individu itu
sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Selain itu, KB
merupakan satu proses yang digunakan oleh seseorang untuk
memproses maklumat yang diperolehi dan membawa kepada
perubahan atau peningkatan tingkahlaku, pengetahuan,
kebolehan dan kemahiran. Dalam hal ini, beberapa maklumat
yang penting sahaja masuk ke dalam minda dan di simpan di
dalam memori
Contoh jawapan soalan 1.
Hujah2 lain:
• satu kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan
memproses maklumat
• Belajar sendiri tanpa guru
• Pengalaman bermakna kepada individu
• Perubahan tingkahlaku
• Bagi pengalaman dan maklumat penting
• Satu proses mentor akan berlaku dan disimpan dalam minda

Anda mungkin juga menyukai