Anda di halaman 1dari 18

Topik

Kemahiran
Membaca

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menghuraikan teknik membaca yang terlibat dalam pembacaan laju


dan perlahan; dan

2.

Mengaplikasikan teknik membaca yang dibincangkan untuk bacaan


anda sendiri.

X PENGENALAN
Salah satu kemahiran yang paling penting untuk dikuasai adalah kemahiran
membaca kerana ia membentuk asas pembelajaran. Sebahagian besar daripada
proses pembelajaran di universiti dicapai melalui pembacaan kerana umumnya,
setiap kursus pada peringkat ini memerlukan pembacaan. Anda akan perlu
membaca pelbagai jenis bahan untuk memenuhi keperluan yang berbeza bagi
kursus . Anda akan perlu untuk membaca modul, nota tutorial, buku teks, artikel
jurnal (bercetak dan sumber elektronik), surat khabar, laporan dan lain-lain.
Keupayaan membaca dengan baik akan membolehkan anda mendapat faedah
maksimum daripada pembacaan anda dan meningkatkan kemahiran
pembelajaran anda. Topik ini akan membantu anda meningkatkan kemahiran
membaca anda.

176 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

6.1

KENAPAKAH ANDA MEMBACA?

Sesetengah buku adalah untuk dirasai, yang lain untuk ditelan dan ada
sedikit untuk dikunyah dan dicerna.
Francis Bacon (1625)
Apakah yang anda faham daripada petikan tadi? Tujuan membaca berbeza bagi
satu individu dengan individu lain.
Untuk memaksimumkan produktiviti pembacaan anda dan keberkesanannya,
anda perlu mengetahui tujuan pembacaan anda dan apa yang anda harapkan
daripadanya. Mengetahui mengapa anda perlu membaca dan apa yang anda
akan dapat daripadanya akan menentukan gaya pembacaan anda dan bahan
yang dipilih. Anda membaca untuk memenuhi tujuan berikut:
(a)

Untuk Mendapatkan Gambaran


Biasanya ia dirujuk sebagai "bacaan latar", ini ialah teknik yang berguna
kerana anda tidak akan ketinggalan dalam pelbagai isu yang berkaitan
dengan topik atau subjek anda. Buku untuk bacaan latar kadangkala
termasuk dalam senarai bahan bacaan kursus untuk tujuan ini.

(b)

Untuk Mencari Maklumat yang Khusus


Apabila anda perlu mencari maklumat atau menyemak fakta tertentu,
kadangkala anda mungkin perlu menyemak beberapa sumber maklumat
tetapi matlamat anda adalah untuk hanya memfokus kepada maklumat
yang diperlukan. Sebagai contoh, apabila anda perlu mencari perkara yang
berikut:
(i)

Makna perkataan  Menggunakan kamus atau kamus subjek khas jika


ada;

(ii)

Petikan tertentu  Mencari buku khas tentang petikan sahaja;

(iii) Butiran mengenai seseorang  Merujuk kepada biografi berkaitan;


(iv) Lokasi sesuatu tempat  Mencari di dalam peta; dan
(v)
(c)

Statistik  Menyemak laporan statistik.

Untuk Aplikasi Praktikal


Tujuan membaca di sini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan
kepada situasi yang praktikal. Anda mungkin perlu membaca arahan
untuk menjalankan tugas tertentu, contohnya, membaca manual untuk

TOPIK 6

KEMAHIRAN MEMBACA W 177

menggunakan peralatan di dalam makmal, membaca buku panduan atau


membaca resipi.
(d)

Untuk Meningkatkan Kefahaman Secara Terperinci dan Analitik


Dalam bacaan akademik, ia adalah perlu untuk meneliti apa yang anda
baca supaya anda dapat memahami, menganalisis, membandingkan dan
menilai maklumat.
Pembaca yang analitik akan berhenti seketika dengan kerap untuk berfikir
tentang apa yang telah dibaca. Pada akhir bacaan, semua fakta utama dan
hujah yang disampaikan perlu diambil perhatian, dianalisis dan juga
diintegrasikan untuk menghayati dengan mendalam akan apa yang telah
ditulis.
Bahan akademik yang disyorkan untuk bacaan penting seperti buku,
artikel jurnal, laporan dan tesis, memerlukan cara bacaan tertentu yang
dikenali sebagai membaca untuk kefahaman. Membaca secara sistematik
untuk kefahaman memerlukan kaedah membaca formal seperti teknik
SQ3R yang popular (dibincangkan di bawah Subtopik 6.2.2).

(e)

Untuk Keseronokan Membaca/Bacaan Bebas


Bacaan jenis ini adalah yang paling menyeronokkan. Di sini anda membaca
dengan tujuan mengejar minat atau hobi tertentu. Ia amat menghiburkan
dan santai. Anda memilih bahan sama ada fiksyen atau subjek khas lain
yang menarik minat anda. Sebagai pelajar, anda digalakkan juga untuk
membaca bahan yang bukan teks akademik untuk mengembangkan fikiran
dan memupuk sikap ingin tahu. Jadual 6.1 menyenaraikan ringkasan sebab
untuk membaca berdasarkan jenis dan kelajuan.
Jadual 6.1: Sebab untuk Membaca Berdasarkan Jenis dan Kelajuan
Jenis

Sebab
x

Mendapatkan gambaran umum

Memberikan gambaran keseluruhan

Pengetahuan superfisial

Mengimbas
(scanning)

Mencari maklumat spesifik

Membaca apa yang perlu sahaja

Bacaan terperinci
dan kritikal (SQ3R)

Menyeluruh

Analitik

Menilai

Membaca sepintas
lalu (skimming)

Kelajuan
Bacaan laju

Bacaan laju

Bacaan perlahan

178 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

SEMAK KENDIRI 6.1


Nyatakan tiga sebab mengapa anda membaca modul. Pilih daripada
lima sebab yang diberikan tadi.

6.2

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK


MEMBACA?

Sekarang anda telah mengetahui tujuan membaca yang berbeza dan juga
berkenaan pelbagai jenis teks yang boleh didapati. Ia juga penting untuk
menyedari teknik yang berbeza dan menggunakan teknik yang sesuai dengan
tujuan anda. Pilih teknik membaca yang paling sesuai untuk bahan dan tujuan
anda. Secara umumnya, teknik membaca boleh dikategorikan kepada dua seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1:
(a)

Pembacaan laju; dan

(b)

Pembacaan perlahan.

Rajah 6.1: Teknik pembacaan

6.2.1

Pembacaan Laju

Rajah 6.2 menunjukkan tujuan pembacaan laju.

TOPIK 6

KEMAHIRAN MEMBACA W 179

Rajah 6.2: Tujuan pembacaan laju

Pembacaan laju terdiri daripada perkara yang berikut:


(a)

Mengimbas
Yang berikut ialah penerangan mengenai mengimbas:
(i)

Apakah mengimbas?
Mengimbas ialah perbuatan membaca kandungan dengan cepat dan
dilakukan apabila anda ingin mencari fakta atau maklumat yang
spesifik. Ketika mengimbas, anda akan menggerakkan mata anda
dengan cepat dari atas ke bawah halaman untuk melihat jika ia
mengandungi kata kunci atau frasa yang anda perlukan. Dengan
mengenal pasti kata kunci sebelum anda mula membaca, ia akan
membolehkan anda untuk mengimbas banyak teks dengan laju.
Sebagai contoh, apabila anda mencari nombor dalam direktori
telefon, anda sebenarnya mengimbas. Apabila anda telah mencapai
tujuan anda, anda berhenti membaca.

(ii)

Mengapakah anda perlu mengimbas?


Mengimbas sangat berguna untuk mencari perkataan tertentu,
nombor atau fakta tanpa membaca keseluruhan artikel. Dalam
pengimbasan, anda membaca tidak lebih daripada yang benar-benar
perlu dan anda akan melangkau sebahagian besar teks tanpa
memahaminya. Kebanyakan laman web boleh dibaca dengan
menggunakan teknik ini.
Dengan mengimbas, anda boleh menentukan sama ada maklumat
tertentu akan menjadi berguna dalam penyelidikan atau tugasan
anda. Selepas mengimbas teks, anda mungkin perlu menelitinya
untuk mendapatkan idea tentang kandungannya.

180 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

(iii) Bagaimanakah cara untuk mengimbas?


Untuk mengimbas teks daripada artikel atau buku, anda harus
sentiasa ingat apa yang anda sedang cari. Jika anda fikirkan perkataan
tersebut dengan jelas dalam fikiran anda, ia akan kelihatan lebih jelas
daripada perkataan lain dalam teks. Pada dasarnya anda
menggunakan proses mengesan kata kunci.


Langkah 1
Perhatikan tajuk dan pengarang buku. Buka buku dan lihat
senarai isi kandungan. Analisis susunan kandungan. Halaman
kandungan biasanya mengandungi perkara berikut seperti
ditunjukkan dalam Rajah 6.3:

Rajah 6.3: Contoh halaman isi kandungan sebuah buku

Langkah 2
Imbas tajuk bab atau topik dan subtajuk. Perhatikan kata kunci di
bawah tajuk bab dan subtajuk. Adakah anda rasa bab itu relevan
dengan keperluan anda?

Langkah 3
Daripada tajuk bab dalam senarai isi kandungan, pergi ke
bahagian berkenaan dalam buku tersebut dan imbas perenggan
pertama atau baca sepintas lalu tajuk dalam bahagian itu. Kata
kunci dan idea sering dijumpai dalam perenggan pembukaan atau
subtopik sesebuah bab. Dengan cara ini, anda akan dapat
mengetahui sama ada buku itu adalah relevan dengan keperluan

TOPIK 6

KEMAHIRAN MEMBACA W 181

anda, bahagian mana yang relevan dan berapa banyak maklumat


yang relevan.

(b)

Langkah 4
Lihat indeks untuk mencari kata kunci topik anda. Cari kata kunci
dan kata kunci alternatif. Sebagai contoh, tajuk seperti Pemasaran
dalam Talian mungkin mengandungi indeks berikut: pemasaran
web atau pemasaran Internet. Ambil perhatian terhadap muka
surat lain di mana subjek ini disebut dan rujuk kepada muka surat
yang sesuai. Baca perenggan sebelum dan selepas jika anda
inginkan maklumat lanjut.

Langkah 5
Mengimbas boleh jadi lebih mudah jika perkataan tertentu
tersebut:


Digelapkan;

Diitalikkan;

Berbeza dari segi tulisan dan saiz; dan

Digariskan.

Membaca Sepintas Lalu (Skimming)


Penerangan bagi membaca sepintas lalu adalah seperti yang berikut:
(i)

Apakah maksud membaca sepintas lalu?


Membaca sepintas lalu melibatkan anda melihat dari atas ke bawah
halaman dengan cepat membaca perkara utama seperti tajuk,
subtajuk utama dan lain-lain untuk mendapatkan gambaran umum
yang jelas tentang bahan bacaan tersebut. Dengan berbuat demikian,
anda akan dapat menentukan fokus, tema utama atau bahan subjek
dalam masa beberapa minit.

(ii)

Mengapakah perlu membaca sepintas lalu?


Membaca sepintas lalu dilakukan apabila anda perlu untuk membaca
banyak bahan bacaan dalam masa yang singkat dan apabila anda
tidak mencari sesuatu yang spesifik. Membaca sepintas lalu
dilakukan untuk menilai sama ada buku itu relevan dengan
keperluan anda.

182 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

Dengan membaca sepintas lalu, anda boleh:




Mendapatkan gambaran keseluruhan hujah utama penulis; dan

Mengenal pasti idea atau tema utama buku atau artikel itu.

(iii) Bagaimanakah cara untuk membaca sepintas lalu?


Membaca sepintas lalu melibatkan pembacaan hanya sebahagian
daripada teks. Membaca tajuk dan ringkasan penulis ialah persediaan
yang baik untuk pembacaan sepintas lalu. Untuk permulaan, ia tajuk
di rupa taip (typeface) yang digelapkan dan menarik perhatian anda.
Kemudian cari dalam teks dengan cepat dengan membaca perenggan
pertama dan terakhir, dan catat kata kunci yang terdapat di
antaranya.
Gerakkan mata anda di seluruh halaman untuk mencari kata kunci
atau frasa. Mulakan dengan bahagian atas sudut kiri dan bergerak
merentasi halaman, kemudian turun ke bawah dan ke kanan dengan
cara zig-zag seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.4. Fokuskan hanya
pada kata kunci dalam teks.

Rajah 6.4: Membaca sepintas lalu untuk mencari kata kunci dengan kaedah zig-zag

Membaca sepintas lalu adalah sebenarnya membuat pilihan bacaan dengan


cepat. Ia teknik yang berkesan untuk mendapatkan idea umum tanpa perlu
membaca setiap perkataan dalam buku.

AKTIVITI 6.1
Bezakan antara mengimbas dan membaca sepintas lalu berdasarkan
persoalan apa, mengapa dan bagaimana seperti yang dibincangkan tadi.
Bincangkan topik ini dalam forum perbincangan dalam talian.

TOPIK 6

6.2.2

KEMAHIRAN MEMBACA W 183

Pembacaan Perlahan

Pembacaan perlahan membolehkan anda mengekalkan tumpuan untuk


mendapatkan pemahaman yang terperinci bagi bahan yang sedang anda baca.
(a)

Mengapakah Pembacaan Perlahan?


Gaya pembacaan perlahan digunakan apabila anda perlu teliti tentang apa
yang sedang anda baca, terutamanya apabila anda perlu:
(i)

Menganalisis dan memahami;

(ii)

Menilai dan mengkritik;

(iii) Mengingati maklumat yang anda baca; dan


(iv) Mengikuti arahan.
Anda boleh menggunakan pendekatan yang berbeza untuk pembacaan
perlahan. Jadual 6.2 menerangkan dua pendekatan yang penting.
Jadual 6.2: Pendekatan kepada Pembacaan Perlahan
Pendekatan

Penerangan

Pendekatan
analitik

Digunakan apabila anda perlu memahami istilah, mematuhi arahan


atau mengingati apa telah anda baca. Pembacaan analitik memerlukan
anda menjadi pembaca yang aktif. Anda perlu banyak menyoal dan
mencari jawapan sambil anda membaca. Sebagai contoh, "Adakah idea
itu logik?" atau "Bolehkah kesimpulan dibuat daripada keterangan
yang diberikan?"

Pendekatan
kritikal

Digunakan apabila anda perlu menilai bahan yang sedang anda baca.
Semasa anda membaca teks akademik, anda perlu berfikir tentang
tujuan pengarang.

Pembaca yang mahir boleh mengubah kepada pelbagai kaedah dan


kelajuan pembacaan bersesuaian dengan bahan dan sebab untuk dia
membaca. Dalam pembacaan perlahan, anda perlu mengikuti teknik yang
betul. Salah satu teknik membaca secara analitik, kritikal dan teliti yang
paling terkenal ialah teknik SQ3R.
(b)

Apakah SQ3R?
SQ3R ialah pendekatan yang aktif dan sistematik untuk membaca bahan
akademik. Kaedah ini membantu mengaitkan maklumat baharu dengan
apa yang anda sudah tahu. Teknik ini telah terbukti berguna untuk pelajar
ketika membaca buku teks dan bacaan penting yang lain. Kaedah SQ3R

184 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

menggunakan lima prinsip pembacaan yang baik seperti yang ditunjukkan


dalam Jadual 6.3. Ia juga merupakan lima langkah utama dalam
pembelajaran yang berkesan dan untuk kefahaman.
Dalam SQ3R, anda akan melakukan perkara berikut:
S

= Membuat tinjauan (Survey)

Q = Soalan (Question)
R = Membaca (Read)
R = Menyebut (Recite)
R = Menyemak (Review)
(c)

Bagaimanakah Cara untuk Menggunakan SQ3R?


Seperti selalunya ketika membaca, ia bermula dengan tujuan membaca
diikuti dengan strategi untuk memahami teks. Dalam menggunakan teknik
SQ3R itu:
(i)

Pertama, anda perlu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan


meninjau kandungan.

(ii)

Kedua, tanya soalan mengenai apa yang anda mahu ketahui daripada
teks.

(iii) Ketiga, anda membaca teks secara analitik dan kritikal untuk mencari
jawapan kepada soalan anda yang anda tanya.
(iv) Keempat, anda mengingat kembali pemahaman anda dengan
menyebut apa yang telah anda baca. Ini dilakukan untuk setiap
subbahagian bagi topik utama atau bab.
(v)

Akhir sekali, anda menyemak kembali pemahaman anda untuk


keseluruhan bab dengan menyatukan dan mengintegrasikan semua
maklumat yang telah dikumpulkan daripada setiap subbahagian
untuk melihat idea keseluruhan maklumat tersebut. Cara ini
membuatkan anda memeriksa kefahaman anda tentang maklumat
itu.

Rujuk Jadual 6.3 untuk penjelasan terperinci mengenai langkah-langkah


tersebut.

TOPIK 6

KEMAHIRAN MEMBACA W 185

Apabila menggunakan SQ3R:




Baca dan baca semula nota anda secara berkala  Yang kali pertama
hendaklah dalam masa 24 jam; dan

Semak semula dengan kerap selama beberapa minggu.

Jadual 6.3: Penerangan Terperinci tentang SQ3R


Langkah SQ3R
1.

2.

Membuat tinjauan
Mulakan dengan
meninjau bahan
dan mendapatkan
gambaran terbaik
kandungan
maklumat. Ia
seperti membaca
peta sebelum anda
memulakan
perjalanan.
Soalan
 Tanyakan
soalan yang
sesuai untuk
membantu
anda
memfokuskan
bacaan.
 Bertanyakan
soalan ialah
proses
pembacaan
yang aktif.

Teks


Baca prakata, tajuk


utama (title), tajuk
(headings) dan subtajuk
(ia seperti penanda
dalam peta anda).
Baca kapsyen, carta dan
graf, perenggan
pengenalan dan
kesimpulan.
Baca ringkasan.

 Tukar tajuk utama, tajuk


dan subtajuk ke bentuk
soalan. Tanya: siapakah,
apakah, bilakah dan
mengapakah?
 Baca soalan pada akhir
bab atau tajuk.
 Tanya diri anda,
"Apakah yang saya
sudah tahu mengenai
perkara ini?".
Kaitkannya dengan apa
yang anda telah baca.

Aktiviti
 Imbas untuk melihat
bagaimana maklumat itu
disusun.
 Baca sepintas lalu pada
bahagian pengenalan,
ringkasan dan
kesimpulan.

 Baca setiap bahagian


satu per satu.
 Tanyakan soalan.

186 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

3.

Membaca

 Soal diri anda
ketika membaca.
 Selalulah
berhenti dan
cuba menjawab 
soalan.
 Baca perlahanlahan bagi

petikan yang
sukar.

4.

Menyebut
 Cuba
menyebut
untuk
kefahaman dan
mengingat.
 Selepas setiap
bacaan, susun
maklumat
dalam fikiran
anda.
 Semak ingatan
anda dan
bandingkan
dengan buku
atau artikel.

Jawab soalan pada awal


atau akhir bab, atau
pada panduan
pembelajaran (study
guides).
Dalam mencari jawapan,
anda menghubungkan
kedua-dua jawapan anda
dengan idea pengarang.
Cari petikan yang boleh
menjawab soalan
tertentu. Ambil
perhatian terhadap
perkataan yang
digariskan, diitalikkan
atau ditebalkan.
Ambil perhatian
terhadap perkataan
dan frasa.
Pilih contoh yang
terperinci dan butiran
yang boleh menerangkan
idea utama.
Menyebut boleh
digunakan sebagai cara
untuk mengingat.
Selepas membaca setiap
bahagian, ingat dengan
bertanya soalan tentang
apa yang telah anda
baca.
Tulis nota yang
diperoleh daripada
teks menggunakan
perkataan anda
sendiri.
Serlahkan perkataan
penting yang anda
baharu sahaja baca.

 Baca secara kritis.


 Fokus kepada
menjawab soalan.
 Berhenti dan lihat
lebih dekat pada
bahagian yang tidak
jelas.




Cuba untuk membuat


ringkasan dalam
perkataan anda sendiri
tentang apa yang anda
telah baca.
Periksa jika anda boleh
menjawab berdasarkan
memori.
Lukis peta minda.
Melihat, mendengar
dan menyebut
menguatkan
penguasaan
pembelajaran anda.

TOPIK 6

5.

Menyemak
 Semak
penyepaduan
dan integrasi
maklumat
yang
dikumpulkan
.
 Adakah isu
utama telah
dikenal pasti?
 Adakah nota
yang dibuat
masuk akal?

 Adakah






KEMAHIRAN MEMBACA W 187

Tulis semula apa yang


anda ingin ingat dalam
perkataan anda sendiri.
Lebih banyak deria
yang anda gunakan,
lebih mudah untuk
anda mengingat
(pendengaran,
penglihatan dan
sebutan).







Membaca teks
(melihat).
Bercakap apa yang
anda faham
(menyebut).
Dengar diri anda
sendiri (mendengar).
Membuat nota
(menulis).

 Gunakan kad imbas


Semak semua soalan,
untuk soalan yang
jawapan, dan fakta-fakta
sukar.
utama.
Serlahkan (highlight) dan  Semakan pertama perlu
dilakukan serta-merta
buat nota.
selepas anda belajar.
Semak nota anda.
Gunakan kad imbas (flash
cards).
Rancangkan satu atau
dua proses semakan
sebelum peperiksaan.
Semakan terakhir perlu
mempunyai hanya
sedikit sebutan yang
tertinggal.

anda dapat
memahami
artikel
yang anda
baca?

AKTIVITI 6.2
Pilih satu artikel dan gunakan langkah-langkah SQ3R semasa membaca.
Nyatakan sejauh mana teknik ini telah membantu anda membaca
dengan lebih bermakna.

188 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

6.3

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK


MEMBACA MODUL ANDA?

Setelah anda diperkenalkan kepada unsur utama dalam pembacaan, tiba


masanya untuk menggunakan pengetahuan anda bagi mendapatkan pembacaan
yang terbaik daripada modul untuk memaksimumkan masa berharga anda
ketika membaca. Untuk memastikannya, anda akan dibawa satu persatu ke
bahagian utama dalam modul anda supaya anda biasa dengan bahagian seperti
Isi Kandungan dan Panduan Kursus.

6.3.1

Isi Kandungan

Anda boleh mendapatkan idea secara umum mengenai kandungan modul


daripada Isi Kandungan. Dengan mengimbas Isi Kandungan, anda juga dapat
melihat struktur modul serta spesifikasi bagi setiap topik yang ditandai dengan
sistem penomboran. Seperti yang ditunjukkan dalam modul ini, Isi Kandungan
terdiri daripada sembilan topik yang memberi anda maklumat khusus.

6.3.2

Panduan Kursus

Panduan Kursus diletakkan dalam empat ke lima halaman pertama modul anda
selepas Isi Kandungan dan biasanya dinombori menggunakan angka Roman (i 
iv). Tujuan Panduan Kursus ini adalah untuk menyediakan secara ringkas
gambaran keseluruhan kursus ini. Ia terdiri daripada perkara berikut:
Pengenalan, Kepada Siapa Kursus ini Ditawarkan, Peruntukan Masa
Pembelajaran, Objektif Kursus, Sinopsis Kursus dan Pengetahuan Asas. Ketika
mula belajar, ia adalah penting untuk anda mengetahui objektif kursus dan juga
jadual kursus. Sinopsis juga boleh dirujuk pada bila-bila masa apabila anda
merasa ragu-ragu tentang tujuan unit pembelajaran. Satu lagi bahagian penting
dalam Panduan Kursus yang paling berguna ialah bahagian Rujukan,
terutamanya apabila anda membuat persediaan untuk menulis tugasan anda.

6.3.3

Memahami Kandungan Kursus Anda

Setelah meneliti Panduan Kursus, anda kini bersedia untuk mendalami topik.
Setiap topik mempunyai satu set hasil pembelajaran dan pengenalan yang akan
memberi anda maklumat ringkas mengenai topik itu. Langkah seterusnya adalah
untuk membaca kandungan topik itu sendiri.

TOPIK 6

KEMAHIRAN MEMBACA W 189

Sambil anda membaca kandungan, anda akan perasan akan beberapa ikon yang
digunakan dalam modul. Ikon mewakili pelbagai aktiviti yang disertakan dalam
modul pembelajaran anda dan tujuannya adalah untuk menyokong pemahaman
anda, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menguasai konsep
penting. Dua ikon utama yang terdapat dalam modul anda ialah Semak
Kendiri dan Aktiviti. Ikon ini ditunjukkan dalam Jadual 6.4.
Jadual 6.4: Ikon
Ikon

Semak
Kendiri

Simbol Ikon

SEMAK KENDIRI

Aktiviti

AKTIVITI
AKTIVITI

Tujuan
Latihan untuk menguji pemahaman
konsep dan isu penting melalui
penerangan dan penjelasan. Pelajar
perlu memperolehnya daripada isi
kandungan.
Aktiviti
melibatkan
membuat
latihan
atau
mengaplikasikan
pengetahuan yang telah dipelajari
dalam
situasi
sebenar.
Ini
termasuklah kajian kes, pemerhatian,
perbincangan dan penyelidikan.

AKTIVITI 6.3
Apakah kaedah yang anda gunakan untuk memahami kandungan
modul anda? Nyatakan pelbagai kaedah yang anda gunakan dalam
pembacaan anda.

190 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

AKTIVITI 6.4
Jawab soalan-soalan berikut.
1.

Sewaktu pertama kali anda memegang modul Kemahiran Belajar


Jarak Jauh ini, apakah yang anda lakukan untuk membiasakan diri
dengannya? Sila semak perkara-perkara berikut:

2.

6.4

(a)

Membalik-balikkan halaman dan meletakkannya ke tepi.

(b)

Membaca Panduan Kursus, membuat beberapa nota minda.

(c)

Melihat Isi Kandungan dan cuba melihat hubungan antara


topik-topik.

(d)

Merujuk kepada satu


membacanya segera.

(e)

Melihat susun aturnya (contohnya, reka bentuk kulit dan


juga grafik serta ketebalan modul).

atau

dua

topik

tertentu

dan

Setelah mengetahui tentang kaedah SQ3R, nyatakan bagaimana ia


boleh memberi manfaat kepada anda.

MEMBACA TEKS ELEKTRONIK

Tidak dapat dinafikan bahawa Internet ialah dunia yang tepu dengan teks dan
sumber yang penting untuk mengakses maklumat. Membaca teks elektronik
telah menjadi semakin popular berbanding sebelum ini. Peranti mudah alih
tersedia dengan Internet begitu mudah diperoleh seperti telefon pintar dan tablet
telah menjadikan pembacaan elektronik diamalkan secara meluas dalam
persekitaran kita. Oleh itu, ia adalah penting untuk kita memperoleh kemahiran
untuk membaca teks elektronik. Pembacaan teks elektronik biasanya amat ketara
perbezaannya berbanding pembacaan teks bercetak.

6.4.1

Bagaimanakah Cara Membaca Teks Elektronik?

Pembaca yang berjaya menggunakan kemahiran yang strategik untuk mahir


dalam kefahaman teks. Strategi pembacaan teks elektronik yang berikut berguna
dalam membantu anda belajar membaca dan memahami teks elektronik.

TOPIK 6

6.4.2

KEMAHIRAN MEMBACA W 191

Kesedaran mengenai Tujuannya

Anda perlu berhati-hati supaya tidak terganggu oleh pautan yang berkelip-kelip
atau memeriksa e-mel atau akaun Facebook anda sambil membaca teks
elektronik. Anda perlu ingat kembali apa tujuan anda membaca.

6.4.3

Menavigasi Teks

Pembaca teks elektronik mungkin membaca ke bawah (scroll through) dengan


lancar perkataan dan mungkin tertinggal melihat mana-mana perenggan. Ia
lebih mudah untuk menavigasi halaman buku daripada membaca ke atas dan ke
bawah pada skrin digital apabila membaca perenggan. Dengan teks elektronik, ia
agak sukar untuk memeta atau membayangkan "lokasi" teks dalam minda anda.
Namun ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menjejaskan kefahaman anda.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan alat
carian untuk mencari frasa yang anda telah baca dan/atau menyerlahkannya
dan jika ada alat anotasi, anda boleh membuat penanda pada muka surat
elektronik tersebut. Jangan teragak-agak untuk mengemudi dan membaca skrin
beberapa kali untuk pemahaman yang lebih baik.

6.4.4

Mencari Makna

Apabila anda tidak tahu makna perkataan, anda perlu klik pada pautan tersebut
jika ada atau menyalin istilah tersebut dan mencari maknanya menggunakan
enjin carian. Namun jangan pergi terlalu jauh daripada laman asal dan lupa
untuk kembali kepada teks utama.

6.4.5

Mentafsir Teks

Apabila anda tidak pasti dengan makna perkara yang anda telah baca, anda
boleh menghubungi penulis melalui e-mel atau bertanya dengan ahli lain
melalui forum dalam talian.
Ketika membaca teks sama ada bercetak atau teks elektronik, pembaca yang
mahir akan:
(a)

Membaca dengan ada tujuannya dalam fikirannya;

(b)

Melihat teks untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan;

(c)

Mengaktifkan pengetahuan terdahulu dan mencari hubung kait antara


maklumat lama dan baharu;

192 X TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA

(d)

Menggunakan strategi untuk mendapatkan makna teks; dan

(e)

Memantau sendiri kefahaman anda dengan bertanyakan soalan, menjawab


soalan dan/atau menyiapkan latihan.

Topik ini telah memberikan anda gambaran tentang beberapa kemahiran


membaca asas yang anda boleh gunakan dalam pembacaan modul kursus
atau bahan lain sama ada dalam format bercetak atau elektronik.

Anda perlu membaca dengan banyak daripada sumber lain. Modul anda
hanyalah panduan untuk menyediakan anda dengan beberapa maklumat
asas yang berkaitan dengan kursus anda.

Terdapat dua teknik membaca yang utama, iaitu pembacaan laju dan
pembacaan perlahan.

Pembacaan laju melibatkan proses pengimbasan dan membaca teks sepintas


lalu.

Pendekatan analitik dan kritikal digunakan dalam pembacaan perlahan.

SQ3R ialah cara yang sistematik untuk membaca yang melibatkan langkah:
membuat tinjauan, soalan, membaca, menyebut dan menyemak.

Kemahiran membaca teks elektronik melibatkan cara untuk mengetahui


tujuan pembacaan teks, menavigasi teks, mencari makna dan mentafsir teks.

Analitik

Membaca sepintas lalu

Imbas

SQ3R

Kritikal

Anda mungkin juga menyukai