Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS APC SK HAMPALAN 2019

BIL AGENDA TEKS


1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang berusaha, Tuan Guru Besar Sekolah
jemputan dan Kebangsaan Hampalan Encik Alkonso bin Abdul Salleh dan Encik Dalat
ibu bapa Anak Usang Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Bong

2 Nyanyian Bagi memulakan acara, Mari kita berdiri untuk sama-sama menyanyikan
lagu lagu Negaraku di ikuti lagu Sabah tanah airku.

Alu-aluan Selepas lagu: Hadirin dipersilakan duduk.


3
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Awal kalam mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Ke Pekan Semporna membeli Nangka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Yang Berbahagia, Encik Mansur bin Jamman Timbalan pegawai pendidikan


Daerah
Yang dihormati encik Sahim bin abdul lasid, pegawai pendidikan daerah
Yang Berusaha , Encik Alkonso bin Abdul salleh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Hampalan
Turut berusaha, Encik Pakir Saaleh bin ladjahindu, penolong kanan
pentadbiran,
Encik kahal musakkal bin hj asmarah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik salman Bin amboerek, penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Encik ahmad bidin bin balama, Yang dipertua PIBG SK Hampalan, guru-
guru,Akp, ibu bapa Tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid yang
dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HAMPALAN 2019

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kerana


atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari
yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar SK HAMPALAN

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar ini diadakan untuk memberikan


pengiktirafan kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai prestasi
akademik dan ko-kurikulum yang cemerlang sepanjang tahun 2019.
Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi
semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada
masa-masa akan datang.

5 PBacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama2 kita mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Alfadil Ustaz salahudiin bin zainaripin. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin, terima kasih atas bacaan doa itu tadi
6 Ucapan Pibg
Hadirin yang dihormati,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Ahmad


bidun bin balama, yang dipertua pibg SK Hampalan untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

7 Ucapan Seterusnya, marilah sama2 kita mendengar ucapan dan amanat yang akan
perasmian disampaikan oleh encik alkonso bin haji abdul salleh, guru besar SK HAMPALAN
SEMPORNA. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih tuan guru besar atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Daun semulur di pecan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Untuk tidak melengahkan masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia ENcik mansur bin jamman untuk
menyampaikan ucapan perasmian. Majlis mempersilakan.

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Encik
James Liau menyempurnakan upacara perasmian sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan, dijemput Encik


Alkonso bin haji abdul salleh Untuk menyampaikan cenderamata kepada
Encik Mansur bin jamman. Dipersilakan.

Terima kasih diucapakn.

8 Persembahan Hadirin yang dihormati,


Bagi meneruskan acara, marilah sama-sama kita merasai lehangatan negara
india dan bersama2 menyaksikan persembahan Tarian bollywood dari
murid-murid Tahun 5 dan 6
Majlis mempersilakan.

9 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu


bersemangat sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, Dijemput Encik Mansur bin


Jamman Diiringi tuan guru besar ENCIK ALKONSO BIN HAJI ABDUL
SALLEH untuk menyampaikan anugerah.
 Gamelan
*** Majlis dimulakan dengan penyampaian HADIAH EDUDUKAN
KELAS
*** seterusnya ialah penyampaian HADIAH TERBAIK TERAS.
*** Anugerah seterusnya ialah PENYAMPAIAN HADIAH TERBAIK
ELEKTIF

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada ENCIK


MANSUR BIN JAMMAN DAN ENCIK ALKONSO BIN ABDUL SALLEH
atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

10 Persembahan Hadirin yang dihormati,


2 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian Nyanyian oleh murid
tahun 2, iaitu adik Zul amri dan Nurafika. MaRi sama2 kita saksikan.

***Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.


11 Majlis diteruskan dengan menjemput Encik Sahim bin Abdul Lasid diiringi
oleh Encik Pakir Salleh ke pentas untuk menyampaikan anugerah
seterusnya, iaitu anugerah hal ehwal murid
 Gamelan
*** Anugerah Pertama, murid kurang ponteng
Murid paling berdisiplin
Murid paling segak
*** Anugerah seterusnya ialah murid paling prihatin

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada


_______________________atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi

12 Persembahan Seterusnya, Kita berhibur lagi dengan menyaksikan tarian pompom yang
3 akan dipersembahkan oleh murid2 tahap 1. Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang menghiburkan itu tadi.
Tarian pom2
Majlis kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderamata
anugerah kokurikulum.

*** Anugerah acara olahraga


*** Anugerah kelab dan persatuan
*** Anugerah seterusnya ialah sukan dan permainan
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada
_______________________atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

13 Persembahan Hadirin yang dihormati, Begitulah tadi penyampaian anugerah akademik


Tahun 4 dan kokurikulum kepada murid2 sk hampalan.
Sebelum majlis berakhir, mari kita sama2 menonton persembahan murid-
Tarian kurik murid Tahun 3 dan 4 Yang akan mempersembahkan tarian kurik kundi.
kundi Dipersilakan.
 Music
***majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24 Penutup Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segunung tahniah kami ucapkan.

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang 2019, Ibu-bapa dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan malis ini.

Bagi pihak majlis, Kami menyusun 10 jari seandainya terdapat sebarang


kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi.
-----Sekian terima kasih.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan


menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai