Anda di halaman 1dari 2

4.

SAJAK KUINGIN BERTERIMA KASIH, IHSAN NOORZALI


A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berterima kasih kepada hujan kerana mendinginkan suasana yang panas dan meredakan kemarahan.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa dia terhutang budi kepada tanah kerana dia sedar bahawa tanah yang subur penting
sebagai punca rezeki para petani.
RANGKAP 3
Penulis ingin berbisik dengan berterima kasih kepada ikan di lautan kerana menjadi sumber rezeki nelayan
yang miskin.
RANGKAP 4
Penulis amat mengagumi pejuang negara yang berkorban demi negara dan setia menjada kedaulatan tanah air.
RANGKAP 5
Penulis ingin menjadi bunga yang mengeluarkan bau harum supaya dapat mengurangkan keresahan
masyarakat yang ditimpa peperangan.
RANGKAP 6
Penulis menyeru manusia agar merenung dan mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang
bermanfaat.
B TEMA DAN PERSOALAN
Tema
Tema sajak ini ialah penghargaan dan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan.
Persoalan
(a)
Kepentingan hujan yang mendinginkan suasana
(b) Kepentingan tanah yang subur kepada petani
(c)
Samudera ialah sumber rezeki nelayan
(d) Masalah kemiskinan dalam kalangan nelayan
(e)
Pengorbanan pejuang bangsa
(f)
Kesetiaan kepada tanah air tercinta
(g) Kesan peperangan kepada manusia
(h) Kesyukuran atas nikmat Tuhan
C GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
(a)
Sinkope
Bukti:Sesekali kuingin berterima kasih
Sesekali kuingin menyemai budi
Kepadamu hujan bagai tetamu
Kepadamu tanah yang hidup
Kerana perutmu setia menghamilkan
Sesekali kuingin berbisik kepadamu
Sesekali kuingin kalungkan kagum
Kepadamu pejuang negara
Kerana tanganmu pernah berdarah
Sesekali kuingin pula menjadi bunga
(b) Simile
Bukti: Kepadamu hujan bagai tetamu

(c)

Responsi
Bukti: jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpendam
Bukti: liar di belantara samudera
nelayan tua di pondoknya

(d)

Metafora
Bukti: api amarah pun terpendam
liar di belantara samudera
darah kesetiaan seorang warga
di taman-taman keresahan hidup
(e)
Personifikasi
Bukti: Sesekali kuingin menyemai budi
kerana perutmu setia menghamilkan
Sesekali kuingin kalungkan kagum
menyerah keinsafan
kepada keangkuhan perang
(f)
Imejan
Bukti: hujan,api, tanah, ikan-kan, belantara, samudera, bunga,
UNSUR BUNYI
(a)
Asonansi (pengulangan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u)
Bukti: Sesekali kuingin berterima kasih
(b)

Aliterasi (pengulangan bunyi huruf konsonan)


Bukti: Sesekali kuingin kalungkan kagum

D NILAI MURNI
(a) Berterima kasih
(b) Bersyukur
(c) Mengenang budi
(d) Berbakti kepada negara
(e) Pengorbanan
(f) Ketabahan
(g) Cinta akan negara
(h) Keinsafan
E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berterima kasih atas nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
(b) Kita mestilah bersyukur dengan kurniaan Tuhan
(c) Kita haruslah mengenang budi kepada tanah dengan tidak merosakkannya.
(d) Kita haruslah berbakti kepada negara dengan menjaga keselamatan negara.
(e) Kita wajarlah sedia berkorban demi keamanan negara
(f) Kita wajarlah tabah menghadapi kemiskinan hidup akibat rezeki yang tidak menentu sebagai nelayan.
(g) Kita mestilah cinta akan negara demi menjaga kedaulatan negara tercinta.
(h) Kita mestilah insaf akan kepentingan keamanan supaya peperangan dapat dihentikan.

Anda mungkin juga menyukai