Anda di halaman 1dari 3

PANTUN ALAM REMAJA:

Pengenalan
Pantun Alam Remaja dimuatkan pada muka surat 5 dan 6 naskhah antologi 'Baik Budi,
Indah Bahasa'. Pantun 4 kerat ini ditulis dalam 7 rangkap. Pembayang pantun terdiri
daripada unsur alam dan kerenah manusia.

Maksud setiap rangkap


1

Elok rupanya kumbang jati,


Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

pembayang pantun: unsur alam


Anak-anak berasa sangat gembira apabila ibu tiba di rumah

Dibawa itik pulang petang,


Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

Pembayang pantun: unsur alam


Apabila ibu sudah ada di hadapan mata, perasaan bimbang tiada lagi

Ayam kinantan terbang mengekas,


Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

pembayang pantun: unsur alam


glosari: kinantan, iaitu putih seluruhnya / belaka
Demi melihat ibu balik cepat / segera, anak-anak berasa terlalu seronok

Kita menari keluar bilik,

Sebarang tari kita tarikan;


Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
pembayang pantun: kerenah manusia
Sebagai tanda kegembiraan ibu sudah balik, secara spontan anak-anak menyanyi
girang

Hanyut batang berlilit kumpai,


Terdampar di ujung Tanjung Jati;
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

pembayang pantun: unsur alam


glosari: kumpai, iaitu sejenis rumput layu / paku-pakis
ujung = hujung
Sejurus setelah ibu balik rumah, ayah pula muncul. Perasaan gembira
bertambah-tambah.

Ramai orang bersorak-sorak,


Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

pembayang pantun: Anak-anak berasa lebih girang / gembira apabila dibelikan


baju dan seluar baharu

Mahulah kami hendak melapun,


Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

pembayang pantun: kerenah manusia


glosari: lapun, iaitu sejenis jerat bingkas apabila disentuh / jaring menangkap
ikan
Anak-anak berpantun sebagai tanda kemesraan dengan ibu bapa

Perbincangan Komsas
Tema: Kegembiraan anak-anak apabila ibu dan bapa pulang ke rumah
Nilai murni
1 Kasih sayang: anak-anak . Ibu bapa sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa ke rumah.
Ikatan kekeluargaan yang kukuh
2 Kemesraan: anak-anak menyambut kepulang ibu bapa dengan gembira. Ibu bapa pula
membelikan pakaian baharu
3 Saling menghargai: Anak-anak menghargai pemberian ibu bapa. Ibu bapa pula melayan
keletah /
kerenah anak dengan sabar
Persoalan
(huraian gunakan seperti dalam nilai murni)
1 Kasih sayang sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa
2 Kemesraan dalam komunikasi keluarga
3 Saling menghargai antara anggota keluarga

Pengajaran
1 Kita hendaklah saling menyayangi sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa
2 Kita hendaklah mengamalkan kemesraan dalam komunikasi keluarga
3 Kita hendaklah saling menghargai antara anggota keluarga

Persamaan rima
1 Hanya persamaan rima akhir antara pembayang pantun dengan maksud

Perulangan
1) Rangkap1 dengan rangkap 2: baris 2 dengan baris 1; baris 4 dengan baris 3
2) Rangkap 4: perkataan 'sebarang' pada baris 2 dengan baris 4

Kesimpulan dan Penutup


Pantun ialah warisan puisi tradisional Melayu yang unik. Walaupun zaman telah berubah,
pantun masih diungkapkan dalam majlis-majlis rasmi dan keramaian. Kehalusan dan
keindahan bahasa yang terungkap dalam setiap rangkap pantun akan mengingatkan kita
tentang jati diri dan akar umbi alam Melayu ...

Anda mungkin juga menyukai