Anda di halaman 1dari 8

PUISI MODEN

‘KUINGIN BERTERIMA KASIH’


Maksud
Rangkap Maksud
1 Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi.
Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan
yang dibawa  mampu meredakan api kemarahan.

2 Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang
subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan
kepada para petani.
3 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana
memberikan kegembiraan kepada nelayan.

4 Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang
telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air
daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.
Maksud
Rangkap Maksud
5 Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat
mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga
berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa
peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan
penderitaan.

6 Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika
semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding
bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.
Tema & Persoalan

TEMA
 Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada
manusia.

PERSOALAN
 Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
 Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
 Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
 Menghargai jasa perwira-perwira negara.
 Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua
orang menghargainya.
Bentuk

 Bebas
 Terdapat enam rangkap
 Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
 Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca
 Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc
 Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb
 Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
 Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
Gaya Bahasa
 Simile
 Contoh: kepada hujan bagai tetamu
 Personifikasi
 Contoh: ikan-ikan yang riang
 Metafora
 Contoh: darah kesetiaan
 Kata Ganda
 Contoh: di taman-taman keresahan hidup
 Asonansi - pengulangan vokal a
 Contoh : kepadamu pejuang negara
 Aliterasi - pengulangan konsonan k
 Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum
Nilai

 Mengenang jasa
 Contoh: mengenang jasa pejuang negara.
 Keinsafan
 Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada
manusia dan alam.
 Kesetiaan
 Contoh: pejuang setia kepada negara.
 Kesyukuran
 Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan
Pengajaran

 Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang


telah berjuang untuk negara.
 Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah
diberikan oleh Tuhan kepada kita.
 Kita hendaklah sanggup berjuang demi
negara tercinta.

Anda mungkin juga menyukai