Anda di halaman 1dari 8

PUISI TRADISIONAL

PANTUN DUA KERAT - NASIHAT


MAKSUD PANTUN

Rangkap Maksud

1 Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza-beza.

2 Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

3 Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai


keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

4 Seseorang yang tidak mahu berusaha dan berikhtiar akan gagal.

5 Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas dan kerjaya.


Tema
Bertemakan nasihat  dalam menjalani
realiti kehidupan seharian.
Persoalan
Sifat manusia itu akan terserlah pada
setiap tingkah lakunya.
Orang yang kuat tidur tidak akan aktif
dan produktif.
Kekurangan diri bukan penghalang untuk
berjaya dan menyumbang sesuatu yang
berfaedah.
Bentuk
1. Mempunyai lima rangkap
2. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3. Terdiri daripada tujuh hingga 12 suku
kata.
4. Terdiri daripada empat hingga tujuh
perkataan dalam sebaris.
5. Rima akhirnya  aa.
Gaya Bahasa
Repitisi         pengulangan perkataan  lain
◦ contoh :-    dengan (rangkap 1)

Asonansi        pengulangan vokal a
◦ Contoh :-      Buah sintang buah senikul

Aliterasi         pengulangan konsonan  b
◦ Contoh :-      satu memegang satu memikul
 
Imejan   -        imej alam
◦ Contoh :-       kerbau, puyuh, itik, ayam,
Nilai
Berhati-hati
Kerajinan
Keredaan
Kesungguhan
kecekalan
Pengajaran
Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan.
Kita harus mengelakkan diri dari banyak tidur.
Jangan kita kecewa dengan kekurangan diri
sendiri.
Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai
kejayaan.
Kita hendaklah memiliki daya usaha yang
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai