Anda di halaman 1dari 9

www.scribd.

com/mohd_naqib88

Umrah
1. Takrif umrah i. Dari segi bahasa : Ia membawa maksud pertambahan. ii. Dari segi istilah : Ia adalah towaf disekeliling Kabah, saie antara Sofa dan Marwah dalam keadaan berihram.

2. Hukum menunaikan umrah i. Pendapat pertama : Ia adalah sunat muakkad untuk dilakukan seumur hidup [Malikiyyah dan majoriti Hanafiyyah]. Hujah : Daripada Jabir bin Abdillah radiyallahu anhuma katanya :

. )) () : ((
Maksudnya : Rasulullah saw ditanya tentang umrah, adakah ia wajib? Jawab baginda saw : Tidak, tunaikanlah umrah kerana itu adalah lebih baik.
[Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dan Al-Baihaqi]

ii.

Pendapat kedua : Ia adalah wajib dilakukan sekali seumur hidup [Sebahagian Hanafiyyah]. Pendapat ketiga : Ia adalah fardhu sekali seumur hidup [Syafieyyah dan Hanabilah]. Hujah : Firman Allah swt :

iii.

)) ((
[Al-Baqaroh : 196]

Maksudnya : Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah

Dan hadis Aisyah radiyallahu anha katanya :

)) : : (( :
Maksudnya : Aku berkata : Wahai Rasulullah, adakah wanita wajib berjihad? Lalu sabda Nabi saw : Ya, mereka wajib berjihad yang tiada peperangan (pembunuhan) iaitu menunaikan haji dan umrah.
[Dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Ibnu Hajar berkata : Ia berasal dari Sohih Bukhari]

www.scribd.com/mohd_naqib88

3. Kelebihan umrah Terdapat banyak hadis yang menyebutkan tentang kelebihan menunaikan umrah. Antaranya dua hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah radiyallahu anhu : i. Rasulullah saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Antara umrah ke umrah (yang seterusnya) adalah penghapus dosa. Dan ganjaran haji mabrur tidak lain hanyalah Syurga.
[Dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim]

ii.

Rasulullah saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Orang yang menunaikan haji dan umrah adalah delegasi Allah swt, jika mereka berdoa kepada-Nya nescaya Dia akan menjawab (doa tersebut). Jika mereka meminta keampunan dari-Nya, nescaya Dia akan mengampuninya.
[Dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Sanadnya didhoifkan oleh Al-Bushiri]

4. Cara-cara menunaikan umrah i. Ifrod : Iaitu seseorang itu berihram umrah tanpa diikuti dengan haji. ii. Tamattu : Iaitu seseorang itu berihram umrah di dalam bulan haji dan selepas selesai melakukan umrah (selepas bertahallul) dia menunaikan haji. Qiron : Iaitu seseorang itu berihram umrah dan haji serentak dan melakukan keduadua dalam satu masa.

iii.

5. Praktikal umrah Sesiapa yang ingin menunaikan umrah, dia hendaklah bersedia ketika sampai atau menghampiri miqat. Sebelum dia berniat ihram, disunatkan baginya untuk mandi dan membersihkan badan, memakai minyak wangi di badan kemudian solat sunat ihram dua rakaat. Selepas itu, dia boleh berniat seperti :
2

www.scribd.com/mohd_naqib88

.
Maksudnya : Allahumma, sesungguhnya aku ingin menunaikan umrah, maka permudahkanlah ia untukku dan terimalah ia dariku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesudah itu, dia mula bertalbiah :

.
Selepas berniat ihram, dia wajib menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Dia terus bertalbiah sehingga sampai ke Masjidil Haram. Apabila memasuki Masjidil Haram, teruslah memandang Kabah dengan penuh rasa khusyuk dan menghormatinya. Mulakan tawaf dari Hajarul Aswad sebanyak tujuh kali pusingan. Talbiah dihentikan apabila dia beristilam kepada Hajarul Aswad. Setiap kali pusingan dia melewati Hajarul Aswad, dia perlu beristilam dan memberi isyarat jika tidak mampu. Ketika tawaf, dia disunatkan membuka bahu kanannya iaitu meletakkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan di atas ketiak kiri. Bagi lelaki, mereka disunatkan berlari anak pada tiga pusingan yang pertama dan berjalan biasa pada pusingan yang seterusnya. Perbanyakkanlah doa dan zikir ketika bertawaf. Selesai bertawaf, dia menunaikan solat sunat tawaf dua rakaat dan pergi ke Hajarul Aswad jika mampu dan menciumnya dan bertakbir. Jika tidak, cukuplah dengan dia memberi isyarat dan bertakbir. Seterusnya, dia pergi ke Sofa sambil membaca ayat :

)) ((
Maksudnya : Sesungguhnya Sofa dan Marwah itu ada dari syiar-syiar Allah. Sesiapa yang menunaikan haji dan umrah, maka dia mesti bertawaf antara keduanya.
[Al-Baqaroh : 185]

Saie bermula dari Sofa dan berakhir di Marwah. Dia perlu memanjat bukit Sofa itu sehingga dia melihat Kabah dan menghadapnya. Kemudian dia bertahlil, bertakbir, berdoa dan turun berlari anak ke Marwah antara dua lampu hijau. Selepas itu, dia boleh berjalan biasa. Dia melakukannya sebanyak tujuh kali sehingga berakhir di Marwah.
3

www.scribd.com/mohd_naqib88

Selesai dari saie, dia bertahallul kepalanya sama ada dengan mencukur kesemuanya atau hanya memotong sebahagian dari rambutnya. Selepas dari bertahallul, dia sudah bebas dari perkaraperkara yang dilarang ketika ihram. Jika dia ingin bermusafir keluar dari Mekah, dia wajib melakukan tawaf wida mengikut pendapat Syafieyyah, tetapi ia adalah sunat mengikut pendapat Malikiyyah. Adapun mengikut pendapat Hanafiyyah, ia tidak wajib tetapi digalakkan menunaikannya sebagai keluar dari khilaf (khuruj minal khilaf).

6. Rukun-rukun umrah Jumhur fuqaha mengatakan rukun umrah ada tiga iaitu : Ihram, tawaf dan saie. Ia adalah pendapat Malikiyyah dan Hanabilah. Adapun Syafieyyah, mereka menambah satu lagi rukun iaitu mencukur. Hanafiyyah pula mengatakan ihram adalah syarat bagi umrah, dan rukunnya ada satu sahaja iaitu tawaf.

Rukun pertama : Ihram Jumhur ulama mengatakan ihram boleh dibuat dengan hanya berniat melakukan umrah. Adapun Hanafiyyah, mereka menambah perlu berniat umrah dan disertai dengan zikir atau khusisiyyah. Yang dimaksudkan dengan zikir adalah talbiah atau yang seumpamanya, yang ada di dalamnya lafaz-lafaz yang mengagungkan Allah swt. Khususiyyah hampir sama dengan talbiah. Jumhur ulama mengatakan talbiah bukanlah syarat ihram tetapi ia hanyalah sunat di dalamnya. Lafaz talbiah adalah :

Miqat Zamani Para ulama bersepakat mengatakan umrah boleh ditunaikan sepanjang tahun, lebih-lebih lagi ia sangat afdhal untuk ditunaikan pada bulan Ramadhan. Namun Hanafiyyah berpendapat jika ia ditunaikan pada hari Arafah dan empat hari selepasnya, hukumnya adalah makruh tahrim. Hujah yang mereka gunakan adalah hadis dari Aisyah radiyallahu anha :

)) (( :
4

www.scribd.com/mohd_naqib88

Maksudnya : Dibenarkan melakukan umrah sepanjang tahun melainkan pada empat hari : Hari Arafah, Aidil Adha, dan dua hari selepasnya.
[Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi]

Ini kerana, pada hari tersebut adalah hari ditunaikan haji dan umrah yang dilakukan pada waktu yang sama akan mencacatkan umrah yang dilakukan.

Miqat Makani i. Miqat Al-Afaqi a) Zul Hulaifah untuk orang Madinah dan sesiapa yang datang melaluinya. b) Al-Juhfah untuk orang Syam atau orang yang datang melaluinya seperti orang Mesir dan Maghribi. c) Qornul Manazil untuk orang Najd. d) Yalamlam untuk orang Yaman, Tihamah, India, Iraq dan semua orang yang datang dari timur. Al-Miqatai, iaitu orang yang tinggal di kawasan miqat atau antara miqat dan tanah haram. Mereka berniat ihram dari tempat mereka. Al-Harma, iaitu orang yang menetap di tanah haram Mekah walaupun sekadar tinggal untuk sementara waktu. Miqat mereka adalah di mana-mana tanah halal.

ii. iii.

Dalil mengenai penetapan miqat ini adalah hadis dari Ibni Abbas radiyallhu anhuma katanya :

() (( ))
Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw menetapkan Zul Hulaifah untuk ahli Madinah, Al-Juhfah untuk ahli Syam, Qornul Manazil untuk ahli Najd dan Yalamlam untuk ahli Yaman. Katanya : Mereka perlu mengikut (ketetapan miqat ini), atau sesiapa sahaj yang datang dari arah tersebut sama ada dia ingin menunaikan haji atau umrah. Jika ada yang selain dari tempat yang disebutkan, maka (dia berniat) dari tempatnya sendiri dan ahli Mekah itu (miqatnya) di Mekah.
[Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]

www.scribd.com/mohd_naqib88

Adapun mengenai miqat bagi penduduk tanah haram atau orang yang menetap di dalamnya, terdapat hadis lain yang mentakhsis hadis di atas. Ia adalah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radiyallhu anha katanya :

(( ))
Maksudnya : Wahai Rasulullah, adakah kamu semua akan bertolak menunaikan umrah dan haji dan aku hanya menunaikan haji? Kemudian, Rasulullah saw mengarahkan supaya Abdur Rahman bin Abi Bakr membawa Aisyah ke Tanim (untuk berniat ihram) dan aku telah menunaikan umrah selepas menunaikan haji pada bulan Zul Hijjah.
[Dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim. Lafaznya dari Bukhari]

Perkara-perkara yang dilarang ketika ihram i. ii. iii. Perkara yang dilarang bagi lelaki : Memakai pakaian berjahit, menutup kepala dan muka dan memakai selipar yang melebihi buku lali. Perkara yang dilarang bagi wanita : Menutup muka dan memakai sarung tangan. Selain dari itu, dia memakai pakaian yang biasa. Perkara yang dilarang bagi kedua-duanya : Memakai wangian, menghilangkan rambut atau mana-mana bulu badan, memakai minyak di rambut atau mana-mana anggota badan, memotong kuku, memburu, berjimak dan perkara-perkara yang membangkitkan syahwat, dan bercakap lucah.

Perkara-perkara makruh ketika ihram Antara perkara-perkara yang makruh adalah seperti menyikat rambut atau menggaru kepala dengan kuat. Begitu juga makruh menggaru-garu badan dengan kuat dan berhias-hias.

Perkara-perkara sunat ketika ihram Antara perkara-perkara sunat sebelum ihram adalah mandi, memakai wangian di badan bukan pakaian, solat sunat dua rakaat. Kemudian selepas berniat ihram, dia disunatkan bertalbiah sehingga mula bertawaf atau beristilam kepada Hajarul Aswad.

www.scribd.com/mohd_naqib88

Rukun kedua : Tawaf Tawaf mengelilingi Kabah adalah salah satu dari rukun umrah. Ia adalah fardhu sebanyak tujuh kali pusingan mengikut pendapat jumhur. Adapun Hanafiyyah mengatakan empat pusingan awal adalah fardhu dan bakinya adalah wajib.

Syarat-syarat tawaf : i. ii. iii. iv. v. vi. Didahului dengan berniat ihram. Niat tawaf. Dilakukan disekeliling Kabah. Pusingan dibuat dari kiri ke kanan. Suci dari hadas kecil dan besar. Menutup aurat

Perkara-perkara sunat tawaf : i. ii. iii. iv. v. Muwalah atau berturut-turut. Tetapi Malikiyyah dan Hanabilah mengatakan ia adalah syarat di dalam tawaf. Berjalan bagi yang mampu. Solat sunat dua rakaat selepas tawaf. Berlari anak pada tiga pusingan pertama dan berjalan pada pusingan yang seterusnya. Memulakan tawaf sedikit kebelakang dari Hajarul Aswad.

Rukun ketiga : Saie Saie antara Sofa dan Marwah adalah satu rukun di dalam umrah. Hukumnya sama dengan hukum saie ketika menunaikan haji. Antara syarat-syaratnya adalah : i. ii. iii. iv. Didahului dengan niat ihram umrah. Didahului dengan tawaf. Dimulai dari Sofa dan diakhiri di Marwah. Dilakukan sebanyak tujuh kali.

Antara perkara-perkara sunat ketika saie i. ii. Muwalah iaitu berturut-turut melakukan saie. Berlari anak antara dua lampu hijau.
7

www.scribd.com/mohd_naqib88

Syarat wajib umrah i. ii. iii. iv. v. Berakal Islam Baligh Merdeka Berkemampuan, tetapi jika orang yang tidak berkemampuan melakukan umrah, sahlah umrahnya dan jatuh kefardhuannya.

Jika kanak-kanak atau hamba menunaikan umrah, sahlah umrahnya tetapi ia tidak menjatuhkan kefarduan mereka selepas mereka baligh atau merdeka.

Syarat tambahan bagi wanita i. ii. Disertai atau ditemani suami atau mahram. Tetapi Syafieyyah membenarkan boleh ditemani wanita-wanita lain yang lebih thiqah. Bukan dalam keadaan iddah

7. Umrah pada bulan Ramadhan Disunatkan menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Ia disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radiyallahu anhuma katanya, Rasulullah saw bertanya kepada salah seorang dari wanita Ansar : Apakah yang menghalang engkau dari melakukan haji bersama kami?. Katanya : Kami mempunyai dua binatang tunggangan. Satu tunggangan digunakan oleh bapa dan anaknya dan satu lagi digunakan oleh kami untuk mengambil air. Lalu baginda saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Jika datang bulan Ramadhan, maka lakukanlah umrah. Sesungguhnya umrah pada waktu itu (iaitu pada bulan Ramadhan) menyamai (pahala) haji.
[Dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, dan lafaznya dari Muslim]

www.scribd.com/mohd_naqib88

8. Menunaikan umrah berulang kali Digalakkan membanyakkan umrah dan tidak makruh mengulangi umrah dalam setahun mengikut pendapat jumhur. Ibnu Qudamah menyebutkan bahawa Ali radiyallahu anhu menunaikan umrah pada setiap bulan. Anas pula apabila merasa panas kepala, dia akan melakukan umrah. Imam Syafie juga berkata : Jika seseorang itu mampu untuk melakukan umrah dua atau tiga kali pada setiap bulan, maka aku suka menggalakkannya untuk melakukannya. Adapun mengikut pendapat yang masyhur dari Malikiyyah : Adalah makruh mengulangi umrah sebanyak dua kali dalam satu tahun. Tetapi ia disunatkan jika dilakukan dalam tahun yang lain.

9. Menunaikan umrah bagi orang lain Para fuqaha berkata bahawa dibenarkan menunaikan umrah bagi orang lain kerana umrah sama seperti haji yang dibenarkan niyabah haji.

. .

Ditulis oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan. Rujukan : Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (30/314-329).

Anda mungkin juga menyukai