Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK PEMERIAN

1.      Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia


Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis
menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas
sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga
menimbulkan sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia
terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam
bidang kejururawatan.

2.      Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak


perempuannya.
Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis
menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar
oleh kemarakkan api yang sedang memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran
anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung 100
peratus disebabkan oleh disambar api yang dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa
marah terhadap Raiha dengan menyimbah minyak petrol kea rah kereta mewah
tersebut.

3.      Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang


Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan
teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang
wajah anak perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-
tiba pergelangan tangannya terasa ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas
menyebabkan dia tidak dapat mengawal kederaan yang sedang dipandunya itu hingga
menyebabkan dia melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

4.      Pemerian tentang kematian Rohayu


Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis
menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz
yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan
kereta mewah Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang
pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak petrol dan Doktor
Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz
menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul
anak perempuannya di tempat kejadian dan apa yang sedang marak itu menyambar
anak kecil tersebut hingga rentung.

5.      Pemerian tentang penyakit Unong Siron


Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Pampasan daripada syarikat insurans diterima. Sister Felicia
tidak sampai hati melihat gadis yang dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-
henjut dan menawarkan pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja.
Pemerian tentang pembedahan yang telah lima kali dilalui oleh Unong Siron
memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca yang membaca novel ini.
 
TEKNIK DIALOG
1.      Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan
Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor
Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan
bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

2.      Dialog Raiha dan ayahnya


Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini.
Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut
lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan
mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga
adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.

3.      Dialog Raiha dan Sister Felicia


Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi
memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia
menjeaskan bahawa ‘sapi tua’ paggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak
jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi
Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

4.      Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih


Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan
bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya
sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya
yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu
merawat anaknya yang tenat itu.

5.      Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron


Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima adalah panggilan palsu, dia
mengambil kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion yang baharu sahaja dibedah
senja itu. Sewaktu Raiha merenung muka Unong, ibu Unong Siron bertanya tentang
keadaan anaknya itu. Raiha menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku
sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan segera sembuh dan tidak perlu dibedah
lagi.

6.      Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia


Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia sewaktu menunggu Doktor Sadiz. Selepas
pulang dari rumah Datu Untong, Felicia dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika
menunggu Doktor Sadiz, Doktor Uwang menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen
yang diberikan oleh Felicia, jawatan dan tangga gajinya akan dinaikkan.

TEKNIK IMBAS KEMBALI


1.      Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering
diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca
kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja
imbasan anak perempuannya itu sering menghantui fikirannya. Doktor Uwang juga
sering terimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan
matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ikhsan
daripadanya. Dia juga terimbas kembali sewaktu melakukan otopsi ke atas anak
perempuan itu.

2.      Imbas kembali zaman sekolah rendah


Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka
memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status
kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup
bebas yang diamalkan.

3.      Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor Sadiz


Raiha teringat kembali saat kematian bekas suaminya. Selepas menang dalam
perbicaraan Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi utama tidak muncul. Sewaktu
bertembung dengan Raiha di hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan bahawa
Raiha akan digantung tanpa tali sampai bila-bila sebagai balasan menjejaskan status
elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus beredar dari mahkamah
keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori tangki minyak yang berhenti di persimpangan
lampu berisyarat menyebabkan keretanya meletup dan terbakar.

4.      Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian tinggi


Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi. Salah seorang tenaga
pengajar ialah Doktor Uwang, seorang pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan
dia secara sukarela membantu melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang
dijalankan.

TEKNIK SASPENS
1.      Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca
kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha
apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha
itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor
Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar
punca kematian anak Raiha.

2.      Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai
Kasih
Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan
ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.
Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan
mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang
lain.

Anda mungkin juga menyukai