Anda di halaman 1dari 9

PANTAI KASIH

BAB 1
PENULIS : AZMAH BINTI NORDIN

DISEDIAKAN OLEH:
1. ADLINA AUNI SYAFIQA
2. NUR ARINA NATASHA
3. NUR HUDA
SINOPSIS

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang
peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat
pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak
lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha
berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke
bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya
itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih
Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam
pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor
Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor
Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya
bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka
masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan
di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan  gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan
amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat
untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali
kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan
khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka.
Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia
tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri
daripada bertembung dengan Raiha.
WATAK UTAMA
RAIHA
• Pertengahan 30-an.
• Baru 6 bulan bertugas di PRPK.
• Berpegang kepada etika dan tanggungjawab kedoktoran
sepenuh hati. Mengambil berat tentang pesakit berpendapatan
sederhana, Unong Siron.

DOKTOR UWANG SISTER FELICIA LANDOSI


• Pertengahan 40-an. • Jururawat senior yang berwatak misteri.
• Pakar bedah, pemilik PRPK. • Sering diganggu dosa silam kematian anak Dr. Raiha.
• Sinis, suka menyindir dan acuh tak acuh. Kurang • Perahsia. Menyembunyikan ketagihan ubat batuk dan
mengutamakan pesakit berpendapatan sederhana. mencurinya di farmasi.

UNONG SIRON Ariana Abdullah


• Gadis remaja. • Jururawat terlatih yang happy-go-lucky.
• Pesakit kepada Dr. Raiha. • Tenang dan bersahaja. Tidah mudah melatah dengan
• Polos, menerima sahaja rawatan di PRPK asakan provokasi Felicia Landosi tentang dakwaan
walaupun berulang kali mengalami komplikasi. kecuaian dalam tugas.
WATAK SAMPINGAN
1. DOKTOR SADIZ
• Anak saudara kepada Dr. Uwang dan merupakan
pakar perunding pembedahan dan bedah otak
• Bekas suami kepada Raiha.
• Bersikap angkuh Bersikap egoistik dan emosional
sehingga mengorbankan anaknya sendiri apabila
membakar kereta mewahnya hanya kerana
menganggap isterinya membawa anaknya itu lari
daripadanya.
• Mati akibat dirempuh lori tangki minyak selepas
sahaja pulang dari mahkamah kerana menang
perbicaraan berkenaan kematian anaknya.

2. DOKTOR ALEX NG
3. DOKTOR MOHAMMAD
4. LISA CHUNG
LATAR

LATAR MASA

• Tahun pertama Dr. Raiha masih bergelar siswi perubatan.


• Ketika arwah ayah Dr. raiha masih hidup.
• Syif bertugas waktu malam.

LATAR TEMPAT

• Pejabat Dr. Raiha.


• Ruang kaunter penyambut tetamu PRPK.
• Ruang farmasi PRPK.
NILAI DAN PENGAJARAN
Kegigihan.
Kita hendaklah gigih melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan agar
memperoleh hasil yang terbaik.

Keyakinan.
Kita perlulah yakin dengan kelebihan diri yang sedia ada untuk dimanfaatkan ke arah
kebaikan.

Kecekapan.
Kita mesti menjalankan sesuatu pekerjaan atau tugasan dengan cekap supaya tidak
berlakunya sebarang kesalahan atau kejadian yang tidak diingini.

Bertanggungjawab.
Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberi walau dalam apa-apa jua
keadaan.
SOALAN

1. Apakah hubungan Doktor Sadiz dan Raiha?

2. Apakah punca kematian anak Raiha?

3. Mengapakah ayah Raiha menentangnya memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya?


TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai