Anda di halaman 1dari 2

PENGARUH GAS KARBON DIOKSIDA TERHADAP KITARAN AIR

Karbon dioksida ialah gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global.
Mekanisma gas rumah hijau ini aialah gas karbon dioksida membenarkan cahaya gelombang
pendek memasuki ruang atmosfera iaitu sejenis tenaga haba, tetapi menghalang ia memantul
semua ke ruang atmosfera. Kesannya suhu di permukaan bumi akan meningkat. Pemanasan
global yang berlaku akan menggangu kitaran air yang berlaku di ruangan litosfera, biosfera
dan atmosfera.
KESAN TERHADAP LITOSFERA
Pemanasa global akan menyebabkan fenomenan penggurunan menjadi semakin giat
kerana suhu yang tinggi adalah ejen luluhawa. Pemanasan suhu dunia pastinya
mempercepatkan proses pemanasan batuan. Batuan yang panas lebih cepat mengembang dan
seterusnya memudahkan berlaku penyepaian fizikal. Di kawasan gurun panas keadaan akan
menjadi semakin kontang dan gersang. Hal ini akan mempercepatkan hakisan layangan angin
menghakis dan mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan
saiz seperti pecahan prismatik, granul serta kelupasan ke kawasan-kawasan pinggiran gurun,
lama kelamaan kawasan gurun akan menjadi semakin luas. Kesan yang lebih besar ialah ke
atas pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi. Kewujudan lubang ozon di benua
Antartika misalnya sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di kawasan tersebut kerana
pencaranmatahari khususnya UV di terima oleh permukaan ais tanpa halangan. Oelh
demikian, dalam jangka masa yang panjang cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan
isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan oleh ombak.

KESAN KE ATAS SISTEM ATMOSFERA
Sistem atmosfera atau sistem klimatologi (iklim dan cuaca) juga tidak terlepas daripada
mengalami kesan akibat rumah hijau, apatah lagi fenomena tersebut terjadi di dalam ruang
atmosfera. Kesannya, ia akan menggalakkan berlakunya fenomena El Nino. Walaupun El
Nino adalah fenomena semula jadi tetapi peningkatan suhu dunia turut juga dialami oleh suhu
lautan. Kadar kenaikan suhu lautan khususnya Lautan Pasifik akan menjadi lebih cepat.
Kenaikan suhu ini akan menyebabkan tekanan udara di kawasan berkenaan menjadi rendah.
Oleh demikian, keadaan ini akan melemahkan, mengubah atau menghentikan tiupan angin
timuran yang selama ini membawa hujan lebat ke kawasan barat pasifik meliputi negara-
negara Asia Tenggara. Negara berkenaan akan mengalami cuaca yang panas dan kemarau
yang terik akibat kekurangan hujan.

KESAN KE ATAS SISTEM HIDROLOGI
Berlakunya kejadian pemanasan global dan ia akan mengakibatkan gangguan
keseimbangan kitaran hidrologi, pengurangan kuantiti air benua, regim wilayah daripada
sumber-sumber sungai, tasik, kolam dan proses tranpirasi tumbuhan. Hal ini berlaku kerana
kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air yang ada.
Gangguan ke atas kitaran hidrologi akan menyebabkan sungai, tasik dan kolam tidak
mempunyai bekalan air yang secukupnya dan lebih kritikal lagi jika punca-punca air tersebut
kekeringan air. Suhu yang tinggi akan menggalakan proses penyejatan berlaku. Ketika air
tersejat, kelembapan air adalah kurang kerana suhu yang amat tinggi. Kesannya proses hujan
tidak berlaku kerana udara kering.

Anda mungkin juga menyukai