Anda di halaman 1dari 20

KONSEP IMBANGAN AIR

Imbangan air bermaksud jumlah air yang diterima (kerpasan) adalah sama
dengan jumlah air yang hilang (sejatan, sejat peluhan, storan dan air larian
permukaan)

Lebihan air bermaksud jumlah kerpasan melebihi


jumlah sejatan
Kekurangan air bermaksud jumlah sejatan
melebihi jumlah kerpasan
FORMULA IMBANGAN AIR

P = ET + ST + R
• P = KERPASAN
• ET = SEJAT PELUHAN
• ST = STORAN TANIH
• R = STORAN PERMUKAAN
TUGASAN 1
1. DENGAN MENGGUNAKAN PETA BULATAN, NYATAKAN
DEFINSI IMBANGAN AIR, LEBIHAN AIR DAN
KURANGAN AIR.
IMBANGN AIR PADA SKALA MAKRO:
IMBANGAN AIR GLOBAL
• Input air yang diterima oleh seluruh permukaan bumi datangnya
daripada kerpasan seperti hujan, hujan batu, salji & embun
• Output pula adalah wap-wap air yang dikeluarkan melalui sejat-peluhan
iaitu kombinasi antara:
• Sejatan di permukaan air
• Sejatan dari lembapan tanih
• Perpeluhan daripada tumbuhan
• Air yang digunakan oleh manusia & haiwan
• Storan disimpan di dalam akuifer
• Air bawah tanah
• Simpanan permukaan (tasik, sungai & kolam)
FORMULA IMBANGAN AIR DUNIA
• Imbangan air sedunia boleh dikira menggunakan formula
berikan
K=S+T+L
di mana,
• K = Kerpasan
• S = Sejatan
• T = Tambahan atau kehilangan bersih air dalam sistem ini
• L = Air larian (positif sekiranya air larian keluar dari benua
dan negatif sekiranya air larian masuk ke dalam laut)
IMBANGAN AIR PADA SKALA MIKRO:
IMBANGAN AIR TEMPATAN.
• Konsep imbangan air boleh dikaji yang meliputi wilayah,
negeri, atau kawasan yang kecil seperti:

• Kawasan lembangan saliran atau


• Kawasan tadahan hujan
• Input air datang dari hujan @ dari lembaga saliran yang
besebelahan dengannya
• Air disimpan dalam sistem saliran (sungai), tasik, kolam, paya dan
empangan
• Output dikeluarkan oleh proses sejat-peluhan
VARIASI IMBANGAN AIR
MENGIKUT RUANG DAN MASA
VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT RUANG

1. KEDUDUKAN GARISAN LATITUD


• Nilai kerpasan dan nilai sejatpeluhan mengikut garisan lintang boleh
menentukan lebihan dan kurangan air

• Wilayah yang menerima lebihan air ialah kawasan antara garisan lintang 0°
– 10° utara dan selatan iaitu bertentangan dengan zon pertemuan
khaltulistiwa

• Garisan lintang 10° – 40° utara dan selatan – berlaku kurangan air yang
ketara- nilai sejatpeluhan lebih kerpasan. Kedua-dua kutub – sejatan dan
kerpasan adalah kecil dan hampir seimbang.
Taburan suhu sedunia mempengaruhi jumlah
kerpasan
VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT RUANG

2. TOPOGRAFI DAN ASPEK


• Kawasan bukit hadap atau lindung angin. Bahagian cerun
yang menghadap angin di kawasan tanah tinggi / banjaran
menerima taburan hujan lebih banyak.

• Kawasan lindungan hujan kurang lembapan dan hujan.


VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT
RUANG
3. KETINGGIAN
• Kawasan tanah tinggi mengalami imbangan air sedikit
kerana susupan tinggi dan pergerakan air menuruni cerun.

• Kawasan tanah rendah mempunyai banyak simpanan air


dalam bentuk aliran mendatar seperti takungan sungai,
tasik dan laut.
VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT
RUANG
5. LITUPAN TUMBUHAN
• Litupan tumbuhan yang tebal dan padat menggalakkan proses
perpeluhan yang membekalkan wap air menyebabkan kadar
kerpasan yang tinggi.

• Kawasan hutan mempunyai simpanan air tanih yang tinggi


berbanding kawasan yang gondol. hasil tindakan kanopi dan akar
pokok yang menggalakkan proses resapan air ke dalam tanih
VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT
MASA
1. MUSIM
• Bergantung kepada faktor musiman – ekuinoks musim bunga atau
luruh
• Solstis musim panas atau musim sejuk. Wap air bagi sebarang garis
lintang begitu tinggi pada musim panas ( bulan julai) di hemisfera
utara. Daripada musim sejuk (bulan januari) – kerpasan lebih
daripada sejatan.

2. SIANG DAN MALAM


• Pada waktu petang di kawasan Khatulistiwa, kadar sejatan adalah
tinggi menyebabkan pembentukan awan kumulonimbus yang
membawa hujan lebat.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
VARIASI IMBANGAN AIR
1. KETINGGIAN
• Kawasan muka bumi yang lebih tinggi mempunyai simpanan air yang
rendah berbanding dengan kawasan rendah. Kawasan lembah lebih
banyak menakung dan menyimpan air seperti kawasan paya, tanah
lembap, tasik dan lembangan sungai.

2. ASPEK
• Faktor aspek dikaitkan dengan lokasi cerun sama ada mengadap atau
membelakangi sinaran matahari. Cerun yang mengadap matahari
mengalami kurangan air berbanding dengan cerun yang terlindung
daripada sinaran matahari akibat kadar sejatan yang tinggi.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
VARIASI IMBANGAN AIR
3. KEAMATAN HUJAN
• Taburan hujan yang tinggi membekalkan input air yang tinggi di
kawasan beriklim Khatulistiwa berbanding dengan kawasan gurun
panas menyebabkan kawasan cenderung mengalami imbangan air
positif.

• Hujan lebat dalam jangka masa singkat mempengaruhi proses larian


air permukaan, manakala hujan renyai dalam jangka masa yang lama
mempengaruhi kapasiti storan air tanih.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
VARIASI IMBANGAN AIR
4. TOPOGRAFI
• Cerun-cerun di kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung yang
menghadap angin akan mendapat lebih banyak hujan daripada
kawasan lindungan hujan.

• Contohnya dikawasan pantai barat Banjaran Rocky mendapat lebih


banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur. Oleh itu di
bahagian timur terdapat kawasan Prairie yang lebih kering.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
VARIASI IMBANGAN AIR
5. LITUPAN TUMBUHAN
• Litupan tumbuhan tebal seperti hutan hujan Khatulistiwa membantu
kadar susupan yang tinggi dan meningkatkan jumlah air dalam tanah
kerana titisan air hujan cenderung untuk meresap masuk ke dalam
tanih daripada mengalir di permukaan.
• Tumbuhan juga boleh meningkatkan kehilangan air melalui proses
sejat peluhan dan menjamin kelembapan udara, seterusnya
membentuk awan yang boleh menurunkan hujan.
• Kekurangan tumbuhan menyebabkan persekitaran menjadi kering,
sejatan meningkat maka hujan akan berkurangan, kurangan air akan
berlaku.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
VARIASI IMBANGAN AIR
6. JENIS BATUAN / GEOLOGI
• Jenis batuan telap air dapat menampung air dipermukaannya dalam
jumlah yang lebih banyak seperti tanah liat dan batu syal.

• Batuan yang tidak telap air akan membenarkan air mengalir


melaluinya maka simpanan air dipermukaan kurang seperti batu
kapur dan kuarza.

Anda mungkin juga menyukai