Anda di halaman 1dari 12

4.

1 FASA AIR
Tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat:
a. Cecair ( air)
b. Gas (wap air)
c. Pepejal (ais)
Proses sejatan/perwapan akan menukarkan cecair kepada wap air (gas).Pemejalwapan adalah proses menukarkan
ais kepada bentuk wap air.Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air. Air dalam bentuk wap dapat
bertukar kepada keadaan cecair melalu proses pemeluwapan.Proses pembekuan akan menukarkan keadaan cecair
kepada ais. Wap air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pejalwapan.
4.2 KITARAN HIDROLOGI
a. Proses Kitaran Hidrologi
Proses Mendatar Kitaran Hidrologi
i. Larian air permukaan
Larian air permukaan adalah baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang
mengalami sejatan, pintasan, susupan dan yang diguna oleh tumbuhan. Larian air permukaan berlaku setelah
semua liang pori tanah tepu dengan air yang masuk ke dalam tanah. Air hujan tidak dapat lagi diserap sebaliknya
mengalir dipermukaan bumi menuju ke sungai, tasik, kolam dan seterusnya ke laut.
ii. Aliran air bawah tanah
Air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan disimpan di dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali
akuifer. Air yang terdapat dalam takungan ini akan berfungsi sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai,
tasik, dan seterusnya ke laut.
iii. Alir lintang atmosfera
Pergerakan titisan air atau awan dari lautan ke daratan akibat ditiup oleh angin yang berpunca daripada perbezaan
tekanan udara antara dua kawasan.

c). Proses Menegak Kitaran Hidrologi


i. Sejatan
Proses penukaran air daripada cecair kepada bentuk wap. Proses sejatan berlaku apabila tekanan wap di
permukaan air lebih tinggi daripada tekanan wap dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Tenaga
haba yang cukup diperlukan untuk sejatan di mana haba akan memanaskan air dipermukaan sungai, tasik, kolam,
dan juga laut. Tenaga haba yang cukup akan menyebab molekul-molekul air bertukar kepada wap air.
ii. Sejatpeluhan
Wap-wap air juga dibebaskan ke atmosfera melalui proses perpeluhan. Ia berlaku melalui liang-liang stoma daun di
mana tekanan-tekanan wap pada permukaan sel-sel daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara pada
atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas. Kombinasi antara sejatan dari lembapan tanah dengan
perpeluhan dinamakan sebagai sejat peluhan.

iii. Kerpasan
Kerpasan ialah hujan, hujan batu, salji dan embun. Ia berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di atmosfera turun ke
bumi. Terdapat tiga jenis hujan utama contohnya hujan perolakan, hujan bukit dan hujan perenggan. Hujan
perolakan berlaku apabila titisan air yang turun dari jisim udara yang sudah tepu dengan wap-wap air( turun dari
awan kumulonimbus).
iv. Aliran batang
Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok dikenali sebagai aliran batang. Ia berpunca dari
proses pintasan kanopi.
v. Resapan/ susupan
Proses dimana air hujan menyusup menerusi liang-liang pori tanah secara menegak. Kadar susupan bergantung
kepada peratus liang pori yang ada dalam sesuatu jenis tanah. contohnya tanah pasir alami kadar susupan yang
tinggi berbanding dengan tanah liat.
Proses pemeluwapan
Proses penukaran wap air kepada air( titisan air/hujan). Proses berlaku akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara
apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera(semakin tinggi suhu, suhu semakin rendah)-penyejukan adiabatik.
Apabila suhu di dalam jisim udara mencapai takat embun ( 0celcius ) akan menyebabkan wap air bertukar kepada
cecair(hujan)
Pengaruh Sejatan Dan Sejatpeluhan Terhadap Kandungan Air Di Atmosfera (Kelembapan). (Kuliah Kali: )
Kelembapan merujuk kepada jumlah air yang terkandung di dalam atmosfera pada satu masa tertentu. Proses
penyejatan dari permukaan air, tanah-tanih dan sejat peluhan dari tumbuhan adalah penting terhadap kandungan
air di atmosfera. Ia akan memastikan lebih kurang 5% darpada jumlah isipadu atmosfera dipenuhi oleh
kelembapan. Proses sejatan dan sejat peluhan akan memastikan kelembapan atmosfera atau kandungan air dunia
sentiasa dalam keadaan keseimbangan. Air dalam pelbagai bentuk sama ada wap air, air hujan, air tanih, larian
permukaan atau air lautan adalah sama pada setiap masa.
i. Maksud Sejatan:
Proses penukaran cecair kepada wap air/ penukaran air kepada gas.
ii. Maksud sejat peluhan:
Proses pembebasan wap air oleh tumbuhan melalui liang stoma daun dan batang.
d).KEBERKESANAN KERPASAN
Konsep keberkesanan kerpasan / kerpasan Efektif

Merujuk kepada perbezaan antara kerpasan dengan sejatan yang berlaku.


Keberkesanan kerpasan merujuk kepada jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang
dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya.

Faktor-Faktor Yang Mnentukan Keberkesanan Kerpasan


i. Intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa)
Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya menyebabkan tanah tidak dapat menyerap air dengan banyak. Oleh
itu keberkesanan kerpasan adalah rendah dan tidak mencukupi untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan dan tanaman
(kawasan gurun). Manakala kawasan yang mengalami turunan hujan yang lebat dan banyak akan mempengaruhi
tanah menjadi cukup basah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi (kawasan khatulistiwa)
ii. Tempoh Musim Hujan

Tempoh curahan hujan atau bilangan hari hujan adalah tidak sekata sepanjang tahun. Pada musim hujan/tengkujuh,
bilangan hari hujan dalam sebulan adalah lebih lama dan lebat curahannya berbanding dengan musim
kemarau/musim kering. Oleh itu dalam tempoh musim hujan/ tengkujuh , nilai keberkesanan kerpasan adalah lebih
tinggi dan tumbuh-tumbuhan serta tanaman dapat membesar dengan dengan sempurna.Hal ini dapat dibuktikan di
kawasan yang mengalami iklim monsun tropika yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim kering yang
nyata setiaptahun. Di kawasan khatulistiwa pula mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang tinggi kerana hujan
lebat sepanjang tahun.
iii. kecerunan Permukaan muka bumi
di kawasan cerun curam, nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana air hujan lebih banyak mengalir di
permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah. Di kawasan cerun landai atau di kawasan
permukaan bumi yang hampir rata, halaju larian air di permukaan adalah perlahan.Ini memberi peluang dan ruang
kepada setiap titisan hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah. Oleh itu nilai keberkesanan kerpasan adalah
tinggi.
iv. Ciri-ciri geologi sesuatu kawasan
Nilai keberkesanan kerpasan berbeza bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari sesuatu kawasan. Batuan
yang poros seperti batu kapur dan pasir (kuartza) walaupun banyak meresapkan air tetapi nilai keberkesanan
kerpasan adalah rendah. Ini disebabkan air tidak boleh tersimpan lama dalam tanah tersebut untuk digunakan oleh
tumbuhan dan tanaman, sebaliknya air terus meresap ke dalam tanah dan membentuk aliran air bawah tanah. Di
kawasan yang mempunyai geologi yang keras dan tidak poros juga mempunyai nilai keberkesanan kerpasan yang
rendah kerana sifatnya tidak membenarkan air meresap masuk ke dalam liang porenya. Nilai keberkesanan
kerpasan yang tinggi adalah di kawasan geologi yang mampu membenarkan air meresapinya dan menyimpan air
tersebut seperti di kawasan tanah laterit daripada batuan riolit, kawasan tanah aluvium dam tanah lava bes.
v. Tumbuh-tumbuhan Litupan
Di kawasan hutan yang berkanopi seperti khatulistiwa, titisan air hujan akan turun perlahan akibat proses cegatan
silara tumbuh-tumbuhan berkenaan. Titisan air hujan dengan perlahan ini mempunyai peluang dan masa yang
banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah dan nilai keberkesanan kerpasan adalah tinggi. Berbeza dengan
kawasan gondol atau kawasan litupan tumbuhan yang kecil, di mana larian air permukaan adalah lebih tinggi.
Keadaan ini menyebabkan nilai keberkesanan kerpasan rendah kerana sedikit sahaja air yang dapat digunakan
untuk tumbesaran tumbuhan dan tanaman.
vi. Suhu
Suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan. Di kawasan suhu tinggi/panas (kawasan gurun),
nilai keberkesanan kerpasan adalah rendah kerana kadar sejatan permukaan yang begitu tinggi tidak memberi
peluang untuk air meresap masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan yang turun sekali-sekalanya adalah
lebat. Di kawasan suhu rendah, nilai keberkesanan kerpasan juga rendah kerana semua kerpasan yang turun
berbentuk salji dan membeku di permukaan. Keberkesanan kerpasan yang tinggi berlaku di kawasan Khatulistiwa
(min suhu 27C) kerana menerima hujan sepanjang tahun.
EDARAN AIR TANIH
Konsep edaran air tanih
Edaran air merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakkan tanah sebagai mediumnya seperti
aliran sub-permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan secara mendatar dalam sistem akuifer/ edaran air bawah
tanah. Semua pergerakan ini dalam bentuk cecair.
Proses-Proses Dalam Edaran Air Tanih
i. Larian air permukaan
Air hujan yang turun sebahagiannya akan meresap ke dalam tanah dan selepas daya resapan dipenuhi, air hujan
yang lain akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun. Ia boleh terbentuk apabila kelebatan hujan melebihi
kadar resapan tanah.

ii. Resapan/infiltrasi/susupan
Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak iaitu menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang
udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya
besar dan banyak. Proses ini membekalkan air tanih.
iii. Aliran air bawah tanah
Air mengalir secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Ia mengalir kerana terdapat
perbezaan tekanan dan kecerunan.Air dari bahagian atas zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air dan akan
sampai ke lurah dan meresap keluar ke sungai, tasik atau paya.
iv. Simpanan air tanih
Simpanan air tanih adalah air yang terkumpul di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu ialah air yang
wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih yang mana menyumbang kepada air
perigi dan mata air. Manakala air yang tersimpan di zon pengudaraan iaitu zon tidak tepu terletak berhampiran di
permukaan bumi. Air tanih ini tersimpan dalam tanih dan dipengaruhi oleh tegangan, dan air tanih ini menentukan
nilai kelembapan tanih.
v. Keporosan dan ketelapan
Sifat sesuatu batuan yang mempunyai liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah tanah.
Keporosan ialah ruang rongga antara tanih. Keporosan sesuatu tanah di pengaruhi oleh struktur susunan partikel
tanah, komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah, ciri-ciri batuan dan litupan tumbuh-tumbuhan.
Ketelapan ialah kebolehan air melalui keporosan atau liang pori tanih. Sifat keporosan dan ketelapan merupakan ciri
penting dalam menentukan kemampuan batu batan menakung dan memindahkan air.
vi. Akuifer
Akuifer ialah tempat batuan untuk menakung air. Air akan meresap perlahan-lahan ke bawah tanah melalui liangliang batuan dan resapan akan terhenti apabila telah sampai ke batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan
tempat simpanan air bawah tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah. Ia juga sebagai pengawal
aliran semulajadi iaitu meresap air semasa hujan lebat untuk mengurangkan kadar aliran air tanah yang terlalu
cepat dan membekalkan air kepada alur sungai pada masa kekurangan air hujan atau musim kering.

KEPENTINGAN SUMBER AIR KE ATAS AKTIVITI MANUSIA


i. Kegunaan domestik
Air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian seperti minuman,mencuci dan
keperluan-keperlun lain.Sumber air yang utama adalah dari sungai-sungai,conthnya Sungai Muda di Kedah,Sungai
Pahang di Pahang dan lain-lain.
ii. Pertanian
Sektor pertanian merupakan sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air.Empangan di bina untuk
membekalkan air dan mengawal input output air kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah. Ia dilaksanakan
melalui projek-projek perairan untuk pertanian khususnya untuk tanaman padi sawah. Contohnya pengairan telah
membantu meluaskan penanaman padi di Malaysia seperti rancangan pengairan Muda di Kedah, Kemubu di
Kelantan.
iii. Perindustrian
Sumber air penting dalam industri makanan, pakaian, besi dan keluli. Air digunakan dalam pelbagai cara
terutamanya sebagai pencuci dan membersih produk-produk atau hasil perindustrian. Sektor perkilangan juga
memerlukan bekalan air bersih yang berterusan contohnya dalam industri pemprosesan kertas dan petrokimia.

iv. Sistem Pengangkutan Air


Sungai, selat, terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.
Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai
pengangkutan utama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat. Contonya sungai Rajang di Sarawak
dan sungai Kinabatangan di sabah.
v. Rekreasi, Eko Pelancongan Dan Sukan Air
Sumber air dapat menambahkan keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong seperti tasik dan air
terjun. Contohnya, air terjun kota Tinggi di Johor. Pembinaan chalet-chalet terapung, resort dan rumah rehat, pusat
sukan air seperti aktiviti berkayak, berkelah dapat dijalankan di kawasan jeram dan air terjun.
4.4 IMBANGAN AIR
Konsep Imbangan Air
Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera dengan jumlah air yang
keluar ke atmosfera. Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun
dan salji adalah sama banyaknya dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejatpeluhan, sejatan yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah sebagai storan.
Formulanya ialah: (P=ET + dST + S)
P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.
ET = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat peluhan
dST = air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah.
S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan air )
Konsep Lebihan Air
Lebihan air merupakan Imbangan air positif,yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Apabila jumlah
kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang
panjang, ia boleh menyebabkan fenomena banjir.
Konsep Kurangan air
Kurangan air atau imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan
dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan
berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yang dialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya
fenomena kemarau.ambarajah Imbangan air

VARIASI IMBANGAN AIR MENGIKUT RUANG DAN MASA

Keterangan:

Jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (P)=(et) jumlah sejatan dari lautan dan daratan, iaitu seluruh sejatan ke
lapisan atmosfera sepatutnya mesti menurun semula sebagai kerpasan ke permukaan bumi. Sejatan dari lautan
adalah sebanyak 84% , tetapi yang menurun sebagai kerpasan di lautan ialah sebanyak 77%. Berlaku kehilangan
kerpasan sebanyak 7%. Sementara di daratan, sejat peluhan ialah sebanyak 16%, tetapi kerpasan sebanyak 23%,
iaitu lebihan kerpasan sebanyak 7%. Kehilangan 7% kerpasan di lautan telah ditiup ke daratan sebagai awan.
Apabila sampai di daratan, awan ini menurun sebagai kerpasan lalu menyebabkan terdapatnya lebihan 7%
kerpasan di daratan. Lebihan 7% kerpasan di daratan ini disalirkan sebagai air larian di permukaan daratan.
Formula imbangan air akan menjadi seimbang, iaitu jumlah kerpasan dari lautan dan daratan (+7% air larian) =
jumlah sejatan dari lautan dan daratan (-7% wap air yang ditiupke daratan). Oleh itu, elemen (+r) boleh diketepikan
kerana tujuh peratus air larian di permukaan tanah datang dari kehilangan tujuh peratus kerpasan di lautan.

oleh itu, p=et, iaitu jumlah kerpasan di daratan dan di lautan bersamaan dengan jumlah sejatan (termasuk sejat
peluhan) dari lautan dan daratan.

77% + 23% (+7%) = 84% +16% (-7%), iaitu 100% = 100%

Faktor-Faktor Mempengaruhi Variasi Imbangan Air (Kuliah Kali: )

i Topografi dan aspek

Cerun-cerun di kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung yang menghadap angin akan mendapat lebih banyak
hujan daripada kawasan lindungan hujan. Contohnya dikawasan pantai barat Banjaran Rocky mendapat lebih
banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur. Oleh itu di bahagian timur terdapat kawasan Prairie yang lebih
kering.

ii. Hujan

Hujan yang lebat boleh membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di
permukaan bumi. Kesannya boleh meningkatkan air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir. Manakala
pengurangan imput hujan pula boleh mempengaruhi kepasiti storan air tanih dan menyebabkan sungai yang
mengalir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.

ii.Tumbuhan

Litupan tumbuhan tebal seperti hutan hujan khatulistiwa membantu kadar susupan yang tinggi dan meningkatkan
jumlah air dalam tanah kerana titisan air hujan cenderung untuk meresap masuk ke dalam tanih daripada mengalir
di permukaan. Tumbuhan juga boleh meningkatkan kehilangan air melalui proses sejat peluhan.dan menjamin
kelembapan udara, seterusnya membentuk awan yang boleh menurunkan hujan.Kekurangan tumbuhan

menyebabkan persekitaran menjadi kering,,sejatan meningkat maka hujan akan berkurangan,kurangan air akan
berlaku..

iii. Ketelapan tanih dan ciri batuan

Tanah yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air
berbanding tanah berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanah liat yang menggalakkan air bertakung dan
menyebabkan lebihan air.

iv. Kehadiran badan air

Kewujudan sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain boleh menjadi pembekal utama
kepada system akuifer dan membantu meningkatkan sejatan dan kerpasan, seterusnya mempengaruhi imbangan
air

v.Tindakan manusia.

Pembangunan yang pesat yang melibatkan penyahutanan untuk pembinaan petempatan,perindustrian dan lain-lain
akan menyebabkab kurangan air. Kekurangan hutan menyebabkan kurangnya simpanan air tanih untuk dibekalkan
secara tetap kepada sungai.Pembandaran yang pesat menyebabkan permukaan bumi diturap,kadar susupan air
berkurangan menyebabkan simpanan air tanih berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat mudah
berlaku apabila berlaku hujan.

4.5 KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA


Gangguan Imbangan Air
Gangguan terhadap kitar air boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan air sama ada ketidaksembangan
positif(air berlebihan seperti banjir) atau ketidakseimbangan negatif( air berkurangan seperti kemarau).
a. Kejadian kemarau.
Kemarau di definasikan sebagai keadaan jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk
satu tempoh yang lama atau panjang.Kemarau juga mewujudkan keadaan imbangan air negatif iaitu kekurangan
air yang di alami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu.Dalam hal ini kadar sejatan melebihi daripada
kerpasan(hujan) yang turun di kawasan berkenaan.Keadaan cuaca semasa kemarau ialah panas, udara kering(%
kelembapan udara rendah), hujan berkurangan atau tiada langsung.
b. Kejadian banjir.

Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar
sejatan air ke atmosfera, maka ia boleh menyebabkan fenomena banjir.Banjir boleh di takrifkan sebagai satu
keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehngga melebihi daya tampung sesebuah saluran seperti sungai,tasik
dan laut lalu mengalir limpahkan ke kawasan sekitar khususnya di kawasan tanah rendah.Limpahan air ini berlaku
dalam tempoh tertentu dan bersifat sementara.
c. Banjir monsun/musiman.
Banjir musiman ialah limpahan air secara besar-besaran dan kompleks yang berlaku secara meluas pada musimmusim tertentu dalam jangka masa yang lama akibat curahan hujan lebat yang berpanjangan. Hujan tahunan atau
musiman yang lebat dalam masa yang lebih panjang mengakibatkan kejadian banjir yang lebih meluas,boleh
meliputi seluruh kawasan legehnya.Hujan maksimum yang berlaku dalam musim-musim/bulan-bulan tertentu
dalam tempoh setahun boleh menyebabkan banjir musiman. Di kawasan Asia Monsun, kejadian banjir boleh di
pengaruhi oleh ketibaan hujan yang sangat lebat dalam musim-musim tiupan angin monsun Timur laut dan barat
daya.Tiupan angin monsun Timur laut merentasi Laut China Selatan mengumpulkan banyak kelembapan dan
membawa hujan yng sangat lebat.
d.Banjir kilat.
Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja.Akibat daripada curahan
hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permkaan yang banyak
dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak ini tidak dapat menyusup ke dalam tanih
yang mana liang porinya telah ditutup dengan bitumen/tar/aspalt lalu mengalir-limpah sebagai air larian
permukaan.Banjir jens ini banyak berlaku di bandar-bandar besar.

b).GANGGUAN IMBANGAN AIR TERHADAP AKTIVITI MANUSIA


i. Pertanian
Imbangan air positif (banjir) boleh mengganggu aktiviti pertanian iaitu boleh merosakkan tanaman contohnya
penenggelaman kawasan sawah padi yang
merosakkan pokok-pokok padi. Contohnya sawah padi di Kelantan pada musim tengkujuh.Manakala imbangan air
negatif (kemarau) boleh menyebabkan bekalan air berkurangan, jumlah air sungai, tasik dan empangan akan
berkurangan. Hal ini menyebabkan tanaman yang bergantung kepada sumber air akan mati dan menjejaskan
pendapatan petani.
ii. Perikanan
Semasa lebihan air (banjir) kolam-kolam akan ditenggelami air, sungai-sungai akan melimpahi tebing yang boleh
menyebabkan ikan-ikan ternak terbebas keluar. Arus-arus sungai yang deras boleh memusnahkan sangkar-sangkar
ikan yang dibina.
Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan sungai, tasik dan kolam-kolam ternakan kekeringan air. Benih-benih
ikan akan mati. Ini akan menjejaskan penternakan ikan dan udang samada di kolam atau sangkar dalam sungai.
iii. Pembalakan
Lebihan air (banjir) boleh mengganggu aktiviti pembalakan ,jalan-jalan raya terputus, pengangkutan kayu balak dan
pemasarannya akan terganggu.Kekurangan air (kemarau) boleh mengakibatkan berlaku kebakaran hutan yang
boleh menjejaskan aktiviti pembalakan dan mengurangkan sumber hasil kayu balak
iv. Penternakan
Lebihan air (banjir) boleh mengganggu aktiviti penternakan di mana kawasan ragutan ternakan dan kandang
ternakan ditenggelami air.Semasa banjir penternak sukar untuk memindahkan ternakan.Keadaan ini boleh
menyebabkan ternakan akan mati dan kerugian kepada penternak.Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan
kekurangan kawasan ragut rumput untuk ternakan lembu kambing

C). Penyesuaian Manusia Terhadap Kurangan Air Dan Lebihan Air.

Kurangan air/ kemarau


i. Penggunaan Air bawah tanah
Memajukan sumber air , contohnya kekurangan sumber air boleh di atasi dengan penggunaan air bawah tanah
dengan cara menggerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum
diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.
ii. Pembenihan Awan
pembenihan awan boleh dilakukan bagi menurunkan hujan tiruan di kawasan tadahan. Larutan garam (silver
iodide) disemburkan ke atas awan kumulusnimbus. Larutan garam berfungsi sebagai nukleus kondensasi untuk
menarik wap-wap air di dalam awan berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik air akan
berlaku dan mencapai tahap tepu yang menyebabkan hujan akan turun.
iii. Membina Laluan Air/Terowong Air
pembinaan laluan air adalah untuk memindahkan air antara lembangan. Contohnya pembinaan terowong
menghubungkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah iaitu Terowong Saiong. Air dari Empangan Muda
yang banyak dapat mengalir ke Empangan Pedu apabila mencapai paras tertentu.Hal ini dapat menambahkan
bekalan air kepada penduduk.
iv. Penggunaan Air Tasik, Kolam
bagi menambahkan sumber air, tasik tinggalan perlombongan bijih timah akan dipam, dirawat, disalirkan dengan
menggunakan alat ULTRA SOURCE. Projek ini dapat menampung keperluan air kepada penduduk contohnya di
Lembah Klang.
Lebihan air / Banjir:
i. Membina empangan besar
Empangan besar di bina bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat.
Disamping mengawal banjir ia dapat menyimpan air dan membekalkan air untuk penduduk.
Ii .Mendalam dan meluruskan sungai
kerja-kerja mendalamkan dan meluruskan alur-alur sungai boleh menyebabkan sungai dapat mengalir dengan
mudah dan tepat ke laut.Keadaan ini dapat mengurangkan kejadian banjir.
iii. Membina benteng/tetambak
Bbenteng di bina sepanjang sungai teutamanya di kawasan yang rendah bagi mengawal air melimpahi tebing dan
menyebabkan banjir
iv.Tindakan Undang-undang
Kawalan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air bagi mengekalkan storan air. Aktiviti pembalakan haram harus
dikenakan tindakan undang-undang bagi memastikan kawasan hutan tidak diceroboh dan mengurangkan larian air
permukaan yang mengakibatkan banjir.

BANJIR KILAT
Konsep Banjir Kilat
Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/ beberapa jam. Akibat daripada curahan hujan yang
lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam
jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang banyak ini tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanih

yang mana liang porenya tetah ditutup dengan bitumen/ tar/ aspalt lalu mengalir limpah sebagai air larian
permukaan . oleh sebab itu, banjir jenis ini banyak berlaku di Bandar-bandar besar.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Banjir Kilat.
i. Litupan Permukaan Tidak Telap Air
Litupan permukaan tidak telap air seperti bitumen/tar/ aspalt menyebabkan liang pore permukaan tanih ditutup.
Permukaan tidak telap air menghalang penyusupan air ke dalam tanih. Keadaan ini menyebabkan larian air berlaku
di permukaan dan peningkatan air secara mendadak semasa hujan lebat menggalakkkan kejadian banjir kilat.
ii. Sistem perparitan tidak cekap
Sistem perparitan tidak cekap seperti perparitan yang bersaiz kecil, jumlah sedikit, tersumbat dengan sampahsarap tidak dapat menampung isipadu air semasa hujan lebat. Isipadu air hujan yang banyak akan melimpah keluar
daripada parit dan longkang dan menyababkan kejadian banjir kilat.
iii. Kekurangan Litupan Tumbuh-Tumbuhan
Di kawasan Bandar kurankawasan hijau. Keadaan ini menyebabkan fungsi pokok dalam proses cegatan silara tidak
berlaku dan air hujan yang turun menjadi larian air permukaan menggalakkan kejadian banjir kilat.
iv. Kepesatan pembangunan
kepesatan pembangunan khususnya di pinggir bandar akan memusnahkan kawasan tadahan yang luas.
Pembangunan projek perumahan, pembandaran , tapak perindustrian menyebabkan kawasan tadahan
dimusnahkan dan paya ditimbus. Sekiranya hujan lebat akan membanjiri kawasan bandar yang lebih rendah
dengan cepat.
v. Sikap Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab sperti membuang sampah dalam parit, penduduk setinggan
membuang sampah ke sungai dalam Bandar. Apabila hujan lebat, air sungai cepat melimpah ke kawasan Bandar
menyebabkan kejadian banjir kilat.
Langkah-Langkah Mengatasi Kejadian Banjir Kilat.
i. Sistem Perparitan Yang Lebih Cekap Dan Sistematik
Kerajaan tempatan mengadakan pelan induk sistem perparitan di kawasan baru dibuka. Perancangan bandar yang
teliti di mana longkang dan parit diperbesarkan, diperdalamkan supaya dapat tampung kuantiti air yang banyak
ketika hujan lebat. Sistem perparitan diselenggaraan supaya sentiasa bersih dan tidak tersumbat.
ii. Penghijauan Persekitaran Kawasan Bandar
Langkah penghijauan kawasan bandar seperti menanam rumput dan pokok sebagai menggalakkan proses cegatan
silara. Peranan pokok ini boleh mengurangkan larian air permukaan mengelakkan banjir kilat.
iii. Rizab Sungai
Penetapan rizab sungai iaitu 30 meter daripada sungai tidak boleh diterokai untuk pembangunan. Kawasan rizab
sungai dapat menggalakkan penyusupan air sebelum ke dalam sungai. Sebagai langkah untuk memudahkan
pengurusan meluruskan dan memperdalamkan sungai pada masa akan datang
iv. Tindakan Undang-Undang
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah
dalam konteks sisa pepejal ke dalam parit/longkang dan sungai. Di antara tindakan yang dikenakan termasuk
didenda, penjara atau kedua-duanya sekai.
v. Kempen Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar

Kempen kesedaran melalui media massa (TV, radio, internet) & media cetak (surat khabar, majalah, risalah) dapat
menyedarkan masyarakat dan generasi muda kepentingan menjaga kebersihan sungai, parit/longkang melalui
projek gotong-royong membersihkan sampah-sarap dalam parit dan sungai. Pendidikan alam sekitar di sekolah
melalui mata pelajaran geografi juga memberi kefahaman punca dan kesan banjir kilat.

Anda mungkin juga menyukai