Anda di halaman 1dari 23

Disediakan Oleh :-

 TENGKU NOR DIANA TG.ABD


KADIR

 NOR ZULAIKHA MOHD RAMLI

 NURHAFIZAH ILIAS

 PPISMP PJ / BI / BM SEM 1
FONOLOGI
TAKRIF FONOLOGI
 Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

 Bunyi yang berfungsi ini bermaksud bunyi yang


digunakan dalam pertuturan bahasa tersebut dan
bunyi ini dikenali sebagai bunyi bahasa.

 Bunyi bahasa ini disusun mengikut sistem dan kajian


fonologi bertujuan menganalisis sistem tersebut.
Bidang fonologi terbahagi kepada dua
cabang:-

Fonetik
Fonemik
TAKRIF FONETIK

 Fonetik ialah bidang yang mengkaji segala bunyi


bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-
bunyi tersebut.
Terdapat tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli
bahasa dalam pengajian fonetik:-

Penyebutan
Pendengaran
Sifat bunyi
PENDEKATAN PENYEBUTAN

 Dalam pendekatan penyebutan,pengkaji akan


mengkaji meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.Sehubungan
dengan itu,cabang fonetik ini turut disebut
sebagai fonetik artikulasi.
PENDEKATAN PENDENGARAN

 Pendekatan pendengaran pula melibatkan


penggunaan alat-alat yang canggih untuk
mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi
bahasa.Melalui pendekatan ini,bunyi-bunyi
letupan,letusan,sengauan,geseran dan
sebagainya dapat dikesan.Seterusnya,deskripsi
tentang bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan.
SIFAT BUNYI

 Dalam pendekatan sifat bunyi,alat-alat tertentu


seperti palatogram,letromiografi dan
laringoskopi digunakan untuk mengkaji sifat-
sifat fizikal bunyi bahasa yang
diucapkan.Dengan berbuat demikian,bunyi-
bunyi bahasa itu dapat digolongkan dalam
kategori masing-masing.Cabang fonetik ini
dikenali juga sebagai fonetik akustik.
FONEMIK

 Fonemik ialah cabang fonologi yang


menganalisis sistem sesuatu masa
tertentu.Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti
fonem-fonem dalam sesuatu bahasa dan
seterusnya menghasilkan sistem tulisan atau
ejaan bagi bahasa tersebut.
 Dalam bidang fonologi antara aspek yang perlu
difahami ialah konsep :-

 BUNYI
 FONEM
 HURUF
 SUKU KATA
BUNYI
1) Dalam kajian fonologi,tidak semua bunyi
yang dihasilkan oleh manusia dikaji.Hal ini
demikian kerana bukan semua bunyi yang
dikeluarkan oleh manusia merupakan bunyi
bahasa.Bunyi-bunyi seperti batuk,bersin
berdehem,mengeluh,menguap dan lain-lain
bukannya bahasa.
 2)Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang
bermakna yang terdapat dalam pertuturan
dalam sesuatu bahasa.

 3)Dalam pertuturan,bunyi yang diucapkan


adalah dalam bentuk ujuran tang
berentetan,iaitu tidak berputus-putus
.Namun demikian,dalam kajian
fonologi,bunyi-bunyi tersebut dipenggalkan
menjadi unit kecil yang disebut sebagai bunyi
penggalan atau fon
4)Dalam penulisan,fon itu ditulis dalam
kurungan iaitu [ ] yang menandakan bahawa
fon itu merupakan suatu bentuk bunyi
bahasa.sebagai contoh,kata pagi terdiri
daripada bunyi atau fon [p],[a],[g],dan [i].

5)Dalam bahasa tertentu,terdapat unsur-unsur


bunyi yang tidak dapat dipenggalkan atau
tidak bersifat penggalan .Bunyi-bunyi ini
dikenali sebagai bunyi suprapenggalan.
 Sebagai contoh,dalam bahasa Inggeris,unsur
kepanjangan membezakan makna antara
perkataan sit [sit] dengan seat [si;t].
FONEM
 Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
 Unit bahasa ini disebut sebagai bunyi bahasa.
 Fonem membezakan makna kata. Sebagai
contoh,pasangan kata padi dan pagi
mempunyai makna yang berbeza di sebabkan
wujudnya perbezaan bunyi [d] dan [g] pada
pasangan kata tersebut dikenali sebagai
pasangan terkecil berkontras.
 Fonem lazimnya memounyai anggota-
anggota lain yang ciri fonetiknya sama tetapi
berlainan bunyinya apabila hadir pada
kedudukan yang berbeza.
 Terdapat dua anggota fonem /p/,iaitu [p]
yang letupannya terlaksan dan [p] yang
letupannya tidak terlaksana .
 Varian fonem yang berdasarkan kedudukan
ini dikenal sebagai alofon
huruf
• Huruf merupakan lambang yang diberikan
kepada fonem yang terdapat dalam sesuatu
bahasa.Lambang ini menghasilkan bahasa
dalam bentuk tulisan.
• Sehubungan dengan itu,konsep huruf mesti
dibezakan dengan fonem.Fonem merupakan
unit bunyi bahasa yang terdapat dalam
sesuatu bahasa manakala huruf merupakan
tulisan untuk bahasa tersebut.
• Dalam Sistem Ejaan Rumi bahasa
melayu,terdapat 26 huruf rumi yang
melambangkan 26 bunyi konsonon dan enam
bunyi vokal.

• Bunyi konsonon ini melambangkan oleh 21


huruf tunggal dan lima huruf gabungan atau
digraf 21 huruf tunggal itu adalah b,c,d
f,g,h,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y, dan z manakala
lima huruf gabungan itu pula ialah gh,kh,ng,ny
dan sy
 Enam bunyi vokal itu dilambangkan oleh lima
huruf iaitu a,e,i,o dan u melambangkan dua
fonem iaitu fonem e pepet dan e taling

 Selain itu,terdapat tiga fonem diftong yang


dilambangkan oleh tiga pasangan huruf
vokal,iaitu ai,au dan oi .
SUKU KATA

 Suku kata ialah pecahan pada sesuatu kata yang


terdiri daripada satu vokal atau gabungan vokal
dengan konsonan. Sebagai contohnya,kata anak
terdiri daripada dua suku kata,iaitu a dan nak.
 Suku kata hanya akan terbentuk dengan adanya
bunti vokal kerana bunyi konsonan sahaja tidak
dapat membentuk suku kata dalam bahasa
Melayu. Suku kata dapat di bahagikan kepada
dua jenis,iaitu suku kata terbuka dan suku kata
tertutup.
 Suku kata terbuka ialah suku kata yang
berakhir dengan vokal. Sebagai contoh
contoh,kata tuba terdiri daripada dua suku kata
terbuka,iaitu tu dan ba atau berpola KV+KV.
 Suku kata tertutup ialah suku kata yang
berakhir dengan konsonan. Sebagai
contoh,kata kuntum terdiri daripada dua suku
kata tertutup iaitu kun dan tum yang berpola
KVK+KVK.
 Berdasarkan Sistem Ejaan Rumi bahasa
Melayu,terdapat 11 pola suku kata dalam
bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai