Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AKHIR (PBS)

SAINS SUKAN 966 PENGGAL 3

TAHUN 2022

AMALI 11 : KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR

NAMA : MUHAMMAD FAHMI BIN ZAINAL ABIDIN

NO IC : 030108-06-0089

NO ANGKA GILIRAN : SJ0403/1022

KELAS : 6 SAINS SUKAN 3

TARIKH : 3 NOVEMBER 2022


1.0 PENGENALAN

Klasifikasi kemahiran motor merupakan proses adaptasi komponen atau fleksibiliti dalam
pergerakan kemahiran yang wujud pada pergerakan manusia membawa keunikkan dalam
pergerakan tersebut. Kemahiran motor merupakan satu perkara yang berkait-rapat dengan
kebolehan motor individu. Ianya meliputi kemahiran kemahiran motor kasar, kemahiran motor
halus, kemahiran motor diskrit dan sebagainya. Begitu juga dengan kebolehan motor individu
yang mana ianya juga mempunyai aspek-aspek tertentu seperti kebolehan motor fizikal dan
kebolehan motor persepsi yang juga akan diulas di bawah huraian konsep dalam tugasan ini.
Kedua-dua aspek ini iaitu kemahiran motor dan kebolehan motor individu akan menentukan
sama ada seseorang jurulatih itu berupaya menggunakan pendekatan ini kepada atlet-atlet yang
dilatih serta sejauh mana pendekatan tersebut dapat membantu meningkatkan satu-satu
kemahiran yang dipelajari.

2.0 OBJEKTIF

1) Mengenal pasti kemahiran sukan berdasarkan klasifikasi kemahiran motor.


2) Membandingkan antara kemahiran tertutup dengan kemahiran terbuka.

3.0 TUJUAN

Memerihalkan klasifikasi kemahiran motor

4.0 PERALATAN

1) Bola sepak
2) Tiang gol/kon

5.0 PROSEDUR

1) Pelajar diberikan tugasan latihan amali untuk dilaksanakan.


2) Membandingkan antara kemahiran tertutup dengan kemahiran terbuka.
RUMUSAN

Bagi melahirkan atlet yang berprestasi tinggi, aspek kemahiran motor perlulah ada dan aplikasi
yang berkaitan dengannya dilaksanakan dengan tersusun dan rapi. kemahiran motor boleh
ditakrifkan sebagai satu aksi atau tugasan anggota badan atau tubuh yang terkawal secara
sukarela yang bermatlamat. Walau apa pun kemahiran, kemahiran motor itu perlu dipelajari.
Contohnya, kemahiran servis dalam permainan badminton memerlukan pergerakan bahagian
jari, pergelangan tangan, lengan, tangan, torso dan kaki untuk mencapai matlamat kemahiran
servis tersebut. Servis mempunyai matlamat di mana ia memerlukan pergerakan anggota badan
dan tubuh.

Kemahiran motor dapat diklasifikasikan dengan pelbagai cara. Namun, dalam topik ini
anda perlu melihat dari dua aspek. Pertama, kemahiran boleh dilihat sebagai satu tugasan.
Sesuatu kemahiran boleh diklasifikasikan dengan berdasarkan kepada beberapa dimensi atau
mengikut pelbagai ciri-ciri utamanya. Kedua, kemahiran boleh dilihat sebagai satu tahap
kecekapan perlakuan yang membezakan pelaku yang lebih mahir dari pelaku yang kurang mahir.

Sistem klasifikasi kemahiran satu dimensi mengklasifikasikan kemahiran motor yang


mempunyai ciri-ciri kemahiran yang sama dengan ciri-ciri kesamaan kemahiran yang lain.
Pendekatan yang lazim digunakan adalah dengan mengkategorikan kemahiran mengikut satu ciri
yang bersamaan. Ciri-ciri persamaan ini dibahagikan kepada dua kategori yang mewakili
penghujung ekstrem pada satu kontinum di mana ianya lebih baik daripada kategori dikotomi.
Pendekatan kontinum ini membolehkan sesuatu kemahiran diklasifikasikan ke kategori yang
mempunyai ciri-ciri kemahiran yang hampir sama. Ia lebih sesuai daripada
mengklasifikasikannya kepada kategori yang mempunyai ciri-ciri kemahiran yang sama atau
sepadan.
ASPEK KESELAMATAN

Aspek keselamatan diambil perhatian untuk keselamatan sebelum dan selepas menjalani amali.
Pelajar perlu melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti supaya tidak
berlaku sebarang kecederaan pada otot. Aktiviti telah dirancang dan ditentukan terlebih dahulu
sebelum melaksanakannya supaya lebih sistematik dan teratur. Pelajar perlu memastikan
kawasan untuk melakukan amali adalah selamat daripada sebarang ancaman atau bahaya. Akhir
sekali, pelajar melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan dengan berjalan perlahan
supaya otot kembali semula kepada keadaan asal.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. …………………………..

(MUHAMMAD FAHMI BIN (CIKGU MOHD HISHAMUDIN BIN


ZAINAL ABIDIN) MOHD ALI)
Pelajar 6 sains sukan 3 Guru matapelajaran sains sukan
SUMBER RUJUKAN

1) https://www.slideshare.net/MohamadIhtifazuddin/2-pembelajarankemahiranmotor
2) https://id.scribd.com/document/236492339/Topik-6-Pembelajaran-Kemahiran-Motor
3) https://prezi.com/vwlzmowncia4/pembelajaran-kemahiran-motor/
4) https://hilmiahmad.blogspot.com/2011/09/sains-sukan-kemahiran-motor.html
5) https://www.slideshare.net/MohamadIhtifazuddin/1-asaskawalanmotor
LAPORAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai