Anda di halaman 1dari 2

STPM 2017 P1

Bahagian A

1. Situasi 1 : Ali bermain sepak raga bulatan bersama-sama dengan rakannya pada
waktu senggang.
Situasi 2 : Ali dan rakan-rakannya mengambil bahagian dalam pertandingan sepak
takraw mewakili sekolah di peringkat daerah.
a) Nyatakan konsep asas kesukanan yang ditunjukkan dalam Situasi 1 dan Situasi 2.
(2 Markah)
b) Berikan satu ciri bagi setiap konsep asas kesukanan di (a). (2 Markah)
c) Senaraikan tiga faedah dari aspek kemasyarakatan yang dilakukan oleh Ali dan
rakannya hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti di atas. (3 Markah)
2. Aspek perancangan pengurusan sukan yang baik menjadi asas yang penting dalam
melaksanakan sesuatu tugas dalam organisasi sukan.
a) Nyatakan empat unsur utama yang harus diberi penekanan untuk mencapai
sesuatu matlamat semasa merancang sesuatu tugasan. (4 Markah)
b) Senaraikan empat garis panduan dalam membuat perancangan bajet sesebuah
organisasi yang berkesan. (4 Markah)
3. Persatuan Sains Sukan Sekolah A telah mengambil keputusan untuk mengadakan
perkhemahan di Pulau Tinggi pada musim tengkujuh. Jawatankuasa pengurusan aktiviti
perkhemahan itu telah mengambil beberapa langkah untuk mengurus risiko yang bakal
dihadapi semasa musim tengkujuh.
a) Jelaskan dua prosedur pengurusan risiko yang perlu dilakukan semasa merancang
aktiviti perkhemahan itu. (4 Markah)
b) Berdasarkan hal di atas, beri satu contoh bagi setiap tindakan berikut: (3 Markah)
i. Pengelakan ii. Pemindahan iii. Pengekalan
4. Seorang atlet minum 500 ml minuman yang mengandungi glukosa, fruktosa, sukrosa,
asid amino, air bertapis, natrium klorida dan kalium klorida sebelum acara maraton.
a) Nyatakan tiga sumber karbohidrat dalam minuman yang diminum oleh atlet itu. (3
Markah)
b) Nyatakan dua fungsi karbohidrat dalam minuman yang diminum oleh atlet itu. (2
Markah)
c) Dari segi indeks glisemik, yang manakah antara ketiga-tiga sumber karbohidrat itu
yang mempunyai indeks glisemik yang paling rendah dan mengapa? (3 Markah)

Bahagian B

5. Kesedaran mengenai gangguan seksual dalam sukan dalam kalangan atlet di Malaysia
masih di tahap yang rendah. Fenomena ini menyebabkan peningkatan kes gangguan
seksual berlaku dalam pasukan.
a) Nyatakan empat bentuk gangguan seksual yang kerap berlaku dalam sukan.
(4 Markah)
b) Nyatakan enam sebab mengapa kebanyakan kes gangguan seksual dalam sukan
tidak dilaporkan. (6 Markah)
c) Bagaimanakah pengurus pasukan dapat mencegah berlakunya gangguan seksual
dalam sukan dalam kalangan atlet? (5 Markah)
6. Anda dikehendaki menganjurkan satu kejohanan bola sepak di peringkat sekolah.
Dengan kekangan yang dihadapi, jawatankuasa induk kejohanan telah mengambil
keputusan menukar format pertandingan daripada sistem liga kepada sistem kalah
mati.
a) Huraikan lima faktor yang mendorong penganjur menukar format sistem
pertandingan daripada sistem liga kepada sistem kalah mati. (10 Markah)
b) Perihalkan tiga kelemahan sistem liga kalah mati dalam sesebuah kejohanan.
(5 Markah)
STPM 2017 P1

7. Kebanyakan atlet bertaraf dunia menggunakan penokok diet untuk meningkatkan


kecergasan serta prestasi mereka dalam latihan dan pertandingan. Kajian menunjukkan
bahawa tidak semua penokok diet memberi faedah kepada atlet.
a) Jelaskan tiga sebab mengapa sumber makanan lengkap lebih baik berbanding
dengan penokok diet untuk meningkatkan kecergasan dan prestasi sukan
seseorang atlet. (6 Markah)
b) Nyatakan enam garis panduan pemilihan penokok diet dalam pemakanan
seseorang atlet sebagai diet tambahannya. (6 Markah)
c) Nyatakan tiga sebab mengapa atlet vegetarian wajar mengambil penokok protein
selepas latihan bebanan berbanding dengan atlet bukan vegetarian. (3 Markah)

Anda mungkin juga menyukai