Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Yang berusaha Puan Saudah bt. Muhammad Taib, Guru Besar Sek. Kebangsaan Semeling,
Yang berusaha, Puan Salina binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Yang berusaha En
Jahaya bin Sulong, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha Pn Raja Azelina
Putri bt Saa’ban, Guru Penolong Kanan Kokurikulum., barisan guru-guru yang diraikan
seterusnya rakan pelajar yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah
kurniaNYA, dapatkita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan-insan yang telah
berusaha keras, mengerah kudrat, memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada
kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Rakan-rakan sekalian, Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri
kita. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk
sahsiah dan akhlak kita semua . Tema Sambutan Hari Guru 2023 iaitu Guru Insani
Pemangkin Generasi Madani.Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa
keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rakan-rakan sekalian , Ilmu
hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau
kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan
berwibawa. Kita perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai
kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang
banyak membentuk karakter dan keperibadian kita.

Rakan-rakan sekalian, Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan
mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua
yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkanlah tunjuk
ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua guru yangmengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang
berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi . Terima
kasih cikgu, Pengorbanan dan segala jasa cikgu semua akan terpahat dalam hati selagi
hayat dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran, salah laku dan sesuatu
yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang masih memerlukan
bimbingan daripada guru-guru.

Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat HariGuru. Kami
doakan semoga cikgu-cikgu panjang umur, murah rezeki, sihat dan dapat terus berbakti
dengan tulus dan ikhlas demi melahirkan modal insan minda kelas pertama.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai