Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis Kem Pengawas Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi Yang Berusaha Yang Dihormati Pn.

Bunga bt. Mohd Hassan, Pengetua SMKSgn En. Mohd Shapiee bin ....................., PK1 En. Soddri bin Darus, PK HEM En. Abd. Rahim bin Mohd Kassim, PK KO Pn. Rahmah Bee bt Sheik Abd Kader, Guru Pembimbing Pengawas Kaunselor-kaunselor Guru-guru terlibat..... Perserta-peserta Kem Kepimpinan Pengawas 2012

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah kita sama-sama menghadirkan diri ke Program Kem Kepimpinan Pengawas 2012. BACAAN DOA Bagi menambah keberkatan majlis, Dengan ini dijemput Mohd Asyrafi bin Mohd Pozi (4A) untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -DOAAmin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, program kita sepanjang 2 hari 1 malam ini akan berjalan dengan lancar serta dilindungi oleh Allah S.W.T, Insya Allah. Majlis merakamkan terima kasih kepada Mohd Asyrafi bin Mohd Pozi (4A). ______________________________________________________________________________ Untuk pengetahuan para pelajar yang dihormati sekalian, program yang diadakan bermula pada hari hingga esok adalah bertujuan untuk : Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam badan pengawas Membentuk jati diri yang tegas untuk menghadapi dugaan dan cabaran ketika menjalankan tugas sebagai pemimpin Melahirkan seberapa ramai pelajar yang mampu membina dan menghidupkan budaya cemerlang dalam kalangan pelajar lain.

Oleh itu, tanpa melengahkan masa, dijemput Puan Bunga bt Mohd Hassan, Pengetua SMK Sungai Nibong untuk memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis kita pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ______________________________________________________________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Pantun :

Pergi bertani di Tanjung Rokan, Sebelum pulang mengail ikan, Kehadiran En. Faizel kami alu-alukan, Untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan.

Untuk pengetahuan pelajar-pelajar sekalian ( jelaskan serba sedikit biodata penceramah) Oleh itu, tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan En.Faizel bin Ali, Kaunselor SMK Haji Mohd Noor Ahmad untuk menyampaikan Ceramah Kepimpinan yang bertajuk Bakat atau Latihan Berterusan?. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ***** Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Faizel bin Ali atas perkongsian yang amat bermakna itu tadi. Semoga dengan maklumat tersebut, kita dapat merealisasikan apa yang kita impikan. _______________________________________________________________________________ (JAMUAN) Seterusnya majlis akan berhenti rehat seketika..dengan itu, pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan En. Mohd Faizel, Pn. Bunga bt Mohd Hassan, serta guru-guru untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di kantin. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Para pelajar juga boleh makan di kantin dan masuk semula ke dewan pada jam 10.25 am.. ______________________________________________________________________________________

Para pelajar yang dihormati... Seterusnya majlis mempersilakan En. Soddri bin Darus, PK HEM untuk memberikan taklimat berkaitan disiplin...dengan segala hormatnya dipersilakn...

Anda mungkin juga menyukai