Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN KEMPEN

Sepanjang proses pilihan raya, calon atau wakil-wakil calon berhak menjalankan sebarang kempen
yang dirasakan perlu berdasarkan ketetapan-ketetapan berikut:

1. Kempen hanya boleh dimulakan selepas pengisytiharan calon dilakukan dan mesti
dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Kempen pilihan raya adalah
berbentuk:

a. Pengedaran risalah atau surat

b. Poster

c. Ceramah tertutup dan ceramah umum

d. Kempen dari kelas ke kelas atau dari asrama ke asrama

e. Blog-blog peribadi atau kumpulan

2. Calon hanya dibenarkan menampal poster, mengedar risalah, surat, ceramah atau sebarang
kempen sekitar kawasan kampus sahaja.

3. Calon-calon juga dibenarkan membentang dan memperjelaskan manifesto masing-masing


pada bila-bila masa sepanjang tempoh berkempen. Mereka juga boleh menggunakan bilik
kuliah, dewan atau sebarang tempat sekitar IPGKTAA setelah mendapat persetujuan
daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).

4. JPRK dan JHEP akan memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan
perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah peraturan-
peraturan pilihan raya dan peraturan IPGKTAA tidak dilanggar.

5. Calon-calon dilarang untuk menyerang sensitiviti atau peribadi calon-calon lain atau pihak-
pihak tertentu. Sekiranya berlaku, kelayakan calon akan dilucutkan.

6. Pihak JPRK akan dari semasa ke semasa mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-
calon yang bertanding jika perlu untuk memastikan pilihan raya berjalan secara aman.

7. Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari
mengundi. Semua bahan kempen seperti poster, sepanduk dan sebagainya
perlu ditanggalkan dalam tempoh 3 hari selepas hari mengundi.

Anda mungkin juga menyukai