Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera,Salam Aidilfitri dan Salam

1Malaysia.Makluman ini adalah untuk semua Mahasiswa


Pendidik,JPP dan semua Warga IPGM.Pertamanya,
Alhamdulilah sesi perbincangan antara pihak KPM bersama
guru pelatih semester 8 dan JPP di IPG KKB berlangsung
dengan jayanya pagi tadi (5/9/2012). Banyak feedback dan
makluman terbaharu yang telah diperolehi sepanjang sesi
berkaitan Sistem Pengambilan Guru secara terbuka. Majoriti
tidak bersetuju dengan perkembangan ini.Namun demikian,
mahu tidak mahu sistem ini tetap akan dilaksanakan. Cuma
cepat atau lambat sahaja.Pegawai KPM tadi beritahu sekiranya
menteri mahu laksanakan sistem ini pada tahun 2013 misalnya, ia
semudah memetik suis dan dasar ini akan terus dilaksanakan
walaupun dalam Pelan Strategik Interim mengatakan tahun 2017
baru nak laksana. Dan itu menjadi kegusaran saya dan kita
semua. Maka kami di IPG KKB telah mencadangkan beberapa
cadangan, iaitu :
1) Guru yang keluar dari sistem di IPG diisytiharkan layak
memohon dalam perjawatan awam yang lain dan bukan sekadar
mengajar di sekolah sahaja. Hal ini kerana kita sekarang Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dan bukan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan sepertimana di IPT. Sarjana Muda Pendidikan layak
memohon dalam sistem perjawatan yang lain,maka mahasiswa
IPG juga perlu diberi peluang yang sama.
2) Peluang guru lepasan IPG untuk mengajar bukan sahaja di
sekolah rendah malah turut diberi peluang mengajar di sekolah
menengah
3) Cadangan untuk pelajar yang mendapat CGPA 3.8 ke atas
diserap atau menyambung pengajian di peringkat master(Skim
Pensyarah Muda yang lebih luas) untuk mengelakkan lambakan
guru.Maka guru yang memperoleh CGPA 3.8 ke bawah akan
mempunyai ruang untuk menjadi guru.
4) Selaraskan sistem kurikulum, kod etika pakaian,silibus,
pelaksanaan PBS, Praktikum, Internship, Bina Insan Guru(BIG)
dan silibus pedagogi di antara IPG dan IPT berdasarkan model
IPG untuk mewujudkan roh dan semangat seorang guru. Juga
selaraskan sistem kelas iaitu tidak mass lecture dan sebaiknya
guna sistem kelas 20 pelajar : 1 pensyarah bagi membolehkan
dapatan ilmu dalam kalangan student lebih baik dan berkesan.
5) Wujudkan juga bidang alternatif dan bukan pengkhususan
seperti sekarang. Sebagai contoh di UPSI, walaupun mengambil
Bahasa Melayu namun graduan ada bidang alternatif seperti
kaunseling (contoh).Maka dengan adanya bidang alternatif ini,
guru pelatih yang tidak mendapat peluang dalam sistem
pendidikan masih mempunyai tempat untuk dituju.
6) Cadangan Sistem Pemarkahan yang selaras dengan
mewujudkan Unit Peperiksaan Berpusat(UPP) bukan sahaja di
peringkat IPG malah IPT yang terlibat dalam ijazah ini supaya
dengan ada satu sistem yang sama barulah kita tahu mana yang
terbaik.
7) Mewujudkan satu Badan yang bertindak untuk mengesahkan
guru.Sebagai contoh Bar Council (Majlis Peguam) untuk para
peguam .Dengan hanya ada lantikan daripada Bar Council
barulah pengamal undang-undang dapat meneruskan aktiviti
/kerja di dalam bidang perundangan.Maka dengan adanya satu
badan khas ini, guru yang betul-betul melepasi spesifikasi
seorang guru sahaja akan mendapat peluang tersebut.
Mewujudkan anugerah-anugerah khas seperti Anugerah Dekan
seperti di universiti untuk memotivasikan guru pelatih
sepertimana di IPT.
9) Menambah kualiti, infrastruktur dan kepakaran pensyarah
serta segenap aspek di IPG untuk meningkatkan kualiti dalam
pendidikan di IPG itu sendiri.
10) Bukan menilai kepada CGPA sahaja untuk melantik seorang
guru.Perlu ada satu sistem yang lebih holistik seperti sistem
permarkahan dalam kokurikulum seperti di sekolah rendah dan
sekolah menengah yang pernah kita lalui ,serta penilaian NILAI
(sikap) ,Sistem Teaching Test (penilaian secara terus dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebenar yang akan
dinilai terus oleh guru lain,pentadbir dan panel sendiri.
Kita juga boleh bertanyakan tentang :
a) Kenapa KPM masih ambil GSTT dan DPLI walaupun
sekarang guru pelatih PISMP dah ramai?
b) Kenapa ada kewujudan Kirby College,Segi College yang
merupakan IPG swasta yang mengakibatkan lebihan guru
pelatih? Menurut Pengarah IPGKB, di IPGK bajet hanyalah
Rm3000 per head setahun untuk program-program dan
sebagainya sedangkan di IPG Swasta mejangkau sehingga
RM25000 per head setahun?
c) Rasional Teach for Malaysia? (rujuk Pelan Strategik Interim)
d) Kenapa nak ambil graduan IPT walaupun pelajar IPG yang
telah posting (2 batch) menunjukkan kemahiran yang lebih baik
dari segi pedagogi, ilmu keguruan dan sebagainya.
Berikut pula syarat asas yang telah kami bincangkan dan
cadangkan :
Syarat Asas :
Warganegara
Sihat Fizikal dan Mental
Tidak Pernah Terlibat dalam Jenayah
Mendapat CGPA 3.0 (minimum) untuk layak memohon
Syarat Tambahan
Pernah melaksanakan Praktikal sekurang-kurangnya 7bulan
(IPG -6 Bulan Praktikum dan 1 Internship) untuk layak
memohon .
Menduduki Ujian Penilaian Nilai /Sahsiah (mendapat gred 8-10
daripada skala 1-10 sahaja boleh dilantik)
Juga aktif dalam kegiatan di IPG (kelab-kelab,persatuan-
persatuan dan JPP) sebagai nilai tambah untuk dipilih.
Akan Melalui Teaching Test .Jika lulus ,barulah boleh dilantik
(ini akan menimbulkan kesukaran bagi pelajar ISMP di IPTA
dan IPTA untuk compete sedangkan kita lebih banyak ruang dan
peluang untuk perform sebab kita pernah mengajar di sekolah
(PBS,Praktikum dan sebagainya.

Kepada mana-mana IPG yang akan menerima kunjungan pihak


KPM selepas ini.. Mungkin cadangan-cadangan yang telah
diutarakan ini baik dan mungkin tidak. Namun, sekiranya baik,
bolehlah diutarakan lagi kepada pihak KPM supaya mereka
nampak dan sedar bahawa mahasiswa pendidik IPG bersatu
fikiran dan idea demi kelangsungan profesion keguruan yang
bakal kita sertai nanti. Bak kata wakil KPM itu tadi, cadangkan
dan berikan idea-idea yang terbaik untuk penambahbaikan dasar
ini kerana ia akan memberi effect kepada semua bakal guru yang
belajar di IPG kerana kita berada dalam bakul yang sama. Jika
baik bolehlah ambil dan jika tidak, hiraukan sahaja. Hanya
berniat untuk bersama-sama membantu antara satu sama lain.
(Semua cadangan ini adalah hasil dapatan daripada wakil
semester 8 IPGKKB, JPP IPGKKB dan hasil mesyuarat JPP IPG
Zon Timur (IPGKKB, IPGKSM, IPGKDRI n IPGKTAA) yang
telah berbincang sebelum ini di IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut.)

Berkhidmat untuk semua :

Anda mungkin juga menyukai