Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan rahmat dan


pertolongan-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek Literasi Nombor
(WAJ3105) ini. Di ruang dan kesempatan ini, saya tidak akan melupakan jasa dan
pengorbanan yang dilakukan oleh pensyarah pembimbing iaitu Puan Hapaza Binti Awang
yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah laku anak didiknya
yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing. Setelah mendapat tugasan ini,
saya memulakan proses pencarian maklumat melalui internet, buku-buku dalam
perpustakaan dan tidak lupa melalui perbincangan dengan kawan-kawan yang lain.

Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah seperti kekangan
masa disebabkan oleh jadual kelas yang padat ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti IPG,
kelajuan internet yang tidak memuaskan untuk saya mencari bahan-bahan tambahan serta
kadang-kadang tidak dapat meluahkan idea-idea yang baik untuk melengkapkan tugasan ini
disebabkan oleh kurang waktu untuk berehat. Saya juga menghadapi masalah untuk
menghasilkan lakaran ke dalam komputer kerana tidak begitu mahir dan kurangnya aplikasi
tertentu untuk membuat lakaran. Tetapi semua masalah itu saya cuba untuk atasi demi
memastikan kesempurnaan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan yang lain telah berbincang
dan bertukar pendapat mengenai tugasan ini untuk mempercepatkan proses tugasan ini
walaupun hakikatnya saya sedar kami semua mempunyai masa yang terhad. Saya juga
meminta bantuan rakan lain yang mempunyai aplikasi untuk lakaran dan memintanya
mengajar saya teknik dan cara untuk memindahkan lakaran tersebut.

Hasil daripada tugasan kerja kursus ini ialah saya dapat memahami dan mengenal
pasti strategi-strategi penyelesaian masalah yang sesuai. Penyelesaian Masalah
merangkumi pendekatan secara heuristik, memahami masalah, membincangkan strategi
penyelesaian yang sesuai, menilai kewajaran penyelesaian untuk analisis lanjutan dan
contoh-contoh dalam kehidupan seharian. Ia juga menekankan proses menggunakan
pengetahuan, kemahiran, dan pemahaman sedia ada untuk menyelesaikan masalah baru.
Dalam penyelesaian masalah untuk tugasan ini, saya telah mengetahui beberapa model
yang sering digunakan dalam pendidikan matematik dan yang sering digunakan ialah Model
Polya (1973). Model Polya merupakan model penyelesaian masalah Matematik yang
memberi tumpuan tentang teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip
pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat
fasa utama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah, merancang rancangan
penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak semula.

27
Selain itu, untuk soalan yang kedua dalam tugasan ini iaitu operasi dan pengiraan
matematik pula, terdapat beberapa teknik untuk mengira dengan menggunakan kaedah
seperti pensel dan kertas, kalkulator, komputer, pengiraan mental dan penganggaran dan
juga bahan manipulatif. Melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui dan mempelajari
tentang bagaimana untuk mengira melalui kaedah kertas dan pensel serta cara untuk
menggunakan dan membuat bahan manipulatif. Akan tetapi, proses untuk menjelaskan
pengiraan dalam bentuk bahan manipulatif itu adalah agak sukar sedikit. Ini merupakan
proses yang cukup mencabar kerana ia memerlukan kesabaran, kebijaksanaan yang begitu
tinggi untuk membina dan membentuknya dengan menggunakan komputer. Dalam proses
inilah saya dapat memahami bahan manipulatif adalah sangat penting dan berkesan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak tahap rendah. Bahan manipulatif yang
berkesan dapat menarik minat dan meningkatkan keyakinan terhadap matematik.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini, banyak pengalaman dan
ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya perolehi. Saya sedar bahawa sebagai seorang
bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin
sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh
itu, melalui kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan
sebanyak bahan yang boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan
sebagai bahan bantu belajar untuk pelajaran matematik. Di samping itu, saya sedar bahawa
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan perancangan dan
pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara
langsung saya dapat belajar bagaimana untuk membina kemahiran komunikasi dan cara
pengajaran yang berkesan untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas kelak.

Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta
peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan
tentang cara menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya dalam opsyen yang saya ambil iaitu mata pelajaran Bahasa
Melayu. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kefahaman saya tentang peranan
dan tanggungjawab seorang guru di mana ia dapat membantu serta memudahkan proses
penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan
semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. Insya-Allah, sekian.

28

Anda mungkin juga menyukai