Anda di halaman 1dari 13

Bincangkan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Melayu dalam

zaman kesultanan Melaka.

01 Pendahuluan

Pada abad ke -15 Tanah Melayu diperintah oleh kerajaan sendiri, iaitu Kesultanan
Melayu Melaka yang menguasai sebahagian besar wilayah-wilayah di tanah Melayu.
Pada zaman kegemilangannya, Kerajaan Melaka menjalin hubungan dengan
beberapa buah kuasa asing seperti China yang merupakan kuasa besar di Asia ketika
itu. Sejarah tamadun Melayu yang tercatat bermula diawal abad keempat Masihi di
mana catatan paling awal adalah di dalam bentuk batu surat yang dijumpai di Sungai
Siak Sumatera. Politik feudal Melayu semenjak zaman itu hingga ke zaman Melaka
yang berakhir pada tahun 1511 adalah semata-mata ditunjangi suatu sistem
ekonomi yang berkisar di sekeliling perdagangan antarabangsa. Perkembangan
ekonomi dan keagunang kerajaan Melaka bergantung pada perdagangan dan
perkapalannya. Melaka yang strategik di bahagian Selat Melaka telah menjadikannya
pusat perdagangan yang penting. Tome Pires menyatakan bahawa pelabuhan
Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh berlabuh dalam semua musim dan
perdagangan boleh dijadikan dalam keadaan semua musim dan dijalankan dalam
keadaan yang selesa.1

Kedudukan Melaka yang strategik dari segi lokasi, geografi dan


kedudukannya di tengah-tengah Kepulauan Melayu yang kaya dengan rempah ratus
telah menjadikan sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan
ini bukan sahaja telah berjaya menjana ekonomi Melaka, malah menjadi pusat
perdagangan dan kebudayaan Islam terkenal di rantau ini.

Proses pembangunan ekonomi Melaka selama 700 tahun itu bersemarak di


muara-muara sungai di kawasan-kawasan persisir sahaja. Pusat-pusat pertumbuhan
Melayu bertabur di kiri kanan Tasek Melayu (yang sekarang dipanggil Selat Melaka),
di kawasan persisir Selatan Siam dan Pantai Timor Semenangjung Tanah Melayu, di

1
Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan
Bahasa & Pustaka, hlm.22

1
kawasan pasisir kepulauan Philipines, Borneo dan di seluruh pasisir kepulauan Jawa
dan Sulawesi.

Pusat-pusat ini dihubungi dengan jaringan perdagangan maritim di antara mereka,


yang mana pusat besar di zaman Srivijaya adalah Palembang dan Bandar Melaka
pula menjadi pusat utama di zaman Kesultanan Melaka. Dari Palembang dan Bandar
Melaka pertukaran barang secara entropot dibuat dengan pedagang-pedagang luar,
khususnya daripada China, India dan dunia Islam Timor Tengah.

02. Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agraria dan


Maritim

Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu terdiri daripada kerajaan agraria (kerajaan


ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya
berasaskan pertanian) seperti tanah jajahanya Perak , Pasai dan beberapa kawasan
lain. Manakala kerajaan maritim ( kerajaan yang terletak di pesisiran pantai yang
memberi tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut)
seperti di Melaka sendiri. Kebanyakkannya Orang Melayu dahulu adalah petani dan
pelaut. Penemuan tinggalan arkeologi di Kuala Selinsing Perak menunjukkan orang
Melayu juga adalah ahli pertukangan dan pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup
dalam kampung tradisi-menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan mengamalkan
ekonomi sara diri. Oleh itu, kegiatan ekonomi masyarakat dalam zaman kesultanan
Melayu dibagaikan kepada dua iaitu kerajaan agraria dan maritim .

2.1 Ekonomi Agraria

2.1.1 Pertanian dan penternakan

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka


berteraskan sistem ekonomi sara diri. Keperluan ekonomi petani ini ialah berbentuk
secukup hidup bagi menyara keperluan keluarga sendiri dengan menekankan kepada
keperluan asas. Oleh itu, tumpuan utama kegiatan ekonominya ialah kepada usaha-

2
usaha untuk mendapatkan sumber-sumber makanan. 2 ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak
Shaari. 1991). Sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan
sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah
keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang
lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan
mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka
tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini
mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu,
konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan.

Dalam Kesultanan Melaka, apabila Melaka menjadi bandar entreport orang


Melayu telah mewujudkan satu sistem ekonomi perdagangan yang teratur dengan
terbentuknya sistem cukai, sistem pasar dan gudang. Sistem sosial bersifat "feudal"
iaitu Raja/Sultan menguasai sumber ekonomi (tanah, tenaga buruh, modal
pelaburan, perdagangan dan memungut cukai). Mereka tergolong dalam kelas
atasan dan menengah-menjadi pedagang, ahli pelayaran dan pengusaha lombong
bijih timah. Monopoli ekonomi menjadi teras mengekalkan kuasa raja terhadap
rakyat. Mereka menguasai jalan perdagangan di sungai-sungai dan menguasai
perdagangan import/eksport.

Aktiviti pertanian dan penternakan juga dilakukan antaranya menananm


buah-buahna seperti durian, lagsat, duku, manggis, pisang, sayur-sayuran dan padi.
Namun begitu Melaka banyak mengmport makanan-makanan utama iaitu beras
daripada Pulau-pulau Jawa dan burma. Kegiatan ini hanya dilakukan untuk
memenuhi keperluan harian sahaja 3.

Kegiatan Pertanian Padi merupakan kegiatan utama yang di usahakan oleh


masyarakat Melayu tradisional , yang tinggal di kawasan pendalaman. Padi ditanam
hanya untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual. Kadang-kala lebihannya
ditukarkan dengan barangan keperluan yang lain. Teras pertanian ialah tanaman
padi, disamping pelbagai tananam lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

2
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 96

3
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1996, hlm 70

3
Bukti adanya tanaman-tanaman ini dalam masyarakat Melayu pada masa
tersebut ada disebut dalam sejarah Melayu. edisi Shellabear iaitu: Semasa di zaman
puteri Gunung Ledang, dikatakan dapat melihat pelbagai jenis buah sebelum sampai
ke pondok puteri tersebut. malah menurut Tome Pires juga, parameswara (Raja
Iskandar) dan 1000 orang pengikutnya telah menabas untuk ditanam pokok dan
dibuat dusun. tradisi ini seterusnya telah dipraktikkan di Melaka. Malah tanggapan ini
diperkuatkan dengan adanya hukuman ke atas orang yang hasil tanaman sepert
sirih, pisang, tebu, pinang dan buah-buahan seperti yang disebut dalam fasal 11.2
dalam undang-undang Melaka. secara tidak langsung undang-undang ini telah
menunjukkan kepada kita betapa banyaknya dusun-dusun buah-buahna sehingga
adanya undang-undang yang berkaitan dengannya 4. Penternakan juga telah
dijalankan dimana masyarakat rantau melayu membela binatang ternakan seperti
Lembu kambing dan ayam itik. Kawasan rumah meraka telah dipagar agar binatang
ternakan tersebut tidak memasuki kawasan rumah orang lain.

2.1.2 Hasil Hutan

Selain pertanian, zaman kesultanan Melayu Melaka juga dikenali sebagia pusat
pengeluaran sumber hutan seperti rempah ratus sejak dahulu lagi. Selain itu,
masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu melaka juga menanam pokok
buah-buahan dan tanaman semapingan lain di dusun mereka untuk menambahkan
pengeluaran makanan. Antara tanaman yang ditanam ilaha jagung, ubi kayu, sayur-
sayuran, pinang dan kelapa. Mengikut catatan orang Cina, pada tahun 1416 telah
ada orang Melayu menanam tebu, cempedak, pisang, nangka, labu, bawang, halia
dan tembikai.5

Alam Melayu juga merupakan alam yang mewah dengan sumber


semulajadinya. Suber-sumber hutannya telah menjadi sumber untuk dijadikan salah
satu barang eksport ke dunia luar. Alam Melayu yang meliputi dengan hutan rimba
dan kayu kayan ini telah mengeluarkan barang eksport seperti kayu wangi, damar
dan rotan. biasanya pencari-pencari sumber ini terdiri daripada orang melayu yang
berada di kawasan pedalaman dan mereka ini dikenali sebagai Melayu Proto iaitu

4
Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur 1989, hlm 189
5
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 99

4
seperti Suku Semang dan Temuan. Golongan ini sudah dapat menyesuaikan diri
sepenuhnya dengan kehidupan hutan. setiap kelompok yang tinggal di dalam
kawasan ini mengetahui secara terperinci tantang alam sekelilingnya. Malah melalui
kajian-kajian yang dibuat ke atas orang-orang asli ini seperti suku Temuan, ssetelah
baligh ia akan mengenali beberapa ratus jenis tumbuhan disekelilingnya. jika mereka
berpindah, mereka terpaksa membebankan diri dengan belajar jenis tumbuhan yang
belum dibiasakan kerana kebanyakan kayu hutan ini hanya dijumpai ditempat-
tempat tertentu dalam jumlah yang terhad.6

2.1.3 Penternakan dan Berburu

Selain itu, kegiatan menternak dan memburu binatang, mengumpulkan hasil-hasil


hutan dan sebahagian kecilnya mengusahakan kerja-kerja kemahiran pertukangan
dan kraftangan. Pada umumnya, masyarakat Melyu tradisional mendirikan kawasan
yang sesuai untuk kegiatan bercuck tanam dan mengkap ikan, di samping
mendapatkan sumber air. Kawasan penempatan seperti ini juga penting bagi
memudahkan mereka berhubung dengan dunia luar.7

2.1.4 Perlombongan

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih timah telah dijadikan eksport utama
Melaka dengan dicairkan dan dijadikabn kepingan jingkong. Melaka juga dikatakan
telah mengumpulkan emas dari tanah jajahan takluk seperti Kelang, Selangor,
Bernam, Manjung, Beruas dan kedah. hasil dari sini telah membawa kepada
perkembangan masyarakat kerana masyarakatnya telah terdedah dengan aktiviti
perdagangan dan telah diperkenalkan dengan dunia luar.

2.2 Kegiatan Maratim

Sebahagian besar penduduk Melaka kecuali yang dibawa oleh Parameswara dari
Palembang ialah Orang Laut yang dipanggil oleh Tome Pires sebagai Celates ( orang
Laut) yang bergantung hidup mereka pada kegiatan lanun dan perompakan 8. Melaka
tidak berkembang sebagai sebuah Negara agrarian, sebaliknya Melaka berkembang

6
Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982, hlm
11-12
7
Ibid, hlm 97
8
Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan
Bahasa & Pustaka, hlm.17

5
sebagai sebuah Negara perdagangan lautan 9.Penerokaan tanah untuk pembangunan
agrarian tidak berlaku secara besar-besaran kerana kos melepas di bidang
perniagaan maritime adalah lebih tinggi daripada bertani. Berkemungkinan besar
orang-orang Melayu tidak mempunyai minat di bidang pertanian, walaupun
kelompok-kelompok masyarakat Melayu seperti di Acheh, di Kepulauan Jawa dan
Sulawesi pada zaman-zaman itu sudah mempunyai kemahiran di dalam bidang
pertanian rempah-ratus dan juga padi.

Justeru itu, penduduknya lebih bergiat dalam bidang perdagangan dan bukan
pertanian. Malah penduduk yang tidak bergiat dalam perdagangan pun tidak ramai
yang bergiat dalam pertanian. Mereka lebih menumpukan perhatian ke laut
(nelayan)10. Kawasan-kawasan pendalaman di daratan hanya merupakan kawasan-
kawasan sumber alam tanpa didiami oleh banyak penduduk. Jika ada penduduk
pun, sistem kependudukannya adalah bertaburan, (bukan berkelompok secara
perbandaran atau perkampungan) di tepi-tepi sungai. Khazanah dari pendalaman
seperti gading gajah, kayu-kayuan, lilin-lebah, rotan, kayu cendana, emas, bijih
timah dan rempah ratus diangkut ke pusat-pusat pertumbuhan di muara sungai.

2.2.1 Menangkap Ikan


Dalam catatan Ma Huan, mengatakan menangkap ikan (nelayan) merupakan
pekerjaan utama orang Melaka. Sebagai contoh, sungguhpun beras merupakan
bahan utama makanan kepada penduduk Nustantara, akan tetapi bukanlah
dagangan yang penting sebelum abad ke-15. Pelabuhan dan kota-kota awal di
Nusantara terletak di kawasan tanah pamah yang boleh menghasilkan beras
mencukupi. Namun pada abag ke -15, kemunculan Melaka telah membawa
permintaan terhadap beras meningkat. Bandar Melaka telah dibina di sebuah
kawasan yang memang sesuai untuk menghasilkan padi akan tetapi Melaka tidak
dapat menghasilkan makanan itu secukupnya untuk penduduk yang bertambah
dengan pesat. Kekurangan bekalan makanan utama ini bukan kerana tiada kawasan
tanaman yang sesuai di sekitar Melaka, tetapi keranan tiada orang yang hendak
mengusahakannya11.

9
Ibid., hlm.17
10
Ibid.,hlm. 17
11
Ahmad Jelani Halimi, 2006, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Penerbit Dewan
Bahasa & Pustaka, hlm. 17

6
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, beradasarkan sumber Portugis, export
tunggal hasl laut dari Melaka pada akhir abad ke-15 ialah ikan kering. Kegiatan lain
yang dilakukan ialah pemungutan hasil laut menjadi antara kegiatan ekonomi yang
penting. Hasil laut ini sangat digemari oleh pedangan China yang dating berdagang
ke kepulauan Melayu. Mereka menggunakannya sebagai bahan-bahan istemewa dan
ubat-ubatan12.

3. Sistem Ekonomi Perdagangan dan Perkapalan

Selain sistem sara diri, ekonomi komersial juga turut mempengaruhi kegiatan
masyarakat Melayu di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kegiatan perdagangan di
Gugusan Tanah Melayu telah berkembang pesat sebelum awal abad ke-15 M.
Perkembangan perdagangan telah menyebabkan kemunculan beberapa politi
perdagangan di Alam Melayu. Sebagai contoh, Tun-Sun, Tou-Chu-Li, Tan-Tan, Pan-
Pan, Lang-Ya-Hsiu, Chih-Tu, Lo-Yueh, Ko-Lo dan sebagainya. Mengikut sumber-
sumber negeri China seperti Liang-shu, Chui-chu dan sebagainya, politi perdagangan
ini mempunyai hubungan pedagangan yang formal dengan China. Sebagai contoh,
Lang-Ya-Hsiu menukar barangan mereka yang terdiri daripada gading gajah, tanduk
badak sumbu, kayu gaharu dan kapur barus dengan pedagang China yang
mempunyai barang seperti beras, sutera dan porselin.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Melaka terus menjadi
pusat perdagangan antarabangsa. Pedagang dari seluruh dunia telah datang ke sini
dan bertemu dengan pedagang tempatan atau pedagang lain. Lebih dua kurun yang
lalu, beberapa empayar telah menegakkan pusat dan wilayah pemerintahan mereka
di sepanjang Selat Melaka – satu petanda kepentingan strategik selat tersebut sejak
zaman berzaman. ‘Laluan Rempah’ yang merentasi Selat Melaka telah memainkan
peranan penting dalam melahirkan Kesultanan Melaka yang dikenali sebagai
empayar yang terulung di Asia Tenggara dalam kurun ke 15. Menjelang kurun ke 16,
kuasa-kuasa besar Eropah terlibat di dalam perebutan kuasa bagi mengawal Selat
Melaka dengan meningkatnya kesedaran terhadap kepentingan selat itu sebagai
laluan maritim yang strategik. Portugis dan Belanda terlibat di dalam peperangan

12
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Penerbit Fajar Bakti, hlm 103

7
sepanjang kurun ke 17 bagi menguasai selat tersebut dan pelabuhan-pelabuhan di
sepanjang perairannya13.

Kedudukan geografi merupakan faktor penting yang membawa kepada


perkembangan dalam masyarakat dalam alam Melayu ini. Ia terletak dipersimpangan
dua jalan laut yang penting iaitu barat dan timur. Rantau ini telah disambungkan
dengan benua china dan india oleh dua angin monsun utama iaitu angin Monsun
Barat Daya dan angin Monsun Timur Laut. Sejak Melaka didirikan pada 1400,
gagasan kepulauan Melayu merupakan sebahagian daripada jaringan perdagangan
yang kompleks yang merentang daripada benua Afrika ke benua China sejak
beratus-ratus tahun14.

Selat Melaka pula telah diumpamakan sebagai "kerongkong yang harus


ditempuhi oleh semua lalulintas asing sama ada darat atau laut ke mana-mana
gugusan" selat ini juga berpotensi menjadi tempat pengumpulan dan pemunggahan
barang-barang dari kapal-kapal15. Disinilah Melaka menampakkan peranannya
sebagai sebuah pusat entrepot. Barang-barang yang dibawa ke Melaka untuk
didagangkan akan ditinggalkan dan diniagakan diMelaka oleh penduduk tempatan
keserata pelusuk kawasan perdagangan. Manakala barang-barang dagangan dari
kawasan pedalaman dikumpulkan melalui jalan sungai yang banyak dikedua-dua
selat Melaka membawa kepada pantai selat Melaka.

Jaluran-jaluran sungai ini menjadi alat komunikasi antara kawasan pedalaman


dengan laut. Kapal-kapal dapat berlindung daripada angin lautan yang luas di selat
Melaka serta merupakan tempat teduh berbanding diperlabuhan Sumatera iaitu
Pasai. Keadaan selat ini disamakan dengan tasik ditengah lautan. Kadangkala
terdapat angin ribut kencang yang disebut 'ribut Sumatera' oleh pelaut-pelaut
Eropah namun ianya hanya terbatas kepada kawasan antara Selangor dan
singapura. Malah ianya bermusim dan boleh diramalkan bila ianya berlaku.

Selat ini berkeadaan tenang dimana ianya memudahkan aktiviti-


perdaganggan dijalankan pada masa tersebut. Aktiviti perdagangan merupakan
13
Fakta di dalam perenggan ini dipetik dari kertaskerja bertajuk An Integrated Management Regime for
the Straits of Malacca? yang dibentangkan oleh Kapt (B) Mat Taib Yasin, Fellow Kanan, MIMA di
Persidangan Mengenai Selat Melaka : Membina Satu Persekitaran Keselamatan Komprehensif di Kuala
Lumpur, 11 Oktober 2004.
14
Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press, London, 1982, hlm
11
15
Ibid, hlm 20-21

8
warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah berjalan sejak
kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke 7 hingga ke 13.
Kegiatan perdagangan antara penduduk peribumi dengan pedagang asing yang
menetap dan berdagang di Melaka telah melahirkan masyarakat bercorak
kosmopolitan. Perkembangan ini dipengaruhi juga oleh banyaknya bahan-bahan
mentah tempatan yang diperlukan oleh pedagang-pedagang asing.

Kemakmuran Melaka hanyalah semata-mata berasaskan perdagangan


antarabangsa di mana kumpulan politik itu sendiri menjadi pedagang utama.
Undang-undang maritime yang mengawal perjalanan perkapalan serta perdagangan
entrepot dan perdagangan persisir merupakan sistem undang-undang utama di
dalam empayar-empayar Melayu ini. Disebaliknya, tiada langsung undan-undang
mengenai bidang pertanian yang tercatit. Pertanian hanya merupakan sector
sekunder sahaju. Malah bahan-bahan makanan banyak diimport dari Negara-negara
luar seperti Siam dan Burma.

Teras ekonomi Melayu yang berbentuk perdagangan antarabangsa ini


menyusuri teknologi perkapalan dan pengetahuan pelayaran yang meluas dan
mendalam. Tome Pires yang menulis di abad 16, mencatatkan bahawa perahu-
perahu layar Melayu yang membawa barangan niaga adalah lebih effisien dari segi
ruang dan kelajuannya daripada kapal-kapal perdagangan Eropah pada masa itu.
Lautan menjadi sama penting dengan tanah. Dan pentingnya lautan didalam
kehidupan ekonomi Melayu diabadikan di dalam istilah “tanahair” untuk memanggil
negaranya.

Orientasi ekonomi orang-orang Melau pada masa itu adalah menjurus kepada
perkumpulan (group oriented) kerana pengumpulan modal yang banyak diperlui,
yang tidak dapat ditangani oleh individu. Lagi pula perjalanan kapal yang jauh dan
berbahaya, mengenakan tahap risiko yang tinggi baik keatas modal maupun nyawa.
Dengan berkongsi scara pengumpulan modal dan tenaga, risiko ini diratakan, dan
juga keselamatan diri lebih senang dipertahankan. Gejala organisasi sosial ini
merupakan putik-putik koperatisasi didalam ekonomi perdagangan bangsa Melayu.

Di dalam pada itu orientasi kumpulan-kumpulan perdagangan ini ialah sifat


memandang keluar dan dengan semangat kembara yang membakar sekaligus

9
menyemarakkan perdagangannya. Hasil daripada penyemarakan perdagangan ini
bahasa suku Melayu dan agama Islam disebarkan ke seluruh persisir Nusantara.
Keupayaan penyemarakan ini digandingkan dengan keupayaan saudagar-saudagar
Melayu menguasai bahasa suku-suku lain di kawasan pasisir Nusantara dan juga
kawasan-kawasan pasisir benua China dan India.

Kekuatan ekonomi Melaka bukti kepada hakikat ini. Ahli sejarah Cina, I-
Cing, yang bermastutin di Palembang pada abad 7, selama 25 tahun, mengabadikan
catitan kekayaan ini dengan menggelarkan bumi Melayu sebagai ‘tanah emas’.
Maharaja-Maharaja Cina menghadiahkan payung kuning kepada maharaja-maharaja
Melayu baik di Palembang maupun di Melaka sebagai melambangkan pengakuan
kekuatan ekonomi Melayu pada masa itu.

Kemakmuran Melaka yang berhasil daripada perdagangan antarabangsa itu,


tidak dapat ditandingi oleh mana-mana empayar di zaman-zaman mereka.
Palembang dan Bandar Melaka dicatitkan sebagai Bandar-bandar yang mengandungi
lebih 100,000 penduduk dan Kerajaan-kerajaannya pada masa itu menyara tidak
kurang daripada 20,000 bala tentera tetap (standing army) masing-masing.
Piawaian pertukaran dagangan di masa itu adalah disandarkan kepada emas. Ini
adalah lebih konkrit daripada keadaan sekarang yang bersandarkan kepada
keyakingan umum ke atas nilai wang masing-masing Negara.

10
04. Rumusan

Masyarakat Alam-Melayu telah didedahkan dengan budaya luar yang dibawa masuk
ke rantau ini dengan pelbagai cara.Yang jelasnya unsur yang diserap masuk ke
dalam masyarakat telah membawa kepada perkembangan sejarah masyarakat alam
Melayu. Kemewahan,kekayaan dan kedudukan geografinya telah banyak
mempengaruhi perkembangan ini dan saling berkaitan antara satu sama lain. Jika
kedudukan geografi strategik tetapi tidak diikuti dengan kekayaan sumber alam dan
bahan mentah mustahil perkembangan sejarah masyarakat Alam Melayu ketika itu
dapat berlaku.Ia mestilah berjalan serentak terutamanya dalam melahirkan satu
rantau yang unggul.

Justeru, di zaman-zaman kegemilangannya adalah merupakan bangsa


pedagang antarabangsa, bukan bangsa tani. Dari skima evolusi masyarakat kearah
tahap kemajuan, boleh dikatakan bahawa bangsa Melayu telah mencapai tahap
kemajuan yang tinggi semenjak 1500 tahun dulu lagi. Catatan sejarah Melayu tidak
pernah memasuki kegemilangan agrarian, selain daripada huma Wan Empuk dan
Wan Malini di Bukit Seguntang. Tetapi sebaliknya catatan mengenai kesemarakan
industri tenunan Melayu, peleburan besi (bangsa Melayulah bangsa pertama
mencipta teknologi melebur bijih besi) untuk pengeluaran barangan, pengeluaran
barangan kayu yang termasuk pembinaan kapal dan pengeluaran barang-barang
emas dan perak banyak terdapat di dalam buku-buku sejarah dan riwayat-riyawat
Melayu. Pertanian hanya merupakan bidang pengeluaran non-tradables untuk
penggunaan domestik.

11
Bibliografi

Andaya, Barbara W.E. Andaya, Leonard Y , Sejarah Malaysia, Macmillan Press,


London,
1982.

Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka:


Penerbit
Dewan Bahasa & Pustaka, 2006.

Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan


Budaya,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1989.

Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala
Lumpur, 1991.

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan


Pustaka,
Kuala Lumpur, 1989.

Norazit Selat, Penaung di dalam Masyarakat Melayu : Tradisi dan Moden dalam
Mohd
Taib Osman et.al, Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.

Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, 2003.

W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1975.

Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan


Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.

12
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

01 Pendahuluan 1

02 Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Sebuah

Kerajaan Agraria dan Maritim 2

2.1 Ekonomi Agraria

2.1.1 Pertanian dan penternakan 2

2.1.2 Hasil Hutan 4

2.1.3 Penternakan dan Berburu 5

2.1.4 Perlombongan 5

2.2 Ekonomi Maritim 5

2.2.1 Menangkap Ikan 6

03. Sistem Ekonomi Perdagangan dan Perkapalan 7

04. Rumusan 11

Bibliografi

13

Anda mungkin juga menyukai