Anda di halaman 1dari 10

Peningkatan tamadun manusia telah membawa kepada kemajuan dalam pertanian hingga membawa

kepada penghasilan yang berlebihan dan meningkatnya aktiviti perdagangan.

(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3
Sebelum Masihi.
[2 markah]

(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada
Zaman Vedik ?
[2 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani
memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?
[2 markah]

(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han
hingga ke zaman Dinati Shang.
[2 markah]

(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?
[2 markah]

JAWAPAN

(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-
3 Sebelum Masihi.

Hubungan perdagangan dengan luar


Munculnya pusat perusahaan
Mempunyai barang dagangan yang banyak
Terdapat banyak pelabuhan
Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
Terdapat undang-undang perdagangan.
Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
Pelaksanaan sistem cukai
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(b)Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India


pada Zaman Vedik ?

Mengawal harga barang


Mengawal kualiti barang
Mengawal gaji pekerja
Menjaga kebajikan pekerja
[2 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di
Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?

Mahu mendapatkan makanan dari luar


Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian
Wujudnya hubungan perdagangan dengan negara luar
Berkembangnya perdagangan melalui jalan laut.
Yunani mempunyai bekalan dagangan yang banyak
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(d)Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman


Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.

Penggunaan tenggala
Penggunaan batas
Penggunaan kolar kuda
Penciptaan alat kegunaan pertanian.
Pengenalan sistem tanaman bergilir
Penggunaan sistem teres
Pembinaan terusan untuk pengairan
[2 markah]

(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara
kita ?

Menggunakan teknologi moden


Menjalankan kegiatan secara berskala besar
Memberi tumpuan kepada pertanian komersil
Memproses hasil pertanian menjadi barangan pengguna
Mengeksport hasil pertanian
Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan hasil
Membantu petani mendapatkan kemudahan kredit
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

SOALAN ESEI

Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam Tamadun India dan China telah membawa kepada
perkembangan peradaban manusia

(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada
abad ketiga sebelum masihi.
[6 markah]

(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.
[6 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah
negara ?
[4 markah]

(ii)Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian
di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
[4 markah]
JAWAPAN

(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India
pada abad ketiga sebelum masihi.

Hubungan perdagangan dengan luar


Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia
Tenggara.
Munculnya pusat perusahaan
Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa.
Berkembangnya bidang perusahaan
Contohnya perusahaan tekstil, dan sutera di Bengal dan Benares.
Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu permata
Mempunyai barang dagangan yang banyak
Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll.
Terdapat pelabuhan
yang menghubungkan India dengan negara luar
ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.
Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)
Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.
Terdapat undang-undang perdagangan.
Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.
Undang-undang diawasi oleh raja
Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.
Pelaksanaan sistem cukai
Contohnya cukai hasil pertanian dan buah-buahan.
[6 markah]

(b)Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.

Penggunaan tenggala
Penggunaan batas
Penggunaan kolar kuda
Penciptaan alat kegunaan pertanian.
Pengenalan sistem tanaman bergilir
Penggunaan sistem teres
Pembinaan terusan untuk pengairan
[6 markah]

(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan
sesebuah negara ?

Membolehkan barangan negara kita dieksport


Menjana ekonomi negara
Menyediakan peluang pelaburan
Membekalkan peluang pekerjaan
Menggalakkan pengaliran dana asing
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan
pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?

Menjalankan kegiatan pertanian secara komersil


Mengeksport hasil pertanian
Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian
Memproses menjadi barangan pengguna
Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
SOALAN STRUKTUR

Jadual di bawah berkaitan dengan peningkatan sistem pendidikan dalam tamadun manusia.

Tamadun Sistem Pendidikan

Yunani Falsafah Pendidikan Athens

India Pendidikan Agama

China Pendidikan Awam

(a) Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?

[2 markah]

(b) Nyatakan ciri pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

[3 markah]

(c) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan China pada tahap berikut :

(i) Pendidikan Tahap Rendah

[1 markah]

(ii) Pendidikan Tahap Menengah

[1 markah]

(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam
meningkatkan tamadun manusia ?

[3 markah]

JAWAPAN
(a) Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?

Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental.

Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.

Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek.

Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

[2 markah]

(b) Nyatakan ciri pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman
Vedik.

Mempelajari agama Hindu.

Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.

Mempelajari kitab Veda.

Menggunakan bahasa Sanskrit

Menggunakan kaedah hafalan

Dijalankan di rumah dan di istana.

Diajar oleh Brahmin / guru agama

[3 markah]

(c) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan China pada tahap
berikut :

(i) Pendidikan Tahap Rendah

Peringkat rendah dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal sembilan buah buku suci

[1 markah]

(ii) Pendidikan Tahap Menengah


Peringkat menengah Menulis karangan dan mempelajari karya sastera.

[1 markah]

(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting


dalam meningkatkan tamadun manusia ?

Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan

Melahirkan tenaga pekerja yang mahir

Melahirkan masyarakat yang patuh kepada ajaran agama

Memudahkan masyarakat menerima maklumat

Membasmi buta huruf dalam masyarakat

Memudahkan hubungan dengan negara luar

Membolehkan teknologi digunakan dengan lancar

Mana-mana jawapan munasabah

[3 markah]

SOALAN ESEI

Perkembangan pendidikan dalam tamadun dunia bertujuan membina kegemilangan dan meningkatkan
martabat bangsa dalam tamadun tersebut.

(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :

(i) Falsafah pendidikan Athens

(ii) Falsafah pendidikan Sparta

[4 markah]

(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.
[6 markah]

(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama yang
dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?

[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat
dipertingkatkan ?

[6 markah]

SOALAN ESEI

(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :

(i) Falsafah pendidikan Athens

Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental.

Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang.

Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek.

Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

[2 markah]

(ii) Falsafah pendidikan Sparta

Bertujuan melahirkan tentera yang gagah berani.

Bertujuan melahirkan manusia yang mempunyai semangat patriotik.

Bertujuan melahirkan munsia yang setia kepada negara.

Bertujuan mengutamakan latihan fizikal.

Menekankan kemahiran menggunakan senjata.

[2 markah]
(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan
tamadun.

Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap

iaitu tahap pertama (Hsiu Tai), tahap kedua (Chun Jen) dan tahap ketiga (Chin Shih).

Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama.

Tahap kedua setaraf dengan ijazah sarjana.

Tahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafah.

Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahapnya.

Tahap pertama dijalankan di peringkat daerah.

Tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.

Tahap ketiga dijalankan di istana.

Lulusan peperiksaan akan mendapat faedah

Lulus tahap pertama boleh jadi pegawai kerajaan.

Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik.

Tempoh peperiksaan mengikut tahap

Tahap pertama diadakan dua kali dalam tiga tahun.

Tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.

Peraturan peperiksaan sangat ketat

Mereka yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.

Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab.

[6 markah]

(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama
yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?

Hendak mempelajari hukum agama

Sebagai persediaan menghadapi hari selepas mati.


Menjadikan manusia hidup sempurna

Supaya mengetahui nilai murni yang diajar agama

Bertujuan mendalami agama Hindu dan Buddha

Bertujuan melahirkan Brahmin yang berilmu.

Bertujuan menambahkan ilmu.

Bertujuan mengatasi buta huruf.

Untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran.

Mana-mana munasabah

[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat
dipertingkatkan ?

Melengkapkan prasarana pendidikan

Membekalkan guru terlatih yang mencukupi

Meningkatkan kaedah pengajaran secara berkesan

Menggunakan teknologi ICT dalam pendidikan

Menambahkan pusat pengajian tinggi

Membuat penambahbaikan terhadap sistem peperiksaan

Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai