Anda di halaman 1dari 20

PENCEMARAN BAHASA

Oleh Muhammad Salaebing


1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk
komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan
pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan
tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan
yang baik dan indah atau sebaliknya.

Menurut perlembagaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam


Perlembagaan Malaysia, iaitu (i) Perkara 152 Perlembagaan Malaysia:
“(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-
apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen:

Bahasa Melayu (BM) seperti yang diketahui umum, BM memikul tugas


sebagai bahasa kebangsaan negara ini, berbagai-bagai kemajuan telah dicapai. Usaha-
usaha secara sedar telah dibuat untuk bahasa yang pada suatu ketika merupakan hanya
bahasa yang digunakan di kedai kopi dan untuk perbualan-perbualan ringan di rumah,
menjadi bahasa yang menampung ilmu pengetahuan serta segala pemikiran
pengucapan diperluas dan keseluruhan sifat BM mengalami perubahan. BM menjadi
bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian, menjadi bahasa pentadbiran
negara dan bahasa perhubungan. Konsep bahasa sebagai alat perpaduan dan lambing
kedaulatan negara kelihatan dengan nyata. Bahan bacaan dalam BM juga dihasilkan
dengan banyaknya bukan sahaja oleh DBP tetapi juga oleh pihak-pihak lain, terutama
sektor swasta.

Walaupun terdapat beberapa banyak buku pedoman dan panduan untuk


menggunakan bahasa dengan betul, iaitu mengikut aturan bahasa, namun penggunaan
bahasa yang tidak tepat masih ketara di kalangan pengguna bahasa. Bentuk-bentuk
bahasa yang tidak mematuhi aturan kedapatan secara di mana-mana jua. Inilah yang
dikatakan pencemaran bahasa di sebabkan ketidakprihatinan kita terhadap bahasa kita.

1
2.0 KESALAHAN BAHASA

Agak banyak juga tafsiran orang tentang makna pencemaran bahasa.


Segolongan orang berpendapat bahawa kesalahan bahasa adalah suatu gejala semula
jadi yang terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan berkembang.

Menurut Kamus Dewan, kesalahan bermaksud perihal salah atau perbuatan


salah dan kesilapan. Menurut Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa

sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui,
sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa atau ayat. Menurut
Awang Sariyan (1984) pula pencemaran bahasa adalah suatu gejala semula jadi yang
terus menerus berlaku, selagi bahasa itu hidup dan berkembang.

Manakala Raminah Hj. Sabran (1987:58) pula menyatakan kesalahan bahasa


bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu
suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk ini benar-benar
mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa
pertuturan yang tidak formal.

Coder mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan


yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati.
Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Juriah dan kawan-kawan (1994), kesilapan bahasa
adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa
yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi
semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan dan
istilah. Mengikut Bell (1981), kesilapan bahasa dimaksudkan kepada bentuk-bentuk
pertuturan yang menyalahi tatabahasa atau struktur sesuatu bahasa dan kesalahan ini
timbul akibat daripada ketidaksempurnaan penguasaan penutur terhadap sistem
bahasa itu. Dulay dan Hammersly (1982), menjelaskan kesilapan bahasa juga merujuk

2
kepada bentuk-bentuk yang menyalahi hukum dan berlaku secara tidak sistematik
akibat kelemahan pelaksanaan dan berlaku secara kebetulan atau tidak sengaja.

3.0 SEBAB-SEBAB MENGAPA BERLAKUNYA KESALAHAN BAHASA

Kesilapan dalam bahasa ini berlaku bukanlah disebabkan penutur jati itu tidak
cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya. Menurut Corder (1974:25) sebab
pengguna sesuatu bahasa melakukan kesalahan antaranya termasuklah berkaitan
dengan bentuk bahasa formal yang terikat oleh peraturan yang mesti dipatuhi.
Peraturan tersebut melibatkan situasi penggunaan yang kadang-kadang dalam masa
menggunakan bahasa formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk yang tidak
formal. Menurut beliau, penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal dalam konteks
penggunaan bahasa formal di anggap kesalahan bahasa. Malah Corder menganggap
kesilapan biasanya berpunca dari tindakan penutur melakukan penukaran, pengalihan
atau penghilangan sesuatu bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan
atau rangkai kata hingga menyebabkan ayat-ayat yang dibentuknya mengandungi
kesilapan (Corder, 1973:258) dalam Arpan (1998).

Kenyataan Corder itu bersesuaian dengan pendapat yang dikemukakan oleh


Ray (1963), Nik Safiah (1986), Awang Sariyan (1984) dan Baskaran (1984) yang
menegaskan bahawa kesilapan berlaku kerana adanya penggunaan aspek-aspek
bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku. Dalam perkara yang
sama, Corder menambah bahawa kesilapan bahasa juga diakibatkan oleh kekurangan
pengetahuan tentang kaedah bahasa dan yang merupakan penyimpangan-
penyimpangan sistematik yang disebabkan oleh pengetahuan pelajar ketika belajar
bahasa kedua. Kesilapan begini bukan sahaja dapat dikesan dari segi penggunaan
perkataan tetapi juga struktur frasa ayat.

Kesalahan bahasa berlaku juga apabila adanya penggunaan bahasa dari segi
fonologi, morfologi, dan sintaksis yang tidak sempurna dan terpesong daripada
hukum-hukum tatabahasa standard bagi sesuatu bahasa berkenaan. Penggunaan
bahasa yang tidak mengikut peraturan itu dikenal sebagai pencemaran dalam konteks
yang standard.

3
Masalah menurut Awang Mohd Amin (1978) menyatakan kesalahan bahasa
dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu kesalahan bahasa yang lazimnya disebut
sebagai error atau lapse. Kesalahan jenis ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
extralinguistic, seperti lupa terhadap peraturan yang dipelajari disebabkan oleh terlalu
banyak peraturan dalam satu-satu bahasa, gangguan emosi, kelalaian semasa proses
penerimaan dan kekurangan latihan yang betul-betul berkesan.

Yang lebih jelas ialah penutur jati menerbitkan sesuatu konsep yang tidak
sesuai untuk menyatakan sesuatu benda. Malah penutur jati juga membuat kesilapan
apabila memilih dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai dengan
pendengarannya. Misalnya, topi, ketayap dan songkok adalah tiga benda yang sama
kegunaannya, tetapi objek ini berbeza bentuk dan konsepnya. Kenyataan Corder ini
disokong oleh Webber (1981) yang mendapati bahawa kesilapan bahasa boleh berlaku
apabila penggunaannya keliru atau tidak mampu memahami akan penggunaan aspek-
aspek tertentu dalam bahasa yang digunakan.

Kesilapan bahasa seperti kenyataan di atas sering didapati pada kebanyakan


orang Melayu melalui pertuturan biasa dengan meninggalkan imbuhan-imbuhan
tertentu, membentuk ayat-ayat yang tidak sempurna dan sebagainya. Keadaan ini
sering juga mempengaruhi bahasa tulisan yang mereka gunakan. Menurut Awang
Sariyan (1980:3) masih terdapat banyak kesilapan bahasa Melayu pada peringkat
tulisan, daripada kesalahan ejaan hinggalah kepada kesilapan morfologi dan sintaksis.

Awing Sariyan (1979:9) telah mengenal pasti beberapa punca utama


kemerosotan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa, antaranya ialah
faktor gangguan dialek. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Lado (disebut oleh Farid
M.Onn, 1983:15) bahawa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar mengenai
sesuatu aspek bahasa kedua akibat gangguan daripada kebiasaan menggunakan unsur-
unsur bahasa pertama. Kenyataan Lado, disokong oleh beberapa pengkaji seperti
Leopold (19480, Politzer (1965), Farid dan Ajid (1981), Kadir Amin (1981) dan
Raminah Sabran (1983) yang mengatakan bahawa gangguan bahasa pertama ke atas
bahasa kedua sememangnya berlaku dan kemungkinannya adalah besar sekali.

4
Seterusnya kesalahan bahasa yang berpunca daripada kekacauan atau
kekeliruan kerana wujudnya faktor-faktor kelainan bentuk dalam penggunaan sesuatu
bahasa. Misalnya, kekeliruan penggunaan bentuk formal, seperti persuratan, bahasa
akademik, bahasa kesusasteraan dengan bentuk bahasa tidak formal seperti dialek,
bahasa pasar. Faktor-faktor ini meresap ke dalam ingatan pelajar melalui pelbagai
cara seperti pergaulan dalam masyarakat, media massa, bahan bacaan dan mungkin
juga melalui guru-guru yang tidak berhati-hati menggunakan kelainan itu dalam
pengajaran di dalam kelas.

4.0 JENIS-JENIS KESALAHAN

4.1 Kesalahan Sebutan

Ada tiga jenis kesalahan umum mengenai sebutan, iaitu (i) kesalahan sebutan
untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, (ii) kesalahan sebutan beberapa kata
tertentu dalam bahasa Melayu, dan (iii) kesalahan intonasi dan tekanan.
Sistem ejaan telah menetapkan bahawa sebutan untuk kata pinjaman daripada
bahasa Inggeris hendaklah menurut sistem bunyi bahasa Melayu, iaitu bunyi huruf
dilafazkan sesuai dengan fonem yang dilambangkan, tetapi penutur bahasa
melafazkannya menurut bunyi sebutan dalam bahasa Inggeris atau dengan cara yang
lain. Antara beberapa contoh kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah
seperti yang berikut:

Kata Kesalahan Sepatutnya


1. dialog /dai-log/ /di-a-log/
2. radio /re-di-o/ /ra-di-o/
3. nasional /ne-sye-nal/ /na-si-o-nal/
4. April /ep-ral/ /ap-ril/
5. struktur /strak-tor/ /struk-tur/
6. teknologi /tek-no-lo-ji/ /tek-no-lo-gi/
7. industri /in-das-tri/ /in-dus-tri/
8. karbon /ka-ban/ /kar-bon/

5
9. fungsi /fang-si/ /fung-si/
10.definisi /de-fi-na-si/ /de-fi-ni-si/

4.2 Kesalahan Ejaan

Bahasa Melayu menggunakan ejaan Rumi berdasarkan sistem keselarasan


vokal yang mempunyai sedikit banyak perbezaan berbanding sistem ejaan Rumi yang
lama. Walaupun begitu, terdapat perkataan-perkataan pinjaman, khususnya daripada
bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa di Nusantara yang terkecuali daripada sistem ini.
Di samping itu, terdapat beberapa peraturan lain mengenai penulisan ejaan, misalnya,
peraturan menulis kata majmuk, kata ganda, penggunaan imbuhan pinjaman, dan lain-
lain. Dalam perkara ini, banyak sekali kekeliruan dalam kalangan pengguna. Antara
beberapa contoh kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah seperti yang
berikut:

Kesalahan Sepatutnya
11. perabut perabot
12. calun calon
13. pamiran pameran
14. pelancung pelancong
15. profesyen profesion
16. ekspot eksport
17. talipon telefon
18. tulin tulen
19. anih aneh
20. awit awet
21. gembeling gembleng
22. jaguh jagoh
23. jeket jaket
24. jempul jempol
25. setor stor

6
4.3 Kesalahan Perkataan (Morfologi)

Kesalahan perkataan merangkum kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan


jenis atau golongan kata. Kesalahan ini termasuk kesalahan penggunaan kata ganti
nama, kata kerja, kata adjektif dan sebagainya.

4.3.1 Kesalahan Kata Jamak

Kesalahan Sepatutnya
26. kebanyakan sibuk dengan urusan- kebanyakannya sibuk dengan urusan.
urusan …
27. kebanyakan kelas-kelas kebanyakan kelas.
28. lebih banyak bangunan-bangunan lebih banyak bangunan.
29. semua masyarakat masyarakat
30. antara kemudahan-kemudahan antara kemudahan
31. ramai pelawat-pelawat ramai pelawat
32. senarai nama-nama senarai nama
33. setiap karangan-karangan setiap karangan
34. sepuluh buah rumah-rumah sepuluh buah rumah
35. beberapa orang pelajar-pelajar beberapa orang pelajar

4.3.2 Kesalahan Kata Sendi

Kesalahan umum penggunaan kata sendi terbahagi dua:

a. kesalahan menggunakan kata sendi.


b. Pengabaian penggunaan kata sendi.

Tentang (a), kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan
daripada; di dan pada; ke dan kepada.

7
Kata sendi dari digunakan untuk tempat dan waktu, sementara kata sendi daripada
digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan,
asal kejadian dan sebagainya (Za’ba, 1965:1820). Contoh-contoh kesalahan dan
pembetulannya ialah seperti yang berikut ini:

Kesalahan Sepatutnya
36. Saudara datang daripada mana? Saudara datang dari mana?
37. Daripada saat ini, ubahlah sikapmu. Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
38. Dari buku itulah banyak diperolehnya Daripada buku itulah banyak
ilmu kebudayaan. diperolehnya ilmu kebudayaan.
39. Dia lebih pandai dari saya. Dia lebih pandai daripada saya.
40. Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.
41. Sel terdiri dari beberapa bahagian. Sel terdiri daripada beberapa bahagian.
42. Kiriman itu dari ayahnya. Kiriman itu daripada ayahnya.

Kata sendi di digunakan untuk tempat, sementara kata sendi pada untuk masa, orang,
binatang dan benda abstrak. Contoh-contoh kesalahan dan pembetulan ialah seperti
yang berikut ini:

Kesalahan Sepatutnya
43. di zaman ini pada zaman ini
44. di hari ini pada hari ini
45. di saat begini pada saat begini
46. di masa hadapan pada masa hadapan
47. di hari Raya pada hari Raya
48. di waktu itu pada waktu itu
49. di ingatan pada/dalam ingatan
50 buku itu ada dengan Ali buku itu ada pada Ali

Kata sendi ke digunakan untuk tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa.
Kata sendi kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa.
Contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut ini:

8
Kesalahan Sepatutnya
51. hingga kepada hari ini hingga ke hari ini
52. kepada tempat lain ke tempat lain
53. dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu
54. dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali
55. diserahkan ke Ketua Pengarang diserahkan kepada Ketua Pengarang

Tentang (b) pula, penggunaan kata sendi sering diabaikan apabila Predikat diluaskan
dengan menambahkan Keterangan (Adverb). Hal ini terjadi dalam ayat yang
Predikatnya mengandung kata kerja intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu
dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, saying, suka, takut dan
sebagainya).

Contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut ini:

Kesalahan Sepatutnya
56. pergi sekolah (KI) pergi ke sekolah
57. balik kampong (KI) Balik ke kampung
58. lupa nama orang itu (KI) lupa akan nama orang itu
59. lalu jalan ini (KI) lalu di jalan ini
60. benci orang itu (Adj.) benci kepada orang itu
61. suka durian (Adj.) suka akan durian
62. aku cintanya (Adj.) aku cinta kepadanya.
63. takut hantu (Adj.) takut akan/kepada hantu.
64. tahu perkara itu (KI) tahu akan/tentang perkara itu

4.3.3 Kesalahan Imbuhan

Kesalahan yang berhubungan dengan imbuhan dapat dibahagi kepada:

a. Awalan meN.
b. Akhiran kan,
c. Akhiran an dan kan,
d. Akhiran kan dan i,

9
a. Awalan ‘meN’

Kesalahan Sepatutnya
65. Muhammad baca buku. Muhammad membaca buku.
66. Emak pukul adik. Emak memukul adik.
67. Kita wajib tegakkan kebenaran. Kita wajib menegakkan kebenaran.
68. Dia kirimkan surat itu. Dia mengirimkan surat itu.
69. Dia punya segala-galanya. Dia mempunyai segala-galanya.

b. Akhiran kan

Kesalahan Sepatutnya
70. mengamal dan menyampaikan… mengamalkan dan menyampaikan…
71. memaju dan mengembangkan… memajukan dan mengembangkan…
72. membesar dan meluaskan… membesarkan dan meluaskan…
73. menyejuk dan menyegarkan… menyejukkan dan menyegarkan…
74. membangun dan mengukuhkan… membangunkan dan mengukuhkan…

c. Akhiran ‘an’ dan ‘kan’,

Kesalahan Sepatutnya
75. kesesakkan kesesakan
76. kebanyakkan kebanyakan
77. penyemakkan penyemakan
78. menggalakan menggalakkan
79. meletakan meletakkan

d. Akhiran kan dan i,

Kesalahan Sepatutnya
80. mengirimkan ayah surat Mengirimi ayah surat atau mengirimkan
surat kepada ayah
81. menghadiahkan saya sebentuk cincin Menghadiahi saya sebentuk cincin atau
menghadiahkan sebentuk cincin kepada
saya.

10
82. mengurniakan beliau bintang Mengurniai beliau bintang atau
mengurniakan bintang kepada beliau
83. Mencucurkannya rahmat Mencucurinya rahmat atau mencucurkan
rahmat kepadanya
84. menganugerahkannya ilmu Menganugerahinya ilmu atau
mengurniakan bintang kepada beliau

4.3.4 Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri

Kesalahan menggunakan kata ganti diri yang sering terjadi ialah yang berhubungan
dengan penggunaan kata ganti diri ketiga. Kesalahan pertama ialah penggunaan kata
beliau. Walaupun sama maknanya dengan ia atau dia, namun kata tersebut di gunakan
untuk seseorang yang dianggap terhormat. Sekarang kata beliau digunakan secara
serampangan, seolah-olah kata lain bagi ia atau dia, sehingga penjenayah pun sering
‘dibeliaukan’ dalam berita akhbar.

Bentuk kesalahan yang kedua ialah penggunaan ianya untuk benda dan binatang. Kata
ini timbul barangkali kerana kuatnya keinginan orang mencari suatu bentuk kata ganti
yang setara dengan it dalam bahasa Inggeris. Sejauh manakah tepatnya pemilihan
ianya masih menjadi persoalan. Daripada segi tatabahasa, ia dan nya adalah kata ganti
diri ketiga. Nya merupakan bentuk singkat. Secara perbandingan, jika ianya boleh
digunakan, maka akuku dan kamumu pun boleh digunakan juga. Berdasarkan
perbandingan itu, ianya tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
Sesungguhnya dalam bahasa Melayu tidak ada kata ganti it sebagaimana dalam
bahasa Inggeris. Tetapi dalam cerita, apabila binatang yang menjadi watak sudah
dipersonifikasikan, maka bolehlah digunakan ia, mereka, aku dan sebagainya, seolah-
olah binatang itu memiliki sifat dan keupayaan seperti manusia.

Akhir sekali, bentuk kesalahan penggunaan kata ganti diri ialah penggunaan
mereka-mereka. Bentuk ini timbul kerana barangkali orang terpengaruh dengan kata
they dalam bahasa Inggeris yang memberikan pengertian jamak untuk orang, binatang
dan benda. Biar apa pun puncanya, bentuk mereka-mereka tetap salah dalam Bahasa
Melayu.

11
4.4 Kesalahan Frasa dan Ayat

4.4.1 Kesalahan Frasa-Frasa Terikat

a. Kata Kerja Transitif + Frasa Nama

Kesalahan yang biasa terjadi ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa Objek, dan
jika ada, Objeknya tidak diletakkan secara langsung sesudah kata kerja tersebut.
Contoh-contoh kesalahan:

Kesalahan Sepatutnya
85. Iran digesa membebaskan semula Iran digesa membebaskan tebusan
tebusan. semula.
86. Ia menceritakan bersungguh-sungguh Ia menceritakan kejadian itu bersungguh-
kejadian itu. sungguh.
87. Kerajaan akan meningkatkan lagi Kerajaan akan meningkatkan kemajuan
kemajuan rakyat. rakyat lagi.
88. Kita harus dapat membedakan di Kita harus dapat membedakan yang
antara yang benar dengan yang salah. benar daripada yang salah.
89. Ahmad Sallehin melaporkan dari Ahmad Sallehin melaporkan berita dari
New York. New York. Atau: Ahmad Sallehin
membuat laporan dari New York.

b. Ikatan Pelaku dengan Kata Kerja Pasif

Pelaku yang terlibat dengan struktur ini ialah pelaku pertama (seperti aku, saya, kami,
kita) dan pelaku kedua (seperti kamu, awak, engkau). Di antara pelaku tersebut
dengan kata kerja pasif, tidak boleh disisipkan kata apa-apa pun. Contoh-contoh
kesalahan:

Kesalahan Sepatutnya
90. Buku itu aku akan baca. Buku itu akan aku baca.

12
91. Kita mesti lakukan kerja itu. Mesti kita lakukan kerja itu.
92. Kesilapan itu saya sudah betulkan Kesilapan itu sudah saya betulkan.
93. Saya sudah betulkan kesilapan itu. Sudah saya betulkan kesilapan itu.
94. Dia kami akan ajar. Dia akan kami ajar.

Ikatan atau kesatuan di antara pelaku pertama dan kedua dengan kata kerja pasif
sedemikian eratnya, sehingga di antara kedua-dua unsur tersebut tidak dapat
disisipkan kata apa-apa pun. Susunan sintaksis yang tetap sehingga rosaklah system
sintaksis Bahasa Melayu seandainya ikatan tersebut dipecahkan.

4.4.2 Kesalahan Ayat

Kesalahan bahasa dalam hal ayat yang akan dibicarakan ialah:

1. Ayat Inti,
2. ayat Tanya,
3. Ayat Pasif Berpelaku,
4. Ayat Berklausa,
5. Hukum D-M

1. Kesalahan Ayat Inti

Kesalahan Sepatutnya
95. Itu adalah sebatang pena. Itu (adalah) pena.
96. Ini adalah sebuah rumah. Ini (adalah) rumah.
97. Beliau ialah seorang pengarah Beliau (ialah) pengarah syarikat.
syarikat.
98. Ayah saya seorang polis. Ayah saya polis.
99. Ani seorang pelajar. Ani pelajar.
100. Tindakan itu adalah wajar. Tindakan itu (amat) wajar.
101. Perbuatan itu adalah salah. Perbuatan itu salah.
102. Kami amat sedih sekali. Kami amat sedih... atau

Kami sedih sekali…


103. Semua orang berasa sungguh hairan Semua orang berasa sungguh hairan.

13
sekali.
104. Kami paling gembira sekali di sini. Kami paling gembira di sini.

2. Kesalahan Ayat Tanya

Kesalahan Sepatutnya
105. Dia gurukah? Adakah di guru?
106. Ayah ke Kuala Lumpurkah? Bilakah ayah ke Kuala Lumpur?
107. Ahmad menembak burungkah? Dimanakah Ahmad menembak burung?
108. Adik Nawawi nakalkah? Mengapakah adik Nawawi nakal?
109. Mereka sudah pergikah? Benarkah mereka sudah pergi?

3. Kesalahan Ayat Pasif Berpelaku

Kesalahan Sepatutnya
110. Orang itu saya akan temui. Orang itu akan saya temui.
111. Buku itu saya membaca. Buku itu saya baca.
112. Kerja ini saya membuatnya. Kerja ini saya buat.
113. Buku itu ditulis oleh saya. Buku itu saya tulis.
114. Kereta itu Rahman pandu. Kereta itu dipandu oleh Rahman.

4. Kesalahan Ayat Berklausa

Kesalahan Sepatutnya
115. Bercakap tentang kebudayaan, kata Apabila bercakap tentang kebudayaan …
kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan.
116. Hasil penerangan itu, satu gerakan Sebagai hasil penerangan itu...
baru akan dilakukan.
117. Mengetahui hal itu, saya Setelah mengetahui hal itu ...
membatalkan rancangan.
118. Kesan pergolakan itu, rakyat Sebagai kesan pergolakan itu, ...
menderita.
119. akibat bercakap banyak, penceramah Sebagai akibat bercakap banyak, ...

14
itu keletihan.

5. Kesalahan Hukum D-M

Hukum D-M ini adalah ciri atau sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang
kebetulan berbeda daripada sifat susunan kata dalam bahasa Inggeris. Jika dalam
bahasa Inggeris penerang (modifier) mendahului kata utamanya (head), maka dalam
Bahasa Melayu sebaliknya pula. Oleh sebab itulah dalam Bahasa Melayu big house
disebut rumah besar dan bukan besar rumah atau other words disebut kata-kata lain
bukan lain-lain kata.

Tetapi secara tidak disedari, susunan kata dalam Bahasa Melayu sekarang banyak
yang terpengaruh oleh susunan kata dalam bahasa Inggeris. Contohnya:

Kesalahan Sepatutnya
120. Anita Klinik Klinik Anita
121. Gigi Klinik Klinik Pergigian
122. Ipoh Kedai Pajak Gadai Kedai Pajak Gadai Ipoh
123. Minang Restoran Restoran Minang
124. Syarikat Sri Jaya Kenderaan Syarikat Kenderaan Sri Jaya
125. Maggie dua minit mi Mi Maggie dua minit

4.5 Kesalahan Makna

Selain kesalahan bentuk kata, ada pula kesalahan makna. Hal ini terjadi kerana tradisi
merujuk kepada kamus boleh dikatakan tidak meluas dalam masyarakat. Kebanyakan
orang lebih suka mengagak-agak makna sesuatu kata atau menurut kebiasaan
penggunaan. Contoh-contoh kesalahan:

i. Apa dan Siapa – Kata tanya apa yang digunakan untuk menanyakan benda
dan binatang kini ada juga digunakan orang untuk menanyakan nama

15
orang. Hal ini barangkali disebabkan pengaruh bahasa Inggeris. Misalnya
What is your name? Diterjemahkan menjadi Apa(kah) nama anda? Yang
betul ialah: Siapakah nama anda?
ii. Bila dan Apabila – bila adalah kata tanya, sementara apabila ialah kata
penghubung pembentukan klausa. Kesalahan yang sering berlaku ialah
penggunaan bila sebagai kata penghubung seperti dalam ayat: Bila dia
pulang, kamu bolehlah pergi. (Sepatutnya: Apabila dia pulang, kamu
bolehlah pergi.
iii. Boleh dan Dapat – Kata bantu modaliti boleh bermaksud ‘diizinkan’
sedang kata bantu modaliti dapat bermaksud ‘berupaya’. Sekarang ini
kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud yang sama saja
sehingga ketepatan makna menjadi terjejas. Misalnya tidak betul jika kita
mengatakan: “Adik saya yang berumur tiga belas tahun boleh memandu
kereta”, tetapi betul jika kita mengatakan: “Adik saya yang berumur tiga
belas tahun dapat memandu kereta”. Ayat yang pertama itu salah kerana
undang-undang tidak mengizinkan kanak-kanak memandu kereta. Ayat
kedua betul, kerana biar diizinkan atau tidak, memang ada kanak-kanak
yang berupaya memandu kereta.
iv. Banyak dan Ramai – Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan
orang. Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas
untuk binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia.
Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan
benda. Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat. Misalnya:
Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya;
mungkin kerana banyak orang di pasar itu.
v. Golongan dan Gulungan – Kata golongan bererti ‘kalangan’ atau
‘kelompok’. Kata gulungan pula bererti suatu benda atau barang yang
bergulung seperti kertas, tikar dan sebagainya.
vi. Guna dan Pakai – Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata
memakai digunakan dengan erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi,
barang perhiasan diri’ sendangkan kata guna bererti ‘melakukan sesuatu
dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai perdamaian dengan menggunakan
senjata.

16
vii. Pedalaman dan Pendalaman – Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau
daerah yang jauh terpencil yang disebut interior dalam bahasa Inggeris.
Kata pendalaman pula berberti ‘usaha mendalami sesuatu’.
viii. Pendapat dan Pendapatan – Kata pendapat bererti ‘buah fikiran’ atau
‘pandangan’. Kata pendapatan pula bererti ‘hasil pencarian’ atau ‘nafkah’.

5.0 CARA MENGATASI MASALAH KESALAHAN BAHASA

Bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa adalah perlu langkah-langkah yang


drastik diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa.

Pertama, memperuntukkan undang-undang yang secara umumnya


menghendaki penggunaan bahasa Melayu di semua sektor khususnya yang
melibatkan pencemaran bahasa seperti iklan di tempat awam. Oleh itu pihak yang
mempunyai bidang kuasa ini sepatutnya lebih prihatin kerana tanpa kelulusan pihak
berkuasa papan tanda atau iklan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Oleh itu, jika
terdapat kesalahan bahasa pihak yang mempunyai bidang kuasa sepatutnya tidak
boleh meluluskan. Kawalan terhadap papan iklan yang didaftarkan ini boleh
mengatasi kesalahan-kesalahan pada penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa
kebangsaan yang berkualiti tinggi juga dapat diwujudkan dengan adanya syarat-syarat
dan peraturan yang seragam. Syarat-syarat dan aturan yang seragam ini tentunya
boleh mengatasi masalah kesalahan bahasa dan ini menunjukkan kepentingan bahasa
Melayu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.

Masalah pencemaran bahasa juga perlu ditangani di peringkat sekolah lagi


khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru-guru perlu lebih
prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar
ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan
perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh
diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus
melahirkan pengguna bahasa yang betul.

Menyedari kesalahan-kesalahan bahasa ini masih berleluasa setiap orang perlu


ada kesedaran untuk memperbaiki penggunaan bahasa dalam kehidupan harian
mereka. Kita tidak perlu berbangga dengan bahasa orang lain sekiranya bahasa

17
kebangsaan yang kita gunakan masih lagi lintang-pukang. Pihak yang paling penting
dalam usaha-usaha menaikkan taraf bahasa Melayu sudah tentu merupakan
pemangkin dalam usaha merealisasikan kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa
untuk semua bidang ilmu dan juga wahana komunikasi. Pada masa kini Dewan
Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang terpenting dan bergiat cergas dalam hal-
hal berkaitan bahasa. Selain itu ada Persatuan Linguistik Malaysia, aktivis-aktivis
bahasa, ahli akademik dan juga para guru bahasa Melayu khasnya boleh memainkan
peranan penting dalam usaha menangani permasalahan bahasa umumnya dan
kesalahan penggunaan bahasa khususnya. Kesemua pihak ini boleh memainkan
peranan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab selaras dengan usaha
meninggikan mutu bahasa Melayu.

Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat
institusi pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia
itu mudah. Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia
serta ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga
disarankan agar sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar
juga disarankan agar banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan
yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan
mereka dalam bahasa.

6.0 KESIMPULAN

Masalah kekeliruan dan kesalahan dalam kalangan pengguna bahasa tidak


akan menjadi ketara sekiranya golongan yang berpengaruh memahami dan mematuhi
peraturan berbahasa yang betul. Oleh hal yang demikian pencemaran bahasa dalam
masyarakat kita perlu ditangani dengan lebih serius lagi. Bagi menjamin masyarakat
yang menggunakan bahasa dengan betul, kerjasama daripada pelbagai pihak perlu
dilakukan. Bahasa melambangkan bangsa, oleh hal yang demikian pemantapan
bahasa kita mencerminkan diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Jelaslah di sini bahawa pencemaran bahasa perlu diberi perhatian yang serius
tentang para pendidik. Apa yang jelas di sini adalah kesilapan bahasa merupakan satu
gejala biasa yang ditempuhi oleh setiap individu melalui proses pembelajaran secara

18
formal sesuatu bahasa. Tetapi, tidak ramai pula mereka yang menyedari betapa
pentingnya menganalisis kesilapan secara sistematik. Analisis kesilapan bahasa secara
terancang akan dapat membantu proses mempelajari sesuatu bahasa mahupun
memperbaiki kurikulum pengajaran bahasa.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood, 1992. Menguasai Ejaan Bahasa Melayu Dengan Cepat,
Masa Enterprise, Kajang.
_____, 1992. Guru dan Bahasa Melayu, City Repragraphic Service, Kuala Lumpur.
_____, 1993. Betulkan Kesalahan Bahasa Anda, Ensimal (M) Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur.
_____, 2001. Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Affluent Master Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.
Arbak Othman, 1989. Imbuhan Dalam Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, Kuala Lumpur.
Arpan Shahbudin Latip, 1998. Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Ahmad Mohd. Yusof, 1992. Laporan Kaji Penggunaan Bahasa Malaysia Di Institusi
Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awing Had Salleh, 1982. Laporan Jawatan Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Awang Mohamad Amin, 1992. Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia
Peringkat Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, 1983. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa, Sarjana Enterprise,
Kuala Lumpur.
_____, 1995. Konsep Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Azman Wan Chik, 1986. Mengajar Bahasa Melayu, Jilid I: Perkaedahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid, 1994. Perkaedahan Pengajaran
Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

19
Koh Boh Boon, 1989. Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Jurnal, Latihan Ilmiah, Laporan, Kertas Kerja, Majalah dan Tesis

Adbul Hamid Mahmood, 1983. ‘Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Satu


Tinjauan Terhadap Buku Teks Tingkatan 4 dan 5’, Jurnal Persatuan Linguistik,
1:23-67.
_____, 1989(a). ‘Masalah Penguasaan Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar’, Pelita
Bahasa 1, Bil 1:40-1.
_____, 1989(b). ‘ Kesalahan Penggunaan Imbuhan di Kalangan Pelajar’, Pelita
Bahasa 1, Bil 2:40-1.
_____, 1989(c). ‘Kesalahan Ayat’, Pelita Bahasa 1, Bil. 3:40-1.
_____, 1990. ‘ Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar’, Jurnal
Dewan Bahasa 34, Bil. 4:244-52.
Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur, 1995. ‘Beberapa Kajian Terhadap
Kesalahan Bahasa’, Jurnal Dewan Bahasa, Jun:531-42.
Halimah Hj. Ahmad, 1993. ‘ Analisis Kesilapan: Satu Kajian Kes Kesilapan Bahasa
Melayu’, Jurnal Dewan Bahasa 37, 3 Mac, 243-54.
Raminah Hj. Sabran, 1983. ‘Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa
Melayu di Kalangan Guru Pelatih’, tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.
S. Nathesan, 1996. ‘ Persoalan Penggunaan Bahasa: Antara Kelaziman Dengan
Aturan Bahasa’. dlm. Jurnal Dewan Bahasa. Jld. 40:6 hlm. 550. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.

20