Anda di halaman 1dari 1

Sebenarnya, tujuan manusia diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di

muka bumi. Dan kenyataan ini berbeza maksudnya dengan tujuan


penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Maka dalam skop
perbincangan ini, kita hanya akan memfokuskan berkenaan tujuan
penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi yang melibatkan
peranan yang sepatutnya dilakukan sebagai khalifah di muka bumi yang
menjadi tujuan utama penciptaan manusia. Pada pandangan saya, antara
peranan utamanya ialah :
1. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah
manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara :
i) Menegakkan Islam. Berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan
oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dan membuktikan kebaikan ajaran
Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman
musuh.
ii) Melaksanakan Islam. Mengamalkan perintah-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan
dan kenegaraan.
2. Manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan
berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah
menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi
ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah
kemungkaran.
3.
Selain
menjaga
hubungan
dengan
Allah,
manusia
juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memelihara hubungan sesame
manusia, makhluk dan alam persekitaran yang lain demi kemakmuran
bersama.
Setiap penciptaan itu mempunyai rahsia tersendiri. Penciptaan manusia
daripada tanah, kemudian Allah SWT mengarahkan malaikat bersujud
kepada Nabi Adam juga mempunyai sebab yang kita tidak ketahui. Dalam
pensyariatan agama Islam yang suci ini, manusia tidak mampu menilai
tujuan dan sebab setiap sesuatu ketetapan daripada Allah SWT itu.
Penilaian kejadian manusia bukanlah sebab kita dijadikan tetapi mengapa
kita diperintahkan untuk beriman itu adalah lebih utama.

Anda mungkin juga menyukai