Anda di halaman 1dari 15

KESANTUNAN BERBAHASA

DEFINISI
KESANTUNAN
BAHASA
"Kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika
berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan."

KONSEP
KESANTUNAN
BERBAHASA
Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh
seseorang dengan penuh sopan
Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang
mendengar pertuturan kita.
Contoh : Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang
tanpa mengecilkan hatinya

Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa


Melayu dengan sopan santun supaya tidak
dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi
bahasa.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau
menggunakan bahasa atau kesopanan ketika
menggunakan bahasa.

IPGK
Temenggong Ibrahim

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu


mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang
tersendiri.
melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan
ganti nama.

Ia menpunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa


kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai
dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata,
nada, gerak laku serta gaya dan ragam.

Gaya dan
Ragam

Gerak laku

Nada

Pemlihan
Kata

Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan


penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya
ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan
ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam,
junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan
dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan
cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur
dan keakraban hubungan.

TAKRIFAN
KESANTUNAN
DARIPADA TOKOHTOKOH DUNIA

IPGK
Temenggong Ibrahim

Perlakuan yang mengurangkan pergeseran


dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)
Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni
tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri
dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)

IPGK
Temenggong Ibrahim

Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan


Ancaman Muka. (Brown & Levinson, 1987: 62)
Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung (Asmah, 2000: 88)
Perlakuan yang diamalkan untuk membina
persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)

IPGK
Temenggong Ibrahim

Takrifan lain tentang


kesantunan bahasa
Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh
dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap
komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara
penutur dengan pendengar.
Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang
digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan
interpersonal dalam kumpulan sosial.
Awang Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi
mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya.
Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara
penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.

RUMUSAN KONSEP
KESANTUNAN

IPGK
Temenggong Ibrahim

Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan


yang:
Sesuai
tidak menimbulkan konflik
sentiasa menjaga air muka pendengar
ikhlas
merangkumi hubungan antara manusia dengan
manusia dan manusia dengan khalik.

IPGK
Temenggong Ibrahim

Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa


kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej
atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Terima Kasih !!!

Anda mungkin juga menyukai