Anda di halaman 1dari 8

Proses penerbitan ayat

Teori tatabahasa transformasi-generatif telah diperkenalkan pada tahun 1957 oleh


seorang ahli bahasa Amerika, bernama Noam Choamsky. Mengikut teori ini, pengetahuan dan
penguasaan bahasa seseorang berlaku pada tahap struktur permukaan. Kadang-kadang yang
wujud sebagai struktur permukaan, iaitu yang benar-benar dilafazkan atau yang ditulis, tidak
sama dengan bentuk bahasa pada tahap dalaman.
Dalam bahasa Melayu proses penerbitan ayat melibatkan tiga proses utama, iaitu:

Proses pengguguran
Proses pengguguran adalah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat
yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur atau konstituen tertentu seperti pengguguran
subjek, predikat dan sebagainya daripada binaan ayat asalnya.



P
r
o
s
e
s

P
e
n
e
r
b
i
t
a
n

A
y
a
t

Pengguguran
Penyusunan
Semula
Peluasan
Jenis
Pengguguran
Frasa Prediket
Frasa nama yang
mendahului frasa
relatif
Kata nama yang
berfungsi sebagai
inti dalam frasa
nama
Frasa nama
sebagai subjek
Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek

Menurut Nik safiah karim et al. (2008:538), Arbak Othman (1980:82) dan Abdullah
Hassan et al. (2006:114), proses pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam
ayat perintah yang melibatkan pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua
Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah
Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:114), ayat perintah atau dikenali sebagai ayat
suruhan merupakan ayat yang digunakan untuk memberi perintah atau arahan. Dalam ayat
perintah, kata ganti nama diri orang kedua seperti engkau, awak, kamu dan sebagainya
menjadi unsur pengisi dalam konstituen subjek. Contohnya:
Awak semua , pergi dari sini !
Pergi dari sini!

Pengguguran frasa nama
Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:115), frasa nama juga dapat digugurkan
sekiranya konteks ayat sudah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan pada ayat. Penerangan
ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh ayat di bawah:
Rumah setinggan terbakar hangus.
Terbakar hangus.

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:540), jika terdapat beberapa frasa nama sebagai
subjek yang serupa atau beridentiti sama dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat
majmuk, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama
yang terdapat pada awal ayat majmuk. Contohnya:
(4a) Encik Sulaiman telah berjaya dalam perniagaan. Encik Sulaiman bekerja
keras.
(4b) Encik Sulaiman telah berjaya dalam perniagaan kerana bekerja keras.

Pengguguran frasa predikat
Seluruh frasa prediket, atau bahagian-bahagian daripada frasa prediket boleh digugurkan.

a. Pengguguran seluruh frasa predikat, sama ada frasa kerja yang serupa, frasa nama
yang serupa, frasa adjektif yang serupa atau frasa sendi nama yang serupa.
Contohnya:

- Pengguguran frasa kerja yang serupa
Ali belajar di sekolah asrama penuh. Sepupunya belajar di sekolah asrama
penuh.
Ali belajar di sekolah asrama penuh dan sepupunya belajar di sekolah
asrama penuh.
Ali dan sepupunya belajar di sekolah asrama penuh.

- Pengguguran frasa nama yang serupa
Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan kita.
Kebersihan amalan kita dan kesopanan amalan kita.
Kebersihan dan kesopanan amalan kita.

- Pengguguran frasa adjektif yang serupa
Pusat beli-belah jauh dari sini. Taman permainan jauh dari sini.
Pusat beli-belah jauh dari sini dan taman permainan jauh dari sini.
Pusat beli-belah dan taman permainan jauh dari sini.

- Pengguguran frasa sendi nama yang serupa
Buku ini untuk adik. Pensil ini untuk adik.
Buku ini untuk adik dan pensil ini untuk adik.
Buku dan pensil ini untuk adik.

- Pengguguran kata bantu yang serupa.
Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam prediket frasa kerja dan prediket frasa
adjektif, boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat
yang digabungkan. Contohnya:
Ibu akan membeli gula, roti dan mentega.
- Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.
Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayat-ayat yang
digabungkan, objek itu boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang terakhir,
seperti dalam contoh berikut:
Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu.
Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu.
Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.

- Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa
makna adjektif.
Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang
membawa makna adjektif. Antara kata-kata kerja yang sedemikian termasuklah:
- Mempesonakan
- Menakjubkan
Kesemua kata kerja di atas menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahului oleh kata
penguat seperti amat, sungguh, sangat dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh
digugurkan. Contohnya:
Saya yakin prestasinya sungguh memeranjatkan (anda).
Saya yakin prestasinya sungguh memeranjatkan.
Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yang serupa yang mendahului
frasa relatif boleh digugurkan apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke
dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Dalam bahasa Melayu, proses pengguguran
jenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek dan frasa nama yang
mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contohnya:
- Lelaki itu bapa saudara saya. Lelaki itu memandu kereta.

Lelaki yang memandu kereta itu bapa saudara saya.
Yang memandu kereta itu bapa saudara saya.
Pengguguran Kata Nama Yang Berfungsi Sebagai Inti Dalam Frasa Nama
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN (inti) + Penerang boleh
digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang
mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya:
Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
- Merokok membahayakan kesihatan.
Proses Penyusunan Semula
Proses ini melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat dan
kadang-kadang pengguguran atau penambahan beberapa unsur. Namun demikian, pada
umumnya, proses penyusunan semula tidak membawa perubahan pada makna ayat. Dalam
bahasa Melayu terdapat tiga jenis proses penyusunan semula:

Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek
Penyusunan semula frasa nama sebagai nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses
transformasi pasif.
Contohnya:
Anita membaca buku itu. (aktif transitif)
Buku itu dibaca oleh Anita. (pasif)


Penyusunan
Semula
Frasa Nama
Sebagai Subjek
Frasa Nama
Sebagai Objek
Melalui Ayat
Songsang
Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayat-ayat yang
mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi seperti yang terdapat dalam ayat
berikut:
Mohd Hassan mengirimi sahabat penanya dua keping poskod.
Allah mengurniai kita rahmat.
Dalam ayat yang diberi di atas, frasa nama yang berkedudukan secara langsung
selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat manakala frasa nama yang mengikuti objek
tepat tersebut ialah objek sipi. Namun demikian ayat seperti (a)-(b) ini boleh disusun semula
dengan menukar ganti kedudukan kedua-dua jenis objek tersebut melalui proses transformasi.
Kata kerja dalam ayat yang diterbitkan berubah juga bentuknya, iaitu imbuhan-i pada kata kerja,
jika ada digantikan dengan imbuhan-kan.
Perlaksanaan transformasi ini terhadap ayat (a) dan (b) akan mengakibatkan
penyusunan semula ayat tersebut kepada bentuk seperti berikut:
Mohd Hassan mengirimi sahabat penanya dua keping poskod.
- Mohd Hassan mengirimkan dua keping poskod kepada sahabat penanya.
Alllah mengurniai kita rahmat.
- Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang
Penyusunan semula boleh berlaku pada ayat-ayat songsang, iaitu bagi ayat-ayat yang
mengandungi keterangan seperti tempat, masa, syarat dan musabab yang dikedepankan
apabila keterangan itu hendak difokuskan.
Contohnya:
Orang tua itu pergi ke sungai.
- Ke sungai orang tua itu pergi.
Mereka tiba di sini semalam.
- Semalam mereka tiba di sini.
Proses Perluasan
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:569), proses peluasan ayat ialah proses yang
menambahkan unsur-unsur dalam ayat baharu. Nik Safiah Karim et al. (2008:569) dan Abdullah
Hassan et al. (2006:118-119) berpendapat bahawa proses peluasan ayat dalam bahasa Melayu
boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan
dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.


Peluasan frasa nama sebagai subjek
Menurut Tatabahasa Dewan, ialah frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui
proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif
kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan
kata relatif yang. Proses ini boleh berlaku apabila kedua-dua subjek frasa nama yang
mempunyai kesamaan identiti hendaklah berfungsi sebagai subjek.
Contohnya:
Lelaki itu Pak Cik Kamil.
- Lelaki itu bekerja sebagai polis.
- Lelaki yang bekerja sebagai polis itu Pak Cik Kamil.
Peluasan Frasa Predikat
Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi dan mestilah
berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang akan dipancangkan. Selain itu juga, hanya ayat yang
Proses
Perluasan
Peluasan Frasa
Predikat
Peluasan dengan
Kata Hubung
Peluasan melalui
Proses
Komplementasi
Peluasan frasa
nama sebagai
subjek
kedua atau ayat ya yang dipancangkan itu mengalami proses pasif, barulah pembentukan ayat
relatif transformasi relativisasi menjadi gramatis.
Contoh:-
1. Ayat pertama : Imy menyukai rumah itu.
Ayat kedua : Rumah itu besar.
(relativasasi) - Imy menyukai rumah yang besar itu.
Peluasan Dengan Kata Hubung
Perluasan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua
konstituen dengan penggabungan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun dan
sebagainya. Tiap-tiap kata hubung ini boleh digunakan bagi mengabungkan dua ayat atau lebih
untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat perluasan.
Contohnya:
1. Ayat pertama : Amin main bola di padang.
Ayat kedua : Daniel main bola di padang.
Gabungan ayat: Amin dan Daniel main bola di padang.
Peluasan Melalui Proses Komplementasi
Proses komplementasi, iaitu proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama dan
memancangkannya pada suatu ayat lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat
tersebut.
Contoh:
Dia melaporkan sesuatu.
Ali sangat tenat.
Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
Ayat-ayat yang menerima komplemen yang berupa objek sipi.

Anda mungkin juga menyukai