Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya
yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara
konprehensif dan harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting
dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas.
Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentingan dan
peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam
pendidikan pemulihan khas di sekolah.
Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan
penggunaan bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat
murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif
dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur
sastera supaya dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan
kegagalan mereka dalam pelajaran.
Bahan

sastera

sebenarnya

dapat

membantu

murid-murid

dalam

meningkatkan daya fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil


menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran
secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung
kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar.
Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi
meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas.

Anda mungkin juga menyukai