Anda di halaman 1dari 6

Soalan Tutorial Pengenalan Kepada Pendidikan Moral(MPU3102)

1. Peribahasa Melayu berbunyi: Kalau rezeki secupak tak akan menjadi


segantang boleh dibahaskan dengan menggunakan pemikiran moral yang
tertentu.

a. Bincangkan peribahasa tersebut melalui sudut Pemikiran Naturalis dan


Pemikiran Emotivis.

Maksud peribahasa ini ialah sesuatu yang sudah ditentukan, tidak dapat
diubah lagi. Hal ini selars dengan pemikiran Naturalis yang merupakan aliran
pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar.
Masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi
segantang akan menyebabkan mereka terus menerus miskin walau pun negara telah
merdeka 47 tahun yang lalu. Sebagai contoh, Pulau Langkawi sebelum ini tidak
membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena
Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur.
Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan
kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan
berakhir.

Untuk pemikiran emotivis, aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang
bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka,
kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Masyarakat
yang percaya dengan maksud peribahasa ini akan menyebabkan mereka seseorang
berasa sedih atau marah dan seterusnya melakukan perkara yang
membelakangkan moral akhlak.Sebagai contoh, seseorang akan bunuh diri kerana
kecewa dalam percintaan. Oleh itu, boleh dikatakan golongan emotivis cuba
menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak
dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu
penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi
atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai
konsep emosi yang lengkap.

2. b. Akal dapat membezakan di antara manusia denga haiwan. Seseorang


yang sering mengunakan kekerasan untuk memperoleh keuntungan diri
sendiri sering sahaja dikatakan sebagai tidak mempunyai pemikiran rasional.
Mengapa manusia perlu mempunyai pemikiran yang rasional sebelum
mengambil sebarang tindakan?

-Sekiranya seseorang itu mengamalkan nilai rasional, dia boleh berfikir berdasarkan
bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Contohnya, dia akan menjauhi diri daripada menghisap dadah kerana mengetahui
bahawa penghisapan dadah akan menjejaskan kesihatan dan memusnahkan masa
depannya. Sekiranya seseorang tidak mempunyai pemikiran rasional, dia akan
menyinggung perasaan orang lain sekali gus menimbulkan konflik, pergaduhan dan
perselisihan faham dengan orang lain.
Soalan Tutorial (MPU3102)-Pengenalan Kepada Pendidikan Moral 2 April 2017

1. Perkataan benar boleh dbahagikan kepada tiga iaitu kebenaran yang mutlak,
kebenaran secara saintifik dan kebenaran secara relative.

a. Berikan perbezaan beserta cotoh di antara kebenaran yang mutlak dengan


kebenaran secara saintifik.

Kebenaran secara mutlak ialah kebenaran yang berkaitan dengan agama.


Kepercayaan kepada tuhan dan menurut ajaran agama merupakan tugas kebenaran
yang mutlak. Kebenaran mutlak ini tidak dapat dipertikaikan kerana manusia
pastinya ada yang mencipta dan pencipta itu ialah Yang Maha Esa. Perkembangan
sains dan amalan sosial pastinya tidak dapat merungkai kebenaran mutlak ini secara
ekstrinsik kerana kebenaran ini telah wujud dalam diri dan akal manusia itu sendiri
serta telah dinyatakan dalam kitab-kitab suci. Kebenaran mutlak diiringi dengan
keimananakan mengukuhkan kekutan moral seseorang dan seterusnya dapat
membaiki akhlak seseorang dalam tingkah lakunya. Contohnya ajaran agama
merupakan salah satu daripada kebenaran mutlak.

Kebenaran secara saintifik iaah sesuatu kebenaran yang dibuktikan dengan


fakta-fakta,serta pelbagai maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis secara
saintifk. Analisis yang diperoleh dapat menentukan kebenaran sesuatu secara
terperinci dan tepat. Kebenaran secara saintifik ini tidak bergantung kepada
pemikiran seseorang dalam menerima kebenaran tersebut tetapi berdasarkan
kenyataan yang sah dan benar. Kebenaran secara saintifik ini diperoleh dan
dinyatakan sebagai sesebuah huku atau teori. Namun begitu, tidak semua dapat
perkara yang dapat diuji secara fizikal dan diuji berkali-kali mengikut skala yang
ditetapkan.Contohnya uji tabung merupakan salah satu daripada kebenaran saintifik.

b. Bagaimanakah kebenaran secara relatif berbeza dengan kedua-dua jenis


kebenaran di atas?

Kebenaran secara relatif ialah kebenaran yang berlaku secara abstrak.


Contoh kebenaran secara relatif ialah seperti pantang larang dan peraturan adat.
Pantang larang dan peraturan adat mungkin dianggpa benar., namun dengan
perubahan masa mungkin pantang larang dan peraturan adat tersebut tidak sesuai
lagi digunapakai. Kebenaran ini hanya wujud secara relatif kerana ilmu pengetahuan.
kajian, pertimbangan dan kemahuan individu.

2. Terangkan sifat-sifat yang terdapat dalam Pemikiran Intuisionis.

Aliran pemikiran intuisionis ini merujuk satu proses melihat dan memahami
secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai
di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup
oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat
membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih
tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga
boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang
meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh
dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah:

1. Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

2. Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran
pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik
dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

3. Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata


sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis!
Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain
kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.

MPU 3102(Pengenalan Kepada Pendidikan Moral)


Soalan Tutorial (9.4.2017)

1. Huraikan kekuatan dan kelemahan diri anda dari segi amalan nilai-nilai murni
dan agama. Cadangkan cara-cara anda meningkatkan amalan tersebut.

Dari segi amalan nilai-nilai murni, saya telah menerapkan nilai hormat-
menghormati antara satu sama lain kerana saya sedar bahawa nilai hormat-
menghormati ini amat penting dan merupakan satu perkara yang patut diteladani
oleh masyarakat Malaysia, sekiranya masyarakat Malaysia saling bertegur sapa
tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit malah mempraktikkan lirik lagu
senyum tak perlu kata apa-apa, maka secara automatik mereka dapat menzahirkan
rasa hormat dalam diri masing-masing. Dalam konteks ini, jelaslah bahawa apa yang
dinyatakan dalam peribahasa Melayu adalah tepat, bak kata pepatah yang tua
dihormati, yang muda disayangi.

Seterusnya, saya juga sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni dalam


kehidupan wajar diamalkan oleh setiap insan bagi membentuk masyarakat yang
berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat
membentuk insan mulia dalam diri seseorang di samping memberi kebaikan kepada
negara. Oleh hal yang demikian, saya perlu senantisa menerapkan nilai-nilai murni
yang terdapat dalam doktrin agama saya selaras dengan prinsip Rukun Negara
dalam kehidupan saya kerana nilai-nilai murni yang berasaskan agama yang amat
penting untuk menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat.

Sebaliknya, saya kurang menerapkan nilai kerajinan. Hal ini boleh dilihat
apabila saya kurang produktif dalam menuntut ilmu pengetahuan saya dan hanya
akan bergerak seperti kata pepatah bagai pahat dengan penukul. Jadi, saya perlu
mempraktikkan nilai kerajinan dengan berusaha meningkatkan diri dan
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui membaca supaya mampu
menyampaikan ilmu yang diperoleh kepada murid-murid pada masa yang kan
datang.

2. Pilih tiga artikel daripada keratan akhbar atau majalah. Kenal pasti jenis-jenis
nilai yang terdapat dalam artikel-artikel tersebut.
Nilai-nilai yang terdapat dalam keratan akhbar ini ialah:

a. Nilai cinta akan alam sekitar


b. Nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
c. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar
d. Nilai bertanggungjawab

Nilai-nilai yang terdapat dalam keratan akhbar ini ialah:

a. Nilai kasih sayang


b. Nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara
c. Nilai sikap keterbukaan
d. Nilai prihatin
Nilai-nilai yang terdapat dalam keratan akhbar ini ialah:

a. Nilai Melindungi Hak Pengguna


b. Nilai Prihatin
c. Nilai Bertanggungjawab
d. Nilai Menjaga Kesihatan Diri

3. Berdasarkan refleksi dari pengalaman anda semasa di peringkat sekolah


dahulu, berikan tiga contoh perlakuan bagi setiap prinsip moral di atas, iaitu
keadilan, altruism dan autonomi. Lakarkan dalam bentuk grafik.

Sifat-Sifat Insan Moral Contoh Perlakuan

Prinsip Autonomi 1. Bebas untuk memilih kelas-kelas yang diajar


2. Bebas untuk mentadbir kelas.
3. Bebas untuk memilih topik-topik yang hendak diajar
kepada murid pada setiap hari.

Prinsip Keadilan 1. Memberi layanan kepada setiap murid dengan adil dan
saksama
2. Bergaul mesra dengan semua murid dalam kelas
3. Menghormati keputusan setiap murid.

Prinsip Altruisme 1. Bersifat empati terhadap murid-murid kurang berupaya


2. Memberi kasih sayang kepada murid-murid dalam
kelas.
3. Bersikap keterbukaan dengan menerima setiap idea
yang diberi oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai