Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan Dalam Bidang Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas

Astronomi (astronomy) adalah kajian saintifik mengenai alam semesta (universe) yang
merangkumi planet, matahari, bulan, komet, bintang, galaksi dan lain-lain dari segi sejarah,
pergerakan, lokasi dan komposisi kimia.
Ahli-ahli astronomi yang terawal kebanyakannya adalah orang-orang Mesir purba. Dengan
memerhatikan Sirius, bintang paling cerah di langit, mereka menetapkan bahawa dalam setahun
mempunyai 365 hari dan mereka juga boleh meramal dengan tepat kejadian air pasang surut di
Sungai Nil.
Ahli astronomi Cina yang dikenali sebagai Shih Shen telah menyediakan satu katalog bintang
yang dipercayai sebagai katalog tertua.
Aristotle, Phythagoras dan Ptolemy adalah ahli astronomi terkenal.
Aristotle (384322 SM) adalah seorang pendita Yahudi. Dia bersama-sama dengan rakannya,
Eudoxus, mempercayai bahawa Bumi adalah pusat bagi alam semesta.
Phythagoras (580500 SM) menyatakan bahawa bumi adalah berbentuk bulat (sphericalshaped) dan bukannya rata. Bagi beliau, bumi kelihatan rata kerana ianya adalah luas. Beliau
juga turut menyatakan bahawa orbit planet-planet yang bergerak mengelilingi matahari adalah
bulat.
Claudius Ptolemy (100170 SM) atau Claudius Ptolemaeus, membentangkan satu teori yang
terkenal berdasarkan pandangan Aristotle bahawa bumi adalah pusat bagi alam semesta dan
objek-objek lain berputar mengelilinginya.
Model alam semesta yang dibentangkan oleh Ptolemy telah diterima pakai sebagai benar tanpa
sebarang bantahan selama lebih kurang 1300 tahun.
Walau bagaimanapun, pada abad/kurun ke-16, Nicholas Copernicus (14731543) yang dikenali
sebagai bapa astronomi moden (the father of modern astronomy) menyatakan bahawa bumi
berputar pada paksinya sambil mengelilingi matahari.
Copernicus juga turut menyatakan bahawa planet-planet berputar dalam orbit mereka sendiri,
sambil mengelilingi matahari yang merupakan pusat alam semesta.
Copernicus juga boleh meramalkan kedudukan planet dengan tepat dengan menggunakan
pengiraan matematik (mathematical calculation).
Johannes Kepler (15711630) telah berjaya membuktikan bahawa orbit bagi planet-planet
sebenarnya adalah berbentuk elips (elliptical) dan bukannya bulat (not circular). Beliau juga
mengemukakan tiga hukum yang berkaitan dengan pergerakan planet-planet yang mengelilingi
matahari.

Galileo Galilei (15461642) dari Itali adalah ahli astronomi yang pertama yang membuat
pemerhatian tentang alam semesta, dengan menggunakan teleskop (telescope) ciptaannya sendiri
untuk menjalankan kajian astronomi. Galileo membuat kesimpulan bahawa galaksi bima sakti
(galaxy milky way) adalah terdiri daripada berjuta-juta bintang.

Galileo juga turut memerhatikan gunung-gunung dan kawah-kawah (craters) yang terdapat di
permukaan bulan, dan tompok matahari (sunspots) yang terdapat pada permukaan matahari.
Melalui pemerhatiannya, Galileo membuat kesimpulan bahawa planet Zuhrah / Kejora (Venus)
adalah juga mengelilingi matahari sama seperti planet-planet lain. Beliau juga mendapati
terdapat empat satelit semulajadi (natural satellites) yang bergerak mengelilingi planet Musytari
(Jupiter).
Sir Isaac Newton (16421727) adalah ahli astronomi dan ahli sains yang terkenal. Beliau
mencadangkan bahawa 'daya yang bertindak ke atas planet' itulah yang membolehkan planetplanet untuk kekal dalam orbitnya.
Dengan menggunakan prinsip matematik, Newton membuktikan bahawa daya yang bertindak ke
atas planet adalah sentiasa bergerak ke arah matahari.
Dengan menggunakan Hukum Gerakan (Laws of Motion) dan Hukum Graviti (Law of
Gravitation) yang dikemukakan olehnya, Newton berjaya membuktikan kebenaran Hukum
Kepler (Keplers Laws).
Hukum Graviti masih digunakan pada hari ini dalam mengira orbit kapal angkasa (spacecraft).

Hukum Gerakan Newton (Newtons Laws of Motion) adalah juga merupakan asas dalam
pelancaran roket ke angkasa lepas.

Anda mungkin juga menyukai