Anda di halaman 1dari 2

INFO TAMAN HERBA ASKANI 2014

Sejarah Perkembangan Herba dan Rempah Ratus


Sejarah perkembangan herba dan rempah ratus bermula seiring dengan
perkembangan manusia dimana manusia telah menggunakan tumbuhan tersebut
dalam kehidupan harian sejak dari zaman dahulu lagi. Tiada komoditi lain yang
memainkan peranan utama dalam pembangunan peradaban moden pada hari ini
selain rempah ratus. Kehidupan manusia dan tumbuhan tersebut sering berkait
rapat namun tidak ramai yang menyedari perkaitan diantaranya.
Sesetengah tumbuhan herba mampu mengubah fungsi fisiologi manusia serta
merevolusikan bahan kandungan didalam penghasilan ubat-ubatan selain
memberi keuntungan dan kebaikan kepada mereka yang mengkomersialkan
tumbuhan tersebut. Di dalam sesetengah upacara, tumbuhan ini memainkan
peranan penting terutamanya yang melibatkan soal keagamaan dan adat istiadat
manusia.
Tumbuhan herba banyak mempengaruhi perkembangan sejarah ekonomi
dimana tumbuhan ini dipelbagai gunakan sebagai bahan masakan atau ubat-
ubatan, pewangi, bahan kosmetik serta tumbuhan yang menghiasi sebahagian
taman bunga. Ilmu pengetahuan herba ini diwarisi secara turun temurun sejak
bertahun lamanya (Brown, 1995). Banyak peperangan dan taklukan berlaku
hanya kerana ingin memonopoli hasil tanaman tumbuhan tersebut.
Sehingga ke hari ini, kita masih bergantung kepada penggunaan herba dan
rempah ratus di dalam bidang perubatan, kimia dan penghasilan perasa dalam
masakan serta memainkan peranan dalam seni kulinari, bahan pewangi dan
kosmetik. Sesetengah tumbuhan herba berfungsi sebagai bahan ubat-ubatan dan
bahan makanan harian serta mampu menghasilkan minyak masak yang
berkualiti tinggi dan penanamannya dikomersialkan untuk tujuan yang pelbagai
( Parry, 1696; Rosengarten, 1973; Andi et al., 1997).
Definisi Herba
Perkataan herba mempunyai pelbagai definisi. Didalam kebanyakan
definisi, herba dianggap sebagai ramuan penting dalam penghasilan
ubat-ubatan dan aromaterapi dengan penanamannya khusus untuk
tujuan tersebut. Taman-taman herba banyak diusahakan di Mesir
sejak 4000 tahun dahulu. Penanaman tumbuhan tersebut ketika itu
sering berkait rapat dengan rumah ibadat atau berhala kerana
tumbuhan herba dan bunga-bungaan diperlukan untuk upacara
pemujaan dan ritual harian. Ilmu perkebunan dan botani bermula
dengan kajian tumbuhan herba.
Taman-taman yang diusahakan pada asalnya merupakan taman
herba. Konsep dan jenis tanaman herba pada masa kini banyak
dipengaruhi oleh budaya Mesir, Kristian dan Islam. Dikebanyakan
negara, tanaman herba diusahakan samada secara komersial atau
sebagai tanaman sampingan, namun lebih kepada tanaman hiasan
berbanding sebagai tanaman utama pada suatu ketika dahulu.

Anda mungkin juga menyukai