Anda di halaman 1dari 15

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2021/2022

HST 225 SEJARAH TANAH BESAR ASIA TENGGARA

SOALAN 8:
Hubung kaitkan dominasi tentera dalam kerajaan di Tanah Besar Asia
Tenggara dengan kesannya terhadap politik dan sosioekonomi negara.

KUMPULAN 8 (B)
1.SYAZA QURRATUL AINI

2. WAN NURUL FATIMAH

PENSYARAH: DR. TAN CHEE SENG

TUTORIAL: RABU (5.00 PETANG – 6.00 PETANG)

TARIKH PENYERAHAN: 4 FEBRUARI 2022


1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tentera merujuk kepada

pasukan yang terdiri daripada askar dan lain-lain yang dilatih untuk

berperang. Dominasi pula merujuk kepada menguasai, mengenakan atau

menimpakan kekuasaan.1 Oleh itu, dapat dirumuskan disini bahawa dominasi

tentera merujuk kepada penguasaan atau kawalan yang dikendalikan oleh

tentera dalam sesebuah pemerintahan sesuatu kerajaan. Dalam konteks Asia

Tenggara, terdapat beberapa negara yang pemerintahannya pernah dan

masih didominasi oleh tentera. Antaranya termasuklah Thailand, Burma

(Myanmar), Vietnam, Indonesia dan banyak lagi.2 Negara-negara ini dilihat

mempunyai sejarah pemerintahan yang menarik untuk dibincangkan.

Tentera dilihat memainkan peranan yang penting dalam membentuk

laluan kerajaan banyak negara membangun.3 Jika diteliti, dominasi tentera

dalam pemerintahan kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara ini dilihat telah

meninggalkan beberapa kesan dari sudut politik dan sosioekonomi. Namun

demikian, persoalannya disini ialah, apakah perkaitan di antara dominasi

tentera dalam kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dengan kesannya

terhadap politik dan sosioekonomi negara tersebut? Dalam perbincangan ini,

pengkaji akan memfokuskan dominasi tentera dan kesannya terhadap politik

dan sosioekonomi negara bagi negara Thailand dan Burma (Myanmar).

1 Dewan Bahasa dan Pustaka (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017)


2 J. Stephen Hoadley, Soldiers and Politics in Southeast Asia (New Jersey: Transaction Publishers,
2012)
3 Wangge, H. Y. R. Civil-Military Relations during Transition and Post-Democratisation Periods: A

View from Southeast Asia. Journal of Current Southeast Asian Affairs, 36(2), (2017) hlm.138

1
2.0 THAILAND
2.1 LATAR BELAKANG

Umum diketahui bahawa Thailand merupakan satu-satunya negara di

Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah. Namun demikian, pergolakan

dalam negara seringkali berlaku. Pergolakan ini termasuklah dari sudut

rampasan kuasa. Rampasan kuasa ini sebenarnya kerapkali dilakukan

terutamanya oleh golongan elit dan tentera Thailand, namun demikian tidak

semuanya menemui kejayaan. Thailand merupakan salah satu negara yang

telah didominasi oleh golongan tentera suatu ketika dahulu.

Campur tangan tentera dalam pentadbiran Thailand dilihat bermula

sejak tahun 1932, dimana satu revolusi telah tercetus di Thailand.4 Revolusi ini

disebut sebagai Revolusi 1932. Revolusi ini pada umumnya bertujuan untuk

menghapuskan kuasa autokrasi raja dan kerabat diraja, membebaskan

ekonomi Siam daripada cengkaman orang-orang Cina dan Barat dan

mewujudkan sebuah kerajaan yang berperlembagaan dan berperwakilan di

Siam.5 Revolusi ini dilihat sebagai titik permulaan bagi dominasi tentera

Thailand. Secara kesimpulannya, dominasi tentera ini telah memperlihatkan

implikasi-implikasinya dari sudut politik, ekonomi dan sosial kerajaan Thailand.

Ruang lingkup bagi perbincangan ini ialah sekitar tahun 1946 sehingga 1980-

an.

4
Somboon Suksamran, Military Elite In Thai Politics (Pasir Panjang: Institute of Southeast Asian
Studies, 1984)
5 Ahmad Jelani Bin Halimi, Tinjauan Sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur Moden (Kuala

Lumpur: Nurin Enterprise, 1990) hlm.139

2
2.2 KESAN TERHADAP POLITIK

Kesan politik pertama dominasi tentera di Thailand ialah pembentukan

dasar baharu. Apabila menyentuh mengenai kesan politik terhadap dominasi

tentera di Thailand, perubahan politik boleh dilihat melalui perubahan norma

sistem monarki mutlak kepada sistem monarki berperlembagaan. Beberapa

dasar baru telah dibentuk rentetan dominasi ketenteraan di Thailand. Antara

dasar yang telah dibentuk termasuklah dasar ‘Martial Law’, sistem demokrasi

berorientasikan Paw Kun, dan pemerintahan enlightened the spot. Dasar

Martial Law ini telah diperkenalkan oleh Sarit Thanarat selepas merampas

kuasa Phibun Songkram pada September 1957. Dasar ini bercorak autokrasi,

dimana matlamatnya ialah untuk mengembalikan kebudayaan masyarakat

Thailand dan memajukan ekonomi serta memodenisasaikan aspek sosial

masyarakat Thailand. Seterusnya, sistem demokrasi berorientasikan Paw Kun

yang diperkenalkan oleh Sarit pada tahun 1958 adalah bagi menggantikan

demokrasi bercorak Barat dan berciri tempatan serta sistem ini berasal

daripada adat resam dan tradisi Thailand.6 Seterusnya Sarit Thanarat juga ada

mewujudkan pemerintahan enlightened the spot. Pemerintahan ini

merupakan pemerintahan bercorak kuku besi tetapi pemerintahan ini

mementingkan kebaikan dan keperluan masyarakat.

Kesan politik dominasi ketenteraan Thailand yang seterusnya ialah

pengukuhan institusi beraja. Sarit telah mengangkat semula institusi beraja

6 Kobkua Suwannathat Pian, Kings, Country and Constitutions: Thailand’s Political


Development (New York: Routledge Curzon, 2003) hlm. 12

3
dengan menekankan dua peranan khusus sistem monarki iaitu bertindak

sebagai pengesah politik kerajaan dan polisi dalam regim ketenteraan dan

kedua sebagai penyumbang kepada program yang dijalankan oleh regim

yang melibatkan derma masyarakat dan kerja-kerja kebajikan.7 Hal ini secara

langsung telah menyebabkan pengaruh dan kuasa tradisonal raja dapat

dihidupkan semula serta diperkukuhkan.

Kesan politik dominasi ketenteraan Thailand seterusnya ialah

pengukuhan keselamatan negara. Dari aspek keselamatan, pasukan tentera

Thailand telah melibatkan diri secara aktif dalam SEATO (Southeast Asia Treaty

Organisation).8 Penglibatan ini telah menyumbang kepada hubungan baik

Thailand dgn negara luar. Misalnya, Amerika Syarikat memberikan

pemantauan khusus dalam pelbagai aspek seperti kepakaran mengurus

ketenteraan, kelengkapan dan penambahbaikan kemudahan untuk

memajukan sistem pertahanan sedia ada. Selain itu, Sekolah Teknikal Militari

SEATO turut ditubuhkan. Penubuhan ini merupakan hasil kerjasama kerajaan

Thailand dan Australia. 9 Oleh itu, jelaslah disini bahawa interaksi politik ini telah

membawa kepada pelbagai kelebihan dan manfaat kepada kerajaan

Thailand.

7 Kobkua Suwannathat Pian, Kings, Country and Constitutions: Thailand’s Political


Development, hlm. 14
8 Corrine Phuangkasem, Thailand and SEATO (Bangkok: Thai Watana Panich CO., LTD, 1973)

hlm. 48
9 Ibid.

4
2.2 KESAN TERHADAP SOSIAL

Kesan sosial dominasi tentera di Thailand ialah pengguasaan terhadap

media. Tentera telah menguasai media terutamanya radio yang dikatakan

amat penting pada ketika itu. Mereka beroperasi di luar kawalan Jabatan

Perhubungan Awam dengan memancarkan radio dari Sekolah Perisai. Aktiviti

ini dilihat aktif pada tahun 1975 hingga 1976 bagi mempengaruhi kelompok

sayap kanan. pegawai kampung dan ahli politik kanan untuk menentang

pelajar berhaluan kiri yang bernaung di bawah National Student Centre

Thailand (NSCT). Perkara ini akhirnya telah membawa kepada rampasan

kuasa pada Oktober 1976.10

Pada tahun 1970-an, radio yang dikuasai akan memancarkan program

khas setiap hari pada pukul 6.45 pagi dan 6 petang untuk mendapatkan

sokongan rakyat terhadap tentera. Program ini turut menyentuh mengenai

pelbagai topik antaranya termasuklah isu politik, sosial dan sebagainya. Selain

itu, program ini juga cuba untuk meyakinkan pendengar tentang perkara

yang betul dan salah untuk rakyat Thailand dan bagi menetapkan satu disiplin

intelektual dan sosial terhadap rakyat. Topik yang dibahaskan biasanya kerap

kali merujuk kepada sejarah Thailand dan isu yang berlaku di Indochina.11

Maka, jelaslah disini bahawa dominasi tentera yang berlaku telah

memberikan kesan terhadap sudut sosial di Thailand.

10 Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1991) hlm. 356
11 Ibid.

5
2.3 KESAN TERHADAP EKONOMI
Dominasi tentera di Thailand telah menyumbangkan kesan terhadap

peningkatan ekonomi Thailand. Hal ini demikian kerana Sarit Thanarat, telah

memulakan Rancangan Ekonomi Kebangsaan yang lebih sistematik. Thai

Technical and Economic Cooperation Committee dan National Economic

Development Board telah ditubuhkan pada 1959 bagi merangka rancangan-

rancangan pembangunan ekonomi ini. 12 Rancangan ini dilihat lebih tertumpu

kepada sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman, misalnya

padi, jagung, kelapa, getah, ubi kayu dan banyak lagi.13 Pembangunan

ekonomi ini dilihat berjaya, buktinya kawasan pertanian padi telah

diperluaskan dan berjaya mencapai 15% pada 1950 sehingga 1967.

Selain itu, peningkatan ekonomi Thailand juga dapat dilihat apabila

dominasi tentera di bawah pemerintahan Thanom, ketika Rancangan

Ekonomi Kedua diperkenalkan pada 1967 sehingga 1971. Rancangan ini

dikenali sebagai National Economic and Social Development Plan.14

Rancangan ini lebih tertumpu kepadq sistem pendidikan Thailand, sumber

tenaga kerja dan pelarasan diberikan kepada ketidaksejajaran pemilihan

pekerjaan serta peningkatan sektor pertanian. Fungsi pelabur swasta telah

dinyatakan dalam rancangan ini bagi meningkatkan bidang perindustrian,

perkhidmatan dan perdagangan. Hasilnya, Thailand berjaya menghasilkan

barangan import seperti plastik, kaca, tayar kasut dan barangan elektronik

12 Philip Hirsch, Development Dilemmas in Rural Thailand (Singapore: Oxford University Press,
1990) hlm. 50
13 James C. Ingram, Economic Change in Thailand (1850-1970) (California: Stanford University

Press, 1983) hlm. 261


14 Ibid.

6
kecil.15 Oleh itu, jelaslah disini bahawa dominasi tentera di Thailand telah

memberikan impak yang besar terhadap perkembangan ekonomi Thailand.

3.0 MYANMAR
3.1 LATAR BELAKANG

Myanmar atau lebih dikenali sebagai “Myanma” dalam Bahasa Burma

merupakan salah satu anggota ASEAN. Sebelum tahun 1989, negara ini lebih

dikenali sebagai Burma (the Union of Burma) yang digunakan sejak tahun

1885. Pada 4 Januari 1948, Myanmar telah memperoleh kemerdekaan

mereka daripada penjajah British dan U Nu telah dilantik sebagai Perdana

Menteri pertama Myanmar.16 Namun begitu, pemerintahan U Nu

memperlihatkan kelemahan dari pelbagai sudut seperti ketidakmampuan

mengekalkan kestabilan politik, sifat beliau yang tidak tegas dan lambat

bertindak atas sesuatu situasi serta beliau juga tidak mampu untuk mengatasi

pemberontakan yang berlaku di Burma. Faktor-faktor ini telah menyebabkan

U Nu telah digulingkan dan diganti dengan pemerintahan tentera oleh

Jeneral Ne Win.

Dominasi tentera di Myanmar telah bermula pada tahun 1962 apabila

Jeneral Ne Win membuat rampasan kuasa melalui cara kudeta dan Myanmar

telah diletakkan di bawah Burma Sosialist Programme Party (BSPP).17

Pemerintahan ini pada awalnya disambut baik oleh masyarakat tempatan

15 Ibid.
16 Muhammad Hafiz Mansor, ‘Rampasan Kuasa Tatmadaw Peranan ASEAN Tangani Konflik
Serantau.’ Pespektif 1/2021, hlm. 2.
17 Ibid.

7
kerana kegagalan kerajaan pimpinan U Nu memerintah negara. Namun

begitu, setelah dominasi tentera dalam pelbagai bidang ini berlaku, rakyat

sudah tidak lagi menyokong golongan tentera. Pemerintahan secara diktator

ini telah berlajutan sehingga tahun 1988 hingga munculnya gerakan

prodemokrasi yang ingin menentang pemerintahan Jeneral Ne Win. Selepas

daripada itu, beliau telah meletakkan jawatan namun kemudiannya kembali

untuk mengekalkan kuasa dengan memperkenalkan memperkenalkan The

State Law & Order Restoration Council (SLORC).18

3.2 KESAN TERHADAP POLITIK

Setelah berlaku rampasan kuasa, Revolutionary Council telah

memperkenalkan ideologi mereka iaitu Burmese Way to Socialism iaitu

penukaran daripada kerajaan demokratik kepada pemerintahan komunis.

National Solidarity Act pula telah menghapuskan semua parti politik kecuali

BSPP pada tahun 1964.19 BSPP menghalang kebebasan dalam beroganisasi

serta kebebasan untuk bersuara. Mereka juga telah menahan sejumlah besar

ahli politik daripada pemerintahan sebelumnya tanpa perbicaraan di

samping akan menembak pelajar, pekerja mahupun para sami yang

melakukan demonstrasi jalanan yang membantah pemerintahan mereka.

BSPP juga telah melancarkan kempen anti kapitalis dengan memperkenalkan

18Ibid, hlm. 3.
19 Ita Mutiara Dewi, ‘Pengalaman Militer Burma: Sebuah Analisis Historis-Politis’, Jurnal
Pendidikan dan Ilmu Sejarah, 1:1 (2005), 1-17 (hlm. 6)

8
penasionalan ekonomi dan undang-undang ekonomi yang membolehkan

mereka menghukum “penjenayah ekonomi” hingga ke hukuman mati. 20

Dominasi tentera di Burma juga telah menyebabkan wujudnya State

Development and Peace Council (SDPC) yang dibentuk pada tahun 1997.

Sebelum itu, SPDC bernama State Law and Order Restrotion Council

(SLORC).21 Tujuan utama SLORC ini ditubuhkan pada permulaannya adalah

untuk membaik pulih keadaan politik semasa di Burma. Namun begitu, hingga

ke hari ini masih tiada perkembangan yang memberansangkan oleh pihak

tentera Burma. Tambahan lagi, pada tahun1987 telah berlaku kemunduran

dalam politik dan juga ekonomi Burma yang menyebabkan terjadinya protes

besar-besaran terhadap pemerintahan Jeneral Ne Win atau lebih dikenali

sebagai pemberontakan 8888 pada 8 Ogos 1988. Pemberontakan ini telah

menyebabkan tentera mengambil langkah untuk melakukan serangan

terhadap orang awam yang menghadiri protes mennyebabkan lebih 1000

orang terkorban.22 Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa tentera telah

mendominasi sistem politik di Burma.

3.3 KESAN TERHADAP SOSIAL

Dari aspek sosial, penubuhan sistem hospital negeri dan juga institusi

telah dilakukan di samping memberi rawatan perubatan secara percuma

20 Kyaw Yin Hlaing, ‘Reconsidering the Failure of The Burma Socialist Programmed Party
Government to Eradicate Internal Economic Impediments’, South East Asia Research, 11:1
(2018), 5-58 (hlm. 7)
21 Ita Mutiara Dewi, ‘Pengalaman Militer Burma: Sebuah Historis-Politis’, hlm. 6.
22 John Arendshorst, ‘The Dilemma of Non-Interference: Myanmar, Human Rights, and the

ASEAN Charter’, Northwestern Journal of International Human Rights, 8:2 (2009), 102-121 (hlm.
103)

9
kepada rakyat. Pada ketika itu juga, semua hospital swasta telah menjadi milik

kerajaan. Bukan itu sahaja, pemerintahan tentera telah mendorong kepada

pengenalan sistem pendidikan awam yang baharu dan mereka juga

melaksanakan kempen bagi mengurangkan kadar buta huruf dalam

kalangan masyarakat sekitar tahun 1965.

Di samping itu, pemerintahan Jeneral Ne Win lebih mengutamakan

agama Buddha. Kemasukan mubaligh Kristian di Burma telah disekat. Mereka

juga melakukan penindasan agama ke atas etnik Rohingya yang

mengamalkan agama Islam. Masjid dan madrasah pada ketika itu telah

dirobohkan untuk dijadikan sebagai pejabat tentera. Umat Islam juga dilarang

untuk mengerjakan haji, melakukan korban, dilarang untuk memakai hijab

serta al Quran telah dibakar.23 Sebuah perlembagaan baharu telah digubal

pada tahun 1974 oleh kerajaan jutan Myanmar dan Akta Imigresen 1974 juga

telah menafikan hak-hak etnik Rohingya sebagai warganegara yang sah dan

turut dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).24 Pada tahun 1980,

barulah rakyat diberi kebebasan untuk mempercayai agama Kristian dan

Islam namun organisasi agama mereka perulah berdikasi sendiri secara

dalaman. Demikian, tentera juga telah menguasai aspek sosial Burma.

23 Zuriani Ibrahim, et al. ‘Krisis Etnik Minoriti Muslim Myanmar (Rohingya): Kesan Politik dan
Ekonomi dan Sosial’, National Confrence on Multidisciplinary Research and Practice, (2018),
1-14 (hlm. 8)
24 Intan Suria Hamzah, et al. ‘Migrasi dan Ancaman Keselamatan Malaysia: Analisa Terhadap

Etnik Rohingya’, Prosiding Persidangan Permantapan Citra Kenegaraan, (2016), 365-379 (hlm.
7)

10
3.4 KESAN TERHADAP EKONOMI

Sektor ekonomi Burma selepas dominasi tentera dilihat tidak begitu

memberansangkan pemerintahan yang dijalankan lansung tidak membawa

kepada perkembangan ekonomi negara tersebut. Hal ini dapat dibuktikan

dengan produksi padi yang menunjukkan penurunan sebanyak 5.3% pada

tahun 1965 hingga tahun 1966 jika dibandingkan dengan tahun yang

sebelumnya. Bukan itu sahaja, golongan tentera juga tidak mampu untuk

mengawal pemberontakan yang berlaku di samping kes jenayah yang

semakin meningkat dalam negara.25

Pada tahun 1963 dan 1964, Revolutionary Council telah menjalankan

nasionalisasi terhadap sektor industri termasuklah syarikat-syarikat besar dan

juga perusahaan tempatan. Dasar penasionalan ini telah menyebabkan

berlaku kekurangan dalam beberapa barangan seperti bahan api, bahan

mentah, barangan pengguna dan sebagainya. Hal ini juga telah

menyebabkan sesetengah kilang terpaksa ditutup atau hanya beroperasi di

bawah kapatisi yang sebenar menyebabkan rakyat terpaksa membeli

barangan melalui pasaran gelap.26 Pasaran gelap juga semakin berkembang

akibat permintaan barangan yang masih tinggi daripada pengguna seperti

keperluan asas, pakaian, ubat-ubatan dan sebagainya. Perkara ini turut

menyebabkan berlakunya penurunan dalam Kadar Pertumbuhan Dalam

25Ita Mutiara Dewi, ‘Pengalaman Militer Burma: Sebuah Analisis Historis-Politis’, hlm. 5.
26 Aini Fatihah Roslan, Nor Azizan Idris dan Zarina Othman, ‘Pendekatan Konstruktif ASEAN-
Myanmar: Sorotan Kajian Lepas’, Jurnal Sosial Ilmu Politik Universitas Hasanuddin, 1:1 (2015),
25-46 (hlm. 30)

11
Negara Kasar (KDNK) daripada 7.8% pada tahun 1970-1973 kepada -1.1%

pada tahun 1986-1988.27

Pelbagai dasar bagi mengembangkan ekonomi negara turut

dijalankan termasuklah mengamalkan dasar buka pintu. Namun dasar buka

pintu yang dijalankan masih tidak membantu dalam mengembangkan

ekonomi Burma akibat pengisolasian dunia antarabangsa terhadap mereka

sekaligus menyebabkan pelabur asing tidak tertarik untuk melabur di Burma

kerana mempunyai rekod yang hak asasi dan dan demokrasi yang buruk.

Oleh itu, jelas menunjukkan dominasi tentera dalam ekonomi telah membawa

lebih banyak kesan yang negatif berbanding kesan positf.

4.0 KESIMPULAN

Dominasi tentera telah membawa banyak perubahan terutamanya

dari sudut politik dan juga sosioekonomi di Thailand dan juga Burma. Kuasa

tentera tidak lagi hanya semata-mata untuk mempertahankan negara tetapi

lebih meluas merangkumi pelbagai aspek. Namun begitu, sesetengah dasar

yang digubal ketika dominasi tentera dilihat adalah hanya demi kepentingan

diri sendiri. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kesengsaraan dalam

kalangan rakyat dan menjadikan sesebuah negara itu mundur. Oleh itu,

jelaslah dominasi tentera dalam kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara

mempunyai hubungkait dan memberi kesan yang mendalam terhadap politik

dan sosioekonomi sesebuah negara.

27 Ibid.

12
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991)
Ahmad Jelani Bin Halimi, Tinjauan Sejarah Asia Tenggara dan Asia Timur
Moden (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1990)
Aini Fatihah Roslan, Nor Azizan Idris dan Zarina Othman, ‘Pendekatan
Konstruktif ASEAN – Myanmar: Sorotan Kajian Lepas’, Jurnal Sosial Ilmu Politik
Universitas Hasanuddin, 1:1 (2015), 25-46.
Arendshorst, John., ‘The Dilemma of Non-Interference: Myanmar, Human
Rights, and the ASEAN Charter’, Northwestern Journal of International Human
Rights, 8:1 (2009), 102-121.
Dewan Bahasa dan Pustaka (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017)
Hoadley, J. Stephen., Soldiers and Politics in Southeast Asia (New Jersey:
Transaction Publishers, 2012)
Ingram, James C., Economic Change in Thailand (1850-1970) (California:
Stanford University Press, 1983)
Intan Suria Hamzah, et al., ‘Migrasi dan Ancaman Keselamatan Malaysia:
Analisa Terhadap Etnik Rohingya’, Prosiding Persidangan Pemantapan Citra
Kenegaraan 4, (2016), 365-379.
Ita Mutiara Dewi, ‘Pengalaman Militer Burma: Sebuah Analisis Historis – Politis’,
Jurnal Pendidikan dan Ilmu Sejarah, 1:1 (2005),1-17.
Kyaw Yin Hlaing, ‘Reconsidering the Failure of the Burma Socialist Programmed
Party Government to Eradicate Internal Economic Impediments’, South East
Asia Research, 11:1 (2018), 5-58.
Muhammad Hafiz Mansor, ‘Rampasan Kuasa Tatmadaw & Peranan ASEAN
tangani konflik Serantau’, Pespektif, 1/2021.
Philip Hirsch, Development Dilemmas in Rural Thailand (Singapore: Oxford
University Press, 1990)
Pian, Kobkua Suwannathat., Kings, Country and Constitutions:
Thailand’sPolitical Development (New York: Routledge Curzon, 2003)
Phuangkasem, Corrine., Thailand and SEATO (Bangkok: Thai Watana Panich
CO., LTD, 1973)
Somboon Suksamran, Military Elite In Thai Politics (Pasir Panjang: Institute of
Southeast Asian Studies, 1984)
Wangge, H. Y. R. Civil-Military Relations during Transition and
PostDemocratisation Periods: A View from Southeast Asia. Journal of Current
Southeast Asian Affairs, 36:2 (2017)

13
Zuriani Ibrahim, et al., ‘Krisis Etnik Minoriti Muslim Myanmar (Rohingya): Kesan
Politik dan Ekonomi dan Sosial’, National Confrence on Multidiscilinary
Research and Practice, (2018), 1-14.

14

Anda mungkin juga menyukai