Anda di halaman 1dari 17

JKP 417E / JKP 513E -

Southeast Asian Politics


Group : Nama Kumpulan

Noor Hazwani Muhamad Rusli (JK/10846/15)


Nurul Ain Abd Aziz (JK/10894/15)
Noor Intan Junaina Bahauddin (JK/10846/15)
Hasan Basri Yahya (WE/JK/133/15)
PENGENALAN
Tugasan ini bertujuan membandingkan peranan tentera dalam
sistem politik di asia tenggara dengan merujuk kepada dua negara
di Asia Tenggara iaitu Indonesia dan Thailand.
Seperti mana di Indonesia, pada awalnya dibentuk untuk
mendukung kemerdekaan republik dari cengkaman penjajah oleh
demikian tentera Indonesia diperlukan untuk mempertahankan
segala ancaman luar bahkan adakalanya menuntut untuk terlibat
dalam kancah politik dan tidak semata-mata diperlukan dalam
menghalang ancaman luar.
Begitu juga dengan negara Thailand, dilihat sejak awal lagi tentera
sememangnya merupakan elemen pemodenan yang
bertanggungjawab membawa pembaharuan dan pembangunan
Thailand antara tahun 1950 sehingga 1990-an.
PENGENALAN : Indonesia
Penglibatan tentera Indonesia dalam politik mempunyai akar
dan latar belakang yang panjang.
Namun pada awalnya pembentukkan, kedudukan Tentera
Nasional Indonesia pada awalnya hanyalah untuk dalam sistem
pertahanan negara sahaja tetapi hal ini telah dilihat berlaku
perubahan dalam amanat pertama Panglima Besar Jenderal
Soedirman di Yogyakarta.
Tentera Indonesia hanya mempunyai kewajipan iaitu dalam
pertahankan kedaulatan negara dan menjaga keselamatannya
tetapi negara Indonesia tidak cukup hanya mengharapkan
kentereaan semata-mata, negara mereka perlu dibantu dengan
badan-badan luar dari kenteraan.
PENGENALAN : Thailand
Negara Thailand mempunyai rententan sejarah sistem politik yang
menarik untuk dianalisis dan dibincangkan.
Ini kerana, Thailand telah mencapai kejayaan yang cemerlang dan
unggul dalam mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negaranya.
Sehingga negara mereka tidak pernah dijajah.
Revolusi 1932 pula merupakan titik tolak kepada tercetusnya
penguasaan peranan golongan tentera yang cukup besar di dalam
tampuk pemerintahan dan pentadbiran Thailand.
Selepas kejatuhan sistem monarki mutlak pada tahun 1932,
pemerintahan kerajaan Thailand majoritinya didominasi oleh
golongan tentera di bawah pemerintahan sistem monarki
berperlembagaan.
Dengan itu, bermulalah pemerintahan Phibun Songkram pada tahun
1938 yang telah memberikan kelebihan kepada imej tentera sebagai
institusi demokratik kerana ugutan rampasan kuasa akan dilakukan
oleh golongan tentera jika suara mereka tidak diendahkan.
AGEN PEMODENAN TENTERA DALAM
PENTADBIRAN NEGARA
Thailand
Di Thailand, masalah yang sering timbul di kalangan rakyat
mahupun pemimpin ialah mengenai tafsiran yang diberi kepada
demokrasi itu sendiri.
Perkara ini bertambah rumit apabila rakyat memandang rendah
terhadap politik dengan menganggap bahawa politik bersifat kotor,
tidak bermoral, rasuah.
Keadaan kucar-kacir yang berlaku di Thailand menyebabkan
rampasan kuasa berlaku semula pada tahun 1976 yang disebabkan
golongan tentera berpendapat bahawa kerajaan Thailand gagal
menjaga kepentingan dan kebajikan dari aspek ketenteraan sehingga
berlakunya pengurangan yang ketara dalam bantuan ketenteraan
sebagai contoh aset-aset tentera dan kebajikan tentera.
Indonesia
Pemerintahan Indonesia telah mengantikan bentuk
pemerintahan presiden namun rakyat telah tidak berpuas
hati terhadap sistem itu.
Ini kerana wakil rakyat dari pelbagai parti itu ada di
parlimen tidak mampu bekerja sama untuk merancang
pembangunan negara.
Pemerintahan tidak bertahan lama kerana sering
dijatuhkan sebelum sesuatu agenda dilaksanakan.
Apabila kekacauan kerap berlaku maka berlaku darurat
perang pada 1957 dan secara tidak lansung pembangunan
ekonomi dan penglibatan dalam politik diambil alih oleh
tentera.
AGEN PEMODENAN GOLONGAN TENTERA
DALAM ASPEK POLITIK
Thailand
Semasa pentadbiran Phibun terdapat empat kumpulan tentera yang
mengadakan rampasan kuasa sekitar tahun 1951 dan mengurangkan
pesaing Phibun iaitu hanya Jeneral Phao Siyanon dan Jeneral Sarit
Thanarat yang memegang jawatan Komander Tentera Pertama di
Bangkok.
Pada tahun 1957, parti Phibun dituduh melakukan penipuan besar
semasa pilihanraya dan ini telah menyebabkan Sarit Thanarat telah
mengadakan satu rampasan kuasa pada September 1957 dan berjaya
menyingkirkan Phibun dan Phao.
Dengan kuasa yang dimiliki oleh Sarit, beliau telah memperkenalkan
satu undang-undang iaitu “Martial Law” dan dapat melihat corak
pemerintahan autokrasinya melalui dua cara iaitu menyusun semula
susunan sosial masyarakat dan taraf ekonomi.
Indonesia
 Perkembangan kehidupan tentera Indonesia sebelum reformasi
menyimpang dari prinsip profesionalisme.
 Melibatkan diri dalam politik dengan mendominasi
pemerintahan dan melaksanakan reformasi secara internal dan
mengembangkan profesionalisme.
 Sebagai satu keadaan di mana pegawai meletakkan kepentingan
besar pada autonomi mereka dan orang awam tidak perlu
campur tangan dalam hal ehwal ketenteraan.
 Begitu juga pihak awam tidak boleh campur tangan dalam
tentera dalaman dalam melaksanakan tanggungjawab tentera
itu.
 Mereka menghargai ketertiban tentera dan menganggap tentera
sebagai satu-satunya kumpulan yang berhak membawa senjata
untuk mempertahankan negara.
AGEN PEMODENAN SISTEM PERTAHANAN
THAILAND
Tindakan golongan tentera dalam mengukuhkan sistem
pertahanan negara dengan penyertaan aktif di dalam
SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation).
Dengan penyertaan ini pelbagai bantuan ketenteraan
telah disalurkan oleh SEATO kepada tentera Thailand.
Melalui bantuan ketenteraan yang diberikan oleh ahli-
ahli SEATO, pasukan tentera pada saat tersebut lebih
digeruni ekoran senjata canggih yang dimiliki mereka.
Prinsip timbal balas yang diamalkan oleh Thailand secara
tidak langsung telah menguatkan dan mengangkat
mertabat golongan tentera Thailand.
AGEN PEMODENAN SISTEM
PERTAHANAN INDONESIA
Profesionalisme ketenteraan sangat penting kerana ia
menyangkut isu-isu perang atau pertahanan negara yang
menentukan hidup dan mati sesebuah negara.
Intervensi ketenteraan dalam hal politik akan
menghalang perjalanan demokrasi dan bertentangan
dengan profesionalisme itu sendiri.
Kerana suasana politik kerajaan Orde Baru yang dikuasai
oleh tentera adalah pendekatan yang bertentangan
dengan prinsip penyertaan politik dari bawah masyarakat
yang memiliki senjata dan terbiasa dengan corak
keganasan terhadap musuh..
AGEN PEMODENAN DALAM EKONOMI
THAILAND
Tanggungjawab golongan tentera yang telah mendominasi
politik moden Thailand juga dapat dilihat peranan mereka
dalam aspek pembangunan ekonomi Thailand.
sejarah ekonomi Thailand sebelum pemerintahan Sarit di
mana Kerajaan Thailand telah berusaha untuk
meningkatkan sektor perindustrian bagi mengelakkan
ekonomi rakyat Thailand daripada dimonopoli oleh
pengusaha Cina dan pelabur asing.
Tetapi, usaha tersebut mengalami perubahan yang
mendadak pada penghujung 1950-an kerana sektor
perindustrian Thailand tidak diurus dengan cekap.
Selepas daripada pemerintahan yang dibawa oleh Sarit, beliau
telah mendapat arahan dan saranan daripada pihak Bank Dunia
agar meletakkan kepentingan ekonomi negara dengan
menumpukan kepada sektor pembekalan kemudahan seperti
tenaga, pengangkutan dan infrastruktur yang lain.
Oleh itu, kerajaan telah memulakan langkah dalam
mengembangkan ekonomi Thailand dengan memperkenalkan
polisi ekonomi bagi meningkatkan jumlah pekerjaan dan
meningkatkan hasil pengeluaran.
peranan golongan tentera dalam pemerintahan Thailand 1950
hingga 1990-an telah membawa satu kejayaan serta kemajuan
yang baik terhadap aspek ekonomi.
Sistem yang diperkenalkan oleh mereka merupakan sistem yang
sistematik dan teratur yang membolehkan inflasi dan masalah
ekonomi dapat diatasi dengan baik.
AGEN PEMODENAN TENTERA DALAM
ASPEK SOSIAL
Thailand
Selepas memasuki arena politik, kebanyakan ahli tentera akan
menikmati hasil negara atau kekayaan masyarakat sehingga ianya
menimbulkan kemarahaan ramai pihak.
Sarit dan ramai lagi pemerintah tentera yang lain berusaha untuk
mengubah pentadbiran sosial di Thailand.
Antara usaha yang dapat dilihat ialah membaikpulih sistem jalan
raya, mengurangkan kadar jenayah, aktiviti pelacuran berada di
bawah pengawasan undang-undang dan melarang penjualan candu.
Selain daripada itu, dalam konteks sosial lain yang dapat dilihat
ialah apabila kerajaan telah mengambil berat tentang hal
kemasukan pelajar ke pengajian tahap yang lebih tinggi.
Indonesia
Tentera Indonesia mungkin secara profesional terlibat
dalam bidang politik dan pengaruh politik tentera dapat
beragam cara dan cara.
Gangguan dalam bidang politik adalah berat sebelah dalam
bentuk kerjasama dan kecenderungan juga oleh paksaan. S
Sebagai contoh dalam menentukan belanjawan,
menentukan dasar dalam bidang pertahanan dan hubungan
luar negeri.
 Askar profesional melakukan introspeksi diri untuk
menentukan identiti mereka sebagai penjaga kepentingan
negara dan tidak mengambil bahagian dalam bidang politik.
Tentera Indonesia boleh memainkan peranan di luar
fungsinya sebagai alat pertahanan negara, karena ia
mematuhi doktrin fungsi ganda.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa pemerintahan
tentera adalah jauh lebih baik daripada pemerintahan sistem
beraja Thailand.
Walaupun, sistem beraja Thailand harus dipuji kerana mendapat
mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Thailand.
Golongan tentera cuba membawa masuk ideology demokrasi
dalam pentadbiran dan juga melakukan pembaharuan demi
pembaharuan ke atas Thailand.
Manakala di Indonesia, tentera mesti secara profesional dan
seimbang dikembalikan kepada peranan dan fungsinya, yang
melaksanakan tugas utama sebagai alat pertahanan negara.
Adalah sesuai memberi tumpuan lebih kepada memperbaiki diri
mereka dan membuat semula semua yang diperlukan untuk
mempertahankan negara ini dari semua ancaman luar, dan tidak
lagi mengharapkan untuk terlibat dalam dunia politik praktikal
yang merupakan wilayah awam.
RUJUKAN
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
David Joel Steinberg et. al. 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria Ahmad & Harold Crouch.1985. Military-Civillian Relations in South-
East Asia. Singapore: Oxford.
Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. Kings, Country and Constitutions:
Thailand’s Political Development. New York: Routledge Curzon.
Muhammad Halib & Tim Huxley. 1996. An Introduction to Southest Asian
Studies, London: Tourism Academic Studies.
James C. Ingram. 1983. Economic Change in Thailand 1850-1970. California:
Stanford University Press.
Corrine Phuangkasem. 1973. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana
Panich CO. LTD
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai