Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN AKU SMART 6 (TING 1)

NAMA TINGKATAN

: : BAB 6 KEMEROSOTAN MELAKA

1.

Apakah sebab utama yang menyebabkan pelantikan Tun Mutahir tidak disenangi oleh para pembesar Melayu? A B C D Beliau terlalu berkuasa Beliau tidak berwibawa Beliau terlalu tua dan uzur Beliau berketurunan India-Muslim

( L=1 )

2.

Bendahara Tun Perak telah diganti oleh Tun Mutahir. Kenapakah pembesar tempatan tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Mutahir? A B C D Tun Mutahir kurang berwibawa Tun Mutahir bersikap pilih kasih Tun Mutahir memonopoli ekonomi Tun Mutahir kurang berpengalaman

( L=1 )

3.

Sultan Mahmud telah menjatuhkan hukuman ke atas Tun Mutahir dan keluarganya. Kenapa Sultan bertindak demikian? A B C D Tun Mutahir belot Tun Mutahir difitnah Tun Mutahir menderhaka Tun Mutahir menerima rasuah

( L=1 )

Pemerintahan Melaka sangat lemah di bawah Sultan Ahmad Shah dan Bendahara Tun Pepatih
4.

Pernyataan di atas berkaitan dengan keadaan pemerintahan di Melaka di bawah kedua-dua pemimpin tersebut. Apakah kesannya? A B C D Melaka diancam oleh Acheh Melaka kehilangan tanah jajahan Melaka mengalami masalah ekonomi Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berleluasa

( L=3 )

5.

Selepas kematian Bendahara Tun Perak, pedagang kurang mengunjungi pelabuhan Melaka. Apakah punca utama keadaan ini? A B C D Kadar cukai yang tinggi Ancaman lanun dan kuasa asing Pelabuhan Melaka tidak selamat Pelabuhan Melaka tidak strategik
1

mr_maxis04@yahoo.com

LATIHAN AKU SMART 6 (TING 1)

6.

Apakah kesan terpenting pelantikan Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah? A B C D Melaka diancam oleh Portugis Empayar Melaka semakin luas Menimbulkan masalah perpaduan Melaka semakin maju dan makmur

( L=3 )

7.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah wujud persaingan antara orang Melayu dan orang India Muslim. Apakah yang menimbulkan persaingan ini? A B C D Ancaman Portugis Kemerosotan Melaka Pemberontakan rakyat Mengukuhkan pengaruh

( L=3 )

8.

Kelemahan askar Melaka merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka. Apakah kelemahan-kelemahan yang dimaksudkan? I II III IV A B C D Menggunakan senjata tradisional Tidak mempunyai senapang dan meriam Askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur lengkap I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

( L=3 )

9.

Apakah peristiwa-peristiwa yang telah menjejaskan keutuhan Melaka dari segi pentadbiran dan perdagangan? I II III IV A B C D Pelantikan Tun Mutahir Amalan pilih kasih Persaingan pembesar Serangan Portugis I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

( L=3 )

mr_maxis04@yahoo.com

LATIHAN AKU SMART 6 (TING 1)


10.

Gospel Gold Glory

Slogan di atas digunakan oleh Putera Henry untuk A B C D Menjelajah ke timur Meluaskan pengaruhnya Menghapuskan kerajaan Islam Menguasai perdagangan rempah

( L=1 )

11.

Tokoh X Telah belayar dan sampai di India pada tahun 1498 Siapakah tokoh X? A B C D Putera Henry Vasco da Gama Lopez de Sequeira Bartholomew Diaz

( L=1 )

12.

Salah satu sebab yang mendorong penjelajahan orang Portugis ke Timur ialah faktor agama. Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan faktor tersebut? I II III IV A B C D Keinginan meneruskan Perang Salib Menghancurkan kerajaan Islam di Timur Menyebarkan agama Kristian di Timur Membentuk masyarakat yang bertamadun I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

( L=2 )

13.

Kenapakah Portugis berhasrat untuk menguasai Selat Melaka yang berperanan sebagai jalan utama perdagangan? A B C D Mengawal ancaman lanun Menjamin keselamatan Melaka Memonopoli perdagangan rempah Menguasai kerajaan di Kepulauan Melayu

( L=1 )

mr_maxis04@yahoo.com

LATIHAN AKU SMART 6 (TING 1) 14.

Pada awalnya Sultan telah menyambut baik Lopez de Sequeira dan rombongannya. Mengapakah baginda kemudiannya mengarahkan supaya orang Portugis ditangkap? A B C D Mereka tidak menghadap sultan Mereka tidak menghormati peraturan di Melaka Mahu bersikap berwaspada dengan orang asing Mendapat maklumat bahawa mereka ingin menguasai perdagangan

( L=2 )

15.

Apakah tindakan yang diambil oleh Portugis apabila mendapat berita tentang tindakan Sultan Mahmud Shah menangkap rombongan orang Portugis? A B C D Menghantar angkatan tentera laut Membuat pakatan dengan Acheh Menangkap Sultan serta pembesar Melaka Menghantar rombongan mencari perdamaian

( L=2 )

Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah.
16.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dituntut oleh Alfonso de Albuquerque? I II III IV A B C D Pembebasan tawanan Portugis Meminta ganti rugi Meminta untuk mendirikan kubu di Melaka Menuntut Sultan Mahmud untuk turun takhta I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

( L=3 )

Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah.
17.

Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah terhadap tuntutan-tuntutan tersebut ? A B C D Menolak semua tuntutan tersebut Cuba berunding dengan pihak Portugis Meminta bantuan kerajaan Melayu yang lain Meminta supaya kedaulatan Melaka dihormati

( L=2 )

mr_maxis04@yahoo.com

LATIHAN AKU SMART 6 (TING 1) 18.

Apakah kesan terpenting tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah untuk menangkap orang Portugis? A B C D Sultan berundur Portugis mengalah Perdamaian dicapai Melaka telah diserang

( L=2 )

19.

Semasa Portugis menyerang Melaka, semangat perjuangan askar Melaka membara. Apakah faktor utama yang mendorong semangat mereka? A B C D Dijanjikan ganjaran yang lumayan Kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah Rakyat bersatu hati menentang Portugis Sultan Ahmad turut-serta menentang Portugis

( L=2 )

20.

Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah sebaik sahaja Melaka ditawan oleh Portugis? A B C D Berdamai dengan Portugis Baginda berundur ke Muar Mengasaskan kerajaan di Johor Menubuhkan kerajaan di Pahang

( L=2 )

mr_maxis04@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai