AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan
melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat
seruan di akhiri dengan tanda seruan.
4.0 RUMUS.
Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat,
sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang sering digunakan ialah oh,
amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan sebagainya.
LATIHAN.
Bina ayat seruan yang gramatis berdasarkan pernyataan yang diberikan.
Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik buah itu.
2. Usah bermain di sungai.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.
Latihan