Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Bahagia Sesudah Derita

Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan
mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh
orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu
dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-
bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir
pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke
dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang
sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi
dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di
sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan
tetapi masih gagal.

Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan
pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan
mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-
buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah
menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah,
juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah
mangga yang ditanam dalam taman raja.

Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya
meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh
orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah
dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak
makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera
Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun
begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu. Kehidupan
pasangan ini menjadi senang apabila sering diberi barangan keperluan oleh orang ramai.

Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi
lelaki lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok. Pada
suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah. Dia telah terjumpa
tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin kepada saudagar di negeri
Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri Anta Beranta itu memberikannya
sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak saudagar itu meminta
tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin
pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung,
pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain.

Si Miskin balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil
menyeru jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri di
dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat.
Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja
Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna
Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang
bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara
besar-besar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat
istiadat istana.

Tema
Ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal di negeri Anta Beranta.

Persoalan
(a)    Kecekalan hati menghadapi cabaran hidup.

(b)    Sikap memandang hina terhadap orang miskin.

(c)     Kasih sayang seorang suami terhadap isteri.

(d)    Kesetiaan isteri terhadap suami.

(e)    Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin.

Anda mungkin juga menyukai