Anda di halaman 1dari 1

Lengkapkan Sinopsis Cerpen Kuih Bakul limau Mandarin :

Lim Meng yang dihalau oleh bapanya, iaitu Lim Pooi ingin pulang ke rumahnya
sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Hasrat Lim Meng yang diberitahu menerusi
telefon amat menggembirakan hati ibunya, iaitu Sim Pau. Hasrat Lim Meng itu
ditentang oleh Lim Pooi. Oleh hal demikian, berlaku pertengkaran antara Sim Pau
dengan Lim Pooi. Lim Pooi menganggap Lim Meng telah menyebabkan anak
kesayangannya, iaitu Lim Foong yang lemas dalam sungai.

Sim Pau menjelaskan bahawa kematian Lim Foong adalah berpunca daripada Lim
Foong sendiri yang melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Orang itu
meminta hutang kalah judi. Malah Sim Pau juga menjelaskan bahawa Lim Foong
berperangai buruk seperti berjudi. Bagi Lim Pooi, Lim Foong mati kerana lemas
setelah berusaha menyelamatkan Lim Meng. Lim Pooi juga mengatakan bahawa
Lim Meng telah menyebabkan kedainya rugi. Dakwaan Lim Pooi itu telah disangkal
dan ditentang oleh Sim Pau. Baginya, perniagaan Lim Pooi rugi dan tiada ong
kerana sikap buruk Lim Pooi yang tidak berhati perut sehingga menyebabkan
perniagaannya lingkup. Sim Pau mengatakan bahawa kedai Lim Pooi dibakar oleh
orang yang ingin membalas dendam terhadap Lim Foong yang berhutang kerana
judi. Penerangan Sim Pau itu telah menyedarkan Lim Pooi. Lim Pooi menyesal akan
sikapnya terhadap Lim Meng. Dia berasa amat bersalah sehingga dia jatuh sakit.

Akhirnya, Lim Meng pulang. Dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Ketika Lim
Meng berpelukan dengan ibunya, Lim Pooi datang dari arah belakang. Pada
mulanya, Lim Meng ingin pergi tetapi setelah papanya memanggil namanya dan
meminta maaf, Lim Meng terus merangkul dan memeluk papanya. Bermula saat ini,
keluarga Lim Pooi kembali bahagia. Mereka bersama-sama menyediakan sambutan
Tahun Baharu Cina yang akan tiba.

Anda mungkin juga menyukai