Anda di halaman 1dari 7

Upin dan Ipin sedang bermain menjatuhkan tin dengan lastik di pondok tempat

bermain. Ketika Upin melastik, batunya meleset dan melantun ke sana ke sini
hingga terkena sekawan angsa yang sedang makan berhampiran. Maka angsa-
angsa itu berasa gertak dan menyerang Upin dan Ipin. Maka Upin dan Ipin berlari
habis-habisan hingga dekat gerai Muthu, di mana Muthu terdengar mereka
meminta tolong lalu datang menyelamatkan mereka dan menghalau angsa-angsa
itu.

Setelah berterima kasih kepada Muthu, Upin dan Ipin tertarik oleh secawan
air batu campur durian di atas meja di mana Tok Dalang sedang berbual dengan Ah
Tong, lalu pergi meminta Tok Dalang belanja. Dengan berat hati sedikit Tok Dalang
menyuruh Muthu untuk menunaikan permintaan kembar itu. Selain menghidang
Upin dan Ipin, Muthu turut sama makan ABCD sambil berbual dengan kawan-
kawan lamanya.

Bersambung perbualan, Tok Dalang meluahkan hasrat untuk membeli tanah


di belakang rumahnya. Apabila ditanya apa tujuannya oleh Muthu yang hairan
sama ada dia mampu membelinya, dia mahu membina rumah untuk anaknya,
tetapi anaknya yang menanggung belanjanya. Ah Tong menggalakkan Tok Dalang
untuk membeli tanah itu, tetapi Tok Dalang mengeluh tidak tahu siapa punya tanah
berkenaan. Ah Tong menasihatinya supaya merujuk Pejabat Tanah.

Kebetulan pula berlalunya Salleh, dipanggil ke mari oleh Tok Dalang untuk
diminta supaya berperiksa dengan Pejabat Tanah mengenai tuan punya tanah yang
hendak dibelinya. Salleh enggan, tetapi dipujuk oleh Upin dan Ipin. Salleh
merungut leceh kerana terpaksa menunggu lama sangat. Ah Tong bercadang
supaya Salleh memberi mereka duit supaya cepat berurusniaga.
Upin dan Ipin terdengar perbualan itu lalu menegah Ah Tong kerana itu
amalan rasuah, dan rasuah itu salah. Semua orang dewasa dekat meja makan
memandang kembar itu dengan hairan. Tok Dalang bertanya adakah mereka tahu
apa itu rasuah. Jawab Upin, ianya "kasi-kasi duit pada orang, ramai kena tangkap"
sambil menjeling ke arah Salleh. Kata-kata kembar itu membuat Salleh berasa
sangat seram hingga mengkhayalkan dirinya dipenjarakan!

Tok Dalang memuji kepandaian Upin dan Ipin lalu menegur cadangan silap Salleh
dengan Ah Tong itu. Pesannya lagi dengan tegas, rasuah bukan setakat
memberikan duit, bahkan juga meminta, menerima dan menawarkan duit.

Kemudian, Upin dan Ipin dalam perjalanan pulang ke rumah, bertemu


dengan Mail yang datang berbasikal dalam keadaan basah kuyup. Maka Upin
menuduh Mail mandi sungai. Mail cuba menyangkal dengan berkata pergi
memancing, tetapi Upin menunjuk bahawa memancing tiada sampai basah kuyup
demikian, apalagi dia tidak membawa joran.

Akhirnya Mail mengaku dan menawarkan ayam goreng kepada Upin dan Ipin
untuk merahsiakan hal itu daripada ibunya. Ipin senang tergoda oleh ayam goreng,
tetapi dihalang oleh Upin kerana itu rasuah; itu pun disangkal oleh Mail. Upin dan
Ipin terkenang pesan Tok Dalang tadi dan mentafsir bahawa rasuah hanya
melibatkan duit, jadi akhirnya mereka menerima tawaran Mail. Tetapi ayam
goreng hanya seketul, terpaksalah mereka kongsi.

Upin dan Ipin pulang ke rumah, disambut oleh Kak Ros yang menjemput mereka
makan kuih. Sesungguhnya kembar itu menolak kerana sudah kenyang diberi ayam
goreng percuma oleh Mail kerana menutup kesalahannya. Ros terkejut
mendengarnya lalu menghukum adik-adiknya kerana menjadi "loyar buruk".
Kemudian Ros menenami Upin dan Ipin ke dapur untuk meminta Opah supaya
turut memarahi mereka atas tindakan rasuah mereka. Tetapi Upin dan Ipin
menyangkal berbuat demikian, maka Opah meminta mereka untuk bercerita.

Setelah habis mendengar cerita mereka, Opah setuju dengan Kak Ros
bahawa perbuatan kembar itu salah. Malah Kak Ros bersindir sepuas-puas hati
mengugut untuk melaporkan mereka kepada SPRM untuk menangkap mereka,
membuat Upin dan Ipin seram. Pesan Opah baik-baik kepada cucunya, "kalau kita
ambil atau beri sesuatu dengan adanya tujuan tertentu, rasuahlah tu... tak kiralah
dalam bentuk duit ataupun barangan."

Di halaman rumah Tok Dalang berlangsungnya perlawanan badminton


beregu antara Upin dan Ipin dengan Jarjit dan Mail, dengan Mei Mei sebagai
pengacara dan pengadil. Permainan berlangsung dengan cukup sengit hinggalah ia
ditamatkan dengan bulu tangkis yang jatuh di luar garis gelanggang sebelah Mail
dan Jarjit.

Mail dan Jarjit meraikan kemenangan mata awal-awal, tetapi Mei Mei
mengumumkan Upin dan Ipin yang menang. Maka timbullah perbalahan antara
regu Mail dan Jarjit dengan Mei Mei. Keluh Upin, mesti lebih senang jika Ehsan ada
untuk mengadili perlawanan.

Tiba-tiba datangnya Fizi meluru tergesa-gesa ke tempat badminton untuk


menyampaikan khabar berita bahawa bapa Ehsan ditangkap. Maka satu
gelanggang pun tergempar, begitu juga dengan Tok Dalang yang terjaga dari lena
dalam reban ayam, keluar dan meminta penjelasan. Jelas Fizi, "salah guna kuasa,
tuntutan palsu."
Ujar Tok Dalang, itu kesalahan rasuah yang berat. Mei Mei meluahkan rasa kasihan
kepada Ehsan. Pesan Tok Dalang kepada Mei Mei, belum tentu bapa Ehsan didapati
bersalah kerana dia perlu disoal siasat dahulu. Upin dan Ipin bertanya bagaimana
Fizi dapat tahu bahawa bapa Ehsan ditangkap oleh polis kerana makan rasuah.
Jelasnya, bukan polis yang tangkap tetapi SPRM.

Upin, Ipin dan lain-lain pun bingung terdengar nama SPRM itu. Jelas Mail,
SPRM adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dia dapat tahu
daripada membaca sepucuk risalah di tangannya. Upin dan Ipin bertanya kepada
Tok Dalang tidak samakah SPRM dengan polis. Jawabnya, SPRM hanya menangkap
atas kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, jadi seandainya berlangsungnya
kegiatan rasuah, segera laporkan kepada SPRM kerana.

Tanya Upin lagi, bagaimana jika salah lapor. Jawab Mail, pelapor itu sendiri yang
ditangkap. Tok Dalang menyanggah gurauan Mail tetapi berpesan supaya adanya
bukti yang kukuh sebelum membuat laporan dan tidak menuduh sesuka hati
supaya tidak menganiaya sesiapa.

Mail menanya Tok Dalang bagaimana SPRM tahu yang bapa Fizi mungkin
berasuah. Jawab Tok Dalang, ada orang yang melaporkannya. Fizi mengutuk
sesiapa yang melaporkan bapa Ehsan kepada SPRM, tetapi Tok Dalang bertegas
bahawa tindakannya betul kerana pesalah rasuah mesti dilaporkan. Tiba-tiba
sahaja Ehsan muncul dengan raket badminton dan wajah yang ceria,
menggamamkan kembali satu halaman.
Ketibaan Ehsan yang penuh semangat disambut dengan wajah-wajah hairan
dan bingung oleh kawan-kawannya. Upin berkata bukankah bapanya ditangkap,
tetapi Ehsan cepat menutup mulutnya dan menyoal siapa yang cakap. Upin
menuding ke arah Fizi, dan Fizi pun mengaku terlihat orang SPRM menangkap
bapanya.

Ehsan mendiamkan keadaan dan menyuruh kawan-kawannya berapat untuk


menjelaskan perkara sebenar, iaitu bahawa bapanya adalah pemberi maklumat.
Tok Dalang mencelah dan bertanya apa maklumat yang diberikan oleh bapa Ehsan.
Maka Ehsan mengisahkan tangkapan ramai-ramai atas kes sogokan duit dalam
urusniaga minyak di tempat berdekatan.

Hasil usaha Daddy Ehsan membanteras rasuah.

Upin dan Ipin hairan terdengar cerita itu kerana menyangka mereka hanya menjual
beli minyak tanpa sebarang kesalahan. Jelas Tok Dalang, menjual minyak itu tidak
salah tetapi tangkapan itu dibuat atas kesalahan menyeleweng minyak subsidi,
yang mana pesalah dilindungi oleh pihak yang tidak jujur dan oleh itu ditangkap
oleh SPRM.

Ujar Mail, itu memang patut kerana rasuah merugikan negara dan rakyat. Ehsan
setuju kerana oleh itulah bapanya segera melapor kepada SPRM. Jarjit memuji,
"Dua tiga kilo, Daddy Ehsan jadi hero!" Upin, Ipin dan Mei Mei turut memuji
keberanian bapa Ehsan. Ujar Mail, tiada perlu takut kerana pemberi maklumat
dilindungi. Setelah habis bercerita, Upin dan Ipin melaungkan tekad untuk
membanteras rasuah.
Kita mesti perangi rasuah!

Di kemudian masa, Upin dan Ipin sedang cuba menangkap katak, tetapi katak itu
pantas melompat dan akhirnya merekatkan lidahnya ke atas kain sebuah lori yang
berlalu. Upin dan Ipin berhenti termengah-mengah sambil tertanya lori apa itu,
kemudian memilih untuk mengekori lori itu.

Setibanya di destinasi lori itu, Upin dan Ipin bersembunyi di sebalik semak
dan mendapati pemandu lori itu berurusan dengan Ah Tong. Mereka menyangka
bahawa Ah Tong berurusan rasuah dan bercadang untuk memberitahu Tok Dalang.

Maka mereka pergi menceritakan hal Ah Tong kepada Tok Dalang yang sedang
mengerat lidi di halaman rumahnya. Tok Dalang memuji tindakan mereka dan
menyuruh mereka laporkan kepada SPRM, tetapi Upin membuat alasan melapor
kepada Tok Dalang kerana mereka masih kecil. Tok Dalang bertegas bahawa
laporan rasuah mesti ada bukti kukuh dan bertanya siapa yang terlibat. Ipin terus
menjawab, Ah Tong.

Tok Dalang terperanjat mendengar nama Ah Tong keluar dari mulut Ipin, lalu dia
mengeluarkan kaca mata hitamnya untuk dipakai, nada percakapannya dan
suasana pun menjadi serius seperti bilik soal siasat. Tok Dalang menanya Upin dan
Ipin bila dan di mana rasuah itu berlaku. Jawab Ipin, petang ini di dusun Ah Tong.
Tok Dalang bertanya apa tujuan rasuah itu. Jawab Ipin lagi, sama dengan kisah
ayah Ehsan iaitu berkenaan minyak.
Tanya Tok Dalang lagi, Ah Tong menyogok dalam bentuk apa. Jawab Upin, duit
yang banyak. Tok Dalang bertanya adakah sesiapa lagi yang tahu atau menyaksikan
hal itu. Upin dan Ipin menganggap diri mereka sebagai jawapan untuk soalan itu.
Tanya Tok Dalang lagi, adakah lagi bahan bukti atau maklumat yang boleh
digunakan untuk membuat laporan; kali ini kembar itu sukar menjawab...

Sesi soal siasat disampuk oleh laungan Ah Tong yang baru pulang dari dusunnya
dengan setong minyak yang diminta beli oleh Tok Dalang tempoh hari. Kemudian
dia menghulurkan duit baki pembelian minyaknya kepada Tok Dalang. Upin dan
Ipin terus menuding ke arah duit itu sebagai bukti rasuah Ah Tong.

Ah Tong hairan dengan gelagat kembar itu. Mula-mula dia "memuji" kepandaian
mereka, kemudian dia membetulkan mereka bahawa duit ini hasil urusniaga halal,
bukan rasuah. Maka Tok Dalang sekali menegur kembar itu supaya jangan
menuduh dengan melulu jika tidak tahu hal sebenarnya, kemudian beredar dengan
penuh gaya sambil memakai semula kaca mata hitamnya.

Tidak lama kemudian, Upin dan Ipin mengurut Opah sambil menceritakan hal Ah
Tong tadi. Opah pun memuji cucu-cucunya kerana semakin pandai dan matang
tentang hal rasuah.

Anda mungkin juga menyukai