Anda di halaman 1dari 5

NAMA : MAITHILLI THANGARAJ

KELAS : V3
RINGKASAN CERITA UPIN DAN IPIN MUSIM 13- OPAH MERAJUK.
Pada suatu hari, Upin dan Ipin bersama datuk sedang memancing di sebatang sungai. Mereka
menantikan nasib agar umpan disambar sang ikan. Joran Upin dipasang dengan gelendong mini
ditarik. Dia berasa gembira lalu mula untuk menarik kail tersebut. Tetapi malangnya nasib dapat
sebuah takungan besi. Upin sedih dan ipin dengan Datuk ketawa. Pada masa yang sama, joran Datuk
terdapat penarikan. Datuk berjaya menangkap seekor ikan setelah menarik kail sedaya upaya.
Upin dan Ipin gembira dan membawa ikan tersebut pulang ke rumah. Mereka berjumpa Kak Ros di luar
rumahnya. Mereka teruja menceritakan bagaimana ikannya dipancing dan suruh masak nanti. Kak Ros
mengangguk dan arahkan mereka mandi kerana bau hanyir.
Kak Ros pun telah siap menggoreng ikan tersebut dan menghidangkannya. Selepas itu, Opah ke dapur
dan bagitahu Kak Ros bahawa dia ke pekan dan mungkin lewat balik. Dia suruh Kak Ros makan
bersama adik-adiknya. Opah suruh menyimpan sedikit telur ikan yang telah digoreng oleh Kak Ros.
Selepas Upin dan Ipin mandi mereka turut ke dapur dan bertanyakan bahawa ke mananya opah pergi.
Setelah mereka mengetahui Opah ke pekan, Upin dan Ipin pun hendak ke pekan bersama Opah. Upin
dan Ipin ke meja makan untuk menikmati makan malam. Mereka agak kecil hati apabila tiada masakan
ayam untuk malam. Mereka berasa geli apabila nampak telur ikannya digoreng dan dihidangkan.
Kak Ros mengarahkan mereka makan telur ikan tersebut. Upin suka sangat dengan telur ikan
walaupun pada asalnya tiada niat untuk makan. Ipin turut makan dan mahu lagi telur ikan goreng.
Manakala Kak Ros bagitahu hendak nak simpan untuk Opah nanti. Ipin merayu kepada kak Ros
bahawa dia hendak sikit lagi. Kak Ros bagi seketul goreng kepada kedua-dua masing-masing.
Upin dan Ipin tidur. Tiba-tiba Upin terjaga dan ke tandas malah, Ipin pun mengikuti dia. Mereka
terjumpa hidangan saji atas meja makan dan terjumpa masih lagi ada seketul telur goreng. Mereka
membahagikan separuh dan makan bersama dengan anggapan Opah tidak makan. Secara tiba-tiba,
Opah buka pint uke dapur. Upin dan Ipin terkejut. Opah belum makan dan baru balik tadi. Upin dan Ipin
rasa bersalah. Upin dan Ipin menyesal dan bagitahu bahawa mereka yang menghabiskan telur ikan
tersebut. Opah sedih kerana tidak dapat makan.
Kak Ros pun sampai ke dapur dan marah mereka. Upin dan Ipin menyembunyi belakang opah kerana
ketakutan. Opah berkata bahawa dia tidak marah dan suruh kak Ros jangan bising kerana sudah
waktu malam. Opah meninggalkan tempat dan ke biliknnya dengan sedih. Titisan air mata Opah
membasahi mukannya lalu Opah tidur.
Pada keeseokan hari, Upin dan Ipin bersama Kak Ros bersarapan pagi. Mereka bertanya Opah belum
bangun dari tidur kepada kak. Kak ros suruh Upin dan Ipin terkejut Opah. Mereka sedih dan bagitahu
Ka Ros bahawa opah tidak mahu bersarapan pagi kerana Opah rasa tidak berselera. Opah merajuk.
Upin dan Ipin segera ke bilik Opah untuk meminta maaf. Mereka mula menangis. Kak Ros suruh
mereka ke sekolah dulu kerana takut nanti lambat. Upin dan Ipin pun ke sekolah dengan penuh sedih.
Mereka bercerita bersama kawan-kawannya berkaitan dengan apa yang dijadi semalam dan Opahnya
merajuk.
Upin dan Ipin balik dari sekolah. Mereka bernyanyi lagu telur ikan kepada kak Ros untuk membeli telur
ikan demi pujuk Opah yang merajuk. Kak Ros bagitahu bahawa ikan yang dibeli tidak sama dengan
dipancing. Dia bagi sebuah idea untuk memujuk Opah. Jadi, Upin dan Ipin terpaksa membersihkan
rumahnya seperti yang diperkatakan oleh Kak Ros. Mereka menunggu ketibaan Opah. Setelah Opah
masuk dalam rumah, Upin dan Ipin mengejutkan dengan menjerit “Opah!”. Opah masih masam muka
walaupun mereka mengajak makan bersama-sama. Opah menolak ajakan mereka dengan suruh
mereka makan habis-habis. Opah merajuk lalu ke biliknya. Upin dan Ipin mengadu kepada Datuk
bahawa Opah merajuk. Mereka hendak memancing lagi untuk mendapatkan Opah gembira makan
telur ikan. Mereka bertiga ke sungai untuk memancing. Tetapi mereka tidak berjaya menangkap ikan.
Mereka menyesal kerana menyebabkan Opah merajuk dan tidak dapat ikan juga pada hari itu. Opah
mendekati mereka dan bagitahu bahawa Opah tidak merajuk, sebenarnya Opah sakit gigi sebab itu
tidak dapat makan dan bercakap.
Mereka mengetahui kisah sebenar iaitu kak Ros berpakat dengan Opah. Kak Ros menggoreng telur
ikan sekali untuk mereka berdua. Mereka berdua memeluk Opah dengan kuat. Ceritanya berakhir di
situ.
2) contoh terbaik yang anda dapat cari menggunakan laman web ilmiah untuk setiap 1
laras bahasa

LARAS BAHASA SAINS

Kimia merupakan ilmu sains asas yang berkaitan dengan struktur, kelakuan, komposisi, sifat tndak
balas yang berkaitan dengan atom, ion, unsur atau sebatian serta fenomena yang menerangkan
fenomena kimia.

LARAS BAHASA MEDIA MASSA

LARAS BAHASA RENCANA

https://www.youtube.com/watch?v=jG2RinPQ1Hg
LARAS BAHASA SUKAN

LARAS BAHASA EKONOMI


LARAS BAHASA AKADEMIK

Anda mungkin juga menyukai