Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih tuan pengerusi majlis, salam sejahtera dan selamat pagi, saya ucapkan kepada barisan

panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru, rakan-rakan dan para hadirin sekalian.
Hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk "Wira Anti Rasuah"

Pada suatu hari, di halaman rumah Tok Dalang berlangsungnya perlawanan badminton beregu antara
King dan Kong dengan Jarjit dan Mail, dengan Mei Mei sebagai pengacara dan pengadil. Permainan
berlangsung dengan cukup sengit hinggalah ia ditamatkan dengan bulu tangkis yang jatuh di luar garis
gelanggang sebelah Mail dan Jarjit.

Tiba-tiba datangnya Fizi meluru tergesa-gesa ke tempat badminton untuk menyampaikan khabar
berita bahawa bapa Ehsan ditangkap. Maka satu gelanggang pun tergempar, begitu juga dengan Tok
Dalang yang terjaga dari lena dalam reban ayam, keluar dan meminta penjelasan. Jelas Fizi, "salah
guna kuasa, tuntutan palsu."

Ujar Tok Dalang, itu kesalahan rasuah yang berat. Mei Mei meluahkan rasa kasihan kepada Ehsan.
Pesan Tok Dalang kepada Mei Mei, belum tentu bapa Ehsan didapati bersalah kerana dia perlu disoal
siasat dahulu. King dan Kong bertanya bagaimana Fizi dapat tahu bahawa bapa Ehsan ditangkap oleh
polis kerana makan rasuah. Jelasnya, bukan polis yang tangkap tetapi SPRM.

King, Kong dan lain-lain pun bingung terdengar nama SPRM itu. Jelas Mail, SPRM adalah Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia yang dia dapat tahu daripada membaca sepucuk risalah di tangannya.
King dan Kong bertanya kepada Tok Dalang tidak samakah SPRM dengan polis. Jawabnya, SPRM hanya
menangkap atas kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, jadi seandainya berlangsungnya kegiatan
rasuah, segera laporkan kepada SPRM.

Tanya King lagi, bagaimana jika salah lapor. Jawab Mail, pelapor itu sendiri yang ditangkap. Tok Dalang
menyanggah gurauan Mail tetapi berpesan supaya adanya bukti yang kukuh sebelum membuat
laporan dan tidak menuduh sesuka hati supaya tidak menganiaya sesiapa.

Mail menanya Tok Dalang bagaimana SPRM tahu yang bapa Fizi mungkin berasuah. Jawab Tok Dalang,
ada orang yang melaporkannya. Fizi mengutuk sesiapa yang melaporkan bapa Ehsan kepada SPRM,
tetapi Tok Dalang bertegas bahawa tindakannya betul kerana pesalah rasuah mesti dilaporkan.

Ehsan mendiamkan keadaan dan menyuruh kawan-kawannya berapat untuk menjelaskan perkara
sebenar, iaitu bahawa bapanya adalah pemberi maklumat. Tok Dalang mencelah dan bertanya apa
maklumat yang diberikan oleh bapa Ehsan. Maka Ehsan mengisahkan tangkapan ramai-ramai atas kes
sogokan duit dalam urusniaga minyak di tempat berdekatan.
King dan Kong hairan terdengar cerita itu kerana menyangka mereka hanya menjual beli minyak tanpa
sebarang kesalahan. Jelas Tok Dalang, menjual minyak itu tidak salah tetapi tangkapan itu dibuat atas
kesalahan menyeleweng minyak subsidi, yang mana pesalah dilindungi oleh pihak yang tidak jujur dan
oleh itu ditangkap oleh SPRM.

Ujar Mail, itu memang patut kerana rasuah merugikan negara dan rakyat. Ehsan setuju kerana oleh
itulah bapanya segera melapor kepada SPRM. Jarjit memuji, "Dua tiga kilo, Daddy Ehsan jadi hero!"
King, Kong dan Mei Mei turut memuji keberanian bapa Ehsan. Ujar Mail, tiada perlu takut kerana
pemberi maklumat dilindungi. Setelah habis bercerita, King dan Kong melaungkan tekad untuk
membanteras rasuah.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai