Anda di halaman 1dari 6

Tajuk : Babak Pertama : Di rumah Di sebuah rumah di pinggir Bandar, tinggal sepasang suami isteri yang bernama Pak

Hassan dan Mak Senah. Pak Hassan seorang penyelia manakala Mak Senah pula seorang peniaga. Mereka mempunyai seorang anak tunggal yang bernama Usop. Usop berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Kesibukan bekerja menyebabkan Pak Hassan dan Mak Senah jarang berkomunikasi. Oleh itu, mereka sering berselisihan faham dan kurang memberikan perhatian dan kasih saying kepada Usop. Usop berasa sangat tertekan dengan keadaan tersebut. Dia berasa sangat bosan apabila berada di rumah. Oleh sebab itulah, dia sering keluar malam. Pak Hassan dan Mak Senah sangat risau dengan keselamatan anaknya.. Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Pada waktu itu, Pak Hassan dan Mak Senah sedang menonton televisyen. Tiba-tiba.. Tupp !! tuppp !! tupp !! ( bunyi ketukan pintu ). Pak Hassan bergegas bangun untuk membuka pintu. Usop dengan muka tidak bersalah terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan ayah dan ibunya. Pak Hassan : Senah, tengoklah anak kesayangan awak tu. Dahlah balik lewat, boleh pulak dia buat tak tahu. Mak Senah : Eeee apa nak jadilah anak kita tu !.

Babak Kedua : Sekolah Suasana pagi yang indah. Cuaca pula begitu baik. Seperti biasa, Usop dan murid-murid SMK Temenggung meneruskan hari persekolahan mereka seperi biasa. Kringgggggggggggggg..bunyi loceng menandakan sesi pembelajaran akan bermula. Murid-murid bergegas masuk ke dalam kelas. Dari jauh, kelihatan seorang guru yang tinggi lampai, berkulit cerah, dan segak. Cikgu Leman merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan mengajar di kelas 3 Gemilang, iaitu kelas Usop. Pada hari tersebut, Cikgu Leman telah menerangkan tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Beliau menasihati anak-anak muridnya supaya tidak mengambil dadah. Murid-murid yang sedang tekun mendengar pengajaran Cikgu Leman. Sebaliknya, Usop berasa sangat bosan. Lalu beliau meminta izin untuk keluar ke tandas. Usop memasuki tandas pelajar. Di tandas, dia terjumpa dengan dua orang rakannya iaitu Samad dan Borhan di suatu sudut. Mereka sedang asyik menghisap rokok. Usop sedang leka memerhatikan tingkah laku kedua-dua rakannya itu. Borhan menyedari kehadiran Usop,lalu menghampirinya. Dia mempelawa usop untuk mencuba hisap rokok. Usop tanpa berfikir panjang mengambil sebatang rokok Dunhill lalu mencubanya.

Babak Ketiga : Rumah Kelihatan Pak Hassan dan Mak Senah di ruang tamu. Mereka sedang minum kopi sambil berbual-bual. Usop keluar dari bilik sambil membawa buku ditangan. Dia meminta izin untuk ke kelas malam dengan ibu bapanya. Usop berjalan kaki, suasana pada malam itu begitu gelap. Usop hanya ditemani oleh lampu suluh. Tiba-tiba Usop terasa seperti ditarik oleh seseorang dari belakang. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati orang yang menariknya itu ialah Borhan dan Samad. Mereka berdua mengajak Usop ponteng kelas malam. Borhan : Usop, jomlah ikut kita orang. Ada barang best kita orang orang nak tunjuk kat kau.

Usop mudah terpengaruh dengan ajakan rakannya itu. Lalu, dia mengikut samad dan Borhan. Babak Keempat : Lorong belakang kedai Usop dibawa ke suatu lorong yang gelap. Suasana sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanyalah suara katak memanggil hujan..( bunyi katak )mereka resah menunggu. ( bunyi tapak kaki ) Bunyi tapak kaki tersebut semakin jelas kedengaran dan semakin menghampiri. Orang yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Lelaki misteri tersebut menghulurkan sebungkus plastik kepada samad lalu beredar. Mereka berjalan-jalan untuk mencari tempat yang sesuai bagi memulakan agenda mereka. Mereka terjumpa suatu tempat di bawah jambatan. Usop terpengaruh dengan rakan-rakanya untuk mencuba najis dadah. Mereka mula ketagih dengan dadah sehingga mengabaikan pelajaran mereka. Mereka hanyut dengan dunia khayalan tersebut.

Babak Kelima : Bus Stop Harga dadah yang mahal menyebabkan Usop, Samad dan Borhan kehabisan wang untuk membeli dadah. Jadi, mereka mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah ragut. Borhan berada di perhentian bas untuk mencari mangsa untuk di ragut. Dia menjumpai mangsa yang dicari-cari, lalu menghantar isyarat kepada samad dan usop untuk memulakan aktiviti ragut mereka. Usop yang membonceng motor bersama samad telah meragut beg tangan seorang wanita. Mangsa : Tolong !! tolong!! Tolong !! peragut.. Oleh kerana, kawasan tersebut kawasan yang agak sunyitiada sesiapa yang lalu lalang di kawasan tersebut dan tiada orang yang dapat menolong wanita tersebut. Kemudian. wanita tersebut terus membuat laporan polis yang berdekatan mengenai kejadian ragut yang menimpa dirinya. Babak Keenam : Lorong Polis telah membuat rondaan di kawasan tersebut setelah berlakunya peningkatan kes ragut dan aduan tentang penagihan dadah. Kelihatan Usop dan rakan-rakannya sedang leka menghisap dadah. Mereka hanyut dalam dunia masing-masing. Apabila mendengar siren kereta peronda polis. Usop dan rakannya berlari lintang pukang. Malangnya, Usop berjaya ditangkap oleh pihak polis. Polis memaklumkan kejadian tersebut kepada Pak Hassan dan Mak Senah

Babak Ketujuh : Balai Polis Setibanya Pak Hassan dan Mak Senah di balai polis Tampoi, mereka terus meluru masuk ke dalam pejabat. Merke melihat tangan anak kesayangan mereka di gari. Mak Senah : Ya Allah ! sanggup kau buat mak dan ayah macam ni ! ( sambil menangis ).. Pak Hassan..: Sabar senahini semua dugaan. Mungkin ini salah kita jugak.. Usop tidak berkata apa-apa sambil menundukkan wajahnyaPolis pun membawa USop berlalu dari situ..

Pengajaran daripada cerita ini ialah : 1. Kita hendaklah memilih kawan yang baik kerana kawan yang baik akan membantu kita berjaya. 2. Ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap anak-anak. 3. masyarakt sekeliling perlulah prihatin terhadap keadaan sekeliling. Belia Benci dadah !! No Drugs !!!

Watak 1. Pak Hassan 2. Mak Senah 3. Usop ( watak utama ) 4. Borhan 5. Samad 6. murid-murid ( 4-5 orang ) 7. Pengedar dadah 8. wanita mangsa ragut 9. Polis ( 2 orang ) 10. Cikgu Leman Alatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Meja kerusi Kad manila ( untuk membuat babak ) Beg Buku pakaian bagi watak masing-masing handbag lilin + picagari mikrofon ( 3 )

Setting 1. 2. 3. 4. 5. rumah sekolah lorong hentian bas balai polis

Anda mungkin juga menyukai