Anda di halaman 1dari 7

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

001. ULAR DALAM KUBUR WANITA


LAMA juga orang-orang kampung bercerita mengenai kematian
andikan mayat isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik
Bauk yang menjadi saksi peristiwa itu bersama adik aruah
n Macuk. Tetapi kata orang-orang tua yang balik semula ke
Yot Bidan tetapi jelmaan 'hantu bungkusan'.

Latip Pekak semasa mem


ke rumah semula. Judin
Mak Yot Bidan iatu Usi
rumah itu bukannya Mak

Semasa orang-orang mengkebumikan jenazah Latip Pekak, didapati kubur Mak Yot Bid
an berlubang kira-kira sebesar lilitan betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke
dalam, kayu penyolok itu sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya apabila
diketuk-ketuk.
Selepas kematian Latip Pekak tidaklah didengar lagi suara jeritan dari kubur Mak
Yot Bidan. Apakah rahsia di sebalik kejadian itu tidak pula diketahui oleh oran
g-orang kampung. Ketika saya sampai ke kampung ini dapatlah saya mendengar serba
sedikit ceritanya dari Judin Bauk.
"Tak tau aku apakah ilmu yang dipakai oleh aruah tu" jelas Judin Bauk apabila sa
ya tanyakan kepadanya. "Yang aku tau dia seorang bidan di kampung ni dulu. Agakn
ya ilmu membidankan orang tentulah ada padanya" ujarnya bagaikan tergambar lagi
kepadanya peristiwa yang berlaku.
"Sudah selesai semuanya, tak payahlah kita sebut-sebut lagi" Lebai Piut mencelah
. "Perkara dah berlalu, biarlah orang-orang masih hidup jadikan tauladan tentang
petunjuk-petunjuk sedemikian dari Allah..." katanya perlahan.
"Benar kata aki tu.." saya tersengih-sengih memerhatikan dia. "Tapi baik juga ki
ta mengetahui latar belakang mengapa kejadian itu berlaku. Dari sini bolehlah ki
ta jadi tauladan kepada masyarakat kita. Sebab petunjuk dari Allah itu supaya ki
ta semua insaf" keinginan saya masih membara ingin mengetahui latar belakang kej
adian yang menimpa diri aruah Mak Yot Bidan itu.
"Kadangkala....." Lebai Piut mengangguk-ngangguk lemah. "Kita melihat zahir saja
, sedangkan yang zahir itu pun tidak semuanya kita tahu hanya Allah saja Maha Me
ngetahui" dia memberitahu. Saya memahami maksud Lebai Piut itu. Dia tidak mahu c
erita mengenai kubur berasap itu dipanjang-panjangkan. Tidaklah mengherankan kep
ada saya mengenai diri Lebai Piut itu. Dia memang bekas murid aruah Tok Aki saya
. Oleh itu saya cam betul akan tabiatnya seakan-akan mirip dengan aruah Tok Aki
saya.
Sebenarnya saya datang ke kampung tersebut semata-mata mahu menziarahi Lebai Piu
t. Tetapi secara kebetulan cerita mengenai kubur berasap itu masih menjadi buah
mulut orang-orang kampung itu, sengajalah saya tanyakan kepada Judin Bauk.
Ketika saya ke Merlimau di Melaka pun ada juga cerita mengenai kisah-kisah yang
serupa dengan kejadian di kubur Mak Yot Bidan ini. Kawan saya Ali Burn yang ceri
takan kepada saya. Tetapi saya tidak ambil peduli sangat cerita Ali Burn ini fas
al kadangkala ceritanya bercampur temberang sedikit.
Kira-kira dalam bulan Jun 1982 Ali Burn telah mengajak saya berjumpa dengan seor
ang lelaki tua di Felda dekat Johor. Lelaki ini tinggal bersama anak perempuanny
a di situ. Tetapi dia bukanlah berasal dari Merlimau iaitu kampung asal Ali Burn
. Bagaimanapun menantu Pak Uduh ini memang berasal dari Merlimau.
Pak Uduh sudah berumur lebih 80 tahun. Dia kelihatan sudah uzur kerana penyakit.
Matanya pun sudah rabun dan suaranya pun tidak berapa jelas bila bercakap. Teta
pi bila Ali Burn datang , dia terlalu gembira. Memang Ali Burn selalu datang ke

situ menemui Rahman menantu Pak Uduh. "Lama kau tak datang sini?" tanya Pak Uduh
semasa Ali Burn memperkenalkan saya kepadanya. "Kalau aku selalu datang nanti P
ak Uduh bosan" Ali Burn bergurau dengannya. "Lagi pun Pak Uduh nak simpan-simpan
sangat, kalau ada apa-apa tu bagilah pada orang muda" tambahnya sambil duduk ra
pat dengan orang tua itu. "Apa yang kau hendakkan pada aku, orang tua tak bergun
a" sahut Pak Uduh tersengih-sengih. "Orang tua tak bergunalah selalunya ada isi.
..." kata Ali Burn memaut bahu orang tua itu. "Kemenyan sebesar lutut kalau tak
dibakar tak berbau Pak Uduh" dia menepuk-nepuk bahu Pak Uduh.
Orang tua itu tersenyum. Dia tahu Ali Burn hanya begurau. Kedatangan Ali Burn me
nemui dia juga memang mempunyai tujuan. Saya juga tahu Ali Burn datang menemui P
ak Uduh kerana mahu mencungkil-cungkil rahsia ilmu kebatinan orang tua itu. Mema
ng menjadi kelaziman orang tua-tua seperti Pak Uduh itu tidak akan menurunkan il
munya kepada orang yang tidak boleh diharap.
Maksud orang tidak boleh diharap ialah mereka yang tidak bersungguh, melainkan s
ekadar mahu menguji-nguji atau tidak dengan sepenuh hati. Sebab itulah Pak Uduh
sering mengelak-ngelak bila Ali Burn cuba mendapatkan sesuatu ilmu kebatinan dar
inya. Selepas itu Ali Burn pun memperkenalkan saya kepada Pak Uduh. Memang saya
sendiri berhajat mahu bertemu dengannya setelah Ali Burn menceritakan serba sedi
kit mengenai diri orang tua itu kepada saya.
"Jabat tangan tadi pun aku tau dah, jabat tangan orang berisi..." kata Pak Uduh
tersengih-sengih merenung saya. Mungkin kerana matanya yang rabun dia terpaksa m
erenung saya tepat-tepat. "Adalah isiya Pak Uduh" sahut Ali Burn pantas. "Kalau
tak ada isi kosonglah semuanya, baru jadi hantu penanggal semua tali perut habis
terkeluar ditarik kepala..." katanya ketawa terkekeh-kekeh.
Pak Uduh juga ketawa. Saya juga ikut sama ketawa. Geli juga dengan kata-kata Ali
Burn itu. Fasal itulah kawan-kawan kami gelarkan dia Ali Burn temberang, kerana
ada saja ceritanya mahu memanaskan suasana dengan gelak ketawa. "Iyalah, tahi p
un isi juga namanya" balas Pak Uduh dihujung ketawanya. "Tetapi berisi dengan ta
hi, tak sama berisi dengan ilmu..." ujarnya macam menyindir.
Dari Pak Uduh inilah saya mendapat cerita mengenai kisah Naesah Lawa yang kuburn
ya berasap seperti yang diceritakan oleh Ali Burn sebelum itu. Kampung Pak Uduh
memang di Melaka, tetapi bukanlah dari Merlimau. Naesah Lawa itu seorang janda m
uda yang mudah memikat pemuda-pemuda. Antaranya yang jatuh hati pada Naesah Lawa
ialah Pak Uduh sendiri.
Akhirnya Naesah berkahwin juga dengan Pak Uduh, tetapi mereka tidak mempunyai an
ak. Ketika berkahwin dengan Pak Uduh, Naesah Lawa sudah dua kali bersuami. Sebag
ai orang yang warak, Pak Uduh selalu menghabiskan masanya di surau menunaikan ib
adat, di samping belajar agama dari guru-guru agama yang diundang khas.
Naesah Lawa pula dalam diam-diam berkenalan dengan seorang anak muda yang lain p
ula. Perhubungannya dengan anak muda, satu hari telah terserempak dengan emak Pa
k Uduh. Apa lagi perkara itu terus diberitahu kepada Pak Uduh. Tetapi Pak Uduh t
idak terus terburu-buru. Dia meminta emaknya bersabar dulu, kerana dia belum mel
ihat dengan matanya sendiri akan perbuatan isterinya itu. Sejak itu emak Pak Udu
h mula tidak senang dengan sikap Naesah Lawa. Malah dia menuduh Naesah Lawa suda
h menggunakan ubat pengasih menyebabkan Pak Uduh tunduk mengikuti perintahnya.
Sebenarnya Pak Uduh bukanlah terkena ilmu guna-guna atau ubat pengasih. Dia seor
ang yang taat kepada perintah agama. Sebab itulah dia masih boleh bersabar mende
ngar aduan dari emaknya sendiri terhadap kecurangan isterinya itu. Tetapi emakny
a tetap berkeras menyalahkan Pak Uduh. Tidak lama kemudian emak Pak Uduh jatuh s
akit muntah-muntah darah. Ada bomoh yang mengatakan dia terkena santau. Sebalikn
ya apabila dibawa ke hospital pihak hospital mengatakan dia terkena penyakit bat
uk kering. Hospital pula mengesyurkan supaya dihantar mendapat rawatan lanjut di

Kuala Lumpur.
Bagaimanapun emak Pak Uduh tidak mahu berubat di hospital. Akhirnya dia mati ker
ana mengidap penyakit batuk darah. Sama ada dakwaan bomoh yang mengubatnya itu b
enar atau tidak, Pak Uduh juga tidak mahu mempercayai sangat. Tetapi Pak Uduh se
ndiri sudah mencubanya sendiri mengubat emaknya dengan membacakan ayat-ayat Qura
n seperti yang dipelajarinya.
Setiap kali dia memberi emaknya minum air yang sudah dibacakan Yassin, emaknya m
untah-muntah darah. Di dalam darah beku itu terdapat beberapa helai rambut. Mala
ngnya, Pak Uduh sudah terlambat mahu mengubat emaknya. Orang tua itu meninggal d
unia sebelum sempat Pak Uduh mengubatnya lebih mendalam.
Disebabkan terpengaruh juga dengan dakwaan bomoh mengenai emaknya yang termakan
santau itu, Pak Uduh telah mengerjakan sembahyang sunat tahjud 44 malam agar ora
ng yang menganiaya emaknya bertaubat. Dia tidak berharap untuk bertemu dengan or
ang yang menganiaya itu, kerana gurunya berpesan supaya tidak berbuat demikian.
Hanya yang diajarkan oleh gurunya memohon doa agar orang yang menganiaya itu ber
taubat kepada Allah. Tidak sampai 44 malam Pak Uduh melakukan sembahyang sunat t
ahjudnya, tiba-tiba Naesah Lawa isterinya jatuh sakit. Dia meracau-racau dan men
jerit-jerit sepanjang malam. Dia menuduh emak mertuanya sengaja membuat fitnah m
engenai hubungan sulitnya dengan seorang pemuda.
Disebabkan tidak tertahan dengan peristiwa emaknya baru saja meninggal dunia, ke
mudian isterinya mula jatuh sakit meracau-racau, maka Pak Uduh terpaksa minta to
long kepada gurunya To' Kiyai Parjo dari Johor. "Mengapa tak diubat sendiri?" ta
nya To' Kiyai Parjo apabila Pak Uduh menceritakan masalahnya. "Hati saya tak ten
teram To' Kiyai, tak dapat nak khusyuk..." dia menjelaskan dalam perasaan bimban
g. "Kalau begitu kau tak tahan diuji" sahut To' Kiyai Parjo mengingatkan. "Tak t
enteram bererti kau tak sabar, kalau mau cari kemenangan mesti sabar. Mesti tent
eram, barulah kau dapat menggunakan ilmu kau" ujarnya macam kesal dengan sikap P
ak Uduh.
Tetapi Pak Uduh tidak pedulikan lagi mengenai kata-kata gurunya. Yang penting di
a mesti selamatkan isterinya Naesah Lawa. Dia tidak sanggup kehilangan isteri, s
etelah kehilangan emaknya. "Sekarang, aku mahu kau sendiri mengubatnya" tegas To
' Kiyai Parjo memberi isyarat. Pak Uduh memahami isyarat itu. Dia mesti ditidurk
an oleh To' Kiyai Parjo untuk melihat sendiri penyakit isterinya. Dengan cara it
u barulah dia dapat mengubat mengikut cara yang diajar oleh To' Kiyai Parjo.
Ketika ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo, Pak Uduh merasa dirinya keluar dari jasa
dnya. Dia terapung-apung di awangan menurut perintah To' Kiyai Parjo. Apabila di
suruh melihat tubuh isterinya Naesah Lawa, dia nampak Naesah Lawa terbaring deng
an seluruh tubuhnya berlubang-lubang. Kelihatan nanah dan darah keluar dari luba
ng-lubang sebesar guli itu.
"Apa yang kau nampak?" dia terdengar suara To' Kiyai Parjo sayup-sayup dari jauh
. "Berlubang-lubang badannya. Ada darah dan nanah keluar" Pak Uduh memberitahu a
pa yang dilihatnya. "Bacakan ayat ini dan hembuskan ke situ" perintah To' Kiyai
Parjo. Dia membacakan tiga kali ayat yang diajarkan oleh To' Kiyai Parjo, kemudi
an dihembuskan ke tubuh Naesah Lawa. Sebaik saja dihembuskan seluruh tubuh Naesa
h Lawa menjadi hancur. Ketika ini Pak Uduh merasakan sekelilingnya bagai dilanda
ribut kencang, hingga dia juga hampir-hamoir diterbangkan.
"Mengapa?" soal To' Kiyai Parjo. "Ribut kencang..." jelasnya cemas. "Bacakan doa
ini" kata To' Kiyai Parjo memberi panduan.
Sebaik dibacakan ribut kencang tiba-tiba berhenti. Dia tidak nampak lagi tubuh N
aesah Lawa, tetapi kelihatan seorang lelaki berjubah putih dengan janggutnya jug
a putih sampai ke pusat. Dia memberitahu apa yang dilihatnya kepada To' Kiyai Pa

rjo. Tetapi apabila dia membacakan ayat yang diperintahkan oleh To' Kiyai Parjo,
lelaki berjubah putih itu tersenyum lalu memberi salam. Ketika ini Pak Uduh sud
ah tidak mendengar lagi suara To' Kiyai Parjo yang sayup-sayup tadi. Dia merasa
begitu jauh terasing. Pak Uduh menyahut salam lelaki berjubah itu.
"Kenapa kau nak tolong orang yang akan mati?" lelaki berjubah itu bertanya. "Mat
i hanya ditentukan oleh Allah....." sahut Pak Uduh keras. "Kau orang berilmu" uj
ar lelaki berkenaan macam menyindir. "Tetapi tidak mendalami ilmu kau. Ilmu Alla
h luas dan kau tak akan jemu-jemu mempelajarinya" kata lelaki berjubah putih itu
lagi.
Pak Uduh dapat mengagak bahawa lelaki berjubah putih di depannya bukanlah syaita
n. Kerana syaitan tidak akan berani menyebut ayat-ayat Allah. Bagaimanapun dia t
idak berani bertanya siapakah lelaki berkenaan. Apa lagi dia tidak dapat lagi be
rhubungan dengan To' Kiyai Parjo.
"Sekarang, baliklah kau" lelaki berjubah putih itu memerintahkan dia meninggalka
n tempat itu. "Tidak......aku mahu selamatkan isteri aku!" tegas Pak Uduh. "Iste
ri seorang mukmin ialah perempuan yang mempunyai cukup syarat di sisi Allah" sua
ra orang tua berjubah putih itu keras. "Apakah kau mau seorang isteri yang dilak
nati di sisi Allah" jelas orang tua itu lagi. "Kau setan, memang pendusta" sahut
Pak Uduh menahan kemarahan yang mula membakar hatinya. Dia cuba mengharapkan To
' Kiyai Parjo segera menyeru namanya, tetapi sia-sia belaka.
Astaghafarullah-alazzim......" keluh lelaki tua itu menyesali sikap Pak Uduh. "J
angan kau jadikan yang hak itu batil, dan yang batil itu hak" katanya mengingatk
an. "Jadi kau siapa?" Pak Uduh masih mendongkol. "Orang berilmu mesti banyak ber
sabar" orang tua berjubah putih itu menasihati dia. "Aku tau To' Kiyai Parjo, ak
u juga tau tentang kau. Bukankah kau telah menunaikan Sunat Tahajud selama 44 ma
lam?" katanya mengingatkan Pak Uduh. "Iya....." angguk Pak Uduh. "Kau sudah memo
hon pada Allah tunjukkan kebenaran?" tanyanya lagi. Pak Uduh angguk. "Sekarang i
tulah kebenaran!" tegas orang tua berjubah putih itu lagi. "Aku guru pada To' Ki
yai Parjo, dan aku bukan syaitan yang mahu mempengaruhi kau. Mari ke mari.......
" dia menghulurkan tangannya.
Cepat-cepat Pak Uduh memeluknya. Terbau padanya sekelilingnya harum semerbak yan
g belum pernah diciumnya selama itu. Sekaligus air mata Pak Uduh menitis. "Maafk
an saya To' Wali" Pak Uduh menangis terisak-isak. "Sudahlah Uduh.." dia memujuk
sambil mengusap-ngusap kepala Pak Uduh. "Naesah yang memberi emak kau racun sant
au, kerana emak kau terserempak akan perbuatan curangnya terhadap kau. Sekarang
baliklah kau" katanya meninggalkan Pak Uduh.
Barulah Pak Uduh dapat mendengar suara bisikan To' Kiyai Parjo. Bagaimanapun Pak
Uduh meminta untuk balik segera masuk ke tubuhnya. Tidak lama kemudian dia memb
uka mata, dan dilihatnya Naesah Lawa masih terlentang menderita sakit. "Saya fik
ir tak payahlah kita ubatkan lagi Naesah ni To' Kiyai....." bisik Pak Uduh. To'
Kiyai Parjo tersenyum. Dia sudah tahu apakah yang tersirat di hati Pak Uduh. Mal
ah pertemuan Pak Uduh dengan arwah gurunya itu juga sudah difahami oleh To' Kiya
i Parjo. "Kalau kau dah kata begitu, terpulanglah" ujar To' Kiyai Parjo perlahan
.
Tiga hari selepas itu pun perut Naesah Lawa menjadi buncit. Lama kelamaan menjad
i busung hingga kulit perutnya mengening-ngening. Apa yang dilihat oleh Pak Uduh
melalui makrifatnya jelas telah berlaku ke atas Naesah Lawa. Seminggu selepas p
erutnya menjadi busung Naesah Lawa pun meninggal dunia.
Pada senja waktu maghrib hari dikebumikannya itulah Pak Uduh mendengar jeritan n
yaring dari tanah perkuburan. Jeritan itu juga didengar oleh orang-orang kampung
. Selepas menunaikan fardhu maghrib Pak Uduh bersama adik iparnya (iaitu adik le
laki Naesah Lawa) bernama Selamat telah pergi ke tanah perkuburan.

Jeritan itu memang jelas seakan-akan suara Naesah Lawa. Sebab itulah dia mengaja
k Selamat ikut sama melihatnya. Memang betul jeritan itu datangnya dari kubur Na
esah Lawa. Ketika mereka berdua sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu
jelas dan menusuk perasaan. Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air ma
ta Pak Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas kubur isterinya. Kala
ulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut meminta ampun kepada emaknya bagi
pihak Naesah Lawa. Tetapi semuanya telah berlalu, dia hanya dapat berdoa meminta
pertolongan Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa. Ketika mereka berdua sampai
rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk perasaan.
Dari kubur itu kelihatan
eristiwa yang menimpa ke
hlah dia melutut meminta
uanya telah berlalu, dia
gampunkan Naesah Lawa.

asap berkepul naik. Air mata Pak Uduh menitik melihat p


atas kubur isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bole
ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi sem
hanya dapat berdoa meminta pertolongan Allah supaya men

"Mat...." kata Pak Uduh sayu. "Kakak kau terseksa. Kau balik dan beritahu To' Ki
yai Parjo. Biar abang tunggu di sini buat apa yang patut" bisiknya tersedu sedan
. Kesedihan yang menusuk di jiwanya bukanlah kerana kematian isterinya, tetapi p
enderitaan yang ditanggung oleh isterinya setelah disemadikan di dalam kubur. Ka
laulah benar Naesah Lawa membuat perhubungan dengan lelaki lain dia boleh melupa
kan saja segalanya. Dia sedia mengampunkan dosa Naesah Lawa terhadapnya. Tetapi
perbuatan Naesah Lawa tergamak memberikan emaknya makan racun santau itu, hanya
emaknya sajalah yang boleh mengampunkan.
"Baliklah Mat, minta bantuan dari orang kampung" katanya lagi menahan kesedihan.
"Baiklah bang" sahut Selamat perlahan. "Macam mana pun abang sabarlah. Apa nak
buat dah nasib dia..." Selamat cuba mententeramkan perasaan Pak Uduh. Selamat te
rus balik ke rumah Pak Uduh, kerana di sana orang sudah berkumpul untuk mengadak
an kenduri aruah. To' Kiyai Parjo juga ada menunggu di rumah Pak Uduh. Segala ke
jadian yang dilihatnya di kubur kakaknya diberitahu oleh Selamat kepada mereka y
ang ada di situ. "Abang Uduh minta To' Kiyai ke sana" jelas Selamat.
Beberapa orang yang ada di atas rumah turun ke bawah. Mereka bersama-sama To' Ki
yai Parjo mengikut Selamat menuju ke kubur Naesah Lawa. Apabila sampai di kubur
mereka dapati Pak Uduh sedang membacakan Surah Yassin dengan tenang. Bunyi jerit
an juga mula mengendur. Kepul asap juga sudah mula berkurangan. Tetapi keadaan d
emikian sementara saja. Selepas itu asap dari kubur semakin menebal dan jeritan
suara meminta tolong semakin kuat. Sekali-sekala keluar api dari celah-celah kep
ulan asap itu.
Semakin kuat bacaan Surah Yassin dibacakan, semakin kedengaran jeritan nyaring t
idak ketahuan. "Begini Uduh...." To' Kiyai Parjo menepuk bahu Pak Uduh. "Kalau k
au izinkan kita galikan semula kubur Naesah ni, kita mandikan dia dengan air Yas
sin" ujarnya menahan kesedihan yang menusuk-nusuk. Pak Uduh hanya mengangguk. Li
dahnya sudah tidak terucapkan apa-apa lagi. "Kalau begitu kau Selamat, bawalah k
awan-kawan" To' Kiyai Parjo berpaling pada Selamat. "Bawa cangkul, bawa lampu ga
slin dan bawa air segeluk" perintahnya.
Selamat tidak menyahut. Dia terus mengajak beberapa orang pemuda balik semula me
ngambil barang-barang yang dipesan oleh To' Kiyai Parjo. Sementara bahang panas
dari kubur Naesah Lawa sudah dirasakan oleh Pak Uduh. Bagaimanapun dia tidak und
ur dari menahan panas yang semakin membahang itu. To' Kiyai Parjo membacakan ses
uatu doa sambil menghembuskan ke kubur Naesah Lawa. Lama To' Kiyai Parjo berdoa
barulah terasa bahang panas itu terasa berkurangan. Pak Uduh juga ikut sama berd
oa seperti yang pernah diajarkan oleh To' Kiyai Parjo kepadanya.
Tidak lama kemudian Selamat bersama dua tiga orang pemuda tadi datang membawa ca
ngkul dan lampu gaslin. Air sejuk di dalam jag diberikannya kepada To' Kiyai Par

jo. Setelah diperintahkan gali oleh To' Kiyai Parjo mereka pun sama-sama menggal
i semula kubur tersebut. To' Kiyai Parjo mahu memandikan saja jenazah yang sudah
dikebumikan itu dengan air yang sudah dibacakan Surah Yassin. Ketika menggaliny
a Selamat merungut-rungut juga kerana terasa panas. Tetapi To' Kiyai Parjo menas
ihatkan supaya tidak disebut-sebutkan perkara bahang panas itu.
Setelah digali semula Selamat cuba membuka papan yang menutup liang lahad, tibatiba dia terkejut dan cepat-cepat melompat ke atas. Mukanya jadi pucat ketakutan
. "Kenapa Mat...?" tanya Pak Uduh. Selamat tidak menjawab. Dia terkaku tidak bol
eh bercakap apa-apa. Untuk mempastikan keadaan sebenarnya mereka mendekatkan lam
pu gaslin ke tebing kubur. Pak Uduh sendiri membukakan papan dinding liang lahad
tersebut. Sebaik saja papan dinding itu ditarik ke atas mereka dapat melihat ul
ar-ular bisa berkumpul di dalam liang tersebut membelit jenazah Naesah Lawa yang
baru saja dikebumikan siang tadinya.
Dari mana datangnya ular-ular tersebut? "Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" kata
To' Kiyai Parjo bila melihat kejadian tersebut. Tentulah mustahil terdapat ular
di dalam kubur yang baru saja dikorek dan baru saja dikambus semula. Mustahil ju
a ada sarang ular di situ. Kalau mahu dikira ular bersarang di situ, bagaimana p
ula dengan api dan asap yang kelihatan di atas kubur tersebut. Anehnya apabila s
udah digali tidak ada langsung kesan asap atau api di situ.
"Jangan difikirkan sangat" To' Kiyai Parjo menasihatkan mereka yang terpegun mel
ihat kejadian tersebut. "Pengetahuan Allah meliputi tujuh petala bumi tujuh peta
la langit. Kita yang hidup ini insaflah........" jelasnya dengan linangan air ma
ta, bukan kerana kesedihan tetapi gementarnya kepada Allah. Kemudian dia menyira
mkan air sejuk di dalam jag yang sudah dibacakan Yassin ke tubuh Naesah yang dib
elit ular-ular bisa itu. Setelah disiram air tersebut ular-ular berkenaan lari m
enyusup di dalam lubang liang lahad dan hilang entah ke mana. To' Kiyai Parjo tu
run ke dalam kubur lalu mengepal tanah tiga kepal. Dia berdoa sambil menghembusk
an kepada kepalan tanah itu.
Dengan tidak menghiraukan sesiapa dia terus meletakkan tanah yang dikepal tadi k
e kepala mayat. Setelah semuanya selesai To' Kiyai Parjo memerintahkan supaya di
kambus semula. Hari berikutnya tidak ada lagi kedengaran jeritan dari kubur Naes
ah Lawa. Sementara di rumahnya Pak Uduh membaca Yassin setiap malam seperti yang
diingatkan oleh To' Kiyai Parjo.
Jadi, bila teringatkan pertemuan saya dengan Pak Uduh bersama Ali Burn, saya mer
asakan ada sesuatu yang mesti telah berlaku menyebabkan kubur Mat Yot Bidan itu
jadi demikian. Tetapi disebabkan Lebai Piut tidak mahu diungkit-ungkit lagi maka
saya pun tidaklah mahu bertanyakan lagi pada Judin Bauk. Bagaimanapun setelah J
udin Bauk balik ke rumah barulah Lebai Piut mahu menerangkan kepada saya kisah s
ebenarnya mengapa kubur Mak Yot Bidan boleh jadi begitu. "Bukan kerana ilmu sesa
t yang dituntut" kata Lebai Piut serba salah mahu menceritakan kepada saya. Teta
pi dosa kepada sesama makhluk, inilah yang berat hendak kita tanggung" jelasnya
mengeluh pendek.
"Tak ada dia menuntut ilmu sesat?" tanya saya. "Wallahhu'alam..." dia tersengihsengih bagaikan soalan itu mencuit hatinya. "Tetapi Yot tu berkehendakkan Latip
Pekak semasa dalam tangan suaminya lagi, iaitu aruah abang haji" katanya lagi. "
Ohhh, begitu..." saya terangguk-angguk mendengarkannya. Aruah abang haji yang di
sebutkan oleh Lebai Piut itu ialah abangnya sendiri Haji Suri. Saya juga mendeng
ar berita kematian aruah Haji Suri akibat termakan racun. Heran juga saya ketika
itu, kerana orang seperti dia masih ada juga orang sakit hati hingga tergamak m
emberi racun. Setahu saya aruah Haji Suri itu memang warak. Dia tidak pernah amb
il tahu masalah peribadi orang lain. Malah dia akan bercakap kalau ada perkara-p
erkara yang ditanyakan kepadanya saja. Bagaimana orang seperti dia masih ada ora
ng yang sakit hati terhadapnya. Kalau setakat hati pun tak apa juga, tetapi terg
amak pula memberikan racun.

"Yot yang memberinya racun....." tiba-tiba isteri Lebai Piut mencelah. "Hisss, a
wak tu diam" Lebai Piut berpaling kepada isterinya yang baru saja sampai menatan
g dulang air ke depan kami. "Mana awak tahu Yot yang racun, awak nampak?" katany
a perlahan, tetapi jelas dia tidak senang dengan sikap isterinya membuat tuduhan
itu. "Ramai orang cakap...." jelas Mak Ton tegas. "Cakap orang cuma syak wasang
ka saja. Allah saja Yang Maha Mengetahui" ujar Lebai Piut kesal dengan keterlanj
uran isterinya itu.
Memang Lebai Piut tidak mahu menerangkan lebih lanjut perkara sebenarnya. Tetapi
esoknya apabila saya tanyakan kepada Judin Bauk mengenai cerita kematian aruah
Haji Suri itu, memang dia juga pernah mendengar khabar angin kononnya kematian a
ruah Haji Suri itu akibat diracun oleh Mak Yot Bidan. Habis saja edah selepas ke
matian aruah Haji Suri itu, Mak Yot Bidan pun terus berkahwin dengan Latip Pekak
. Bagaimanapun orang-orang kampung tidak dapat ceritanya yang sahih, selain dari
khabar-khabar angin. Kalau ada pun mereka yang tahu tidak ada siapa pula yang b
erani bercakap terus terang. Maklum sajalah Mak Yot Bidan itu merupakan bidan di
dalam kampung. Masing-masing memerlukan pertolongan Mak Yot Bidan bila tiba wak
tunya.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai