Anda di halaman 1dari 8

TOK AWANG NGAH

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

002. POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG


BARU saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memangg
il dari tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lal
u membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motor
sikal hondanya. "Maaflah ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara seba
ik saja pintu terbuka. Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang su
dah mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih. Tetapi sudah menjadi kelaziman saya
tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam. Bangun tengah m
alam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan apabila malam Ju
maat. Saya akan melakukan Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga.
"Maaflah ustaz" ulangi lelaki berkenaan. "Tak apa, silalah masuk..." saya mempel
awanya. "Tak payahlah ustaz" sahutnya terus mara ke pintu rumah saya. "Saya nak
minta tolong pada ustaz. Aki Sahak yang suruh panggil ustaz" katanya. "Rumahnya
di mana?" tanya saya mahu mempastikan. Saya sendiri tidak berapa kenal dengan le
laki berkenaan, tetapi rasanya dia lebih tua dari saya. "Saya Sonok dari Kampung
Simpang" jelasnya menghulurkan tangan kepada saya. "Petang tadi saya pergi ambi
l Aki Sahak di Mancis rumah anaknya. Aki Sahak ada di rumah saya, tapi dia suruh
panggil ustaz juga" dia tersengih-sengih. Berdebar juga hati saya bila Aki Saha
k meminta saya datang. Tentulah perkaranya besar juga, kalau tidak masakan dia m
enyuruh Sonok mencari saya. Mujur juga Sonok dapat mencari rumah saya di situ. K
alau sekadar gangguan syaitan Aki Sahak tidak pernah memanggil saya. Dia sendiri
boleh menghadapinya kalau ada orang sakit diganggu syaitan.
Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanya kepada sesiapa pun mengenai tujuan mere
ka memanggil saya. Memang sudah saya duga biasanya kalau orang mencari saya pada
tengah-tengah malam tentulah perkaranya ada pesakit yang memerlukan rawatan. He
ran juga saya selama datang ke kampung itu, mereka sudah menganggap saya macam b
omoh. Berkali-kali saya memberitahu mereka saya bukanlah bomoh. Disebabkan yang
meminta saya datang itu Aki Sahak membuatkan saya serba salah. Nampaknya saya me
sti memikirkan perkara mahu bertukar dari situ, kerana bimbang orang akan salah
anggap. Nanti mereka menyangka saya seorang bomoh, sedangkan saya tidak tahu apa
-apa mengenai ilmu bomoh. Kalau saya tidak mahu datang apa pula kata Aki Sahak.
Sejak saya bertukar ke daerah itu, kerapkali sangat Aki Sahak meminta saya memba
ntu dia. Ingin juga saya membantah tetapi cepat-cepat dia mengingatkan, "Kerja n
i semua buat kerana Allah saja....".
Selepas bersiap-siap memakai baju, saya pun terus membonceng motorsikal Sonok. M
alam gelap gelita tidak ada bintang-bintang di langit. Saya sampai di rumah Sono
k kira-kira jam 11 lebih. Aki Sahak sudah ada di situ duduk di hujung serambi. B
eberapa orang jiran Sonok juga ada di situ. Saya memberi salam ketika menaiki ta
ngga rumah. Kemudian bersalaman dengan mereka yang duduk di serambi. "Terus ke h
ujung ustaz, terus ke hujung" seorang lelaki tua menyuruh saya duduk di hujung s
erambi dengan Aki Sahak. Kampung ini kira-kira empat batu jauhnya dari tempat Ak
i Sahak tinggal. Semasa saya sampai itu mereka sudah bercerita fasal anak Abang
Amud yang tenggelam dalam lombong. Aki Sahak memberitahu sayalah yang telah memb
antunya mencarikan mayat itu yang tenggelam di dalam lombong.
Akhirnya perhatian mereka sudah beralih kepada saya, bukanlah kepada Aki Sahak.
Sebenarnya Aki Sahak cuba mengelak-ngelak juga apabila dipanggil orang merawat p
esakit, tetapi kadangkala serba salah juga. Tidak heranlah mengapa bomoh-bomoh t
erpaksa mengenakan bayaran kerana penat lelah mereka terpaksa berjaga hingga jau
h malam. Malah ada kalanya tidak cukup tidur sekiranya dipanggil orang. Bagaiman
a kalau sampai pagi baru selesai kerjanya? Tentulah esoknya menjadi letih dan me
reka tidak dapat bekerja mencari rezeki nafkah hidup? Tetapi kebanyakan orang me
nuduh bomoh-bomoh itu mementingkan wang semata-mata apabila mengubat pesakit.

Bagaimana kalau kami lakukan secara sukarela seperti Aki Sahak ini? Nampaknya se
nang saja iaitu duduk sambil berdoa. Tetapi ketika berdoa ini mestilah dengan kh
usyuk atau istilah moden 'kosentrasi', kadangkala terasa kepala bagaikan mahu pi
tam kalau 'khusyuk' ini dilakukan sampai hampir satu jam. Inilah yang tidak difa
hami oleh kebanyakan orang. Apabila saya bertukar ke daerah kecil ini Aki Sahak
terus meminta saya membantu dia. Bagi penduduk-penduduk di daerah ini pula asal
saja mendapat tahu tentang seorang bomoh mereka akan segera mendapatkannya kalau
menghadapi kesakitan. Kadangkala diserang demam panas pun segera mencari bomoh,
pada hal penyakit demikian lebih baik dibawa ke hospital.
Kesihan juga saya melihatkan Aki Sahak. Tidak pernah dia boleh duduk diam di rum
ah untuk beribadat dan sebagainya. Ada saja orang menjemputnya. Kadangkala sampa
i ke Karak di Pahang, ke Segamat di Johor, ke Tampin juga. Kadangkala dia sengaj
a melarikan diri ke rumah anaknya di Mancis, namun dapat juga dicari orang.
"Anak Sonok ni hilang dari rumah" beritahu Aki Sahak berpaling kepada saya. "Jad
i, itulah nak minta kau sama-sama bantu" jelasnya meleret senyum. "Eh, Aki soran
g pun boleh....." ujar saya tersengih-sengih. "Tidak..." sahutnya tegas. "Aku ta
k kemampuan, sebab itulah perlu sangat kau membantu. Ini bukan kerja manusia....
.." dia mula serius. "Dah bagi tau polis?" soal saya. "Tak lagi, tapi ketua kamp
ung dah beritahu..." sahut Sonok perlahan. "Bila hilangnya?" saya memerhatikan S
onok tersandar pada jenang pintu induk rumah. "Hari ni tadilah" jelasnya bertamb
ah gelisah. "Tengahari tadi dia mengembala kambing ke tepi kebun getah nun, top.
..top....kambing aje balik petang tadi. Dia entah ke mana" Sonok menerangkan.
Berita kehilangan anak Sonok yang berumur 10 tahun itu segera diberitahu kepada
jiran-jiran. Biasanya petang-petang selepas balik dari sekolah, Tamin mengembala
kambing di hujung kampung. Dia bukanlah penuntut di sekolah tempat saya mengaja
r. Sebab itulah saya tidak mengenali sangat keluarganya. Kebanyakan penjaga muri
d di sekolah saya mengajar memang saya kenali. Lagi pun sekolah yang jauh di kam
pung pedalaman ini, bukanlah ramai sangat muridnya. Jadi, cepatlah dapat bermesr
a dengan penjaga-penjaga mereka. Lagi pun mereka mulai mengenali saya, sejak per
istiwa anak Abang Amud.
Ketika ini penduduk kampung tempat Aki Sahak tinggal itu pun masih belum tentera
m akibat gangguan bunyi air disedut lubang bergaung dari lombong tersebut. Terut
amanya bila tengah malam ornag-orang yang tinggal berhampiran dengan lombong dap
at mendengarnya dengan jelas. Ada juga Tonel memberitahu Sali dia ternampak dari
jauh satu benda melintang di tengah lombong. Tidak lama kemudian benda itu teng
gelam semula ke dalam air. Mungkinkah ular besar yang dikatakan oleh orang-orang
kampung selama ini?
"Saya minta ustaz cuba-cubalah sikit" pinta isteri Sonok tiba-tiba muncul di pin
tu induk rumah itu. Matanya bengkak bekas menangis. "Cubalah ustaz, kalau mati n
ak tengok juga mayatnya" dia mula terisak-isak menahan kesedihan yang menusuk. "
Hisss, jangan cakap macam tu" Sonok mendongak sambil menguis paha Siti dengan si
kunya. "Tak ada apa-apa tu, boleh jadi Tamin sesat. Sabarlah sikit......" katany
a macam menasihatkan isterinya. Sedangkan dia sendiri pun saya lihat resah gelis
ah sejak datang menjemput saya tadi. "Cubalah ustaz" pinta Siti lagi merayu-rayu
. "Saya dah dengar fasal ustaz di Kampung Hulu bila anak Amud jatuh ke lombong.
Saya harap benar dengan ustaz ni" ujarnya tidak menghiraukan suaminya yang tersa
ndar pada jenang pintu induk rumah. "Sabarlah kak...." saya pula meminta dia ber
tenang. "Kita tengok dulu macam mana, jangan tergopoh-gopoh. Kalau kita sudah ya
kin Allah saja memberi perlindungan dan tempat meminta pertolongan, bertenanglah
" kata saya mengingatkan.
Selalunya demikianlah ibu-ibu menghadapi dugaan apabila anak-anaknya menghadapi
masalah. Tetapi saya tidak dapat salahkan mereka, kerana perasaan manusia selalu
nya mudah digoda. Mereka mudah hilang pertimbangan dan segera meminta pertolonga
n dari siapa saja, pada hal tempat meminta pertolongan hanya semata-mata kepada

Allah. Ketika meminta pertolongan inilah syaitan menjanjikan pertolongan. Orang


yang tidak sabar akan segera meminta pertolongan pada syaitan tadi. Akhirnya ter
pedayalah dengan perangkap syaitan mahu menggoda manusia menukar aqidah, dengan
meminta pertolongan kepadanya.
"Kita tunggu dulu apa kata Aki Sahak" saya menepuk bahu Aki Sahak yang duduk mrn
yandar pada dinding. "Tak ada apa kita boleh buat, sebab budaknya tak ada di sin
i" Aki Sahak tersenyum penuh makna. "Nak dicari tak tahu di mana, sebab pancaind
era kita hanya untuk melihat benda yang nyata" ujarnya tersengih-sengih. "Jadi m
acam mana ni Aki. Anak saya Aki, macam mana" Siti terus meraung tidak dapat mena
han perasaan sebak yang menumpu di dadanya.
Kemudian Aki Sahak meminta saya melakukan tidur seperti pernah dilakukan ketika
mencari anak Abang Amud di dalam lombong. Setelah berbincang dengan Aki Sahak sa
ya bersetuju tidur sendiri dengan tidak payah dikawal oleh Aki Sahak. Seperti ya
ng telah saya jelaskan cara pengubatan tidur samalah seperti bomoh-bomoh gunakan
semasa mereka 'menurun', tetapi caranya saja berlainan. Bomoh-bomoh selalu meng
gunakan 'akuan' tertentu sebagai sahabat, manakala cara tidur yang saya lakukan
hanya satu penyerahan kepada Allah.
Cara memulakannya tidaklah memerlukan menyeru berbagai-bagai nama, tetapi memuda
hi dengan berastaghfar kepada Allah Yang Maha Pengampun, kemudian membaca A'uzub
illah meminta dilindungkan dari syaitan, Bismillahhirrahmannirrahim, Selawat kep
ada Rasullullah dan tasbih mensucikan keagungan Allah. Para ahli sufi tidaklah p
erlu cara tidur seperti yang saya lakukan, baginya memadai merenung saja ke dala
m makrifat dan mereka akan mengetahuinya. Tetapi pengajian kita belum sampai kep
ada tingkat ahli sufi, maka cara tidur inilah untuk merenung secara makrifat. It
ulah saya katakan amat sukar mahu menerangkannya di sini, kerana hanya orang-ora
ng yang mengetahui saja tahu apakah yang saya gambarkan ini.
"Kau tidur dulu dan cari di mana budak tu sekarang" bisik Aki Sahak. "Tak payah
beritahu apa-apa pada Aki. Lepas tu nanti baru kita sama-sama mencari di mana di
a" katanya lagi. Saya mengangguk. Saya pun memulakan tidur saya. Tidak lama kemu
dian saya merasa diri saya sudah berada di satu kawasan paya. Saya terus menyebe
rangi paya hingga sampai ke seberangnya yang dipenuhi oleh belukar rotan. Puas s
aya memerhati sekelilingnya tidak ternampak pun anak lelaki Sonok yang hilang it
u. Dalam pada itu yang mesti saya ingatkan ialah lorong-lorong jalan serta pedom
an yang terdapat di situ untuk membolehkan orang-orang kampung mencarinya nanti.
Sebab cara yang saya lakukan ini tidak dapat membawa Tamin balik ke rumah, kecu
ali kalau dipandu oleh Aki Sahak. Kalau tidur bersendirian ini hanya untuk melih
at saja, bukan untuk melepaskan dia sekiranya dikawal oleh syaitan yang terdiri
dari makhluk-makhluk halus.
Saya menyusup di bawah duri-duri rotan itu memerhatikan kalau-kalau dia disorokk
an di situ, tetapi tidak juga kelihatan. Biasanya yang melarikan budak demikian
ialah bunian. Tempat yang demikianlah selalunya disukai oleh bunian. Bagaimanapu
n Tamin tidak ditemui di situ. Hampir saja saya putus asa kerana tidak dapat men
cari Tamin. Dalam keadaan demikianlah saya membacakan Surah Waddhuha untuk membu
ka jalan supaya pandangan saya tidak dilindungi oleh makhluk-makhluk halus. Bag
i memudahkan lagi saya terus membesarkan diri hingga melangkaui pokok-pokok besa
r yang tinggi. Ketika inilah saya nampak seorang budak lelaki terselit di celah
dahan pokok petai. Saya camkan betul-betul memang benar itulah budak yang sedang
dicari. Dari segi akal memang mustahil bagaimana Tamin yang baru berumur 10 tah
un itu boleh memanjat pokok yang dianggarkan lima pemeluk. Pokok itu pula terlal
u tinggi yang dahannya yang paling bawah sekali sama tingginya dengan pucuk kela
pa saka. Bayangkanlah bagaimana budak tersebut boleh sampai di celah dahan pokok
petai itu, yang saya anggarkan kira-kira lebih 30 kaki tingginya.
Setelah saya cam semua pedoman di kawasan pokok petai itu, saya pun balik semula
. Apabila saya terjaga Sonok suami isteri sudah duduk berdepan dengan saya. Tida

k sabar-sabar lagi dia mahu mengetahui sama ada saya sudah berjumpa atau belum a
naknya. Beberapa kali saya menggelengkan kepala. Saya bagaikan tidak percaya den
gan apa yang saya lihat. Bagaimanapun saya terus memberitahu mereka apa yang tel
ah saya lihat.
"Dah kau pagar tempat tu?" tanya Aki Sahak. Saya menganggukkan kepala. "Budak tu
dia tak dapat ambil lagi" Aki Sahak menghela nafas. "Jadi, kalau mahu malam ni
juga kita cari, kalau tunggu besok takut terjatuh pula budak tu. Maklumlah penja
ga tak dapat masuk dekat lagi" kata Aki Sahak merenung muka Sonok. "Eloklah mala
m ni juga kita ke situ" sahut Pak Jeli lelaki tua yang mula-mula menegur tatkala
saya sampai tadi. Dia ialah ayah Siti iaitu bapa mertua Sonok. Rupanya dia ini
seorang bomoh juga di kampung itu. Walaupun dia seorang bomoh tetapi tidaklah di
a merasa irihati dengan usaha-usaha yang kami buat. Memang ada cerita mengatakan
seseorang bomoh itu akan marah apabila ada orang lain mahu menunjukkan kepandai
an melebihi dia. Tetapi itu adalah tanggapan saja. Seorang bomoh yang bertanggun
gjawab tidak akan menghalang orang lain melakukan sesuatu untuk menolong pesakit
nya, malah dia sendiri akan sama-sama membantu mengikut kemampuannya. Pak Jeli s
endiri mengakui ilmu bomohnya tidak sampai kepada kekuatan doa-doa yang mengguna
kan ayat-ayat Quran ini. Selama ini dia sendiri memang mengakui akan kebolehan A
ki Sahak.
Kira-kira 10 orang jiran ikut sama dengan Sonok menuju ke tempat yang saya katak
an seperti yang dapat saya lihat tadi. Di antaranya ialah Tapa Sungkur yang bias
a memanjat pokok petai. Sengaja Tapa Sungkur menawarkan diri setelah mendengar k
eterangan saya bahawa Tamin dibawa ke atas pokok yang tinggi. Saya dan Aki Sahak
juga ikut sama. Malah Pak Jeli sendiri sanggup ikut sama. Maklumlah Tamin itu c
ucu kesayangannya. Kami masuk ke hutan melalui kebun getah di hujung kampung den
gan membawa suluh andang dari daun nyiur kering. Pak Jeli membawa lampu suluh en
am sambung yang digunakan untuk menyuluh musang. Disebabkan Tapa Sungkur yang se
lalu masuk ke hutan dialah yang berjalan di hadapan sekali. Manakala saya berjal
an di belakang sedikit tetapi tidaklah jauh dari Tapa Sungkur, kerana pedoman se
benarnya menuju ke tempat yang hendak dicari ialah di dalam ingatan saya.
Apabila masuk ke kawasan hutan saya seolah-olah hilang pedoman. Tidak dapat hend
ak dicari tempat yang saya lihat melalui tidur tadi. Mungkin keadaan malam terla
lu gelap menyebabkan kami tidak dapat mencari arah. Tapa Sungkur juga sudah berp
using membawa kami sampai ke pinggir anak air, tetapi paya yang dicari tidak jug
a bertemu. "Kalau paya bukan di sini agaknya" Pak Jeli bersuara di belakang. "Ya
ng aku tau kawasan paya di sebelah baruh kebun getah tadi. Nampaknya kena berpat
ah balik kita....." ujarnya meragui jalan yang dibawa oleh Tapa Sungkur. "Di sit
u mana ada pokok petai" laung Tapa Sungkur meyakinkan Pak Jeli jalan yang dituju
sekarang adalah betul. "Di situ pun tak ada belukar rotan......" katanya menamb
ah. "Eloklah kita tengok dulu....." sahut Pak Jeli mencadangkan. "Jangan gopoh-g
opoh" Aki Sahak cepat-cepat mencelah. Dalam usaha demikian tidak boleh berbantah
-bantah. Kerja berbantah-bantah itu memang kerja syaitan untuk melalaikan insan
sehingga kerja-kerja yang mahu dilakukan tidak berhasil. "Kita tak boleh gopoh-g
opoh, semuanya mesti bersabar. Ikut dulu ke mana hala yang diingatkan oleh ustaz
tu tadi" ujarnya keras sedikit.
Pak Jeli tidak menyahut. Tapa Sungkur juga diam. Mereka tidak mahu menyinggung p
erasaan Aki Sahak. Selama ini memang Aki Sahak menjadi tumpuan penduduk-penduduk
kampung berhampiran di daerah itu. Kadangkala mereka kecewa mahu mendapatkan kh
idmat Aki Sahak kalau ada orang-orang dari Karak di Pahang memanggilnya. Atau or
ang-orang dari Segamat dan Tampin juga. "Saya cuma agak-agakkan aje Aki" tiba-ti
ba Pak Jeli menjelaskan dari belakang. Bimbang juga dia kalau-kalau Aki Sahak te
rsinggung dengan sikapnya cepat sangat menyalahkan Tapa Sungkur menunjukkan jala
n. "Tak baik berbantah-bantah" ujar Aki Sahak mengingatkan sambil berdehem-dehem
macam kahak tersangkut di tekak. "Dengar dulu apa cakap ustaz, dia yang dapat m
engagak jalannya" katanya termengah-mengah menyusur lereng bukit. Pak Jeli terus
mendiamkan diri. Dia juga termengah-mengah menyusur lereng bukit kerana banyak

akar-akar pokok besar menungkal. Malam bertambah gelap di dalam hutan demikian.
Ketika ini sudah lebih pukul 12 malam. Bunyi kuang sayup-sayup di balik bukit di
selang-seli bunyi ngiang-ngiang cengkerik bersahutan. Saya berhenti sejenak di a
tas akar kayu menungkal sambil mendongak ke atas. Melihatkan saya berhenti merek
a semua pun ikut sama berhenti. Aki Sahak pun sudah sampai di belakang saya.
"Nanti dulu Tapa..." Aki Sahak memanggil apabila Tapa Sungkur yang di depan mahu
meneruskan perjalanan. Tapa Sungkur berpatah balik ke belakang mendapatkan saya
. Perlahan-lahan saya membaca Surah Waddhuha bagi mendapatkan semula pedoman jal
an menuju ke pokok besar yang kami cari. Selepas membaca tiga kali Surah Waddhuh
a saya dapat melihat dengan jelas paya di bawah lereng bukit. Paya itulah tidakl
ah buyau, tetapi cuma tanah pamah yang ditumbuhi pucuk-pucuk paku. "Cuba ikut ke
bawah ni Tapa" saya memuncungkan bibir ke bawah lereng bukit. Tapa Sungkur teru
s melompat mencari jalan untuk ke seberang tanah pamah tadi. Sonok mengekorinya
dari belakang. Manakala saya berjalan di belakang Sonok dan diikuti oleh Aki Sah
ak serta Pak Jeli. Jiran-jiran yang lain semuanya berjalan di belakang. Memang b
etul sebaik melepasi saja kawasan tanah pamah itu kami menemui belukar rotan yan
g padat. Tidak ada lorong mahu menembusi belukar ini. Kami terpaksa berlegar-leg
ar mencari jalan untuk naik ke bukit di sebelahnya.
"Bangsat...!" saya terdengar Pak Jeli merungut. "Orang di sini nak cari geruh ru
panya. Tahulah aku! Tahulah aku! Ustaz ni akan ajar kau. Aku bawa ustaz ni untuk
ajar kau...!" dia menggertap bibir. Sebaik saja ke kawasan di situ Pak Jeli sud
ah dapat menangkap gangguan tersebut, kerana dia memang pun seorang bomoh. "Dia
nak merasa penangan Aki Sahak dengan ustaz dengan Pak Jeli, biarkan!" gerutu Tap
a Sungkur terkial-kial mahu mencari jalan melepasi belukar rotan yang padat. "Ja
ngan gempur dia dulu Jeli..." kata Aki Sahak mengingatkan. "Kita jumpa anak Sono
k dulu dan kita bawa balik, lepas tu baru gempur" ujar Aki Sahak selanjutnya. Di
a bimbang Pak Jeli tidak sabar bila menghadapi suasana demikian. Disebabkan dia
seorang bomoh tentulah dia tidak peduli apa lagi bila mahu menentang makhluk-mak
hluk halus demikian. Kadangkala tindakan demikian boleh membahayakan orang yang
sedang diganggu oleh syaitan tersebut. Orang demikian sudah tidak ada semangat l
agi, kerana sudah dikuasai oleh makhluk-makhluk halus. Kalau tersilap langkah su
kar untuk memulihkan semula semangatnya.
"Jangan gempur dulu Jeli!" ulangi Aki Sahak. "Iyalah Aki..." sahut Pak Jeli. "Sa
ya serahkan pada Aki dan ustaz saja. Saya bantu dari belakang" jelasnya. Puas be
rlegar-legar kami sampai ke kawsan belukar bemban. Dari sanalah Tapa Sungkur me
mbelok ke kanan mencari pokok besar seakan-akan pokok petai yang saya sebutkan
itu. Sebaik saja melepasi belukar bemban itu barulah kami bertemu sebatang pokok
besar terpencil dari pokok-pokok yang lain. "Aki..." Pak Jeli menarik bahu Aki
Sahak. Tangannya menyuluh ke atas dengan lampu picit sambung enam. "Itu Aki, ten
gok tu, tengok" katanya bergetar menggertap bibir.
Kami semua nampak Tamin di atas pokok tersebut. Bagaimanakah cara mahu memanjat
ke atas sedangkan pokok itu terpencil di situ. Kalau ada anak-anak kayu bolehlah
memanjat mengikut anak-anak kayu. Manakala Tamin pula berpaut pada dahan yang d
i atas sekali. Bagaimanakah Tamin boleh sampai ke atas pokok demikian besar? Sed
angkan orang-orang dewasa pun tidak tahu bagaimanakah caranya mahu naik memanjat
memandangkan pokok itu tidak dapat dipeluk. Demikianlah perlakuan mahkluk-makhl
uk halus yang tidak dapat kita lihat melalui pancaindera biasa, kecuali melalui
makrifat. Tentulah kerjanya membawa Tamin ke atas pokok tersebut.
Disebabkan kami sudah tahu bahwa Tamin berada di atas pokok yang tinggi, maka ka
mi memang sudah membawa persediaan yang cukup seperti tali serta kapak. Dengan p
erkakas-perkakas demikian mudahlah Tapa Sungkur mahu memanjatnya. Mula-mula Tapa
Sungkur menakik pokok itu dibuat bertangga bagi memudahkan kakinya berpijak. Ta
li dililitkan sekeliling pokok dan dengan ini boleh memautkan pinggangnya di cel
ah tali tersebut. Sedikit demi sedikit dia menakik pokok dengan kapak, sedikit d
emi sedikit dia naik ke atas. Sehinggalah Tapa Sungkur berjaya memanjat naik, ti

mbul juga masalah bagaimana mahu menurunkan Tamin. Dia tidaklah pengsan atau tid
ak sedar diri. Tetapi seperti orang kebingungan tidak tahu apa-apa pun berlaku k
e atas dirinya. Bila dipanggil namanya dia menyahut. Sebaliknya kalau ditanya ya
ng lain-lain dia hanya menggeleng kepala atau mengangguk saja.
Tali yang dibawa pula tidak cukup panjang untuk membolehkan Tapa Sungkur menbawa
Tamin turun. Kami semua menjadi hilang akal. Adalah satu perkara mustahil untuk
membawa seorang kanak-kanak berumur 10 tahun turun dari pokok demikian tinggi.
Kalau silap-silap berpaut mungkin dua-dua sekali terjun ke bumi. Setelah puas me
mikirkan cara untuk menurunkan Tamin, akhirnya Pak Jeli sudah tidak sabar lagi.
Saya lihat dia menggertap bibir menahan perasaan marahnya. "Aki, sekarang biar g
iliran saya dulu" katanya memandang Aki Sahak. "Silakan..." sahut Aki Sahak perl
ahan. "Ustaz, tadi giliran ustaz. Sekarang biar saya pula" Pak Jeli menoleh kepa
da saya pula. "Silakan Pak Jeli" kata saya. Itulah baiknya bila kita ramai. Mung
kin salah seorang dari kita mempunyai kelebihan dari satu segi, dan lemah dari s
egi lain. Manakala dari segi yang lemah itu, orang lain pula mempunyai kelebihan
. Demikianlah antara saya, Pak Jeli dan Aki Sahak ketika ini. Aki Sahak dan Pak
Jeli memerlukan saya untuk mencari di manakah Tamin dilarikan oleh syaitan. Teta
pi dalam kelam kabut untuk membawa Tamin turun dari pokok mungkin Pak Jeli lebih
berpengalaman dari Aki Sahak dan saya sendiri. Di sinilah pentingnya kami semua
berpadu tenaga.
"Tapa..." laung Pak Jeli di dalam gelap malam yang sepi itu. Suaranya bergaung k
e balik bukit. "Tapa, turun dulu. Biarkan dia di situ. Turun kau dulu..." dia me
nyeru Tapa Sungkur supaya turun. "Turun dulu Tapa" Aki Sahak juga memanggilnya.
"Biar Jeli pula naik. Jeli sendiri nak naik" laungnya dari bawah. Terpaksalah Ta
pa Sungkur turun dengan hampa. Ketika ini sudah lebih pukul tiga pagi. Tamin mas
ih juga belum dapat dibawa turun. "Setahu saya kawasan ni tak ada pokok petai" k
eluh Tapa Sungkur sebaik saja dia sampai ke bawah. Hairan juga dia dari mana dat
angya pokok petai di situ. Kawasan hutan di situ semuanya sudah dalam kepala Tap
a Sungkur. Dia sudah mahir di mana selekohnya, di mana pokok petainya, di mana r
otannya. Cuma dia satu-satunya yang selalu mencari petai di situ.
Sebaik saja Tapa Sungkur sudah turun, Pak Jeli terus mengelilingi pokok petai be
rkenaan. Kemudian dia menampar perdunya tiga kali. Ketika ini Aki Sahak membisik
kan kepada saya supaya membantu Pak Jeli. Apabila saya dan Aki Sahak sudah terpa
ksa mengambil keputusan menggempur bersama Pak Jeli, cuma kami bertiga sajalah d
apat berhubung antara satu sama lain. Saya dengan Aki Sahak memang mempunyai car
a yang sama, tetapi Pak Jeli berlainan sedikit. Bagaimanapun kami masih dapat be
kerjasama. Sementara jiran-jiran yang sama ada di situ hanya melihat kami bertig
a dari mata kasar saja. Oleh itu mereka melihat hanya Pak Jeli berkeliling pokok
, sementara saya dan Aki Sahak berdiri memejamkan mata. Pokok petai yang terserg
am di depan kami sudah bertukar menjadi lembaga hitam yang tinggi. Pak Jeli juga
sudah berdiri sama tinggi dengan lembaga hitam berkenaan.
"Awak rupanya ye!" jerkah Pak Jeli lalu menampar muka lembaga hitam itu tiga kal
i. "Awak tak tau ke, bukankah cucu kawan yang awak larikan tu" dia bercekak ping
gang mencabar lembaga hitam itu seterusnya. Lembaga hitam itu cuba menyiku Pak J
eli, tetapi dengan pantas kakinya menyepak pada bahagian dada. Tamin masih juga
dikepitnya di celah ketiak. "Sekarang serahkan cucu aku!" suara Pak Jeli keras m
engancam lembaga hitam tersebut. "Aku tahu asal kau jadi, orang memburu sesat di
hutan asal kau jadi" bentak Pak Jeli bertambah marah. "Awak jangan cari geruh J
eli..." jerkah lembaga hitam itu. "Awak dapat sahabat baru, sahabat lama dah lup
a. Tak mengenang budi awak ni Jeli!" katanya menyindir. "Kawan tak peduli." sahu
t Pak Jeli. "Kalau awak tak serahkan cucu kawan, bertempurlah kita. Belum tentu
siapa yang geruh" Pak Jeli teru menyepak dagu lembaga hitam itu. DIa tetap berke
ras tidak mahu melepaskan Tamin yang dikeleknya.
Seperti yang saya katakan Pak Jeli mempunyai cara bomohnya. Dia terpaksa menenta
ng lembaga hitam setinggi 30 kaki dengan kekuatan tenaganya sendiri. Manakala sa

ya dan Aki Sahak tidak menentang dengan kekuatan secara makrifat, tetapi dengan
ayat-ayat Quran saja. "Wallauanna Quranna Suyirat bihhil jibalu.." saya membaca
doa lalu menghembuskan dari jauh. Serta merta terpancar kilat dengan petir memuk
ulo kepala lembaga hitam itu. Saya lihat Aki Sahak menghembuskan ayat, "Lanarjum
annakum..." sekaligus memancar panah api menyinggahi tubuh lembaga hitam itu.
"Ampun.." teriaknya merintih. "Belum pernah kawan jumpa ilmu macam ni tinggi. Am
pun...Jeli, minta sahabat baru awak tu, jangan seksa kawan macam ni. Kita bersah
abat lagi Jeli" ujarnya merayu-rayu meminta belas kasihan. "Baru awak tau, siapa
sahabat kawan!" ejek Pak Jeli sambil menampar muka lembaga itu tiga kali lagi.
"Cukuplah Jeli, cukuplah" rayu lembaga itu lagi. "Sekarang, serahkan cucu aku!"
bentak Pak Jeli menyepak betis lembaga itu pula. "Kalau awak nak berlawan, satu
sama satu Jeli..." dia mencabar Pak Jeli setelah panah api tidak mengancamnya la
gi. "Awak pun kalau nak berlawan, serahkan cucu kawan dulu" sahut Pak Jeli semak
in berang. "Kalau awak berani, dengan kawan, jangan dengan cucu kawan" Pak Jeli
terus menyerbu menyiku rusuknya. Lenbaga hitam itu terhuyung-hayang akibat disik
u oleh Pak Jeli. Tetapi dengan pantas dia cuba membalas dengan menampar Pak Jeli
. Bagaimanapun Pak Jeli sempat mengelak. Sekali lagi Pak Jeli menendang dada lem
baga hitam berkenaan. "Bukankah kawan dah cakap, awak tak dapat mengalahkan kawa
n, bangsat puaka hutan jembalang tanah" Pak Jeli menggertap bibir. "Sekarang lep
askan cucu aku!" jerkahnya.
Lembaga itu mengejek dengan ketawa. Dia tetap tidak melepaskan Tamin dari kelekn
ya. Ketika ini orang-orang yang ada di bawah pokok hanya mendengar Pak Jeli berb
antah-bantah dengan Tamin di atas pokok. Suara Tamin bergaung sampai ke bawah. "
Lepaskan cucu aku!" bentak Pak Jeli lagi. "Awak kata kuat, cubalah ambil sendiri
..." lembaga hitam itu tertawa mengejek. Kemudian saya lihat Pak Jeli menerkam g
arang mahu merampas Tamin dari kelekan lembaga hitam itu. Mereka bergomol menunj
ukkan kehandalan masing-masing. Ketika ini juga Aki Sahak membcakan sesuatu doa
lalu menghembuskan ke arah lembaga hitam tersebut. Sekaligus api dari segenap pe
njuru menyerbu ke arah lembaga hitam. Terjerit-jerit dia menahan kesakitan. Teta
pi Aki terus meniup ke arahnya. Saya juga mengulangi beberapa ayat lain bagi mem
bantu Pak Jeli yang membuat serangan. "Hazihi jahannamullati kuntum tu'adun..."
saya menghembuskan ke arahnya. Serentak dengan itu petir dan kilat memancar mene
rkam ke kepala lembaga hitam. "Jeli, kau berani kerana sahabat-sahabat kau memba
ntu" rintih lembaga hitam itu gementar. "Ilmu sahabat-sahabat kau terlalu tinggi
. Belum pernah aku menentang ilmu yang demikian tinggi..." katanya merayu supaya
tidak diserang lagi.
Bagaimanapun Aki Sahak tetap tidak mempedulikan rayuan lembaga hitam ini. Memand
angkan Aki Sahak terus menentang, saya juga tidak berhenti dari meneruskan seran
gan. Asap berkepul-kepul meliputi lembaga hitam setinggi 30 kaki itu akibat tubu
hnya terbakar. Dengan yang demikian dapatlah Pak Jeli merampas semula Tamin dari
bawah kelek lembaga itu. Sebaik saja Tamin berada dalam tangan Pak Jeli, lembag
a hitam itu terpelanting jauh dihembus oleh Aki Sahak. Dia menjerit-jerit kesaki
tan ketika melayang ke udara ditiup oleh Aki Sahak. Apabila keadaan pulih semula
kami pun baliklah membawa Tamin yang masih dalam kebingungan. Kira-kira hampir
jam 6.00 pagi barulah kami semua sampai di rumah Sonok. Terasa mengantuk betul m
ata akibat keletihan dan tidak tidur semalaman.
Semasa dalam perjalanan balik itu sempat Tapa Sungkur bercerita mengenai apa yan
g dilihatnya. Katanya dia hairan bagaimana Pak Jeli yang sudah berumur itu boleh
memanjat pokok petai yang tinggi macam beruang memanjat pokok saja. Dia tidak p
erlu menggunakan apa-apa, seolah-olah kaki dan tangannya melekat pada pokok berk
enaan. Semasa dia membawa Tamin turun dari pokok mudah saja kepadanya seperti me
njinjing kapas. Inilah yang menghairankan jiran-jiran yang menyaksikan Pak Jeli
menyelamatkan cucunya Tamin. "Kalau macam tu bolehlah ajak Pak Jeli cari petai k
e hutan" Tapa Sungkur mengusik. "Bukan selalu boleh buat macam tu..." cepat-cepa
t Sonok mencelah bila mengenangkan bapa mertuanya boleh memanjat pokok setinggi
30 kaki macam berjalan di atas tanah saja. "Hanya masa-masa tertentu saja dia bo

leh lakukan macam tu. Kalau saja-saja nak tunjuk mampus tak dapat" katanya mener
angkan. "Iya, ini bukan barang permainan..." Aki Sahak pula bersuara keras. "Jan
gan heboh-hebohkan sangat apa yang kamu lihat tadi. Kalau boleh perkara di pokok
tadi, biar habis di pokok saja" dia mengingatkan supaya keanehan yang dilihat s
ebentar tadi tidak diceritakan kepada orang-orang kampung yang tidak ikut sama.
Saya juga setuju dengan Aki Sahak. Perkara yang berlaku ke atas Pak Jeli yang di
lihat boleh memanjat pokok setinggi 30 kaki seperti berjalan di atas tanah, buka
nlah satu pertunjukkan sarkas. Ianya digunakan pada masa yang diperlukan saja. W
alaupun Tamin dapat dibawa balik tetapi keadaannya masih belum pulih. Semangatny
a masih dikuasai oleh lembaga hitam yang melarikannya. Sebab itu dia masih dalam
keadaan kebingungan, tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya. Disebabkan sa
ya tidak boleh lagi menunggu lama di rumah Sonok, saya pun segera balik ke rumah
. Lagi pun saya terpaksa bertugas. Bayangkan bagaimana mahu bertugas dalam masa
mata terlalu mengantuk tidak tidur semalaman. Perkara mengubati Tamin saya serah
kan pada Aki Sahak dan Pak Jeli saja.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai