Anda di halaman 1dari 161

Tamar Jalis

Siri
Bercakap Dengan Jin

Jilid 1

[1]
1. Bercakap dengan Jin

2. Bertemu Dengan Penunggu Babi Hutan

3. Tidur Di Rumah Bunian

4. Kereta Datuk Tersadai Ditepi Jalan

5. Berjaga Dihujung Jambatan

6. Melihat Jembalang Air

7. Terkencing Dalam Seluar

8. Manusia Berkepala Anjing

9. Panjat Bilik Anak Dara

10. Mencari Harta Karun

11. Menunggang Harimau Ditengah Malam

12. Toyol Jadi‐jadian

13. Penunggu Hutan Hulu Kinta

14. Bersuamikan Hantu Raya

15. Dikejar Mayat

16. Kain Dalam Perut Gadis

17. Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli

18. Diganggu Lembaga Hitam

19. Diresap Semangat Monyet

20. Memburu Raja Pukau

21. Berguru Dengan Syaitan

22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja

23. Roh Bayi Mencari Ibu

24. Puaka Tiang Seri

[2]
Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang
kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi
pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang‐nimang senapangnya. Kemudian
datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti
jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu‐cucu aku jadi pemburu," tiba‐tiba datuk bersuara. Dia duduk di
anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang
pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka
orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak‐anak cucunya sendiri.

Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik
dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang‐orang
kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan ia
berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak
sebarangan pada binatang‐binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua‐dua
kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu.
Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk
berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya.
Dilemparkanya sebelah kiri.

Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan
alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari
serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan
DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam
tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu
dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak
perkara‐perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu
mendengar cerita‐cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang‐
kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya
yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia
pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal
membaca al‐Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan
pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh
lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan‐kawannya
masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis.
Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan‐kawannya berjaya menembak
beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan
seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan
mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia
yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan
mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa
merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.

[3]
Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari
kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun‐daun kering
yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata
kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing‐pusing di situ. Seekor rusa lain mjncul di
depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau‐kilau
bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan
terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia
mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk
membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor
rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan
terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa
itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian
yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan
dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di
kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu‐talu. Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan
tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring.

Daun‐daun hutang di keliling datuk bergerak‐gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya
jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal
lehernya bergerak‐gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia
teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging
pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau
syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan
tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk
dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat‐rapat. Mata datuk tidak berkelip.
Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang
sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading
gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun‐daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk
diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk.
Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang‐lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang
dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh
datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

[4]
"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak‐gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup
tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak‐gerak.

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan‐lahan percakapan itu bertukar kepada
pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar‐benar teruji. Mata datuk bercahaya
garang dengan urat‐urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus
membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad
untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah
kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus
mengucapkan begini :

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu.
Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru
ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku
rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa
yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali
normal yang ujud di depannya sekarang iailah sebatang pokok besar dengan akar‐akar bergayutan yang
mencecah muka bumi.

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari anak‐
anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk
tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata : "Ini
kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian
baru kawan‐kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Anglia
kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan‐kawannya singgah di pekan Pengkalan
Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya
warung itu adalah kenalan datuk yang sama‐sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan
tentang peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa
dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar
pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.

[5]
"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka
tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan
berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu pada
datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan
punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk
mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.

Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk
memburu bertambah giat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil
atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu siang, dia
akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk.

Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau
dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu
senang dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin berlajar ilmu‐ilmu kebatinan. Datuk
pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak
susut.

Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan‐segan berkawan dan
mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang
dicari hanya sekadar untuk pelindung diri," kata datuk.

Pada suatu pagi ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld, dekat Taiping
iaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi. Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu.
Datuk pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan tanamannya di
Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi tahu tentang hajat
mereka untuk memburu babi.

Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi
belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan kereta Ford Anglia mereka masuk ke dalam kawasan Paya
Besar ikut jalan enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.

Kemudian datuk dan kawannya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih kurang dua
jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah
merancangkan bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori kepunyaan
seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk lebih kurang pukul tiga petang.
Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap
menembak.

Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk
melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok
serunai laut, senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba‐tiba babi itu keluar dari
belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya. Masa memburu datuk dan

[6]
kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh
dari kumpulan tersebut.

"Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya.

"Hati‐hati babi hutan luka selalunya ganas."

"Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya," tambah datuk lagi.
Kawannya akur pada cakap datuk.

Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya
hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah
kepala babi hutan itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang
buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan
sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan tenang.

Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang baik untuk melepaskan
tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik
senapang. Dan satu ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Gatuk terus juga memburu hingga
sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu menyondol‐nyondol
tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui
sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang.

Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang.
Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya
keroh. Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu
menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira‐kira lima kaki
itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik.

Babi hutan itu itu terus juga nyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok ara. Tiba‐tiba datuk terasa
telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar‐pinar. Datuk bagaikan berada di satu
dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya. Dengan pokok‐pokok yang beranika ragam dengan
akar yang berjuntaian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang
tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati,
nanti dia mengamuk, semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya.

Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan itu
menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datu meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati‐hati
dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan babi hutan
terus menyelinap ke balik pokok besar.

Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan
mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan
datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya.

[7]
Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan
melayang‐layang.

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada
sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan
penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu
ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah
balik.

Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang.
Pokok‐pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak
ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai
ke tempatnya.

"Kenapa ?" tanya kawan datuk

"Kita balik."

Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong
Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan
dan seorang lagi polis biasa.

Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya
Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk.

"Kenapa Tuk," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.

"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu Bendang,"
kata Sarjan Ali.

Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa
berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi.

"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang,
sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa
kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Mengeremang bulu datuk mendengarnya.

Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh
Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat
itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan. Orang itu
berkata pada datuk begini : "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh
kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana."

"Saya nak jumpa juga."

[8]
"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang, waktu
mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat
Long Jaafar.

Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun
mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik
itu.

Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik.
Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam
hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.

Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari
perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama
seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan
dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya
yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa
hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang
hutan kecil di pinggir bukit kota. Menurut orang‐orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan
cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota
tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat
tersebut.

Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam
hutan. Semua kawan‐kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa
dengan anggota tendera.

"Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan‐kawannya dengan nada suara yang
keras sambil meraba‐raba misai tebalnya.

"Kami tak mahu pergi," jawab kawan‐kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang‐orang yang berladang di
pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkar baru. Sudah jadi buah mulut orang
ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada
pihak polis. Orang‐orang keomunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke
Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang‐orang yang berladang ki kaki bukit merasa
beruntung dan bertuah kerana orang‐orang komunis itu tidak menggangu mereka.

Walaupun kawan‐kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu
menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak
seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi

[9]
memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil
membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua
batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada
sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah
hutan hingga matahari jatuh.

Waktu datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun
nampak bersinar‐sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di
sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam
hutan.Kawannya tiu pun menunjukkan arahnya.

"Batalkan saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok‐pokok
hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.

"Kenapa ?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk
yang digayuti peluru.

"Merbahaya."

""Kau takut aku ditangkap komunis," "Kalau tidak kenapa kau tahan aku."

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar
bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu‐talu dan
bersahutan ‐sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas
bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.

"Jangan terburu‐buru nanti buruk padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan
datuk.

"Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang‐terang, aku boleh beri. Berapa
ekor kau mahu." Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya
segera mengejarnya. Tiba‐tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. "Usah
pergi," tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada."

"Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak
orang yang sesat di dalamnya."

"Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau." Datuk
mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun
sampai ke satu kawasan agak lapang. Fatuk berhenti di situ, tiba‐tiba ia terpandang sekumpulan ayam
hutan keluar dari celah‐celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar‐cakar tanah di situ,

[10]
kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam
hati.

Ia merangkak perlahan‐lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik,
tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan
pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok
ayam hutan di atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu
yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam itu mengepak‐ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang
berkilat bergerak‐gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar
dari celah daun‐daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu
terpelanting ats tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang
dan hilang. Datuk kecewa. Wa terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk membuat rancangan
lain. Ia mahu beruhab tempat kerana datuk yakin ayam‐ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.

Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal.
Daduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga
datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti
patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam‐ayam itu akan datang
juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak‐gerak. Seekor
ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan‐kawannya yang lain.
Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah‐celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah.
Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke
pinggannga, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera
menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa
badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.

Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadnag salah
seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik
dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi
berburu kesitu.

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga
pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan
cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum
matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. Alang‐
alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah
tulat kawasan ini akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini.
Itulah yang difikirkan oleh datuk.

Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke
arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan
barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.

[11]
"Kali ini kawan‐kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati sambil
mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara
orang bercakap. Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu
makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itek. Sesekali datuk terdengar
bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia.
Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan
meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia
menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat‐cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau
wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut‐denyut.

"Ganjil," kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di
muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca
sesuatu dengan tenang. Kemudain ia mengembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketiga‐
tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit
Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh.

Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun‐daun hutan yang
tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya
hilang. Datuk berhadapan dengan pokok‐pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada
semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan
pokok‐pokok bunga.

Di hujung pokok‐pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok
ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua
berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

"Kau sesat," kata perempuan itu.

"Tidak."

"Habis macam mana kau ke mari."

"Saya memburu ayam."

"Patutlah ayam aku banyak yang hilang."

"Saya…."

"Sudah mari singgah di rumah aku dulu."

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa
ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus
menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam

[12]
buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda
yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma
angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota.
Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di
rumahnya.

"Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.

"Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."

"Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."

"Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."

"Janji apa ? "

"Jangan menembak binatang ternakan kami."

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua
itu lama‐lama. Orang tua itu tersenyum.

"Kau susah dengan syarat itu ?"

"Tak susah, tapi…."

"Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."

"Baiklah."

"Kalau kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengigatkan datuk dengan nada yang keras.
Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Cara
diam‐diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya
dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk
terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ
menerima datuk dengan mesra.

Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota.
Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

"Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, " kata orang
tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu.

"Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung perempuan tua
itu. Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan

[13]
dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap
dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap
kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi
oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari
satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang
ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok‐pokok besar dan
akar kayu berjuntaian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat
tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada
orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang
bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan‐bulan.

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik.
Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini
menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap‐tiap malam
jumaat.

"Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan
dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.

"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah‐tengah bau kemeyan
yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak
buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia
telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari
raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah
dengan anak cucu. Datuk membelikan mereka untuk anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak
cucunya. Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua anak cucunya memang menjadi kebiasaan
dalam hidup datuk, pada Hari Raya pertama ia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah,
makan lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke
masjid untuk sembahyang Hari Raya.

Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menziarahi kubur nenek
moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut
keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba‐tiba datuk
menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi. Bila salah seorang cucu
mengesyurkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara
: "Usah bimbang, ia akan balik dalam sehari dua ini."

"Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu." Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.

[14]
Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, datuk tidak pergi turun
memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap
kali datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai
isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan
disoaljawab nanti datuk naik darah, akibatnya akan berlaku perteengkaran, kalau sudah bertengkar
nanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit.
Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah
pendapat nenek. Ia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu
sudah cukup, bagi nenek kalau ai kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah
seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar.

Barang kali esok atau lusa ia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu
juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana. Nenek
menghitung semuanya ini, kerana itu ia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi pada
diri datuk. Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah datuk
kerana urusan diri masing‐masing. Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang makan
gaji. Kereta yang bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman rumah
datuk, pulang ke tempat masing‐masing. Nenek berpeluk‐peluk dengan anak cucu sambil mendoakan
keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun depan anak cucu
akan kembali ke kampung.

Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, iaitu semasa kereta anak cucunya bergerak, datuktidak
dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan
ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba.

"Sampaikan salam pada datuk," kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua belas. Matanya merenung
muka nenek.

"Boleh, jangan bimbang," nenek memberikan perngakuan. Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan
rumah datuk. Ia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. Bila
semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sireh di belakang
rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang. Kalau diikut kata hati,
nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau
dudu rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya.

Bila nenek menkaji semula hal ini dengan sedalam‐dalamnya. Ia tidak rela meninggalkan datuk. Ia
mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan yang maha bersar. Sudah tiga jam
anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang
tingkah kalu anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi
meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang
matahari sudahpun berada di pucuk kelapa.

[15]
Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja ia membasuh dan memotong kacang panjang. Ia terdengar
bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Ia melihat Muhammad Hakim keluar dari
kereta.

"Kenapa ada barang tinggal ?" Tanya nenek.

"Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam. Ia tahu cucunya itu dalam
perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam.

"Apa yang mesti kita buat ?" Nenek menyoal. Mohammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam
keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh
dia pergi ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu.

Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung
bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah
waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas
sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk
menerima pesanan itu dengan tenang.

"Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi," kata datuk pada jiran yang
menyampaikan pesan. Apa yang dicakapkan oleh datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk
pun mengidupkan injin keretanya, kemudian datuk matikan injin kereta itu, datuk buka bonet kereta
untuk memastikan ia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. Datuk
periksa injin kereta,. Ia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh.

Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada
bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Anglianya dengan tenang membelah
kegelapan malam. Kereta datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk
ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga datuk
memandu dalam malam hujan lebat. Ia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali
datuk terbabas ke tepi jalan. Bila selisih dengan lori balak atau lori ikan datuk terpaksa memberhentikan
keretanya.

Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk sudah memasuki Pekan
Parit hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang terjadi datuk tetap mahu meneruskan perjalannya
ke Hospital Batu Gajah, datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan, sampai di satu
selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba‐tiba, Ia cuba menghidupkan injinnya, usahanya itu tidak
berjaya. Dalam hujan yang lebat itu datuk keluarkan dari perut kereta. Datuk membuka bahagian depan
dengan lampu oicit di tangan ia meraba semua wayar yang terdapat pada injin kereta. Badannya sudah
basah. Ia menggigil.

Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon, tidak bersuara. Datuk masih
juga tenang. Walaupun ia tahu, ia sekarang berada di tempat sunyi di kiri kanannya penuh dengan hutan
tebal. Kilat mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa diri nya berada

[16]
tidak jauh dari Bukit Berapti. Setiap kali cahaya kilat memancar ia dapat melihat Bukit Berapit yang
tertegun berdiri di kiri kanan jalan.

Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah‐limpah, datuk melihat jam di tangan,
sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada sebuah kereta yang melintaas di situ. Datuk tetap
menggigil dalam perut kereta Ford Anglia, Tiba‐tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah kanan
jalan. Ia mempastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah rumah.

Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang . Kemudian ia memutuskan untuk pergi ke rumah yang
ada cahaya lampu itu. Datuk menguncikan semua pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan
yang begitu lebat. Datuk masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja di
kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu, ialah sebuah rumah batu
beringkat dua, di halamannya penuh dengan pokok‐pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan.

Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang‐ulang kali. Tidak ada jawapan. Datuk ketuk
lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita
minyak tanah.

"Saya mahu tumpang berteduh," kata datuk.

"Begitu, masuklah ke dalam."

"Tak payah, biarlah di luar sahaja."

"Jangan begitu masuklah." Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk supaya masuk ke dalam rumah.
Akhirnya datuk masuk. Ia disuruh duduk di ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu memberikan datuk
kain pelikat dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan datuk secawan
kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar.

"Tinggal seorang saja," tanya datuk. Perempuan muda yang berambut panjang itu tersenyum, lampu
minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan ditiup angin malam.

"Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit."

"Suami ?"

"Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati ditembak komunis di Sungai
Siput."

"Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam begini,"

"Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak rosak, dan saya berkewajipan
menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada masanya saya memerlukan pertolongan dari awak."

"Awak perempuan yang baik hati,"

"Usahlah terlalu memuji," tingkah perempuan muda.

[17]
Di luar ruamh hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah. Angin yang bertiup
kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan
pokok yang sekah. Datuk terdengar bunyi lolongan anjing sayup‐sayup di luar bersama bunyi suara
kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring berlaga, serentak dengan itu
datuk terdengar bunyi suara perempuan mengilai. Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada
perempuan muda itu. Ia tetap tenang. Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang baik
budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu biadab namanya. Datuk tidak mahu, perempuan muda
menuduh dia biadab.

Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas memberitahu datuk, bahawa dia
dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Cina. Masa zaman pemerintahan Jepun
mereka tinggal di Batu Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah,
mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka duduki sekarang ini.

Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu memberikan datuk sebuah
bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta almari.

"Bilik untuk awak tidur di sini," ujar perempuan muda itu, datuk melihat sebatang lilin yang dimamah api
tersedia di atas meja.

"Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak," tambah perempuan cantik itu, "kereta awak
dan awak selamat di sini."

"Terima kasih." Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk terdengar perempuan muda
itu mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum, dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu
adalah untuk kebaikan dirinya, ia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam lalu
merogolnya. Datuk menggelengkan kepala.

"Aku tidak sejahat itu," kata datuk dalam hati. Ia rebahkan badan atas katil. Bila datuk mahu merapatkan
kedua belah kelopak matanya, ia terdengar bermacam‐macam bunyi di luar, ada bunyi orang berjalan,
ada suara orang menangis. Datuk tidak mengiraukannya barangkali itu cuma perasaannya sahaja.
Akhirnya, datuk terlelap, ia bermimpi ada orang kepala anjing datang padanya lalu mahu membaham
pangkal pehanya. Datuk melawan dengan sekuat hati. Dalam perlawanan itu , datuk tewas pada orang
berkepala anjing itu terus mengoyak daging peha datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk menjerit
dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga.

Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk ke dalam ruang bilik. Datuk
mengerutkan dahi, kerana ia mendapati dirinya cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan
buruk. Tidak ada katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang pisang. Datuk
keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi, indah ternyata sebuah rumah buruk yang
hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.

Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan kekitar rumah itu ama
meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang melayannya semala. Tidak napak batang hidung.

[18]
Datuk pergi ke ruang tengah. Ia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air hitam yang
busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya terdapat dalam cawan itu.

Datuk mengucapkan panjang. Ia ingat malam tadi ia minum di situ. Ia yakin air itu sudah masuk ke dalam
perutnya.

"Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan," bisik batin datuk. Ia pun meninggalkan kawasan rumah itu
menuju ke jalanraya. Datuk cuba menghidupkan injin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba
memandu dua tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang kecelakaan. Datuk terus
menuju Hospital Batu Gajah. Ia kecewa. Ramlah yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah
meninggal dunia. Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan kisah yang
dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah.

"Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal anak dara tuanpunya rumah itu menggantung diri di ruang
tengah rumah tu," beritahu pekerja itu pada datuk.

"Sebab ?"

"Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain."

"Begitu ?" suara datuk lembut.

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu
bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu
cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang
kedua, datuk akan marah.

"Aku bukan tukang cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri
datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka‐suka pada
sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh
kawan‐kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata :

"Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang akan
terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan‐kawan datuk yang mahu menjawab
cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya,
merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang‐orang setempat. Sekarang, cerita itu tidak lagi
diperkatakan oleh orang.

Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit, seluruh badannya sakit dan
bengkak‐bengkak. Anak cucu membawa datuk ke klinik kerajaan dan Swasta, tapi sakit datuk tidak juga
mahu hilang. Bila anak cucu mengambil keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau
Batu Gajah, bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan alasan, dia tidak
suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang berani memaksa datuk untuk tinggal di
hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil
untuk merawatnya. Sakit nya tidak juga mahu hilang.

[19]
Seorang dukun dari Mambang di awan dekat Kampar mengatakan sakit datuk sukar diubat, kecuali oleh
pawang yang benar‐benar handal.

"Kenapa tok bomoh ?" seorang cucu datuk bertannya.

"Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek.

"Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidaj mahu memberikan
jawapannya. Begitulah datuk, ia terus terlantar di tempat tidur menanggung sakit. Walaupun sakit
terlentang merenung atap rumah, datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan‐kawannya yang datang
melawat. Kadang‐kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak cucu mahu datang
membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan anak cucunya.

"Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi. Pada sutu malam, semua
anak cucu datuk berkumpul dan mengambil keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal
dekat Grik. Entah macammana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang dan
membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Kemudian
datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk
merawatnya.

Memang di luar dugaan, anak cucu , datuk setuju dengan rancangan itu. Menurut doktor itu, sakit datuk
tidaklah berapa serius sangat, tapi dia memerlukan rawatan yang agak lama. Sesudah menerima
suntikkan dan memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan berjalan dari
ruang tengah ke anjung ruamh. Mukanya nampak berseri. Tidak pucat lagi. Datuk mula boleh makan
nasi. Sebulan, sesudah menerima rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada
satu malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.

Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak cucunya mengerumuninya.
Semua anak cucu yang mengerumuninya resah, bilik tidur datuk dikuasai oleh bau‐bauan yang wangi,
diganti pula dengan bau kemayan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia terus
duduk.

"Carikan aku tiga biji limau, tiga gelai daun sireh putus urat, seulas pinang, kemenyan dan tempat
membakarnya," ujar datuk tenang.

"Nak buat apa," tingkah nenek.

"Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk membeliakkan matanya.
Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam dulang tembaga berlapikkankain kuning. Bila barang‐
barang itu tersedia, bau harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk mengadap
dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan ada kuasa ghaib yang menaburkan
serbuk kemenyan di dalamdupa.

[20]
"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu merenung ke tepi dinding.
Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak‐
kerak bagaikan ada tangan yang menyentuh.

"Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah. Semua anak cucu keluar.
Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi, bau kemenyan terus juga lepas keluar.

"Dah berapa lama sakit ini, kenapa tak beritahu," anak cucu datuk terdengar suara orang perempuan
bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . Tidak ada
orang lain dalam bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali datuk
bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya. Sesekali datuk melipatkan kaki
kanannya menandakan dia tidak mahu kaki kanannya diurut.

"Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan.

"Dah dekat tiga bulan," sahut datuk

"Patutlah lama tak ke rumah."

"Sibuk."

"Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan."

"Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat perigi buta."

"Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah jadinya.

"Itu salah saya," datuk mengaku.

Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi orang mengambil sesuatu serta
bunyi orang mengoyakkan daun sireh.

"Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan tempat saya,"terdengar lagi
suara perempuan. Beberapa saat kemudian, datuk memebuka pintu bilik , bau wnagi masuk ke ruang
rumah. Lepas itu datuk membuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.

"Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar‐samar itu. Datuk melambaikan tangannya. Entah
pada siapa datuk melambaikaikan tangan. Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu
berlanjutan hingga tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran. Datuk
sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta buruknya . Datuk sudah pun
mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya
bertambah pening. Antara doktor dan dukun siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga sembuh.
Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat sakitnya doktor yang mengurangkannya
dan dukun itu cuma mendapat rahmat dari doktor sahaja.

Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa apa‐apa atas kehilangannya
itu, semuanya tahu, bahawa datuk pergi ke rumah isteri orang bunian. Dan datuk akan kembali ke

[21]
pangkuan nenek sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga empat hari. Nenek tidak
pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang kebahagiaan diri datuk. Biarlah datuk buat
apa sahaja. Asalkan datuk gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati nenek.

Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk akan membawa seekor dua
ayam hutan dan buah labu atau mentimun untuk nenek dan anak cucunya.

"Siapa yang merawat dalambilik dulu," tanya nenek pada suatu petang. Datuk tersenyum mendengar
pertanyaan itu.

"Isteri muda kitalah."

"Siapa ?"

"Orang bunian."

"Hum, lagi apa katanya pada awak."

"Tidak ada apa‐apa, cuma dia berpesat satu sahaja, kalau ada apa kesusahan pada keluarga kita, segera
beritahu padanya." Jawapan yang diberikat itu cukup menyenangkan nenek.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam pengambilan ahli‐ahli pengawal
kampung untuk menentang pihak komunis yang sentiasa mengancam keselamatan penduduk kampung.
Datuk telah dipilih untuk menjadi anggota AP. Kerana itu datuk kena menjaga kampung pada setiap
malam secara gergilir‐gilir dengan orang‐orang kampung yang lain. Kerana datuk dianggap penduduk
yang tertua di kampung itu dan tahu pula serba sedikit ilmu dunia, datuk telah dipilih untuk menjadi
ketua.

Kadang‐kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke hutan untuk
mengempar sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat baginya. Datuk mernerimanya dengan rasa
senang hati. Satu keistimewaan datuk, ialah dia cukup kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya
tidak cengkung atau pucat. Satu malam telah diarahkan pasukan keselamatan untuk membawa anak
buahnya menjaga kawasan kampung yang bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak
sungai. Datuk pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai oleh lima orang.
Satu pasukan ditugaskan peronda tapi sungai mengala ke utara. Sedangkan datuk dengan kawan‐kawan
menguasai sebelah selatan hingga sampai ke jabatan besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu
sebagai tempat ia mengatur sebarang gerakan.

Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali malam yang sepi itu
dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukkan keselamatan yang melintas di atas jambatan besi.

"Kau berdua pergi ke hujung sama, dan kau berdua pergi berjaga dekat pokok besar," datuk
memerintahkan anak buahnya.

"Di sini, siapa nak tunggu, tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya. Datuk tidak menjawab
pertanyaan itu dengancepat. Dia termenung berfikir.

[22]
"Di sini, biar aku tunggu," katanya. Anak buahnya yang sudah diperintah mengikut arahan yang
ditetapkan. Malam bertambah sejuk. Datuk mengigil kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. Badannya
disandarkan pada besi jambatan. Tiba‐tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam
meniti atas palang besi jambatan menuju ke arahnya. Lebih kurang satu ela mahu sampai padanya , ular
itu berhenti. Panggung kepala. Menjulurkan lidah. Mata ular itu nampak merah. Dari mulut ular itu
terpancar sesuatu macam api. Bila ular itu mengkatupkan mulutnya. Api itu padam dan api itu akan
wujud kembali, bila ular itu membuka mulutnya.

Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok
perak di pinggang.

"Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti." Sebaik sahaja datuk mengakhiri
cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun pangung kepala. Bagaikan kilat datuk
mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu‐satu. Barulah
puas hati datuk. Malam bertambah dingin. Daun‐daun pokok di kiri kanan jalan bergerak‐gerak
diterajang oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut‐sahutan. Di selang‐seli dengan raungan anjing
yang mendayu‐dayu.

Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan
berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya
jatuh. Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat.
Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung. Belum pernah dia berhadapan
dengan hal‐hal begitu. Mata datuk terus juga merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi
dengan teliti. Datuk berdebar juga. Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut. Niat itu
mati dengan sendirinya, bila timbul desakan dalam hatinya untuk mengetahui apakah benda dalam
perut sungai.

Dalam suasana agak kelam‐kabut itu. Datuk terpandang, air sungai mula melimpah ke tebing. Di tengag‐
tengah sungai itu timbul satu lembaga besar hitam, badannya sebesar kerbau jantan. Lembaga itu terus
timbul. Setiap kali lembaga itu bergerak. Air terus bergelombang merempuh pokok‐pokok keladi di
tebing sungai. Semuanya tumbang. Macam selalu, bila berhadapan dengan perkara‐perkara yang aneh
datuk akan membaca ayat suci al‐quran. Kali ini datuk membaca ayat 'Kursi' dengan khusuk. Semasa dia
membaca ayat‐ayat itu lembaga di dalam sungai terus mengamuk dan bertempik, bagaikan suara gajah.
Datuk tidak peduli. Dia terus membaca. Bila ayat itu habis dibaca. Suasana di dalam sungai kembali
normal. Air sungai terus mengalir tenang. Daun‐daun pokok tidak bergerak meskipun angin malam
bertiup.

"Syaitan ?" kata datuk sambil meninggal kan tempat tersebut. Datuk terus mendapatkan anak buahnya.
Mereka berkumpul kerana hari sudahpun beransur cerah. Datuk terus membawa anak buahnya ke surau
dan menunaikan sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh mereka pun berpecah meneruskan kerja
masing‐masing. Separuh dari pada anak buahnya terus ke Paya Besar menoreh getah dan separuh lagi
pergi ke tempat perusahaan membuat batu‐bata di Jalan Parit. Banyak juga anak buah datuk yang
menjadi buruh di syarikat perusahaan itu.

[23]
Datuk tidak pula menceritakan apa yang dialaminya pada orang‐orang kampung. Walaupun begitu, ada
juga orang kampung yang mengalami peristiwa seperti yang datuk alami itu bila berjalan malam di
jambatan besi tersebut. Jambatan besi itu masih ada lagi hingga sekarang, terletak di antara Kampung
Pulau Kabung dengan Kampung Mandi Upeh. Tapi , peristiwa ganjil seperti yang dialami oleh datuk itu
tidak berlaku lagi.

Di kiri kanan jambatan besi itu kini sudah penuh dengan rumah kediaman. Kadang‐kadang jambatan itu
jadi tempat persinggahan anak muda pada setiap malam, selepas mereka menonton wayang di Pekan
Sitiawan, Air Tawar atau Bruas. Dan kalau diceritakan kisah‐kisah aneh pada mereka. Mereka tidak akan
percaya, malah mereka akan mengetawakan pada orang yang menceritakannya.

Sebulan selepas dari peristiwa yang aneh itu, pada satu malam rumah datuk didatangi oleh seorang
pemuda Udin namanya. Dia meminta jasa baik datuk untuk membuat air penawar pada anak kecilnya
yang sudah seminggu menangis malam.

"Agaknya perut anak kau kembung," kata datuk sambil merenung muka Udin.

"Sudah berbotol minyak angin saya lumurkan ke perutnya." Jawab Udin dengan tenang. Datuk terdiam
kerana dia tahu, dia bukanlah seorang dukun atau pawang, tapi kerana dia merupakan orang yahng
tertua di kampung tersebut, dia dianggap tahu dalam hal‐hal kedukunan.

"Bawa saja anak kau ke klinik," datuk mengesyurkan. Udin terdiam sejenak. Muka datuk direnungnya
lama‐lama.

"Malam klinik dah tutup."

"Sepatutnya, kau tak payah minta penawar dari aku, jumpa daktor lagi baik, sebabnya mereka boleh
memeriksa anak kau, mana tahu anak kau ada mengidap penyakit,"

"Saya tahu, tapi…." Udin berhenti bercakap. Ada rasa kecewa dan putus asa bermain di wajahnya.

"Baiklah, bolehlah aku buatkan penawar, tapi esok kau bawalah anak kau ke klinik," kata datuk lagi.
Datuk pun segera membuat air penawar dan diberikan pada Udin. Sebelum Udin meninggalkan rumah,
lagi sekali datuk memgingatkan Udin supaya membawa anaknya menemui doktor. Datuk berpendapat
berubat dengan doktor lebih baik dari berubat dengan dukun, kerana dengan peralatan moden, sakit
seseorang dapat dikesan dengan cepat.

Pesan datuk itu tidak dipersiakan oleh Udin. Dia terus membawa anaknya menemui doktor dan
menerima rawatan dengan baik. Sejak itu anaknya tidak lagi menangis malam. Memang, begitulah sikap
datuk, dia lebih suka mengalakkan orang‐orang kampung berubat dengan doktor, kecuali kalau sudah
menemui doktor pesakit tidak mahu baik, barulah dia menyuruh berubat cara kampung.

"Mari ikut aku ke rumah Anjang Dollah," kata datuk pada saya.

Pemintaan datuk itu tidak dapat saya tolak. Dengan rasa kecewa saya meninggalkan kumpulan kawan‐
kawan saya yang sedang bermain galah panjang di depan rumah datuk.

[24]
"Apa halnya," tanya saya

"Sajalah,aku dengar cerita Anjang Dollah tu handal mengubat orang kena sampuk, anu nak tengok cara
dia mengubatnya. Kalau boleh aku nak belajar darinya."

"Belajar buat apa ?" balas saya. Datuk tersenyum dan terus berkata : "Belajar untuk tahu apa salahnya,
tidak merugikan kita."

Setelah mendengar cakapnya itu. Saya pun tidak mengeluarkan sebarang soalan atau pertanyaan.
Berjalanlah saya dengan datuk petang itu menuju ke Kampung Gelung Gajah yang jaraknya lebih kurang
tiga batu dari kampung datuk. Terpaksa meredah dua tiga anak sungai. Dan rumah Anjang Dollah
letaknya agak terpencil dari rumah‐rumah di situ. Berada di pinggir sebuah kolam dan berhadapan
dengan sebuah belukar kecil.

Lebih kurang pukul empat petang, sampailah saya dan datuk ke rumah Anjang Dollah. Kami dipersilakan
naik. Datuk terus menyatakan, bahawa kedatangannya ialah untuk melihat bagaimana cara dia
mengubati orang yang kena sampuk.

"Apa salahnya, " balas Anjang Dollah dengan senyum bangga. Anjang Dollah pun mempersilakan saya
dan datuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Di dalam bilik itu penuh dengan barang‐barang perubatan
seperti kemenyan hantu, buah limau, buah kelapa dan tempat membakar kemenyan. Di tepi bilik
terdapat sebuah katil dengan tilam dan bantal bersarung kain hitam. Bantal dan tilam itu sudah buruk
benar. Bila saya menghampirinya hidung saya tidak tertahan mencium bau hapak dari bantal dan tilam.

Bila saya mahu membuka kain tilam yang menutup katil itu saya ditahan oleh Anjang Dollah. "Jangan,"
suara Anjang Dollah keras. Saya duduk kembali. Hati saya ingin tahu, siapakah gerangan yang tidur di
situ. Saya yakin ada orang yang tidur di atas katil itu, kerana bila saya perhatikan kain hitam itu bagaikan
bergerak‐gerak mengikuti tarikan nafas manusia.

"Siapa yang baring tu," datuk pula bertanya. Anjang Dollah merenung muka datuk. Saya mula resah
tidak menentu.

"Sahabat saya, orang suruhan saya. Boleh disuruh keluar waktu malam dan balik pagi." Anjang Dollah
memperjelaskan pada datuk. Saya dan datuk pun angguk kepala.

"Dia tidur agaknya," tanya saya lagi.

"Dia tak tidur," sahut Anjang Dollah.

"Kalau tak tidur kenapa tak bangunkan." Tingkah datuk.

"Dia malu tengok orang." Itulah jawapan Anjang Dollah. Jawapan itu sebenarnya tidak memuaskan hati
saya. Dan saya mahu bertanya lagi. Bila saya mahu membuka ulut, datuk segera mencuit bahu saya.
Fahamlah saya, bahawa datuk tidak mahu saya menyoal lebih lanjut tentang apa yang berada di atas
katil.

[25]
Anjang Dollah meninggalkan kami di dalam bilik. Ada orang datang ke rumahnya. Sepeninggalan Anjang
Dollah itu, bulu roma saya mula berdiri. Rasa takut datang dalam hati saya. Kalaulah tidak ada datuk di
samping pasti tempat itu saya tinggalkan. Anjang Dollah datang. Dia minta kami duduk di ruang tengah.
Di ruang tengah itu terdapat sorang perempuan muda. Duduk bersila di atas lantai. Perempuan muda itu
datang ke rumah Anjang Dollah kerana mahu meminta tolong mengubati adiknya yang menjerit dan
meraung tidak tentu arah macam orang gila.

"Adik saya kena buatan orang Pak Anjang," kata perempuan itu dengan muka agak muram. "Dia
terpaksa diikat dengan tali di tiang rumah," tambah perempuan itu lagi. Anjang Dollah mengigit bibir
dan terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Tanpa bercakap sepatah, Anjang Dollah
terus ke dapur. Datang semula keruang tengah dengan mangkok putih yang penuh berair.

"Mari masuk ke dalam bilik saya, " Anjang Dollah menjemput peremmpuan , datuk dan saya. Kami pun
masuk ke dalam biliknya. Anjang Dollah bersila, di depan katil. Matanya merenung air dalam mangkok
putih sambil mulutnya membaca sesuatu. Entah apa yang dibacanya saya pun tidak tahu. Dia menoleh
ke belakang merenung perempun muda seraya berkata, "Kau balik dulu."

Bila perempuan itu sampai dekat muka pintu. Anjang Dollah memanggilny akembali dan menyuruh
perempuan itu duduk di depannya. Perempuan itu akur dengan perintahnya itu. Anjang Dollah terus
membaca sesuatu. Lebih kurang sepuluh minit Anjang Dollah berbuat begitu. Mukanya bertukar menjadi
hitam. Matanya jadi hijau berkilai. Separuh anggota badannya mengeletar, macam orang kesejukan.
Lama juga Anjang Dollah jadi begitu. Hati saya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. Bila
wajahnya berubah dalam keadaan biasa. Barulah Anjang Dollah bersuara, tapi suaranya bertukar
menjadi parau.

"Siapa nama adik kau," tanya Anjang Dollah pada perempuan itu.

"Aishah."

"Berapa umurnya?"

"Sembilan belas tahun."

"Siapa nama emaknya."

"Hamidah."

Selesai sahaja Anjang Dollah menyoal dan menerima jawapan dari perempuan itu. Dia segera bangun
dan terus rapat ke katil. Berdiri di situ agak lama juga sambil tangan kanannya memegang pangkal
dagunya.

"Hai sahabatku yang setia, pergilah engkau ke tempat asalmu, ambillah sehelai rambut perempuan mati
beranak," kata Anjang Dollah. Kain hitam mula bergerak. Datuk duduk dengan tenang. Saya merasakan
mahu buang air kecil, terasa mahu buang air besar. Saya jadi serba salah. Rasa mahu buang kecil dan air

[26]
besar itu hilang juga, bila saya terfikir kalau masa buang air kecil atau buang air besar kain hitam itu akan
datang pada saya. Buruk padanya.

"Pergilah sahabatku," ualng AnjangDollah. Dengan tiba‐tiba kain hitam terjatuh atas lantai. Apa yang
saya lihat di atas katil ialah bantal dan tilam bergerak sendiri. Tilam bagaikan digulong oleh orang.

"Dia sudah pergi," kata Anjang Dollah pada datuk. Datuk pun mengangguk kepalanya. Anjang Dollah pun
mengambil kain hitam dan terus memberikan pada perempuan muda itu.

"Kau rimbaskan kain hitam ke muka adikmu tujuh senja, lepas tu kalau tak juga mahu hilang, kau datang
ke mari lagi," kata Anjang Dollah. Dan perempuan itu pun menghulurkan wang pada Anjang Dollah.
Dengan tenang perempuan itu meninggalkan rumah Anjang Dollah.

"Ini baru sedikit sahaja, minggu depan kalau kalian datang, kalian boleh lihat cara lain saya mengubat,
saya boleh kenalkan awak berdua dengan sahabat saya itu," megah benar Anjang Dollah.

"Saya datang lagi," sahut datuk.

"Datanglah, tapi kena datang malam tau,"

"Baiklah."

Datuk memberikan janji. Sesungguhnya janji yang diberikan oleh datuk pada Anjang Dollah satu
penyiksaan pada diri saya. Bila masa yang dijanjikan sampai. Berangkatlah saya dengan datuk menuju ke
rumah Anjang Dollah. Kami terpaksa menggunakan andang yang dibuat dari daun kelapa untuk
menyuluh jalan. Malam cukup gelap. Tidak ada sebiji biuntang pun di langit. Sepanjang perjalanan
telinga kami diasak dengan suara katak dan suara burung jampok dan burung hantu. Bulu roma saya
tegak berdiri, bila terdengar suara lolongan anjing sayup‐sayup dari gigi kampung.

Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun yang bergeseran sama sendiri
amat menakutkan. Dan datuk terus melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun kelapa, sekerap
marak, sekejap suram.

"Kenapa kita ikut sini tok ?" tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh datuk, bunga‐bunga api
dari andang daun kelapa jatuh atas bumi. Saya tidak tahu kenapa datuk ikut jalan ini. Kenapa dia tidak
mahu ikut jalan biasa yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah yang luas terbentang.

Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa mengulung lengan baju hingga ke siku, kasut
getah dan hujung seluar hitam saya mula basah diresapi oleh aori embun. Langkah datuk terus lancar.
Andang kelapa diangkatnya tinggi‐tinggi.

"Kita patah balik ikut jalan lain tok," saya mengemukakan cadangan. Datuk berhenti. Dia cacakkan
andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang pacat yang singgah di kaki seluarnya.

"kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat," datuk cabut andang daun kelapa. Saya diam.

[27]
Cakapnya tidak boleh dibantah. Saya melangkah dengan hati‐hati. Silap langkah nanti jatuh ke dalam
sawah. Cahaya dari andang daun kelapa menerangi rumpun‐rumpun padi yang baru pecah anak,
sesekali terdengar bunyi haruan melompat dalam air sawah menangkap anak. Suara burung hantu dan
jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak mengeluarkan sinarnya. Wwan telah kelindungi
permukaan bulan. Suara lolongan anjing kian bertambah keras. Daun‐daun dari pokok besar yang
memagari batas sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup keras bertiup. Badan saya rasa
cukup dingin.

"Lagi cepat kita sampai, lagi baik," suara datuk parau. Dia menoleh ke arah saya.

"Saya sejuk tok, jauh lagi ke ?"

"Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari belakang." Itu perintah datuk.
Badan saya jadi mengeletar, macam‐macam perkara buruk datang dalam hati saya.

"Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan," saya berdalih.

"Kau tak tahu, atau pun kau takut ?" Datuk ketawa. Dia memaksa saya jalan dulu. Saya tidak ada pilihan
lain. Saya menurut perintahnya. Saya dan datuk sampai di sebuah taliair. Datuk menyuruh saya ke
belakang. Lama juga dia berhenti di tepi taliair itu sambil merenung pada air yang mengalir.

"Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat," ucap datuk dengan tenang. Kami mara ke
depan. Berhenti di bawah pokok mempelam telur yang berdaun lebat. Cakap datuk memang tepat, di
pangkal pokok mempelam telur terdapat titi batang pinang. Kami menyeberang dengan selamat, dari
situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok pisang hutan, selesai mendaki bukit itu , kami
berhadapan dengan sebatang jalan tanah merah ynag lebarnya kira‐kira dau kaki.

"Ikut jalan ini ke utara," ujar datuk sambil meraba ulu golok peraknya. Saya anggukkan kepala dua tiga
kali. Berjalanlah saya dengan datuk, suara burung hantu terus juga menyumbat lubang telinga. Kami
melintasi sebuah tanah perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu‐batu nisan
terpacak dengan gagahnya. Suara burung hantu kian kuat. Suara salakkan anjing kian dekat terdengar.
Pokok‐pokok puding dan pokok‐pokok kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat
bergerak‐gerak, bagaikan ada benda yang menggoncangnya.

Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula menerangi sebahagian dari jalan
yang kami lalui, tiba‐tiba awan tebal datang kembali menutup bulan dan andang kelapa yang saya bawa
pun padam. Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang datuk membawa dua tiga
andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu‐satu keadaan yang tertentu.

"Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini," datuk menyuarakan suara hatinya. Saya diam.

"Langkah panjang sikit,"tambah datuk lagi. Saya hanya boleh anggukkan kepala sahaja. Tidak lebih dari
itu. Angin malam yang bertiup menjatuhkan dedaun tua dan ranting‐ranting, berderup‐derup bunyinya,
bagaikan orang mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak menyatakan hal pada
datuk.

[28]
Saya dan datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke rumah Anjang Dollah dengan
secepat mungkin. Barangkali Anjang Dollah sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami,
agaknya Anjang Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami, fikir saya
dalam hati.

Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang, tapi batin saya terus
menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan‐akan mengikuti langkah kami. Datuk berhenti
berjalan.

"Siapa tu," suarnya perlahan. Saya merenung ke depan. Saya terpandangkan benda putih berjalan
terhincut‐hincut di depan datuk dan saya, kerana bulan dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang
datuk tidak menyala dengan baiknya, saya tidak dapat melihat dengan jelas benda tersebut.

"Barangkali ada orang nak lalu," datuk bersuara tenang. Saya juga sependapat dengan datuk. Suara
burng hantu dan jampuk bertambah galak. Salakkan anjing bertalu‐talu, sayup‐sayup dan memanjang
pula, bagaikan orang menangis di malam sepi. Benda putih terus menghampiri kami, bila datuk mahu
menegurnya, benda putih tersebut itupun hilang. Entah ke mana. Saya tidak dapat mempastikan apakah
dia masuk ke dalam hutan pokok pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda putih
itu menjelma di depan kami lagi.

"Bukannya manusia," datuk membisik ke telinga saya. Serentak dengan itu dia memadam api andang
daun kelapa.

"Kita ke tepi, biarkan dia lalu," perintah datuk. Saya patuh pada arahan datuk. Kami berdiri di balik
pokok getah besar. Benda putih itu melintas di depan kami. Saya tidak dapat melihat bentuk mukanya.
Apa yang saya lihat pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan menuju
ke kawasan tanah perkuburan, saya dan datuk melihat Anjang Dollah datang membawa cangkul.

"Apa ni tok," tanya saya pada datuk.

"Kau diam, kau ikut saya apa yang aku buat,"

"Baik tok," saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Datuk melangkah ke jalan tanah merah. Dia menarik
tangan saya mengikuti langkah Anjang Dollah menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja.
Dua tiga kali saya tersungkur kerana tersepakkan batu‐batu nisan. Datuk berhenti.Saya mendongak ke
langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan. Dengan pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat
apa yang dilakukan oleh Anjang Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkubur. Benda putih duduk
dekat batu nisan.

Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas‐tugas dalam masa kurang lebih empat puluh lima
minit. Seluruh badannya dibasahi peluh, nampak berminyak‐minyak ditampar sinar rambulan enam
belas. Dia duduk di pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang nampak putih
itu. Benda putih tanpa kepala dan kakai itu, bagaikan terawang‐awangan, bergerak dan berhenti di
depan Anjang Dollah.

[29]
"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut perempuan, kemudian kau
bawa barang‐barang itu pulang ke rumah kita kau tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama,
kerana banyak kerja yang mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada
sahabatnya.

Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati beranak dan rambut. Lama
juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur. Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar‐legar di
tepi kubur. Kadang‐kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung hantu
kian gamat. Suara jampuk bersahut‐sahutan. Lolong anjing tingkah meningkah. Suara dahan kayu
berlaga sama sendiri jelas kedengaran di rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.

Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila ditoleh , tidak ada apa‐apa. Saya
bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala. Bila diperhatikan tidak ada apa‐apa. Bulu
tengkok saya berdiri tegak. Macam‐macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada datuk yang
duduk tenang. Mulunya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca olehnya.

"Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah yang maha besar, dan tiada
manusia yang boleh melawan kekuasaannya. Ingatkan Allah yang maha besar," datuk memberitahu
saya, bila dilihatnya saya mengeletar sendirian.

"Kau lihat di depan," datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali oleh Anjang Dollah. Saya
merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur. Saya
terdengar bunyi suara Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke udara,
serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau dari dalam kubur.

Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan datuk meluru ke tanah kubur. Datuk
mahu menolong Anjang Dollah, dia mengambil sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar
dari lubang kubur. Setiap kali datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia mengelak,
akhirnya ghaib dari kawasan perkuburan. Datuk memanggil saya, waktu saya mahu sampai dekat datuk,
saya rasa pangkal seluar saya basah. Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam
seluar. Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan cakapnya. Bila andang
daun kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang.

"Kau lihat ," datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur. Lubang kubur saya jenguk.
Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat seorang
perempuan, kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan berdarah.

"Perbuatan yang dikutuki oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari ajaran agama, cuma orang yang
tidak beriman dan tidak percayakan Allah saja yang berani membuat kerja sial ini," datuk merungut
panjang. Saya renung muka datuk. Wajahnya penuh kesal. Memang, di luardugaan datuk, bahawa
pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak direlakan oleh agama Islam.

[30]
"Apa yang patut kita buat datuk," saya menyoal datuk. Lama juga datuk termenung di situ. Saya tidak
tahu apa yang difikirkannya.

"Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus dimandikan, dikapan dan
ditanam serta dibacakan talkin," terang datuk.

"Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini."

"Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya," datuk bersuara tegas.

"Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ," bantah saya. Datuk senyum. Suara burung hantu dan
jampok terus bersahut‐sahutan, tapi suara salakkan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi dahan jatuh masih
kedengaran.

"Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja yang tidak baik tu, soal dia
dengan Tuhan," datuk memberitahu saya. Datuk membuat keputusan yang tepat. Dia mahu
memberitahu pada seluruh penduduk tentang peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu
menghebahkan hal itu ke seluruh kampung. Datuk juga mengharap pada sesiapa yang mengambil ilmu
salah atau yang berguru dengan Anjang Dollah supaya bertaubat dan membuangkan semua ilmu itu
untuk kembali ke jalan Allah.

Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati beranak itu masih berdarah,
saya kira perempuan itu tentu sahaja baru ditanam. Hal itu saya tanyakan pada datuk.

"Agaknya dia mati semalam," kata datuk.

Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah balik menuju ke kampung. Bila
sampai di kampung nanti, datuk mahu melapurkan perkara itu kepada penghulu. Kami kembali meredah
tanah sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan dengan datuk. Datuk tahu
perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang painggang seluarnya.

Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan datuk terserempak dengan Imam Hamid. Dia agak
terkejut bila kami nyatakan yang kami baru sahaja kembali dari tanah kubur.

"Apa halnya," tanya Imam Hamid.

"Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana," soal datuk.

Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga mahu pergi ke kubur.

"Apa sebabnya," datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak.

"Anak aku Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam."

"Kami tak tahu," jawab datuk.

[31]
"Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba‐tiba malam ini hati aku teringatkan dia, aku bimbang
kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah sekarang, kubur perempuan mati beranak suka sangat
digali orang," terang Imam Hamid.

Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah datuk segera berubah. Dia mula ragu dengan apa yang
dituturkan oleh Imam Hamid. Jauh dalam hati datuk, timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid
bersubahat dengan Anjang Dollah dalam perkara ini ? Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam
mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan. Datuk terus memujuk. Ada sesuatu yang mahu disoal oleh
datuk pada Imam Hamid. Kalaulah Imam Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya
supaya kembali ke jalan Allah.

"Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak Imam," kata datuk. Mendengar
cakap datuk itu muka Imam Hamid berubah menjadi pucat.

Imam Hamid mengedutkan dahinya hingga berlapis empat. Dia renung muka datuk. Dia renung muka
saya hingga kepucatan yang terhampir di wajahnya hilang.

"Mustahak ke ?" soalnya agak ragu.

"Memang mustahak, perkara yang mahu diceritakan ni ada hubungannya dengan diri Pak Imam."

"Dengan diri saya ?"

"Iya," datuk angguk kepala.

Tanpa banyak bicara Imam Hamid mengikut datuk dan saya ke rumah. Kami bertiga duduk bersila di
anjung rumah. Macam selalu datuk bila berbual suka bersandar. Sebelah kakinya berdiri lutut. Ini
memang amalan datuk. Menurut datuk duduk begitu bukan duduk yang kosong. Duduk yang ada
makna. Susah kalau musuh mahu menyerang, payah hantu syaitan mahu mengoda.

"Apa dia perkara yang mustahak tu?" Imam Hamid mula mendesak. Datuk tersenyum. Serentak dengan
itu nenek pun meletakkan tiga cawan kopi di depan kami.

"Begini," datuk menggeliat dan terus bercerita :

"Anjang Dollah sudah mati, pagi esok kita terpaksa uruskan mayatnya untuk di tanam. Dia mati dibunuh
syaitan yang dibelanya." Imam Hamid terkejut. Kemudain dia senyum. Sepasang matanya merauti paras
datuk. Saya cuma diam sahaja. Tidak baik campur orang tua‐tua bercakap.

"Pemintaan saya diberkati Allah." Itu yang terhambur dari mulut Imam Hamid. Matanya bercahaya
memandang muka saya.

"Dengan apa Pak Imam membinasakan kerja laknat tu, "datuk terus bertanya. Imam Hamid gosok
batang hidungnya beberapa kali.

"Dengan ayat Quran, kau harus tahu tidak ada kuasa yang dapat mengatasi kekuasaan Tuhan, lagi pun
dalam Quran sudah lengkap semuanya. Kerja jahat memang tidak diberkati Tuhan." Itulah yang

[32]
diberitahu oleh Imam Hamid pada datuk. Datuk angguk kepala. Imam Hamid pun terus bercerita pada
datuk tentang diri Anjang Dollah. Menurut Imam Hamid, Anjang Dollah memanglah dukun yang tidak
bersih. Ia tidak mengamalkan ilmu kedudukannya untuk kebaikan manusia. Dia bekerja bergurukan
syaitan. Kerjanya mengorek kubur perempuan mati beranak, suka ambil kain kapan rambut orang yang
baru mati beranak.

"Agaknya dia dukun sihir Pak Imam," dengan mendadak datuk bersuara. Imam Hamid mengakuinya
sambil berkata : " Dia sudah dipengaruhi syaitan sanggup mengambil darah orang mati beranak untuk
makanan syaitan yang dipeliharanya."

"Siapa pula yang di belanya tu ?" saya tanya. Datuk merenung dengan marah pada saya.

"Hantu itu, adik perempuannya sendiri, dia potong kepalanya dan hal tu tak dikesan oleh sesiapapun."

"Dahsyatnya," ujar datuk.

"Memang dahsyat dan aku menduga dia akan mengorek kubur anak aku. Jadi aku bersedia untuk
menghantarkannya." Imam Hamid berhenti bercerita. Dia minta diri untuk pulang ke rumahnya. Mula
daripada malam itulah datuk mendapat tahu, bahawa Imam Hamid bukan sebarang orang. Dia banyak
ilmu dunia dan akhirat. Sifat orang terpuji pada diri Imam Hamid kerana dia tidak mahu menunjukkan
kebolehannya di mata orang ramai. Inilah yang mengkagumkan diri datuk.

Sebaik sahaja Imam Hamid pulang. Saya dan datuk tidak dapat tidur. Rumah datuk diganggu dengan
bermacam‐macam cara. Pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Kelambu datuk terbakar sendiri.
Paling mengerikan bila rumah dibaling dengan batu dan kayu. Datuk tidak bertindak dia cuma
membiarkan sahaja. Dia cukup tenang duduk di tengah rumah. Bila datuk mahu pergi ke perigi untuk
mengambil air sembahyang. Dia terkejut. Ruang luas di anjung rumahnya penuh dengan daun buluh dan
batang pisang.

"Syaitan, semuanya kerja syaitan," keluh datuk. Dia terus ke perigi. Saya juga ikut ke perigi. Kami
sembahyang subuh bersama. Selesai sahaja datuk sembahyang semua daun pisang dan batang buluh
hilang. Pagi itu, kami berdua segera pergi ke tanah kubur. Sampai sahaja di kawasan tanah perkuburan.
Imam Hamid dan beberapa orang kawannya sudah berada di situ. Mayat Anjang Dollah sudah
dimasukkan ke dalam guni. Dua orang anak muda sudapun mengandar guni yang berisi mayat Anjang
Dollah.

Datuk segera mendapatkan Imam Hamid minta kebenaran untuk melihat mayat Anjang Dollah.
Permintaan datuk itu tidak dihampakannya. Sebaik sahaja datuk melihat mayat Anjang Dollah dalam
guni. Air mukanya segera berubah. Jadi cemas.

"Kenapa jadi macam itu ?" Datuk dengan tiba‐tiba bersuara.

"Itulah pembalasan yang dapat kita lihat, bila orang melakukan kerja‐kerja yang bertentangan hukum
Allah," bisik Imam Hamid pada datuk. Mayat Anjang Dollah pun dibawa ke rumah. Dia dimandi dan
dikapan, akhirnya disemadikan di tanah perkuburan.

[33]
Cerita tentang Anjang Dollah pun padam dari jadi pokok perbualan orang‐orang kampung. Datuk mula
berkawan dengan Imam Hamid. Tujuan utama datuk berkawan ialah untuk menambahkan ilmu buat
dirinya. Orang yang selalu dibawa oleh datuk ke rumah Imam Hamid, saya sendiri. Kadang‐kadang saya
jadi bosan dan benci dengan perangai datuk itu. Bila saya memprotes, datuk cuma ketawa sahaja. Dia
berharap benar‐benar supaya saya ambil tahu tentang kepandaian orang Melayu dalam beberapa
bidang tertentu yang menurut datuk kebolehan dan kepandaian itu sudah mulai pupus. Pada dasarnya ,
saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh datuk itu.

"Aku tak mahu kau jadi dukun atau pawang," kata datuk pada satu malam.

"Tak guna saya ikut datuk."

"Ada gunanya,"

"Apa gunanya, sekadar untuk tahu sahaja tak lebih dari itu, aku mahu kau jadi doktor atau peguam."

"Jadi dukun, sama juga tarafnya dengan doktor."

"Itu pendapat yang salah," dalih datuk.

Kerana malam itu terlalu dingin, saya minta pada datuk untuk tidur dalam biliknya. Permintaan saya itu
diizinkan oleh datuk dengan syarat saya tidak dibenarkan mengusik semua perkakas datuk dalam
biliknya. Pesan datuk itu saya akur. Waktu saya menolak pintu bilik datuk, saya lihat jam di ruang tengah
baru pukul sebelas malam. Sepatutnya saya tidur lebih awal dari itu kerana esoknya saya mesti pergi ke
Kuala Lumpur untuk temuduga sebagai buruh hutan atau forest labourer.

Datuk sudahpun memberikan beberapa petua untuk temuduga tersebut. Antaranya, bila saya mahu
melangkah harus dimulakan dengan kaki kanan. Tidak boleh berpatah balik. Bila berhadapan dengan
orang yang menemuduga kelak. Saya harus membengkokkan jari telunjuk saya sambil berkata.

"Aku tidak mematahkan jariku, tapi mematahkan hati orang yang menyoal. Biar dia simpati dan kasih
pada diriku." Sebaik sahaja berkata begitu, saya disuruh salawatkan Nabi tiga kali sambil membaca ayat
Kulya.

Semuanya saya lakukan dalam hati. Saya masuk ke dalam bilik datuk rebahkan badan atas katil. Tiba‐tiba
saya rasa katil bergerak. Saya bangun dan menoleh ke kanan. Badan saya mengeletar. Seorang lelaki
berbadan tegap, bermandikan peluh, berdiri di situ. Muka lelaki itu kelihatan hitam. Bila direnung lama‐
lama muka lelaki itu berubah menjadi muka anjing yang garang mula dari pangkal lehernya.

Lelaki itu menjelerkan lidah anjing dan cuba menjilat badan saya. Saya terus menjerit, serentak dengan
itu datuk melompat ke dalam bilik dengan keris di tangan. Manusia berpala anjing merenung muka
datuk dan bersedia untuk menerkam padanya. Datuk angkat tangan kiri separas dada. Tangan kanannya
menunjuk ke arah manusia berkepala anjing. Jari manis dan jari kelingking datuk berkait antara satu
sama lain. Manusia kepala anjing melompat ke sebelah kiri, kemudian hilang di balik dinding. Serentak
dengan itu juga tingkap bilik datuk terbuka kemudian bagaikan dihempas oleh sesuatu benda, papan

[34]
tingkap memukul jenang, seluruh bilik bergegar. Barang‐barang yang tersangkut di situ jatuh berserak ke
lantai.

Datuk menerpa ke tepi tingkap. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Angin tidak bertiup tetapi pokok
rambutan gading di depan rumah bergerak. Beberap minit kemudian terdengar salakkan anjing
bersahut‐sahutan. Datuk meniup tingkap. Dia menyuruh saya pindah ke bilik lain yang dekat dengan bilik
nenek.

"Jaga cucu kita ni baik‐baik," datuk beritahu nenek

"Awak nak ke mana ?"

"Aku nak selesai masalah baru ini di rumah Imam Hamid."

"Awak nak pergi seorang."

"Tentulah," suara datuk keras.

Baru lima langkah datuk melangkah di halaman terdengar jeritan orang perempuan dari rumah Hussein
Janggut. Datuk bergegas ke situ.

"Kenapa Sin ?" datuk tercungap‐cungap.

"Bilik anak dara saya di masuk orang berkepala anjing."

"Kemudian apa jadinya ?"

"Dia cuba membawa anak dara saya keluar dari rumah ni," sungut Hussein Janggut parau. Dalam
beberapa detik sahaja rumah Husein Janggut mula dikerumuni orang kampung. Malam itu sahaja
sekurang‐kurangnya lima buah rumah yang ada anak dara telah didatangi oleh mahluk manusia
berkepala anjing. Seluruh kampung Paya Liam jadi gempar. Malam itu juga bentuk dibentuk
jawatankuasa pengawal kampung. Seluruh isi perut kampung Paya Lima berazam mahu menangkap
manusia aneh itu. Perkara itu segera dilaporkan kepada pihak polis.

Dua malam kemudian atas inisiatif Imam Hamid, orang lelaki Paya Lima dikumpulkan di surau.
Mengadakan pembacaan Yassin untuk hindarkan manusia kepala anjing berluluasa di kampung tersebut.
Ibubapa yang mempunyai anak dara diminta supaya jangan membenarkan anak dara mereka berjalan
waktu malam, terutama ketika bulan mula mengambang. Setiap anak dara disuruh membawa pisau atau
parang bila mahu tidur. Pintu dan tingkap harus dikunci. Datuk dan Imam Hamid sungguh runsing
dengan kejadian itu.

Dalam sibuk‐sibuk perkara manusia berkepala anjing, Imam Hamid menghilangkan diri dari kampung
tersebut. Dengan itu beberapa tuduhan mula dilemparkan oleh orang‐orang kampung pada Imam
Hamid. Datuk bertindak tegas. Dia menolak semua tuduhan itu dengan alasan yang dapat diterima oleh
orang‐orang kampung.

[35]
"Cara yang paling selamat kita lakukan ialah bejaga pada setiap malam." Itu nasihat datuk pada orang‐
orang kampung. Beberapa orang dukun memberikan petua pada anak dara dan teruna supaya menaruh
inai di jari manis. Dukun‐dukun juga menasihatkan setiap rumah harus menyimpan Quran dan
membacanya pada setiap malam. Dengan itu akan melumpuhkan kegiatan manusia kepala anjing
datang ke rumah yang ada anak dara dan teruna.

Dukun‐dukun atau pawang mengesahkan bahawa manusia kepala anjing itu adalah manusia yang
datangnya dari kampung berhampiran yang sedang mengamalkan ilmu salah. Dia sedang menuntut ilmu
seri pandang yang antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing. Dia akan menjadi manusia yang
kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa empat puluh orang gadis atau dapat menghisap
darah anak teruna sebanyak empat puluh empat orang. Kalau dia tidak dapat berbua begitu, dia akan
terus menjadi anjing berbadan manusia hingga hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia akan dapat menguasai
hantu syaitan yang akan memberikan kemewahan pada dirinya.

Malam itu, datuk pulang dari surau sesudah membaca Yassin. Waktu datuk mahu melintasi parit kecil
yang memisahkan Kampung Paya Besar dengan Paya Lima, datuk terpandang pokok keduduk dan
serunai laut tepi parit bergerak‐gerak. Datuk sembunyikan diri di balik pokok besar. Di langit bulan mula
mengambang, makin kuat sinar bulan memanah bumi, makin kuat pokok‐pokok kecil di situ bergerak.

Anjing mula bersuara keras. Datuk membuat keputusan untuk mengetahui apakah gerangan yang
bergerak dalam hutan kecil itu. Bila bulan sudah cukup mengambang. Datuk melihat satu lembaga
manusia bergerak dan berjalan macam anjing, mencium tanah dan pokok‐pokok di situ.

"Syaitan," sergah datuk. Lembaga itu terus menyalak macam anjing. Dari merangkak lembaga itu tegak
berdiri. Dengan tiba‐tiba sahaja beberapa ekor anjing besar mengelilingi lembaga itu.

"Engkau rupanya memang aku cari selam ini," suara datuk keras. Bila dia melihat manusia berkepala
anjing hitam itu dengan matanya yang bercahaya ke merah‐merahan. Bulunya cukup tebal. Giginya
putih tajam dan air lior melilih di muncungnya. Rupanya cukup mengerikan. Manusia berkepala anjing
itu mula menerkam pada datuk. Macam selalu datuk yang memang pandai bersilat itu mengelak dengan
mudah. Perbuatan datuk itu menaikan darah manusia berkepala anjing itu. Ia melolong dengan kuatnya.
Empat ekor anjing hitam di sampingnya datang menyerang datuk. Anehnya semua anjing‐anjing itu
hilang entah ke mana, bila datuk membaca ayat Al‐Kursi. Dengan itu menguatkan hati datuk, bahawa dia
berhadapan dengan syaitan.

Sekarang, datuk berhadapan dengan manusia berkepala anjing satu sama satu. Tidak mudah bagi datuk
untuk menewaskannya. Manusia berkepala anjing tidak menyerang datuk, tapi dia menenung muka
datuk dengan matanya yang bersinar tajam. Dua kali datuk jatuh terlentang. Belumpun sempat manusia
berkepala anjing menerkam padanya datuk segera bangun. Datuk pun menggunakan ilmu kebatinannya
untuk menentang manusia kepala anjing. Di samping itu datuk juga menggunakan ayat‐ayat al‐Quran.
Datuk mula terasa musuh yang ditentangnya beransur lemah.

Benarlah, manusia kepala anjing itu mula rabah ke bumi. Dengan sekilas pandang datuk sudah dapat
mengenali manusia berkepala anjing.

[36]
"Aku kenal kau," pekik datuk. Serentak dengan itu tempat manusia berkepala anjing terus ghaib. Datuk
menang dalam perjuangan ini. Tapi datuk memang tidak menduga manusia yang jadi kepala anjing itu,
adalah manusia yang dikenalinya. Dia pernah bercakap dengan orang itu. Memang di luar dugaan
perkara itu boleh berlaku. Apakah orang itu melakukan semuanya kerana mahu membalas dendam.
Persoalan ini timbul dalam kepala datuk sepanjang malam.

Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung rumah hingga matahari pagi
terbit di kaki langit. Cuma ada satu saja yang datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala
anjing dia tidak mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak buahnya
sama ada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala anjing.

"Agaknya, dia sudah lari dari sini," beritahu datuk pada nenek ketika sarapan pagi. Nenek tidak
menjawab. Dia cuma merenung muka saya dengan wajah yang sangsi.

"Lari atau menyiapkan diri," terungkap dari mulut nenek. Datuk tersenyum. Saya terus menghirup air
kopi.

"Biasanya perkara yang jahat tidak lama berkuasa," suara datuk lembut.

"Maksud awak ?"

"Yang jahat tidak diperkenankan oleh Tuhan," sahut datuk dan terus bangun.

Datuk menyuruh saya pergi ke Paya Besar untuk melihat anak‐anak getah yang baru ditanam semula.
Dia juga menyuruh saya menebang pokok‐pokok pisang di celah anak‐anak getah.

"Tebang yang mana kau agak boleh merosakkan anak getah kita," pesan datuk. Saya mengangguk. Ke
Paya Besarlah saya pagi itu dengan basikal tua membawa sebilah parang. Lebih kurang pukul tiga petang
saya kembali ke rumah. Terkejut juga saya, bila melihat ada beberapa orang duduk di anjung rumah
berbincang dengan datuk. Saya kira mereka membincangkan peraturan berjaga malam. Saya terus ke
sungai untuk mandi. Lepas itu makan dan membaca suratkhabar jawi, memang datuk tidak pernah
tinggal membeli akhbar sejak dari zaman muda lagi.

Tanpa di duga datuk memanggil saya. Cepat‐cepat saya campakkan surat akhbar dan meluru padanya.

"Ada apa tok ?"

"Malam ini, kau turut sama berjaga."

"Sayaaa….." suara saya mati di situ. Kawan‐kawan datuk mengetawakan saya.

"Kau takut ?" tanya datuk sesudah suara ketawa kawan‐kawannya mati. Semua biji mata kawan‐kawan
datuk tertumpu ke muka saya.

"Tidak," jawab saya tegas. Kawan‐kawan datuk berpandangan sama sendiri. Saya ditugaskan berjaga
dekat surau hingga ke rumah Haji Shafie, kawan saya yang disyurkan oleh datuk ialah Bidin yang agak
tiga suku sedikit perangainya.

[37]
Sementara menanti malam tiba, saya berpeluang menyoal datuk tentang kehilangan Imam Hamid. Tidak
banyak yang mahu diceritakan oleh datuk tentang Imam Hamid. Datuk cuma mengatakan Imam Hamid
meninggalkan kampung kerana urusan peribadi. Menurut datuk manusia berkepala anjing ini memang
sudah lama wujudnya. Tapi dapat diatasi oleh orang yang cukup handal dalam ilmu kebatinan.

"Tapi orang yang macam tu dak ada lagi," keluh datuk. Di mukanya terbayang rasa kecewa dan kesal
yang amat sangat. Dia bimbang kalau manusia kepala anjing itu tidak dapat dihancurkan, bukan satu
perkara yang mustahil ada gadis yang menjadi korbannya.

"Macam mana orang tu boleh jadi begitu tok ?" soal saya. Datuk renung muka saya tepat‐tepat. Dia
mengaru pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya merenung kosong ke depan.

"Kadang berpunca dari keturunan, " ujar datuk.

"Caranya."

"Boleh jadi masa dulu ada datuk neneknya mengamalkan ilmu itu untuk mempertahankan diri, bukan
untuk tujun jahat, maklumlah orang zaman duu banyak mengembara dalam hutan terpaksa banyak
menggunakan berbagai ilmu," datuk berhenti bercakap. Dia telan air lior dua tiga kali. Matanya masih
juga merenung ke depan.

"Biasanya yang datang dari keturunan tu," jadi bila dia terdesak dan tak sedarkan diri, umpamanya
dipukul oleh orang dengan tidak tentu fasal baru dia jadi, jenis ni tidak merbahaya, boleh dibuang
dengan ancak dan rakit ke dalam tujuh kuala sungai. Dan orang itu akan sempurna terus," saya
mendengar cakap datuk dengan penuh teliti.

"Di kampung kita ni macam mana ?" soal saya.

"Orang ini menuntut, tapi silap bawa, fasal tu dia mengganas."

"Silap macam mana ?"

"Tujuan dia menuntut untuk diri sendiri, tapi masa dia menuntut tu, boleh jadi dia menjalani pertapaan,
masa itu dia dipengaruhi syaitan untuk membawa kerja yang tidak baik."

"Jadi."

Mendengar cakap saya itu, datuk jadi tergamam. Bila rasa tergamamnya hilang. Dia tersenyum dan terus
menepuk bahu saya dua tiga kali.

"Dia terus jadi syaitan," tambah datuk "kerana itulah bila mahu menuntut ilmu keduniaan, terlebih
dahulu mengisi dada dengan ilmu agama, dapat membesakan mana yang direlakan oleh agama dan
yang mana pula ditegahnya. Tak boleh main ikut‐ikut silap‐silap gaya kita terkeluar dari ajaran agama.

"Keluar macam mana."

[38]
"Takbur dan menafikan kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sedangkan sesuatu yang berlaku adalah atas
kehendaknya, kita boleh jadi murtad," Datuk segera bangun. Memang kalau dia masih ada depan saya,
banyak lagi pertanyaan yang mahu saya tanyakan. Datuk tahu perangai saya. Dia memilih jalan mudah
dengan meninggalkan saya.

Berjaga Malam

Tepat pukul sepuluh malam. Saya dan Bidin tiga suku mudar‐mandir dari satu kawasan ke satu kawasan.
Kemudain menuju ke kawasan rumah Haji Shafie dengan membawa sebatang kayu panjangnya kira‐kira
empat kaki. Saya tidak suka dengan perangai Bidin tiga suku yang suka bercakap besar. Sesekali dia
bersilat tidak tentu fasal. Tidak boleh terdengar katak melompat. Dia buka silat. Kalau dekat dengannya
bertabur darah kepala kena kayu di tanganya. Memang saya tahu, Bidin tiga suku baru dua bulan belajar
silat cekak.

"Kau jalan seorang dulu Din, aku nak rehat di tangga surau," kata saya sambil duduk di anak tangga
bongsu. Ketika itu sudah pukul sebelas lebih, bulan mula mengambang. Suara salakkan anjing. Mula
kedengaran. Sayup‐sayup.

"Ok, kalau aku jumpa, aku lipat empat,"

"Jangan begitu, tak baik." Saya terdiam. Bidin tiga suku terus meronda. Dua minit kemudian Bidin tiga
suku datang pada saya.

"Kenapa ?" tanya saya sambil melihat muka Bidin tiga suku yang pucat lesi. Dia tidak bersuara, jari
kelingkingnya menunjukkan ke arah pangkal pokok mempelam. Dada saya berdebar. Saya beranikan diri
pergi ke pangkal pokok mempelam. Sebaik saja saya sampai ke pangkal pokok tersebut. Saya
terserempak dengan seekor kucing hitam belang putih menangkap tikus. Saya segera mendapatkan
Bidin tiga suku kembali.

"Tak ada apa pun di situ ?" kata saya.

"Di situ, aku jumpa dia, biarlah aku balik dulu, perut aku sakit," kata Bidin tiga suku terputus‐putus. Saya
membenarkan dia pulang. Tahulah saya kenapa Bidin tiga suku jadi begitu. Saya terus berjaga tanpa
Bidin tiga suku. Berjaga tanpa kawan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Dua tiga kali aya
membuat keputusan untuk pulang, tapi kerana memikirkan keselamatan orang ramai saya terpaksa juga
berjaga. Suara lolongan anjing makin hebat. Sekali‐sekala terdengar bunyi suara burung jampok. Tingkah
meningkah dengan suara burung hantu.

Angin malam terus juga bertiup, dedaun bergerak. Saya keraskan semangat dan terus meronda. Kalau
ada apa‐apa yang meragukan hati, saya akan terus memukul bedok memberitahu kawan‐kawan lain.
Saya terus berjalan di bawah sinaran bulan yang agak kabur itu. Waktu saya sampai ke pangkal pokok
mempelam bagi kali yang ketiga. Saya lihat kucing hitam berbelang putih masih lagi bermain dengan
tikus yang ditangkapnya. Saya berdiri di situ. Tiba‐tiba bahu saya ditepuk dari belakang. Darah saya
tersirap. Badan saya mengeletar. Tidak berani saya menoleh ke belakang saya benar‐benar jadi kelam‐
kabut. Saya mula mahu menjerit, tapi sepasang tangan mencekup mulut saya dengan keras. Saya

[39]
berhempas pulas berusaha melepaskan diri. Saya terasa mulut saya tidak dicekup lagi. Segera saya
menoleh ke belakang.

"Pak Imam."

"Iya, jangan bising,"

Imam Hamid memberi amaran. Dia berkain pelikat. Berbaju Melayu putih dan bersongkok putih.
Matanya merah merenung ke muka saya.

"Ke mana Pak Imam menghilang."

"Itu bukan urusan kau."

"Pak Imam yang jadi……," belum sempat saya menghabiskan perkataan, Imam Hamid menarik tangan
saya ke bawah pokok mempelam. Dia suruh saya duduk dan dia berdiri gagah di depan saya tidak
memalingkan pandangan ke mana‐mana. Saya tentang wajahnya dengan harapan di bawah sinaran
bulan yang muram, saya dapat melihat pertukaran wajahnya dari manusia kepada anjing. Apa yang saya
harapkan tidak terjadi. Pak Imam tetap berwajah manusia. Suara salakkan anjing terus menerus. Burung
kian kuat berbunyi. Angin malam menggugurkan mempelam tua. Dengan mendadak saja bulu tengkok
saya berdiri.

"Datuk kau berjaga sebelah mana ?"

"Sebelah barat Pak Imam ?"

"Bagus, satu peluang yang baik."

"Apa yang Pak Imam cakapkan ini."

"Kau mana tahu," suaranya keras sekali. Dia menarik tangan saya dengan kasar menuju ke surau. Tidak
lama kami berdiri dekat surau. Pak Imam menarik tangan saya menuju ke rumah Pak Jalil. Dia berdiri
betul‐betul dekat tingkap bilik Minah anak dara Pak Jalil. Saya makin yakin, bahawa manusia berkepala
anjing yang dicari selama ini, adalah Pak Imam. Cara yang paling baik saya pilih ialah memukul kepala
Pak Imam dekat kayu bila dia terlali.

Sesungguhnya Pak Imam cukup berhati‐hati dalam kerjanya. Dia tahu dan ingat tiap langkah yang sudah
dan langkah yang akan dibuatnya.

"Saya panggil orang kampung Pak Imam."

"Jangan, tegahnya. Saya bertambah bingung dengan sikap dan tindak‐tanduk Pak Imam Hamid.

"Mari berlindung," Pak Imam Hamid menolak badan saya hingga jatuh atas tanah. Kemudian kami
merangkak perlahan‐lahan menuju ke pangkal pokok asam jawa yang dikelilingi oleh semak samun. Pak
Imam Hamid mendongak ke langit melihat bulan. Wajahnya nampak muram, kerana bulan dilangit

[40]
dilindungi oleh awan tebal. Bila awan tebal berlalu bulan tersembul indah di dada langit. Wajah Pak
Imam nampak berseri‐seri. Mulutnya mula kumat‐kamit membaca sesuatu. Dada saya mula berdebar.

Dalam keadaan yang mendebarkan itu, saya lihat Pak Imam Hamid menukar baju dan kain dengan
seluar. Seluruh badan Imam Hamid dibalut oleh kain hitam. Songkok putihnya juga ditukar hitam.

"Aku mahu jadi anjing," katanya sambil menekan batang leher saya ke bumi. Hidung saya mencium
tanah. Imam Hamid meniarap. Sama rata dengan tanah. Dia memberitahu saya supaya jangan lari atau
menjerit. Kalau saya tidak menurut perintahnya, dia akan menikam saya dengan lawi ayam. Saya
bertambah menggeletar. Suara anjing bertambah kuat. Angin makin kencang bertiup. Berdetup‐detap
bunyi ranting menimpa bumi. Bulan terus mengamban. Suara katak bertambah rancak menyanyi. Imam
Hamid masih meniarap. Matanya merenung ke arah runpun senduduk dan serunai laut di sebelah kanan
rumah Pak Jalil. Dua ekor anjing hitam keluar dari situ meraung panjang ke bulan. Ekornya terpacak ke
langit. Rumpun seduduk dan serunai laut bergerak hebat. Imam Hamid tidak berkata sepatah apa pun.
Mulutnya terus kumat‐kamit. Saya lihat matanya tidak berkedip memandang belukar kecil di depannya.

"Lihat katanya." Saya memandang ke depan, seorang lelaki berkulit hitam berkepala anjing keluar dari
celah semak itu. Di meraung bagaikan anjing merenung bulan. Lembaga manusia berkepala anjing
melompat ke arah tingkap tempat Minah tidur.

"Datuk kau di mana ?" bisik Imam Hamid.

"Macam saya cakap tadi. Orang ini membalas dendam, selagi keluarga datuk kau tidak dirosakkan dia
tidak akan berhenti,"

Saya segera teringat Pak Jalil memang ada hubungan keluarga dengan datuk, malah dalam perkiraan
datuk, Minah mahu dijadikannya isteri pada seorang cucunya. Jadi cakap Imam Hamid ini memang ada
benarnya. Fikir saya sendirian. Dalam berfikir begitu saya lihat manusia berkepala anjing menepuk
dinding, dan daun tingkap rumah Pak Jalil terkuak dengan sendirinya.

Manusia berkepala anjing melompat ke atas. Bertenggik di bendul tingkap. Saya bertambah kelam‐
kabut. Imam Hamid bangun menuju ke bawah rumah. Dia terus bertempik dan menjerit sekuat hati.,
kemudian diikuti dengan suara azan yang nyaring. Saya terus menuju ke surau lalu memukul beduk. Bila
saya pulang ke tempat asal, saya lihat Imam Hamid sedang berhadapan dengan manusia berkepala
anjing. Manusia berkepala anjing terus menyerang Imam Hamid. Dengan tenang Imam Hamid mengelak
serangan itu. Saya mendekati Imam Hamid. Dia menyuruh saya pergi jauh. Jelas kedengaran Imam
Hamid membaca ayat‐ayat suci masa dia bertarung dengan manusia berkepala anjing. Saya terus berdoa
semoga orang‐orang kampung akan datang segera ke tempat Imam Hamid. Dalam keadaan yang gawat
itu, saya lihat manusia berkepala anjing tidak berdaya menyerang Imam Hamid. Dia lemah. Ketika itulah
Imam Hamid memasukkan jawi ayam ke perut manusia berkepala anjing. Imam Hamid meneruskan
pembacaan ayat‐ayat suci.

[41]
Manusia berkepala anjing berguling‐guling atas tanah. Seluruh isi rumah Pak Jalil terjaga. Dan orang‐
orang kampung pun tiba. Datuk meluru ke depan, Imam Hamid segera menghalang.

"Jangan dekat dia, biarkan di situ nanti kita akan tahu siapa dia."

"Biar saya tikam," kata datuk.

"Jangan, kita cuma boleh menikam hanya sekali, kalau dua kali kita tikam dia tidak akan mati," terang
Imam Hamid. Datuk akur dengan perintahnya itu.Bila manusia berkepala anjing itu berhenti
menggelupur, kepalanya segera hilang dan diganti dengan kepala manusia.

"Anjang Dollah," kata datuk. Imam Hamid senyum, saya bertambah bingung. Macam mana orang yang
sudah mati boleh hidup kembali. Perkara itu segera tanyakan pada Imam Hamid. Dengan senyum Imam
Hamid menjawab, "roh dan badannya tidak di terima bumi, keran mengamalkan ilmu salah."

"Begitu," sahut saya lembut. Saya lihat bekas tempat manusia berkepala anjing itu berguling terdapat
batang pisang. Datuk terus memotong batng pisang itu tujuh kerat. Dua dibuang ke dalam semak dan
yang lima lagi dicampakkan ke laut pada keesokan harinya.Atas arahan Imam Hamid, dia menyuruh
penduduk kampung membaca Yassin empat puluh empat malam berturut. Perintah itu juga dituruti oleh
orang‐orang kampung. Sejak itu kampung saya tidak diserang oleh manusia berkepala anjing hingga
sekarang.

Dua bulan lepas peristiwa itu, datuk mengajak saya pergi ke Kampung Sungai Sadang. Datuk ke situ
kerana, dia diajak oleh kenalan rapatnya menangkap burung waktu malam. Saya membantah
rancangannya, tapi datuk yang terkenal dengan keras kepala itu tidak peduli dengan bantahan saya.

Mahu atau tidak mahu. Saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun memilih beberapa pasang pakaian
yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai waktu malam.

"Berapa lama kita di sana tok," tanya saya sambil memasukkan pakaian ke dalam beg. Datuk yang
sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai
datuk. Kalau mahu berjalan ke mana‐mana. Dia buat rajah dalu. Dia mahu mempastikan, apakah
perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya.

"Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan."

"Keadaan mana tok ?"

"Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana."

"Bila kita nak bertolak."

"Aku fikir pagi esok saya."

Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap‐siap untuk pergi ke kampung bunian
menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat. Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam
dalam kandang. Saya barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung

[42]
rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah
seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown
pengurus ladang getah, Sungai Bruas.

Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu, memang selalu
menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta
ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan kerja
di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu saya tolak. Kedatangannya pada
hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan menta datuk mengurutnya. Kalau tida
masakan dia datang, fikir saya. Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr.
Brown cukup faseh bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada
saya yang dia lama duduk di Plastine dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu.

Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun dan
duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta.

"Di sini, harta itu ada di sini,' ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta dengan
pensil merah. Datuk termenung panjang.

"Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan," tingkah datuk sambil memeluk lutut.
Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali.

"Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam hutan,
macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandor saya tidak berani ambil," jelas Mr.Brown lagi,

"Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang untuk
meletupkangua."

Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu, ialah kawasan
kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang‐orang
kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan
taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya
mencari kawasan tersebut. Kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu, diserang demam
panas berbulan‐bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras, Mahkota,
emas berlian dan pedang kebesaran raja‐raja dahulu tertanam di situ. Orang‐orang yang jujur dan ikhlas
saja yang selalu terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut.
Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan terjumpa.

"Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang." Mr.Brown bersuara sambil melihat peta. Datuk
terus tersenyum.

"Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda peta dengan pensil merah.

"Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada kawasan
kerajaan Manjong," Mr.Broin berhenti menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk

[43]
kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali. Kemudian
Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu semua kawasan dan wilayah kekuasaan
kerajaan Gangga Negara.

"Dari mana awak tahu ?" Soal datuk.

"Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi
manager, tapi saya mahu siasat negeri awak."

"Kalau dapat awak mahu buat apa ?"

"Barang‐barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak," ujar
Mr.Brown dengan bangga. Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk. Datuk mahu membantunya
mencari kesan sejarah lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan
barang‐barang purba. Dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta
mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama
penyiasatan itu diadakan. Selain daripada itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk
turut sama dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan kawasan
yang dihajati oleh Mr.Brown itu.

Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. Saya cukup gembira, kerana saya tidak
dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira‐kira
pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke sawasan pecah batu di Seputih. Dari situ berjalan kaki
menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang berbumbung. Sebelum itu,
Mr.Brown dan datuk sudahpun pergi ke Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat
di situ. Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan
darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang‐orang
dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai.

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung sampan
rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ,
masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit tidak tentu
arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya
merah. Lidahnya sentiasa keluar. Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang
pekerjanya itu. Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja.

Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam‐macam suara yang saya dengan. Datuk duduk di
kanan saya, sekali‐sekala, saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti.
Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. Orang itu menyuruh datuk berpindah ke
tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu
akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang
pukul sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat peta dengan kayu
pembaris.

[44]
"Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu
kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam,
Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut.

"Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya.
Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil
air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan
Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gaslin yang terpasang dalam khemah
cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang
pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus
tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia
bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu‐lagu Hindu
dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan
mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di
bibir nipisnya.

"Siapa namamu," tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan
saya menuju ke pokok besar. Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di
depan istana.

"Ke mana ?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin
rendang.

"Siapa namamu ?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan.

"Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya. Fahamlah saya sekarang. Rupanya
dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia
menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan
meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang
dibakar. Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi.

Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam
kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan.
Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalampeti itu terisi tengkorak manusia. Kami
berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain
kuning. Malam pun tiba. Fatuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan
tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam.

"Tengkorak ni tak ada apa‐apa," kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu
diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing‐masing. Menjelang tengah
malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya
dengar, suara wanita menyanyi sayup‐sayup di selang‐seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi
gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin
yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok bersahut‐

[45]
sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam‐dalam,
mereka tidak perlu dibangunkan.

Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara
orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara
itu cukup jelas. Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon
beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetepi
awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan
digoyang orang. Tiba‐tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin.
Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah
datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita
berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari,dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri
cukup terang.

Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya
terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon
beringin. Saya saksikan sebuah kepala bergolek‐golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu,
lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan
saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai
seluruh badan saya. Suara sudah tidak mempu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu,
segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita
itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu.

Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima enam
langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air
sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke
tanah, berguling‐guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. Serentak
dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar
bunyi pedang belaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila
semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa
baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita
dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang
perang yang hebat.

Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah.
Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. Selesai
sembahyang subuh dia pun mencari saya.

"Kenapa begini," tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah. Saya mahu menceritakan
semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam.
Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merunggut dan
marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada

[46]
Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat
menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana.

Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak
setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima
cadangan itu, kerana mengerinkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada
membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan
kolam pun bermula. Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu
dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah
serta ditimbus oleh tanah.

Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman
pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun
memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang‐barang yang kami temukan di dalam
kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan
Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang‐tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang
dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak
saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu.

"Ini merbahaya," bantah Mr.Brown.

"Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya." Suara datuk meninggi. Matanya
mula merah.

"Ok saya ikut."

"Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah‐dekah.

Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju
hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus
membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali‐sekala dia membuka silat. Tiba‐tiba datuk diam.
Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul‐kepul naik ke udara. Datuk rebah di
situ. Saya segera mahu menghampirinya.

"Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya.
Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan
salakkan anjing serigala kedengaran sayup‐sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang
muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima
kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan
penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada
aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam,
kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah
memberitahu pada aku di mana barang‐barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran,
mahkota dan emas berlian ditanam."

[47]
"Di mana tempatnya tok, " tanya saya tidak sabar.

"Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah
semula.

Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam
sampan. Dari situ kami menyusul tebing sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke
Tanjung Ara ‐ dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya
cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak
tinggi yang gondol itu penuh dengan batu‐batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ.

"Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan
telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya
dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah‐dekah. Barang
yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.

Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah
tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung
itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.

Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta‐harta itu tertanam lebih
kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong
melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju
dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang.

Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu‐batu
berterbangan, pokok‐pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira,
dia tidak putus‐putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah
yang diletupkan itu keluar beratus‐ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan
Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang‐barang kami
tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak.

Kami menyusul tepi sungai Bruas menuju ke arah Pekan Pangkalan Bharu, Ketika itu senja sudahpun
tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba‐tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan
tiba‐tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan
berkata : "Kalau kami salah ampunkanlah."

Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan
pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul
dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan
siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu.

"Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik
kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak

[48]
tangkap, ular‐ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman
kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara.

Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk
mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.

Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan
pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia
segera menjerit dengan sekuat hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang melempah
terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan.
Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.

"Dia sudah pergi," kata datuk dan terus mengalah sampan ke hilir. Lebih kurang pukul sepuluh malam
kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan
Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta
polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali.

Dengan kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bunglownya. Kerana jam sudah pukul dua belas.
Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bunglownya. Kira‐kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit
tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan bunglownya sambil menjerit. Semua pekerja ladangnya
menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown. Mr.Brown
terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan bunglownya dengan rotan seni. Dan datuk terpaksa
menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut. Mr.Anadurai terus menghubungi
Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. Mr.Brown
yang masih menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital Lumut
dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh.

Lepas itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown
ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu
sembuh.

"Orang putih tu tak jujur," datuk mengadu pada saya.

"Kenapa tok kata macam tu ?"

"Aku yakin dia tak jujur," suara datuk merendah. Saya bertambah binggung kerana datuk tidak
menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih
lanjut tentang perkara tersebut. Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang
dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat.

"Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang‐orang dari England ni, satu bangsa yang
tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita
sendiri," datuk merunggut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya.

"Buat apa datuk ke rumah dia ?" Dia bukan ada."

[49]
"Kau mana tau, ini urusan aku." Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di bawah
rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar Mr.Brown. Lebih kurang pukul lima petang datuk pun
pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk
menongkat basikal saya terus menghampirinya.

"Jangan pegang bungkusan tu."

"Apa bendanya tok ?"

"Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg."

"Tok nak buat apa dengan tanah itu."

"Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya.

Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur. Dan malam itu
saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai. Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas
upih pinang, kemudian dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau
bersuara cuma lulutnya saja yang kelihatan kumat‐kamit membaca sesuatu.

Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat berita dari kerani besar
ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke England. Tempat
Mr.Brown segera diganti oleh J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak
berani duduk di bunglow. Setiap kali dia tidur di bunglow tersebut. Dia selalu saja diganggu oleh satu
lembaga yang menyerupai Mr.Brown. Kadang‐kadang pengurus baru tiu diangkat dari bilik tidur ke
ruang dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bunglow. Jadi, bunglow besar yang serba
lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bunglow besar itu dibakar oleh seorang pekarja ladang getah yang
naik darah kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bunglow tersebut. Sebaik
saja bunglow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari dalam bunglow
itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok‐pokok hutan.

Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini : Lakukan
semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga
diri manusia yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri, pada janji dan
sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiannya.

Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu. Beberapa bulan berselang,
datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam.
Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu melupakannya.
Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi
ke tempat tersebut.

"Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi," datuk mengingatkan saya.

"Baguslah tu tok, barang‐barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik."

[50]
"Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?" tanya datuk.

"Saya malaslah datuk." Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara menanti petang Jumaat,
datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang‐kadang dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian.
Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat‐cepat saya
menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.

"Ada apa datuk ?"

"Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit."

"Habis datuk nak pergi ke sana ?"

"Hajat tu memanglah begitu."

"Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang."

"Itu tak mustahak yang penting adik beradik." Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera
teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam
tahun 1947. Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang.
Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam,
(sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang‐alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana
hal‐hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.

Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami menyewa teksi
pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang. Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu
Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi.

Suara Harimau

Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk tidur di
masjid Chemor. Sesudah memberikan butir‐butir mengenai diri kami kepada pihak polis, kami
dibenarkan tidur di masjid tersebut. Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu
masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua malam, datuk
mengejutkan saya.

"Bangun kita pergi ke Hulu Kuang."

"Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar."

"Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah," suara datuk keras.

Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk
menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti.

"Sebentar lagi dia datang," Datuk beritahu saya.

[51]
"Apa yang datang tok ?" tanya saya ingin tahu.

"Kau jangan banyak cakap," Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan.
Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya
mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam
waktu zaman dharurat.

"Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai.
Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan
tujuh biji batu bertih ke tengah laman masjid. Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke tapak
tangan kiri tujuh kali berturut‐turut. Tiba‐tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup
kuat. Kepala lutut saya mengeletar. Dengan tiba‐tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak
berdaya bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil
menguit‐guitkan ekornya.

"Makanlah kau lapar," suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila
harimau itu selesai makan. Datuk segera merapatinya. Datuk menggosok‐gosok kepala harimau itu
dengan tangannya. Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk. Harimau itu
berguling‐guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk mengosok perut
harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. Datuk bermain‐main dengan harimau macam bermain
dengan anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula
menjilat telinga kanan datuk tujuh kali.

"Bangun, kau dah kenyang." Mendengar cakap datuk itu , harimau besar segera bangun sambil
menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu menggaum lagi.
Datuk memanggil saya. Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar.
Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar.

"Ini cucu aku," datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung
ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali berturut‐turut. Harimau itu melunjukan kaki depannya.
Badannya direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal tengkuk harimau
berbadan besar serta berbelang tebal. Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya
jadi lembik. Saya tidak boleh duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.

Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu
mengerak‐gerak badannya saya juga ikut bergerak.

"Peluk tengkuknya kuat‐kuat," datuk mengigatkan saya.

Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu segera
menegakkan badannya. Datuk terus menepuk‐nepuk punggung harimau, macam gembala lembu
menepuk punggung lembu.

[52]
"Ke Hulu Kuang," saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau pun melangkah. Saya rasa
harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi. Melayang‐layang di udara membelah pekan Chemor
melintasi jambatan keretapi. Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung
Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang
ke arah kami. Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya
menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki tangga rumah adik bongsu
datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang
harimau.

Toyol

Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya tidak
tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk. Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali
datuk menepuk‐nepuk dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu
bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak‐gerak.

"Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita," suara datuk meninggi. Harimau itu
mengguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan saya. Datuk tidak
segera mengejutkan adik bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau
mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga. Adik bongsu datuk terkejut ,
bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang
dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah berkurung
berakhir pada jam enam pagi. Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal.
Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara
lain.

Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang sambil
bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh
rancak pagi itu. Saya tidak banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka
tingkap melihat daun‐daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis.

"Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni," saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke
belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.

"Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula," jawab adik bongsu datuk.

"Hai, musim dharurat pun kena berjaga malam ?"

"Berjaga dalam rumah ?" sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya tertarik hati dengan perbualan
itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat mengkerutkan keningnya.

"Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?" Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya.
Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.

[53]
"Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain
untuk menolongnya," datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu
datuk termenung panjang.

"Susah orang nak menolongnya," begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.

"Susah macam mana ?" tanya datuk.

"Kerja iblis."

"Kita lawan cara iblis."

"Begini, di kampung ni ada toyol jadi‐jadian , sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus." Adik
bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung.
Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali.
"biasanya toyol jadi‐jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang ada jantan betinanya.
Rumah kau ada dia masuk ?"

"Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia menghilangkan diri." Dengan
penerangan adik bongsunya itu datuk dapat menduga bahawa toyol jadi‐jadian itu masih belum
mempunyai pasangan lagi.

Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik bongsunya,
perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama
sedikit. Untuk mencari tuan punya toyol jadi‐jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat
yang tertentu.

"Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi," jelas datuk
dengan tenang.

"Macam mana caranya ?" soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan pertanyaan itu datuk tersenyum
panjang sambil memicit pangkal dagu.

"Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya. " Cakap
datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan.

Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan‐perempuan di Kampung
Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya. Atas persetujuan orang‐orang
Kampung Hulu Kuang datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk menghalau
toyol jadi‐jadian yang menganggu kampung mereka. Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di
Hulu Kuang, terdengar salah seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika
melahirkan anak sulung. Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu,
datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah kubur.

Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam. Dia
didatangi dengan berbagai‐bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat yang

[54]
dibawanya. Waktu dia membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak yang
menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik ke
udara dari tanah perkuburan.

Datuk pun mengejutkan saya.

Kalaulah, bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti kena penendang
sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat apa‐apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka,
mestipun hati meradang dengan perbuatannya.

"Kenapa tok?" tanya saya sambil mengesel‐gesel kelopak mata. Datuk tersenyum sambil meraba‐raba
misai bengkoknya yang macam tanduk seladang jantan. Sekali‐kali misainya turut bergerak.

"Kita sudah hampir pada matlamatnya."

"Matlamat apa tuk?"

"Mencari orang yang jadi tuan toyol."

"Kalau kau faham baguslah."

Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu mana datuk bangun. Bila saya
buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi
sendirian untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.

Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu‐batu sambil membasuh muka dan
badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu
untuk membasuh muka dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia
menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu membawa ke atas hingga
sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali
dilakukannya ialah memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.

Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik dan enam langkah ke arah
matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa
yang datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur saya
genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair
embun.

Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang sambil mandi air embun. Saya
terasa seronok melihat matahari pagi dengan sinar yang kilau‐kilauan di celah‐celah pokok besar. Bila
sinar matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik‐manik dan sungguh menarik
sekali.

Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang bermacam ragam dan
bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu
nama‐nama burung yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah

[55]
jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong kecil menuju ke arah
sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun
rumbia. Tiangnya dari kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke halaman
pondok itu datuk berhenti berjalan.

"Kenapa datuk?" tanya saya ragu‐ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya dilekapkan atas dada. Kedua
belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah
tumit kakinya beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta tapak kaki
memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.

"Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur itu menuju ke sini, "dengan
tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu‐manggu.

"Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya," datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke
rumah adik datuk.

Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak memerhatikan gerak geri
rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh
perhatinnya pada sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa. Saya kira,
fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.

Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik angin. Kalau datuk naik angin,
saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar
telur ayam hutan.

"Jauh berjalan pagi ni," soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga. Dia baru saja melepaskan
ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali tersenyum panjang.

"Macam biasa," balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.

MAKAN UBI REBUS

Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.

"Rumah siapa dekat belukar tu," datuk mengkemukakan soalan. Adikdatuk terdiam mengingati sesuatu.

"Rumah Kidon."

"Orang sini jati?"

"Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang."

"Orang padang ke orang Jambi."

Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti makan ubi rebus, Isteri adik
datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak
lagi mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.

[56]
"Dari sumatera katanya dari keturunan Batak," tiba‐tiba saja adik datuk bersuara.

"Ada bini tak?" cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.

"Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar" terang adik datuk
dengan jujur.

"Ada anak?' cepat‐cepat datuk meningkah.

"Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,"

"Hummmm…," suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan kanan. Terus‐terang
datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk
juga meminta adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal ibadat
serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi‐jadian. Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk
dipenuhi oleh adiknya.

Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor yang didirikan secara
gotong‐royong oleh penduduk‐penduduk di situ. Saya dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.

Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah bila bulan menggambang
penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk
melompat ke tanah lalu bersilat dengan harimau‐harimau itu.

Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau‐harimau itu akan menjulurkan
ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan mencium atau mengurut‐urut ekor harimau itu sambil
membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung hantu, barulah
datuk memerintahkan harimau‐harimau perliharaannya pulang.

"Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih separuh, kain putih letakkan
ke dinding," datuk mengeluarkan perintah pada saya malam itu. Kalau tidak silap, malam itu malam
Rabu kira‐kira pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.

Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk‐liuk memenuhi ruang
pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh
batang lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah ayam
yang disembelihnya petang tadi.

Tiba‐tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui pintu yang terdedah. Kucing
itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya
lihat datuk mengeluarkan secekak tualng‐tulang ikan dari karung yang terletak sebelah kanannya. Datuk
melemparkan tulang‐tulang ikan kering itu pada kucing hitam. Dengan tiba‐tiba batang lilin yang
menyala padam. Saya menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya
diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk.

[57]
Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya
dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar‐samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan
cengkerik jelas kedengaran. Sayup‐sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok
bagaikan bergerak‐gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atap
pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan
menangis tersedu‐sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

"Suara langsuri, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat," bidik
datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai
pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan
pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki
dan kepala berdiri di situ.

Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahut‐
sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

"Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan
pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri," kata datuk, dia terus menabur
kemenyan atas bara dalam dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari
kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu
bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu
melakukannya waktu malam, Bdannya kelihatan berpeluh.

"Itulah Kidon mengorek kubur anaknya," datuk memberi tahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu
menyapu peluh di dahi sebentar.

Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir‐hampir
muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat
anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kidon
masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu
kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.

Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah
disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.

[58]
"Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai," beritahu datuk pada saya. Saya angguk
kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada
iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa
yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya
macam orang yang sedang tidur lena.

Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi
sepi sekali.

"Air itu diambil ketika remang‐remang senja, bersama bunyi gagak," ujur datuk.

Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna
dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air
sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan
membasuh mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai.
Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas
kepalanya hingga ke hujung kaki.

Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa.
Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung.
Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.

Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah
salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk‐habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang
sudah menjadi bara, barulah dia beredar.

"Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari
tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni," datuk membisikkan ke telinga saya. Di
kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan.
Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain,
selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu
menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat
puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun.
Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.

Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar
lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri,
Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke
telinga anaknya begini :

"Dengarlah anakku, Perasaan dan hatimu, Bersatu dengan aku, Dua tubuh Satu harapanku, Kaulah yang
mengerjakannya, Tujuh lapis bumi, Tujuh lapis langit, Bersatu di bukit Kaf, Bersemadi dalam diri kita.

[59]
Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang‐panjang, kemudian bibir
bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering
itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat
jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam
tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung.
Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri.

Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun‐ubun bayi
kering itu. Tiba‐tiba ubun‐ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi
serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat‐jilat tapak tangan Kidon. Kidon
pun menepuk‐nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon
memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis
dimakan oleh kucing itu.

"Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari," Kidon memerintah
kucing hitam.

Kucing itu menggaru‐garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah
menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin
ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu
dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat
Kidon tersungkur di kain putih.

"Ilmunya sudah aku tawarkan," suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala
sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul‐kepil.
Tulang‐tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam
karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.

"Kau lihat," ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai
pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan
mayat kering itu di situ.

"Kau pulangkan pada yang berhak," datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat
kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak‐gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di
tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di
luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi
suara perempuan menangis.

"Kau datang Kidon," lantang suara datuk.

"Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.

[60]
"Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku
tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon."

"Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut
firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau."

"Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?"

"Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini
dihebuhkan."

"Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini
juga." Datuk memberi keputusan muktamad.

Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara
langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit
meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya
suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu?
Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada
saya.

Datuk terus berbisik kepada saya, "tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi," saya angguk
kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama
sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. Datuk tahu dengan apa yang
saya alami. Dua kali dia menghembus muka saay, kemudian memicit batang leher saya mencari urat
tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.

Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa
banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang
saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

"Aku harap kau akan jadi orang islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam
aku," ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.

"Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita
tidak sembahyang," tambahnya sambil bangun. Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang
mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Datuk turun ke
tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan.

"Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?" tanya saya.

"Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu."

"Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh." " Baiklah Tok."

[61]
Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai
ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat
mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun
segera saya panggil.

"Kenapa ?" soal datuk

"Mayat."

"Mayat," suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan
anak‐anak pokok lalu menutup mayat Kidon.

"Kita mandi embun dulu," kata datuk dengan senyum.

"Mayat ni macam mana tok ?"

"Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung."

"Saya faham tok."

Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila mandi
embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara,
urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian kampung itu. Ketua
kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara
yang serupa itu juga dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tidak
lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang‐barang yang berharga.

Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya
orang‐orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi‐jadian. Mereka datang
mengucapkantahniah atas kejayaan datuk.

"Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol jadi‐
jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang," kata datuk pada pada orang‐orang
kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.

Waktu datuk mengkais‐kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui
tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan
orang‐orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat
ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang‐oang kampung terpaksa membacakan Surah
Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak kedengari oleh
orang‐orang kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu
memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau
terkeluar dari hukum‐hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.

[62]
"Orang‐orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh
umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi
pelajaran pada kita semua." Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada
semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai. Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan
meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di
rumah isteri mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap‐siap pada petang
Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta.

"Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat," datuk bertanya pada orang yang
mengajaknya. Orang itu ketawa.

"Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain‐lain di hutan Hulu Kinta, kita
dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja,"

"Jadi."

"Kita boleh pergi pada waktu siang."

"Hum begitu."

"Tentu Setuju."

Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki
menuju ke batu lapan. Belumpun pukul sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu
kami melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam
hutan. Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping
itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk
menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa
jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain.

Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya
melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan‐dahan dan pokok‐pokok yang
dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba‐tiba muncul dari balik
rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak‐gerak.

"Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain," begitulah datuk berdialog
dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak
perlahan‐lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalamhutan yang tebal itu.

"Berhenti," datuk memamaut bahu saya.

"Kenapa tok ?"

[63]
"Sembunyikan diri balik pokok." saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal pokok
besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk
tajam melihat pada rimbun anak‐anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk
melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke
dalam guni.

Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan‐
Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang
bertingkat‐tingkat. Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik
tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dnegan bermacam‐
macam bunyi burung hutan. Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik
datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan semacam ini.

Bila saya fikirkan dalam‐dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan
pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah
duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering,

"Saya dahaga tok."

"Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut."

"Jahanam." Datuk merungut panjang sambil menyambung, "jalan ke depan lagi kalau‐kalau ada paya
atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut," datuk terus menolak saya. Ramalan datuk
tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih. Bila
saya mahu minum datuk segera menahan.

"Jangan minum."

"Saya haus tok."

"Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang. Bila akar
itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila
saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak‐gerak . Di tengah perut
paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi suara orang ketawa
panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.

"Ada suara tok."

"Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya."

"Kita balik saja tok."

"Tak usah kita tengok apa yang terjadi."

Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok‐pokok hutan. Sya lihat seorang
perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang

[64]
ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba‐tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya
ialah gelombang air yang beralun‐alun memburu tepi paya.

"Siapa tu tok," saya menyoal.

"Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ," datuk dan saya mula mengubah haluan, kami
berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya
terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.

Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula
menjumpai orang‐orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis
Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah‐olah kenalan baru datuk itu
wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya.

"Keganjilannya baru aku sedar sekarang," rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan
muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.

"Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar‐benar manusia atau jin atau
syaitan," sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami. Dia
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan
terkunci. Tidak terlahir kata‐kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya.
Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke
belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi.

Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan
datuk.

Datuk dan saya tidak berkata walau sepatahpun kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai
Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang
terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.

Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya
terus membasuh muka. Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi
sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad
untuk berkelah.

"Ke mana kita nak pergi tok, " saya menyoal datuk.

"Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan .
Allah yang tahu hati aku," datuk bagaikan mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi
datuk tukar pakaian, memeng datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai waktu berjalan
dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi
sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang.

[65]
Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu
itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang
difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya
kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga
menjelma.

Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih
juga tenang dan damai.

"Kita balik saja," datuk memberitahu saya. Cepat‐cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk
berpusing‐pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang
mana kami lalu tadi, yang anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau
matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah
hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan
di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali‐kali
diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar‐legar di
kawasan tepi sungai itu juga.

Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya, ternyata kepandaian datuk tidak
berguna sama sekali di dalam hutan Hulu Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di
tepi tebing sungai tersebut. Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya terserempak dengan
seekor ular, sebesar batang kelapa. Saya menjerit. Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut
melihat ular besar itu. Lama juga datuk menenung mata ular itu.

"Matanya berkedip." Kata datuk dengan penuh semangat.

"Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk ?"

"Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa."

Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk tercium bau wangi yang
amat sangat. Hari bertambah gelap. Fikiran saya bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar.
Perlahan‐lahan ular itu membuka lingkarannya. Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke dalam
sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan. Saya lihat air sungai mula melimpah ke atas
terbing. Menenggelamkan batu‐batu besar di tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir
sungai, saya lihat air tidak mengalir.

Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali datuk mengahkiri
percakapannya, ular itu mengerakkan kelopak matanya. Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang
datuk cakapkan. Datuk menyuruh saya menutup mata. Saya patut pada cakapnya. Masa saya menutup
mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya juga terdengar bunyi dahan patah
dirempuh angin. Bumi yang saya pijak saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup
dahsyat.

"Buka mata," ujar datuk.

[66]
Saya pun membuka mata. Saya dapat diri saya dan datuk berada di sebuah surau tua. Saya terdengar
suara Azan. Seorang lelaki berjubah hijau, berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk
mengambil air sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang Maghrib. Selepas
membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar saya dan datuk ke perkampungan orang asli.
Dia menyerahkan saya pada penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi. Dia
juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan besar Tanjung Rambutan ‐
Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu memberi pengakuan akan membuat apa yang
diperintahnya.

Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah saya kenal bahawa orang tua
itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu. Dia mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah
membinasakan Kidon. Dia juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa
menemuinya terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah kawasannya. Dia juga
meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap oleh datuk.

"Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kami tidak akan sesat di sini," katanya dengan
senyum.

"Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu ?"

"Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk lain," katanya dengan
senyum.

"Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu," tingkah datuk.

Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu harus mengenali mereka,
tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah yang menjadikan langit dan bumi," tambah lelaki
serban hijau. Kemudian dia menghilangkan diri. Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya
dan datuk dia telah memeluk agama Islam. Orang bertanggung jawab mendorong dia memeluk agama
islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya menggigit lidah mendengar cakapnya. Datuk pun menceritakan
semua peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya ular besar memang
selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak pernah membinasakan orang.

"Kalau dia lahu di depan rumah kami, waktu senja menunjukkan ada perkara yang tidak baik akan
berlaku, tiga bulan dulu dia melintas waktu senja di kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati
lemas," kata penghulu orang asli. Saya dan datuk anggukkan kepala.

"Lelaki serban hijau tu siapa tok batin ?" tanya saya

"Haji Lokman," jawab penghulu orang asli. Selepas tida ada pertanyaan yang keluar dari mulut saya atau
datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian depan rumah penghulu itu. Pagi esoknya atas
permintaan datuk penghulu orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu
dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda kawasan itu pernah didiami
oleh sesiapa pun.

[67]
"Di tempat ni tak ada apa‐apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di sini," tanpa diminta
penghulu orang asli menerangkan.

Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar. Datuk dan saya membuat
keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira‐kira dua batu
saja. Sedang seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa dua saat,
kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk sampai di depan balai polis Tanjung
Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka
sedang merancang untuk mencari kami di dalam hutan.

Tanpa bertangguh‐tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami alami dalam hutan Ulu Kinta
pada orang‐orang kampung Ulu Kinta yang menanti kami di depan Balai Polis Tanjung Rambutan.

Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di pangkal pokok kelapa di
rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru.

"Pelik juga ceritanya, betul ke ni?" Saya terdengar salah seorang daripada orang kampung itu bersuara.
Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah batang hidung orang itu.

"Terpulanglah pada awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya dan cucu sudah merasa dan
mengalaminya."

"Apa yang orang tu berikan pada awak."

"Beri apa? Awak gila ke." Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus diam.

Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk lalu bertanyakannya: "Apa
halnya ni."

"Orang hilang ni dah jumpa di sini," seorang lelaki berbadan tegap memberitahu anggota polis yang
sudah berusia hampir lima puluh tahun itu. Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya
pada anggota polis itu.

Kemudian anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah dialami oleh beberapa
orang penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang pergi memburu ke kawasan itu.

"Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya," suara anggota polis itu merendah. Menurutnya, dalam
waktu‐waktu tertentu lelaki berserban hijau itu pernah muncul di Market Tanjung Rambutan. Anehnya,
dia hanya bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang yang disalami mahu bertanya sesuatu
padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja.

"Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa," anggota polis itu menamatkan ceritanya dengan datuk.
Datuk tidak puas hati dengan apa yang dicakapkan oleh anggota polis itu.

"Biasa macam mana?' Datuk mendesak Anggota polis yang mahu melangkah masuk ke dalam balai
berpatah balik.

[68]
Dia berdiri betul‐betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah datuk kemudian dia
senyum sinis.

"Awak orang luar, mana awak tahu." Termenung sejenak datuk mendengar cakap anggota polis itu.

"Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya tahu."datuk merendah diri.

"Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata itu."

"Itulah yang mahu saya dengar."

"Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia membunuh tiga orang askar Jepun
di Pekan Tambun."

"Sebabnya?"

"Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar‐askar Jepun pada orang kampung."

"Jepun tak tangkap dia?" soal datuk lagi.

Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil mengkerutkan kening lebatnya.

"Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika menunaikan sembahyang
Zohur. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia berjaya melepaskan diri, sejak itu dia tidak pulang ke
rumahnya."

"Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu sengaja diada‐adakan," celah
datuk.

"Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya. Kalau dia hidup apa
faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan anak bini."

"Betul juga cakap awak tu."

"Tapi awak jumpa dia bukan?" soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala.

"Lupakan saja perkara itu," tambah anggota polis itu sambil meninggalkan datuk, Orang‐orang dari Ulu
Kuang yang berhimpun di situ berpandangan sama sendiri.

"Sudah, anggaplah ini pengalam yang berharga untuk awak, sama ada orang mahu percaya atau tidak itu
bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan bercakpa dengannya," salah seorang penduduk Kampung
Ulu Kuang membisikan ke telinga dautk.

"Betul cakap awak tu," balas datuk.

Datuk dan orang‐orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis Tanjung Rambutan menaiki bas
menuju ke Chemor . Dari Chemor naik basikal menuju ke Kampun Ulu Kuang.

[69]
Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang. Pengalam‐pengalaman aneh
yang saya alami itu merupakan khazanah pengalaman yang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan
panduan untuk hidup.

Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah maha besar dan
maha berkuasa boleh melakukan apa saja yang diinginnya dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia
yang selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan.

"Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi dipenuhi juga dengan jin yang tak
dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah pentingnya agama untuk manusia," kata datuk pada saya
ketika bas yang kami naiki melintasi Pekan Menglembu.

"Aku harap," tambah datuk lagi,

"Kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama selalu sesat."

"Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh Allah."

"Bagus tu, kau mesti patuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang ditegahnya. Tunaikan apa
yang ditetapkanoleh rukun kerana Islam itu tiang agama."

"Saya faham tok."

"Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna."

"Saya tahu tok," tekanan suara saya merendah. Angin yang masuk ikut tingkap bas menolak rambut saya
denga mesranya.

MENEMUI ISTERI MUDA

Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan senang hati. Datuk tidak
menceritakan apa yang dialaminya pada nenek.

Sayalah yang jadi tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak memberikan sebarang pendapat
tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu apakah nenek
suka atau percaya dengan apa yang saya katakan.

"Saya nak pergi," tiba‐tiba datuk muncul di ambang pintu tengah. Perbualan saya terhenti. Saya lihat
datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju melayu teluk belangga hitam serta seluar hitam.
Songkok juga hitam.

"Ke mana ?" tanya nenek.

"Ke rumah bini muda," balas datuk selamba.

Nenek mengizinkan datuk pergi.

[70]
Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang bunian. Saya dipanggil oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah untuk menjalani temuduga bagi memenuhi jawatan
buruh hutan yang kosong dalam jabatan tersebut.

Saya terpilih dan ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ. Cuma satu minggu sahaja.
Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak sesuai dengan jiwa saya.

"Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni layak kerja sendiri jadi petani
atau peniaga," kata datuk menyambut kepulangan saya di anjung rumah.

Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual buah‐buahan hasil dusun
datuk di Cangkat Beranagan. Saya rasa hidup begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk menembak rusa
atau kijang di mana‐mana yang disukainya.

DIPANGGIL PULANG

Pagi itu, seperti biasa saya pergi kedusun memetik buah langsat dan rambutan untuk dijual pada peraih
yang datang pada sebelah petang. Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.

"Banyak yang kau dapat langsat?"

"Kira dua pikul ada tuk."

"Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang petang ni."

"Kenapa ?"

"Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung datang menjemput aku."

"Apa halnya."

"Usah tanya, ikut cakap aku."

Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal saya dan datuk ke
kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh ‐ Lumut. Masa itu, lebuh raya masih belum
dibina lagi. Kami terpaksa berbasikal membelah jalan tanah merah.

Sejak adanya lebuh raya, orang‐orang di Cangkak Cermin tidak menggunakan jalan tanah merah yang
lama itu. Kami sampai ke rumah ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan datuk
ditempatkan di satu bilik khas.

"Apa salahnya Tok Sidang memanggil saya ?" soal datuk kepada Ketua Kampung yang berjanggut itu.
Ketua Kampung mengerutkan keningnya.

"Ada hajat besar."

"Apa hajatnya?"

[71]
"Anak buah saya berlakikan hantu raya."

"Ha…," mulut datuk ternganga.

Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri anak buahnya yang malang
itu. Setiap malam anak buahnya yang baru kematian suami itu di datangi oleh hantu raya. Menurut
ketua kampung itu, hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra dengannya hingga menjelang
subuh.

"Siapa nama perempuan itu?" datuk mula menyoal.

"Timah."

"Bila suaminya mati?"

"Kira‐kira enam bulan yang lalu."

"Ada anak?"

"Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar."

"Ini kerjanya sulit sikit." Datuk separuh mengeluh.

"Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu kadang‐kadang mengacau
orang kampung," tambah Ketua Kampung.

Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba‐tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di anjung rumah Ketua
Kampung.

"Saya perlu jumpa dengannya," itu yang terkeluar dari mulut datuk.

"Bila ?"

"Kalau boleh sekarang juga."

Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung membawa kami ke rumah Timah
dengan melintasi ladang getah kepunyaan orang Inggeris. Rumah Timah terletak di sebidang tanah yang
agak terpisah dengan rumah‐rumah penduduk di situ. Di kawasan sekeliling rumahnya ditanam dengan
ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang rumahnya terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh
daripada pokok itu terdapat sebatang pokok pulai.

Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi sekali salam diberi. Pintu
rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh Timah tidak juga muncul. Datuk pandang saya dan
saya pandang Ketua Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut.

Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang bertalu‐talu, beberapa ekor
burung gagak terbang rendah sambil berbunyi. Saya terasa bunyi burung gagak itu agak berbeda dengan
bunyi suara gagak yang selalu saya dengar.

[72]
Tiba‐tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan
matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung
segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersila kan kami
naik ke rumah.

"Minta maaf ye," kata datuk sambil memandang ke wajah Timah. "Rumah ini ada dua bilik, yang satu
lagi untuk siapa?"

"Untuk …," Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak
mengemukakan pertanyaan lagi.

"Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah
suaminya dulu," kata Ketua Kampung memberi penjelasan.

Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar sedikit. Dia bangun lalu melihat
kedua‐dua bilik yang terdapat di dalam rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah tidak senang
dengan sikap datuk itu.

"Itu bilik saya ! jangan masuk," jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di bahagian kiri rumah. Datuk
angguk kepala sambil meraba‐raba misai tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi.

Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua‐dua belah tangannya memegang perut. Saya segera
menerpa untuk membangunkan datuk. Secara mendadak saya rasa pangkal lehar saya dipukul oleh
sesuatu. Pandangan saya berpinar.

"Jangan datang," pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa ke arahnya. Ketua
Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera meninggalkan bilik tersebut.

"Merbahaya, kita mesti balik sekarang," kata datuk. Ketua Kampung tergamam, bagitu juga dengan
Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk mengemukakan soalan pada Timah,

"Bilik siapa itu?"

"Bilik suami saya," Jawab Timah

"Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya."

"Saayyyya…," suara Timah terputus.

Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami bertiga meninggalkan rumah
Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik saja sampai ke kaki tangga, datuk meminta jasa baik
Ketua Kampung untuk meminjam senapang kampung dan pada sesiapa yang memiliki senapang.

"Buat apa?" Ketua Kampung menyoal penuh ragu,.

"Nak menembak gagak untuk menolong Timah."

[73]
"Begitu," suara Ketua Kampung menurun.

Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua Kampung kembali dengan
senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk.

Datuk membidik‐bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan tapak tangan kanan. Dengan
tenang datuk memasukkan peluru kedalam laras senapang, kemudian dia meludah tapak tangan kanan
dua tiga kali. Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air liur itu.

Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang rendah mencari ulat daun
pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk segera mengambilnya segera. Bangkai gagak itu
digantungnya pada dahan pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung.

Datuk naik ke rumah. Waktu hari mula remang‐remang senja datuk menuju ke pangkal pokok
mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil menabur garam halus di bangkai gagak
tersebut. Gerak geri datuk itu saya perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung.

"Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa hidupnya. Begitulah datuk
menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung
menyatakan dia memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya.

Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri arwah suami Timah ,
antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri,
bertukang rumah waktu malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang‐orang melihat
kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana‐mana, berbual kosong dengan Ketua
Kampung di rumahnya.

Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang dia membuat kerja‐kerja itu.
Malah menuduh orang‐orang kampung mengadakan cerita yang bukan‐bukan kerana dengki dengan
kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung tidak menyoalnya lagi.

Setelah menunaikan sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke suatu kawasan hutan tebal. Dia
mengandar bangkai gagak dengan tenang. Saya lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu.
Datuk menyuruh saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk meletakkan bangkai gagak yang sudah
dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk menghidupkan api. Dia duduk di depan unggun api itu sambil
berpeluk tubuh.

Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar berdiri di depan datuk.
Serentak saya terdengar bermacam‐macam bunyi. Ada bunyi suara orang menangis dan mengilai. Ada
suara gendang dipalu.

"Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin dan kami dari manusia.
Tidak serupa cara hidupnya," suara datuk meninggi. Lembaga hitam itu bertambah besar. Dua tiga
pokok besar yang dirempuhnya habis tumbang.

[74]
Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat. Saya terdengan bunyi burung
gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung gagak datuk terbang menuju ke lembaga itu. suasana
menjadi tenang. Lembaga hitam hilang dari pandangan saya. Datuk segera bangun dan mendapatkan
saya.

"Kita ke rumah Timah," perintah datuk. Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah suatu perkara yang mudah
berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh tapi bangun semula. Akhirnya kami sampai rumah
Timah. Lama juga kami di situ, tidak ada sesuatu pun yang dapat kami lihat. Semuanya macam biasa.

Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan sembahyang Ishak. Sesudah
makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke rumah Timah kembali. Kali ini datuk menyuruh saya dan
Ketua Kampung berpecah, mencari tempat perlindungan masing‐masing. Datuk memakai baju hitam
dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tiga puntung kayu yang sudah menjadi arang serta
sebatang paku. Datuk tidak memakai seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya
dengan kain putih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik. Angin malam yang
bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi
tidak menentu. Bunyi katak bersahut‐sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan
bunyi suara burung hantu dan jampok.

Saya lihat pintu rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu minyak tanah menerangi
sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada bayang‐bayang hitam berdiri di muka pintu. Serentak
dengan itu terdengar bunyi suara orang lelaki batuk bertalu‐talu. Saya berlari mendapatkan datuk. Saya
duduk di sisinya, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya terduduk.

BERSABAR

"Jangan dekati aku," katanya.

Saya pun segera menjauhkan diri darinya. Datuk membakar kemayan dan membakar sesuatu. Dari
rumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian kuat melolong. Saya terdengar kicau burung murai
ditengah malam. Bulu roma saya berdiri. Ketua Kampung datang ke tempat saya dan datuk.

Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat seorang lelaki sedang
duduk di muka pintu sambil menghisap rokok. Mukanya tidak berapa jelas kelihatan. Angin malam terus
bertiup.

"Kau kenal siapa tu?" tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung terdiam. Dia terus menumpu
perhatian pada rumah Timah.

"Latif, laki Timah," katanya pendek. Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan tiga batang serai di
depannya. Tangannya menggenggam paku.

"Itu bukan latif, Itu hantu raya," kata datuk. Sebaik saja datuk selesai bercakap, seketul batu melayang
ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena
pangkal pokok. Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris pintu rumah

[75]
Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah rumah Timah. Apa yang kami dengar
Timah bercakap sesuatu. Kami juga terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun
berahi yang kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.

"Hantu tu sedang berkasih dengan Timah," datuk memberitahu Ketua Kampung.

Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk mencabut keris rumah Timah
bergegar. Semua barang yang ada dalam rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timah menjerit dan
terjun ke halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang besar terus mengangkat
Timah yang tidak sedar diri itu.

Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya. Ketua Kampung dan saya turut
sama ke situ.

"Berhenti, kau syaitan.," jerit datuk.

Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke arah datuk.

"Latif…," pekik Ketua Kampung.

Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus, berkain pelekat tanpa baju
dengan rambut tak terurus. Dia membuka langkah mengatur silat.

"Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau sudah sampai subuh kita
berjaya membunuhnya selama‐lamanya kita tidak akan dapat melenyapkannya dari kampung ini," ujar
datuk.

Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar menjadi lembaga yang hitam
sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan cahaya.

Datuk mengambil tiga batang surai sambil mengacu‐ngacu ke arahnya. Setiap kali serai itu di lihatnya,
lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh kampung bergema dengan jeritannya yang amat menakutkan
itu. Lembaga itu menutup matannya dari melihat batang serai. Datuk lalu menayangkan pula kepak
burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling‐guling di atas tanah bagaikan menahan
kesakitan.

"Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan menyempurnakan diri mu kerana
engkau adalah manusia yang berasal dari tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali," kata datuk.
Lembaga itu terus berguling‐guling.

"Dia bini aku," secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun. Datuk tergamam. Dalam rasa cemas
itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk sambil kedua‐dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal
menekan batang leher datuk.

[76]
Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi tubuh lembaga yang berbulu
lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan memang perangai datuk tidak mudah mengaku kalah. Dia
terus bergelut.

Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit saya lihat tidak ada sebiji bintang bersinar.
Pokok‐pokok di kiri kanan bagaikan dilanda taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu
mengiringi petarungan datuk dengan lembaga itu.

Tiba‐tiba,saya lihat berpuluh‐puluh ekor burng gagak hinggap di ranting pokok. Berbunyi bersahut‐
sahutan. Kemudain burung‐burung gagak itu terus turun ke tanah lapang. Tanah tiu jadi gelap dengan
burung gagak. Saya benar‐benar berada dalam keadaan cemas.Lembaga yang berbulu lebat terus
mencampakkan tubuh datuk kepangkal pokok pisang.

"Bacalah ayat al‐Qurshi," bisik keuta kampung pada saya. Saya terdiam, dalam saat‐saat cemas begitu,
saya jadi terlupa untuk mengingati ayat tersebut. Bila saya cuba, pembacaan saya banyak yang silap.
Saya menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangun dari perdu pikok pisang.

Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al‐Fatihah adalah ibu segala ayat dan mempunyai kelebihan
yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan dengan musuh dan sudah tidak ada cara lain untuk
mempertahankan diri, bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari musuh dengan
bertawakal pasa Allah yang maha besar.

Jadi, al‐Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah selesai dibaca saya mula terasa
semacam ada semangat baru dalam diri saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yng lebih gagah
dan kuat dari kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca ayat al‐Qurshi.

Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh berjuta‐juta burung gagak.
Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda terbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau‐kilau. Benda
itu seakan‐akan bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda semacam tali,
berwarna merah. Benda itu berlegar‐legar atas bumbung rumah Timah dan akhirnya hilang lalu diganti
oleh suara perempuan ketawa manja.

Saya raba telinga, hidung dan mata bagi mempastikan apakah perkara yang saya alami, satu khayalan
saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput. Ternyata saya tidak berhhayal, saya berhadapan dengan
satu dunia yang cukup ganjil dan aneh sekali.

Dalam samar‐samar malam itu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar. Saya lihat datuk bangun
menuju ke arah kami. Di tangannya masih tergenggam batan serai dan bulu burung gagak.

"Hebat," sepatah perkataan kelaur dari mulut datuk. Dia terus duduk, kemudain mencangkung, macam
orang mahu memulakan perlumbaan lari. Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke
daepan, kaki diluruskan ke belakang. Dengan perintah datuk, ketua kampung mencacakkan bulu burung
gagak dan batang serai di depannya.

[77]
Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk bagaikan harimau yang mahu
menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya mencakar‐cakar tanah. Dia pejamkan matanya lalu mulutnya
bergerak‐gerak. Saya terdengan datuk memebaca sepotong ayat dari al‐Quran. Saya amati
pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi Allah Yunus ketika ia
berada dalam perut ikan.

Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar. Memang semua kepandaian
yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu raya jelmaan syaitan itu. datuk terus berdiri. Bulu gagak
diangaktnya. Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah menyala. Ketua
kampung lalu menghimpunkan daun‐daun kering atas api yang membara itu.

Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat sja kawasan kami penuh
dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan masuk lubang hidung, kian kuat bunyi pokok‐pokok di
sekeliling kami dirempuh angin, dahan‐dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi bili dilihat ke
atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut‐sahutan.

Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di tanah. Semua burung gagak di
tanah lapang berterbangan. Hilang dengan sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa
menyepi. Saya lihat lembaga hitam hilang. Lebi\h kurang antara lima hingga tujuh minit kami dipeluk
sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali berturut‐turut.

"Kau," tempik ketua kampung, bila di depan kami wuduj batang tubuh suami Tiamh. Bila datuk mahu
menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah segera hilang. Tempatnya digantikan dengan kain
putih. Kain itu bergerak dan mengelumbung. Saya, ketua kampung dan datuk terus melihatnya dengan
penuh teliti.

"Mayat," kata saya

"Ya," memang dalam kain itu mayat," jawab datuk.

"Mayat siapa?" tanya ketua kampung.

"Mayat suami Timah ," pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan baju.

Mayat yang terbujur itu begerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu terus duduk. Kainkapan
berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung memberitahu saya, bahawa itulah mayat suami Timah
yang telah ditanam oleh orang‐orang kampung saya dulu. Mayat itu memusingkan badannya sambil
duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup tajam. Bau busuk mula menguasai
kawasan tempat kami bernaung. Saya bagaikan mahu terkeluar isi perut.

Angin malan terus bertiup. Macam‐macam bunyi yang kami dengan. Dalam suasana yang begitu, saya
terdengar bunyi suara orang lelaki merintih menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana suara itu
datang.

[78]
"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke
depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama‐lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu
terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah
kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.

Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan
terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah
berbau itu berpusing‐pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang
serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. Datuk melangkah
dua tapak ke depan.:"Kau suami Timah."

Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya dengan kain kapan
semula.

"Kau kenal ketua kampung," tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu merenung ke muka ketua
kampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa cukup seram. Datuk menggawang‐gawangkan tangan
di depan matanya.

Mayat itu berpusing ke arah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan mayat suami Timah di
depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh kawasan., pokok‐pokok kecil bagaikam mahu tercabut.
Mayat itu cuba bangun, tetapi tidak boleh.

Punggungnya seperti melekat pada bumi.

Datuk pun mengangkat kedua belah tangannya ke ats. Lalu diturunkan perlahan‐lahan. Berhenti separas
dada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan kembang macam menahan sesuatu. Saya perhatikan kaki
kanan datuk terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya terus berhempas pulas.

Mulut datuk berkumat‐kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan mayat. Kerana selalu saja
mengikut datuk dan selalu pula melihat dia bercakap dengan makhluk ganjil. Saya dapat membaca dan
mentafsir apa yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya.

Lebih hirang datuk berbicara :

"Kenapa kau datang ke dunia ini?"

"Menuntut sesuatu."

"Apa yang kau tuntut?"

"Isteriku."

"Engkau dengannya tidak boleh bersama."

"Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan memberi aku makan."

"Kalau dia tidak mahu bagaimana?"

[79]
"Aku akan mencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan."

Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah kami. Mayat itu masih
terkapai‐kapai. Timah terus berlindung di belakang ketua kampung.

"Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?"

Dengan mendadak saja datuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah termenung sejenak
mengingati sesuatu.

"Tak ada apa‐apa," sahut Timah.

"Mesti ada, kalau tidak hantu suami kau tidak pulang," sanggah datuk. Timah mengigit bibir.

Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu boleh bangun, datuk
menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak di bawahnya.

"Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari, kemudian mengacau semua
penduduk kampung," ujar datuk pada ketua kampung. Serentak saya dan ketua kampung angguk kepala

Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba‐tiba Timah bersuara : "Dia ada pesan, sebelum dia
dimandikan dan dikapan, dia suruh saya tikamkan tapak kakinya dengan jarum."

"Kau buat apa yang disuruhnya," datuk memotong cakap Timah.

"Tidak."

"Sebab?"

"Tak sampai hati."

"Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi."

"Saya tak faham."

"Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini ialah kapitnya ."

"Maksudnya," soal Timah macam orang bodoh.

"Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit atau kawannya itu mencari
tuan yang lain."

Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar. Dan dia mula faham,
kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habis ditebas
dan dicuci orang. Bila ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapat jawapan begini : Sahabat kita yang
mengerjakannya.

[80]
Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah sahabat suaminya yang sebenar. Dia juga mula faham kenapa
suaminya selalu bercakap seorang diri waktu dinihari. Ketua kampung terus tercenggang melihat
keadaan yang tidak pernah dimimpikan untuk melihatnya.

Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan perintahnya itu. Bila dipijak, tapak
kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus meluru ke arah mayat. Datuk merentap kain kapan yang
membalut bahagian kaki mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah tangannya pada datuk,
seolah‐olah minta tolong.

Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki mayat. Dia memasukkan
sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila gema jerit mayat itu berakhir, saya lihat datuk duduk
berdirikan lutut. Di atas kepala saya terdengar bunyi sesuatu yang berat dan keras melanggar pokok.
Saya terus meniarap. Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat mayat suami Timah sudah tidak ada lagi
di situ, tetapi bau busuk tidak juga hilang dari tempat yang kami duduki.

Datuk datang ke arah kami. Di kaki langit cahaya kemerah‐merahan mula naik. Tidak lama sepelas itu,
terdengar suara beduk dipalu orang bertalu‐talu dan diikuti dengan suara Azan memecahkan kedamaian
subuh hening.

Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke surau. Selepas mandi dan
menunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada saya kepalanya terasa pening. Sebaik saja datuk
melangkah mahu keluar dari surau, dia terjatuh. Orang‐orang kampung mengusung datuk ke rumah
ketua kampung.

Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas bercampur limau nipis, sakit
kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun itu mengurut seluruh badan datuk hingga pulih.

"Angin," kata dukun itu pada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut bertalu‐talu. Semua orang
yang berada di rumah riuh rendah. Bila ketawa sudah berakhir, ketua kampung menceritakan apa yang
kami alami malam semalam. Ada yang mengkerutkan muka dan ada pula yang geleng kepala. Tetapi,
mereka tidak menolak untuk diajak pergi tempat kejadian malam semalam.

Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka sarapan pagi di rumahnya.
Kira‐kira dua belas orang penduduk kampung, termasuklah saya, datuk dan ketua kampung terpaksa
duduk bersila di anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus pisang pagi itu. Badan terasa
segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur perjalanan.

Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua kampung. Sepanjang
perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu daripada datuk atau saya, semuanya melangkah
dengan tenang.

Kira‐kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang menekup hidung. Bau
busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak mahu meneruskan perjalanan. Mereka muntah dan
terus pulang.

[81]
"Bau bangkai apa?" saya terdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan itu tidak segera dijawab oleh
datuk. Dia cuma tersenyum.

"Entah, cuba tanya ketua kampung," sebaik saja datuk habis bercakap dia berdehem dua tiga kali.

"Itulah bau yang kami cium sepanjang malam." Sahut ketua kampung sebelum orang yang bertanya
mengemukakan pertanyaan padanya.

Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu bertambah kuat. Datuk terus
menunjukkan pada orang‐orang kampung tempat mayat itu duduk. Tanah di situ kelihatan berlubang. Di
sekelilingnya terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti hampas kelapa. Bau busuk yang cukup
meloyakan tekak itu berpunca dari situ.

Tiba‐tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila diangkat kain itu, ia bertukar
menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk yang memegang kain itu digosokkan ke tapak kaki kiri.
Tujuan datuk berbuat begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di tapak tangannya.

"Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi anak adam mengikut
keadaan," ujar datuk tenang.

Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami terus ke rumah Timah.
Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus mengadu bahawa dia tidak boleh duduk di dalam
rumah peninggalan suaminya.

"Kenapa?" Ketua kampung menyoal.

"Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam tempayan pun berbau busuk
tok," suara Timah sayu. Dengan perintah datuk, saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja saya berada di
muka pintu , saya terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis keluar. Cepat‐cepat saya
turun.

Atas persetujuan orang‐oarng kampung sebuh rumah lain didirikan untuk Timah. Rumah lamanya
ditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan berhampiran dengan rumah ketua kampung, dengan
usaha ketua kampung itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timah dijodohkan dengan seorang nelayan yang
tinggal di Telok Gadung ‐ Pulau Pangkor.

Habis dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977, anak lelaki Timah itu
telah ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke Bank Bumiputra Batu Pahat ‐ Johor dan sekarang bertugas
di Kuala Lumpur. Masa orang‐orang kampung mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut
membantunya. Malah, sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur di situ.
Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi oleh sebarang hantu syaitan, di
samping datuk mencari sesuatu alamat.

[82]
Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang‐kurang satu malam mesti
ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan membawa sebungkus gula, susu dan segenggam beras.
Orang yang tidur di situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih.

Sebaik‐baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk dari Allah atau memohon
padaNya supaya orang yang akan mendudukinya kelak tetap selamat serta melakukan sesuatu yang baik
dan teguh iman serta kuat beribadat.

Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang‐orang kampung telah mengadakan pembacaan doa
selamat. Dua hari selepas Timah duduk di rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung
Cangkat Cermin.

Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila datuk sedar dari pengsan
seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri. Datuk terpaksa merangkak dari muka pintu hingga ke
tempat tidur. Seluruh sendinya tersa sakit, macam ditikam‐tikam dengan jarum.

Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya datuk saya, bila dibawa ke doktor ternyata dia tidak
mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke dalam rumah, sakitnya datang semula. Dan datuk tidak
mengizinkan saya atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya.

Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk dapat meneruskan
puasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh likur, datuk memanggil saya dan nenek. Dia
menyuruh kami mencari limau tiga serangkai yang mengarah ke matahari terbit.

Limau itu harus dipetik sendiri tanpa mengunakan galah atau tangga. Akhirnya apa yang dikehendaki
oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya meletakkan limau itu di atas pinggan putih bersama pinang
kering.

Lebih kurang pukul dua belas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang cukup wangi. Saya lihat
pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak berapa lama selepas itu, saya terdengar bunyi suara
orang perempuan membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari tempat tidur datuk.

Perkara itu berlaku tiga malam berturut‐turut. Saya tanyakan hal itu pada nenek. Kata nenek isteri muda
datuk datang mengubatnya. Kadang‐kadang saya terdengar orang bercakap dengan datuk. Pernah saya
terdengar orang itu bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir suasanan menjadi sepi.

Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan barkata begini pada datuk : Al‐Quran
yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap untuk manusia. Di dalamnya tersembunyi seribu rahsia
perubatan, apa salahnya kita mengambil ayat‐ayat darinya untuk penawar.

Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun saya merasa gembira, bila
pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia bangun pagi‐pagi dan membaca al‐Quran sebelum
pergi sembahyang hari raya. Di masjid datuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama orang
ramai.

[83]
Setelah selesai sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi rumah seluruh penduduk
kampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah , saya terkejut melihat dua orang perempuna duduk di
anjung ruamh. Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada saya bila saya melintas di
depannya, manakala perempuan muda yang berselindang lingkup itu wajahny terlalu manis air mukanya
cukup bersih.

Siapa bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu?" Dalam keadaan yang kebingungan
itu saya lihat perempuan itu mendekati datuk lalu mencium tangan datuk dengan diperhatikan oleh
perempuan di sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja.

Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan selindangnya yang jatuh ke
atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu cukup tebal dan lentik. Kerlingnya cukup tajam. Datuk
memperkemaskan silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras wanita muda di depannya.

Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan meriam buluh sekali‐kali terdengar
juga memecah kesunyian kampung. Tiba‐tiba saya terkejut, perempuan tua bangun serentak, tanpa
menjamah barang‐barang yang dihidangkan oleh nenek.

Mereka menuju ke muka pintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke arah nenek dan datuk sambil
melambaikan tangan. Datuk kelihatan tersenyum senang. Perempuan tua dan perempuan muda
memijak anak tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke wajah mereka.

Datuk, tiba‐tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu ke wajah datuk sebentar.
Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu, batang tubuh perempuan muda dan tua sudah tidak
kelihatan lagi di situ. Hilang entah ke mana.

"Ke mana mereka pergi tok?" saya bertanya. Datuk merenung muka nenek. Mereka berbalas senyum
lalu datuk menghadapi hidang yang tersedia.

"Siapa mereka tok?"

Datuk terus menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata :

"Itulah nenek muda kau," suara datuk menendang gegendang telinga saya. Wajah datuk saya lihat,
terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak
timbul. Betapa nenek berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.

DATUK NENEK

"Sudahlah tu, mari minum," datuk menarik tangan saya. Nenek ketawa melihat telatah saya yang
menurut perintah datuk itu. Nenek terus duduk di sisi saya. Selesai makan ketupat dan rendang datuk
mengajak saya ke tanah perkuburan untuk melihat pusara datuk nenek. Selesai menziarahi kubur datuk
nenek dan menghadiahkan al‐Fatihah atas roh, mereka, datuk terus mengheret saya bertandang ke
rumah kenalannya. Satu kerja yang amat tidak saya senangi. Menyusurlah sayadi bawah pepohon getah
mengikut langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keras petang itu memaksa badan saya

[84]
mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasa bergetah. Kain samping sudah tidak lekat di pinggang sudah
bertukar menjadi kain selipang.

"Ke mana kita tok, saya dan tak tahan ni," saya mengadu.

"Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat."

"Jauh lagi ke ?"

"Lepas pokok asam kumbang sampailah kita." Suara datuk mula keras. Matanya, tajam memandang
muka saya.

Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir bukit Paya Takung .
Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang saujana mata memandang. Itulah rumah Ujang
Selamat ketua kampung Paya Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling cantik dan besar di dalam
kampung tersebut.

Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan baju hitam mempersilakan saya
dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat bersalaman. Ujang Selamat ketawa menampakkan giginya
yang besar dan kekuningan itu. Data datuk, Ujang Selamat berasal dari negeri Petani di Selatan Siam. Dia
meninggalkan kampung halamannya sesudah tercetus peperangan antara rakyat Petani yang menuntut
kemerdekaan dari kerajaan Siam.

Dalam pertempuran itu, banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh tentera Siam. Ujang Selamat
melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya Takung. Dia bertani dan bercucuk tanam hingga berjaya
mendirikan rumah dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan orang di situ hingga beranak
cucu.

Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba‐tiba rumah Ujang Selamat didatangi tetamu. Lima
orang semuanya. Ujang Selamat memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu tersebut. Kami
bersalaman, berkenal mesra dan sama‐sama menjamu selera.

Selesai mengisi perut. Kelima‐lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang Selamat. Saya bingkas, duduk
kat bendul.

"Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah," kata Ujang Selamat pada
datuk sambil mengipaskan badannya dengan kertas suratkhabar.

"Apa halnya?"

"Awak pawang besar tentu tau atau dapat tanda‐tanda,"

"Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong."

"Begini." Ujang Selamat memperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang berlapis itu bagaikan
bergerak‐gerak. Angin dari tengah wawah terasa menyapu wajah.

[85]
Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab.
Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

"Ada saudara mara awak yang sakit?" tanya datuk.

"Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut
buncit."

"Tidak, dia sakit," biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan badan ke
dinding. Matahari petang kian condong.

"Kaum awak Ujang?" soal datuk.

"Ada kena mengena dengan bini saya."

"Jadi apa ikthiar kau?"

Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha."

BERUSAHA

Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senag kalau dia dipanggil pawang atau bomoh. Itu
bukanlah cita‐citanya, tetapi kalau dia dipanggil pemburu atau tok buru, dia memang tak menolak. Dia
megah kalau ada orang yang memanggilnya demikian. Datuk termenung panjang. Saya memanglah tidak
begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaan Ujang Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat
menahan sikap terpuji datuk yang suka menolong orang itu.

Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput‐rumput padi sudah tidak
berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah menuju ke pohon yang memagari batas sawah.

"Bagaimana?" soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga. Datuk terdiam. Ujang Selamat
masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang Selamat minta kata pasti dari datuk.

"Kena tengok macam mana jenis penyakitnya."

"Bila agaknya, kita boleh pergi."

"Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas."

"Baiklah," suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan.

Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk menolong orang sakit. Nenek
membantah dengan alasan, sejak akhir‐akhir ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati orang sakit, dia
pula akan diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya. Dan hal bigini tidak berapa
digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik mana hatinya, raca cemburu itu tetap wujud
dalam dirinya. Akhirnya, nenek mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua
perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya.

[86]
Pertama memburu binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak membelakangi kasih sayang
dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap isteri. Seperti biasa sebelum datuk pergi ke suatu tempat
untuk mengubat orang dia akan melakukan sembahyang hajat. Mohon restu dari Allah yang maha besar.
Dan malam itu datuk pun melakukan sembahyang hajat.

Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas menuju ke Parit. Dari pekan kecil
itu kami menaiki perahu menyemberang Sungai Perak menuju ke sebuah kampung. Belanja Kiri
namanya. Dari pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah rumah yang dikelilingi
dengan pokok buah‐buahan seperti durian, langsat, manggis dan rambutan.

Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang Selamat menyatakan tujuan
dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji Azhar yang berkulit putih berambut jarang itu tersemyum.
Dia mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami naik ke rumahnya. Kami duduk di bahagian anjung
rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya untuk mengubati sakit yng dideritai oleh
anaknya. Sudah berbelas ekar tanah bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan
orang Asli ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan.

Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang datang ke rumahnya untuk
mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia benar‐benar
kecewa.

Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa rendah hati Haji Azhar
membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji Azhar
sambil mulutnya membaca sesuatu.

Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar‐sinar merenung ke wajah datuk.
Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut mengandung sembilan bulan. Nafasnya kelihatan
tersangkut‐sangkut, rambut panjangnya menutup bantal di bawah kepalanya.

Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh anaknya. Mereka
mengizinkan. Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak dara Haji Azhar lalu berkata :

"Dah berapa lama kena sakit ni?"

"Dah dekat setahun , tapi baru dua bulan ni yang teruknya."

"Berjalan ke bilik air pun kena pimpin," celah isteri Haji Azhar. Datuk anggukkan kepala.

Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati Ujang Selamat tidak ada . Dada
saya berdebar. Dengan tidak diminta Haji Azhar terus menceritakan pada datuk selain daripada berubat
cara kampung dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh. Hampir sebulan anaknya
ditempatkan di rumah sakit tersebut.

Setelah diperiksa didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit ataupun mengandung. Phak
rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya buncit kerana mengandungi air. Dan mereka pun

[87]
berusaha mengeluarkan air dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal. Perut anaknya tidak juga
mahu surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang.

Dua bulan sesudah itu lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah sakit besar ‐ Ipoh. Perut
anaknya di X‐ray. Pihak doktor di rumah sakit itu tetap berpendapat anaknya tidak menghidap sebarang
jenis penyakit, malah salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah menasihatkan
Haji Azhar supaya berubat cara kampung. (Dan Megat Khas sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh
puluhan).

Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan cukup teliti. Dan setip kali Haji
Azhar berhenti bercakap sepasang matanya tetap tertumpu ke wajah datuk, seolah‐olah dia
mengharapkan sangat‐sangat datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai oleh anaknya itu.

"Siapa nama anak tuan Haji itu?"

"Latifah."

"Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?"

"Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada."

"Jadi bertunang."

"Tidak, saya tolak."

"Sebab."

"Belum masanya."

DENDAM

Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut tingkap rumah yang
terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya, dengan
syarat Haji Azhar harus menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan tulang kucing
hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamat semua benda‐benda tiu dapat diadakan.

Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya denga penuh teliti. Sedang
datuk membaca mentera, tiba‐tiba seketul batu melayang masuk ke dalam rumah. Jatuh di hujung
kepala anak dara Haji Azhar. Dengan sekelip mata saja batu kecil itu, mengeluarkan asap yang berkepul‐
kepul penuh satu ruang rumah. Semua orang dalam rumah itu habis terbatuk.

Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia mengibaskan kain lilit kepalanya ke
kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan batu pun ghaib. Tempat batu itu jatuh nampak berlubang dan
hangus. Datuk berhenti dari meneruskan kerjanya.

"Nampaknya sakit anak tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang dendam dengan keluarga tuan
haji. Ini semua kerja syaitan," rungut datuk sambil merenung muka Haji Azhar.

[88]
"Orang yang membalas dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri untuk mengubatnya,"
sambung datuk. Muka Haji Azhar berubah. Saya perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air
jernih. Anaknya yang terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh.

Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan mulutnya ke telinga Haji Azhar.

"Tangguh dulu, kita ikhtiar cara lain malam, esok," kata datuk.

"Saya mengikut saja, asalkan sakit anak saya baik."

"Saya tahu, sakit anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja syaitan."

"Habis apa yang mesti saya buat?"

"Bersabar dan berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah dan tidak ada penyakit yang
tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah."

Mendengar cakap datuk itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan untuknya berusaha. Ujang
Selamat juga memberi harapan yang begitu juga pada Haji Azhar. Sepanjang malam itu, saya dan datuk
tidak dapat tidur dengan cukup lena, kerana bermacam‐macam bunyi yang kami dengar di luar rumah
Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada Haji Azhar pagi esoknya, dia mengakui bahawa sejak anaknya
jatuh sakit. Bunyi begitu memang selalu didengarnya.

Datuk membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam ‐ Ipoh. Menurut datuk
kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh mengubati sakit yang dialami oleh anak Haji Azhar itu.
Dengan daya usaha Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengan sebuah kereta kepunyaan anak
buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan Kampung Belanja Kiri di tepi tebing Sungai Perak itu, kira‐kira
pukul lapan setengah pagi. Dan pukul lima petang dia pun pulang dengan seorang wakil yang berbadan
kurus.

"Ini kawan saya, namanya Wansi, dah dua kali ke Mekah," datuk memperkenalkan kawannya pada Haji
Azhar dan orang‐orang yang menyambut kepulanganya di halam rumah. Datuk terus bercerita tentang
kawannya tiu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu bekerja dengan Kelab Lumba Kuda
Perak, memang handal berjudi, minum arak dan kaki perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan
terlantar di rumah membuat dia insaf, bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan meninggalkan kerja‐
kerja yang ditegah oleh Allah.

Sebelum mengubati anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk dan dirinya saja yang boleh
berada di tempat dia akan lakukan kerjanya. Semua permintaannya itu dipenuhi. Dia juga meminta pada
Haji Azhar semua kerja yang dilakukannya jangan diberitahu pada orang ramai.

Satu syarat yang agak ganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar membuat sebuah pondok
kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu tidak berpintu. Orang yang boleh mendiami pondok itu
ialah saya, datuk dan dirinya sendiri. Hari yang dipilih oleh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu, mulai
pukul satu tengahari.

[89]
Sebelum itu, kami tidak diberkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami tidak boleh memijak tanah,
tidak buang air kecil dan besar. Satu kerja yang cukup siksa saya rasakan, kerana datuk mahu saya
mengenali berbagai ragam kehidupan yang ganjil atas dunia ini, saya terpaksa mematuhinya.

Tengahari Rabu, matahari sudah agak tergelincir dari ubun‐ubun kepala. Saya dan datuk serta Wansi
menghadap dupa yang mengeluarkan asap kemenyan kerana semua tingkap di pondok itu ditutup,
badan terasa panas.

"Sedia," kata Wansi yang sebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap dalam bahasa Bawean,
terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung pada datuk. Dia angguk kepala. Datuk juga angguk
kepala. Datuk menghampirinya.

"Ada apa Wansi?" tanya datuk.

"Kita baca ayat Quran dulu," jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk ayat mana yang mesti
dibaca. Sedang mereka asyik membaca ayat‐ayat suci itu, pondok kami bagaikan digegar orang, serentak
dengan itu api menyala dengan tiba‐tiba di tengah pondok. Bila api itu dipadamkan, menyala pula di
bahagian lain. Saya jadi kelam‐kabut di buatnya.

Dengan tenang Wansi mencampakkan seketul besi ke tempat api yang menyala itu. Tiba‐tiba api itu
padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak lagi datang menyerang pondok. Saya diberitahu oleh
datuk, besi yang berjaya memusnahkan api ajaib itu di depan dupa.

Muka Wansi kelihatan berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di depan dupa lalu jatuh di situ.
Wansi mengambil kelawar hitam itu dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari kain hitam.

Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar pondok, ikut tingkap. Saya dan
datuk juga berbuat demikian, sebaik saja kami bertiga memijak bumi, dua tiga titik darah jatuh atas pipi
kami, dari mana datangnya saya pun tidak tahu. Wansi naik ke rumah Haji Azhar terus masuk ke dalam
bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar.

Saya terkejut, bila Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji Azhar. Perut anak dara itu
kelihatan berkilat dengan urat‐urat yang timbul sekali imbas macam buah tembikai. Wansi menekan
perut anak dara itu dengan kedua belah tangannya. Jeritan anak dara itu menguasai seluruh Kampung
Belanja Kiri. Saya dengan datuk hanya melihat saja. Jeritan anak dara yang kuat itu, makin lama, makin
beransur kurang dan akhirnya berhenti terus. Dari hidung anak dara itu keluar darah.

Wansi terus menekan perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang keras itu masuk ke dalam perut
anak dara itu bagaikan terkoyak. Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah. Tiba‐tiba Wansi
berpaling pada datuk dan berkata:

"Sudah dapat."

"Apa dia?"

[90]
Wansi tidak menjawab pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya dari perut anak dara. Saya
lihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang berlipat cantik. Dengan segera perut anak dara yang
buncit itu terus kempis dan rata. Wansi melihat lilihan darah di perut anak dara itu. Dia membaca
susuatu, kemudian perut anak dara itu digosoknya dengan tapak tangan kanan tiga kali berturut‐turut.
Dalam sekelip mata saja perut itu bercantum kembali tidak terdapat sebarang kesan luka atau darah di
situ

Anak dara Haji Azhar sedar dari pensan. Dia membuka matanya dan memandang ke arah datuk. Anak
dara Haji Azhar bangun dan terus duduk.

"Kenal, kain siapa ni?" tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.

"Saya punya, tapi sudah lama hilang dalam simpanan saya."

"Di mana hilangnya?" Wansi pula menyoal."

"Kain batik tu, saya jemur di ampai, tiba‐tiba hilang, itu saja yang saya ingat," terang anak dara Haji
Azhar dengan jujur.

Datuk pun memanggil Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya, bahawa kain batik tu dibeli oleh
Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi keluarganya di Bandung‐Indionesia, bila pulang ke rumah kain itu
dihadiahkan pada Latifah anaknya. Dan pada suatu hari Latifah mendapati kain batik itu hilang di
ampaian sesudah basuh.

TOLAK

Pada petang Rabu itu juga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan tujuh jenis bunga di tepi
tebing Sungai Perak oleh Wansi, Menjelang waktu Maghrib Latifah di letakkan di atas pelantar yang
dibina berhampiran dengan ampai tempat kain batiknya hilang. Semua kerja dilakukan oleh Wansi.

Pada sebelah malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah, seketul tulang lengan
manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari halaman rumah. Bila tulang lengan itu dijamah oleh
datuk, tulang itu terus menjadi arang.

"Sekarang, kita mesti menangkap orang yang mensihirkan kain batik ke dalam perut anak dara Haji
Azhar," ujar datuk pada Wansi.

"Ya, tapi aku tak mahu orang itu dibalas memadai saja dia disuruh bertaubat," sebaik saja Wansi habis
bercakap, wajah seorang lelaki muncul di depan Wansi dari dalam kegelapan malam itu, bila datuk
mengamati wajah pemuda itu ternyata dia adalah pawang orang asli yang terkenal dari batu enam belas
jalan Tapah ke Cameron Highland, Pahang.

Wajah lelaki yang bengis itu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah mahu menerkam ke arah
datuk dan Wansi…

[91]
Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari penglihatan
datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup keras dan nyaring.
Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah.

Latifah Berguling‐guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang batang leher. Matanya kelihatan
merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa‐apa selain daripada menangis. Wansi segera
memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah
berhenti dan tidak lagi berguling‐guling atau meronta‐ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat
anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh
Wansi padanya. Dtuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam
terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut‐
turut.

Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya dengan
belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.

"Apa yang kau nampak nak?" tanya Wansi.

"Orang hitam mengajak saya keluar," sura Latifah merendah.

"Lagi apa yang dibuatnya pada kau," sanggah datuk.

"Dia lari dengan tiba‐tiba," jawab Latifah tenang.

Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di tangannya.
Dia menulis sepotong ayat al‐Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkan pada Haji Azhar.

"Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus mengamalkannya," ujar Wansi.

"Caranya?" tanya Haji Azhar.

"Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak
faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan." Cukup lebut nada suara Wansi. Serentak dengan itu dia
menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang
lengan mawas.

"Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik," tambah Wansi. Besi
tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.

"Untuk apa?"

"Untuk mengubat penyakit anak kau," sahut datuk.

"Kalu dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?"

[92]
"Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan
beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya," Wansi memberikan sebuah keyakinan dan
harapan pada Haji Azhar.

Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya
mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar
angguk kepala.

Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung rumah
memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk
kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta
mudah menjalankan kerja‐kerja untuk mengubati Latifah.

Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu
gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja dipendekkan oleh
datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu
sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat tidur.

Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap
sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu‐talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam.
Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi dua kali
berturut‐turut.

Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan,
seperti angka lima. Sayup‐sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing menyalak panjang.
Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.

Tiba‐tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanah
kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah. Batang pisang itu
seolah‐olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang
tersebut, cepat‐cepat Wansi menyepak tangan datuk.

"Jangan dipegang," kata Wansi.

Saya mengeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri hingga kain
yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar samar‐samar cahaya lampu minyak
tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum.

"Kau pergi ke sana," katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyak
bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari batang pisang itu
keluar asap berkepul‐kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan dengan bebasnya di anjung
ruamh, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam darah.

Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih memanjang
melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam kawasan anjung dan

[93]
hilang betul‐betul di tengah‐tengan batang pisang. Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi
suara kokok ayam, salakkan anjing dan suara jampuk bersahut‐sahutan. Kelawar yang hinggap di
bahagian anjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di
samping memperlihatkan taringnya.

Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan‐syaitan ini akan meragut
nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat
membaca beberapa potong ayat al‐Quran yang saya kira dapat menghalau syaitan‐syaitan itu. Datuk dan
Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap itu.

Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang diangkatnya itu
dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan atas dada, kaki
kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit.

Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean, selesai
dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung ruamh. Wansi
sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor tupai
hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja
tupai‐tupai itu ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi.

Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawa
kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan‐syaitan itu. Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca
mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah anjung bagaikan diangkat orang,
bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam gelap.

Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke muka
saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi memukul
lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar‐legar dalam
rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi beranung dulu. Pondok
itu terbakar.

"Orang ni benar‐benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita," kata
Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat saja pondok itu
hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat‐cepat Wansi
mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan‐syaitan ganas itu
mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.

Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar‐legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, saya
lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut tangan
kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak
tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika
dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.

[94]
Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darah
yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah menjadi seketul
arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk belakang datuk.

Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu itu
bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera pulih. Wansi kembali
ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala
manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya terkedip‐kedip merenung ke muka datuk,
bagaikan minta pertolongan.

"Saya kenal dia Wansi," kata datuk.

"Siapa manusia ni?"

"Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali," terang datuk
dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang seoah‐olah melekap
pada papan lantai itu.

"Kenapa kau buat jahat dengan orang?" tanya Wansi.

"Saya dapat upah encik," jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanya
terkelip‐kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan mereka dengan tugas
mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau sejarah yang tersimpan
dalam diri saya. Itu saja tekad saya.

"Siapa yang mengupah kau?" datuk menyoal.

"Orang kampung ini juga."

"Siapa namanya."

"Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya,"

"Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain," kian keras nada suara Wansi. Datuk mula
resah. Dia berpusing‐pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai.

"Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik‐usik untuk
ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik menghina sesama manusia
kerana itu saya tolong dia." Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap, cukup siksa.

Datuk dan Wansi berbisik, Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak‐gerak. Mukanya berpeluh‐
peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agak gawat sekarang sudah cukup
tenang.

"Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini," Wansi mula
mengugut. Datuk mengigit bibir.

[95]
"Jangan buat jahat dengan orang encik."

"Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu."

"Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?"

"Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?"

"Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam."

"Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja."

"Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,"

"Bila?" potong datuk dengan cepat.

"Dua hari lagi."

Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat dari
kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali berturut‐turut. Dingin
subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang menggigit tulang itu saya terlelap .
Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah.
Murai dan merbah sudahpun berhenti berkicau.

Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke
arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa pening kerana
malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu musnah dijilat api. Apakah
saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan
dalam hati kecil saya.

"Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar," itulah pertanyaan pertama pagi
itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.

"Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan," balas datuk.

Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun tidak ada
orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian‐kejadian itu sendiri.

Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya
lihat itu, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang maha besar.

"Allah itu maha pemurah dan panyayang."

"Jadi," tingkah saya.

"Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik."

"Kalau minta jahat bagaimana?"

[96]
"Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiran untuk
meminta sesuatu yang baik atau jahat."

MENGAKU

Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk dan
Wansi duduk sebulan di tempatnya.

"Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan
datang ke sini?" Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.

"Siapa?" soal Haji Azhar.

"Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi membuat
persiapan untuk…'" suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat
yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.

"Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?"

"Saya nak berangkat ke Tanah Suci," jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang sebelum
ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum dengan datuk dan
Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi pada Haji Azhar. Meskipun Haji
Azhar bertanya beberapa kali. Seolah‐olah mereka sepakat merahsiakan perkara itu.

Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan Cangkat
Melintang mencari akar‐akar kayu dan pucuk‐pucuk hutan. Akar‐akar kayu yang dipilih itu dijadikan
minuman menggantikan kopi, sementara pucuk‐pucuk kayu dijadikan air pembasuh muka selepas
menunaikan sembahyang subuh.

Menurut Wansi akar‐akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi. Pucuk‐
pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan wajah supaya kelihatan muda
dan merah.

PAGI JUMAAT

Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia akan
membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin. Kelam‐
kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah bila datuk menyuruh saya
membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat saya dalam keadaan cemas begitu. Wansi
memberikan naskah Yassin pada saya.

"Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku," ujar Wansi.

"Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit," tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang
memanjang dari Wansi.

[97]
Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang pemuda
berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki tangga pemuda itu
memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.

"Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat sampai
ke pagi," terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikal itu meluah kan
rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.

"Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar dari
bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasanan di Kampung Belanja kiri pagi itu terasa cukup
tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan.

"Apa sebabnya awak datang ke sini?" datuk bersuara parau.

"Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji Azhar,"
sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya.

"Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat
mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya," terang Wansi.

"Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu." Sebaik saja pemuda itu
selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera datang. Duduk bersila di antara
datuk dan Wansi.

"Inilah orang yang saya tunggu," kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia kenal
benar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu bot penambang dari Belanja
Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak, Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas
dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam dan bersopan‐santun.

"Apa, dia keluarga awak?" Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.

"Tidak tuanHaji," pendek jawab Wansi.

"Habis kenapa dia jumpa awak."

"Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan dipukul
atau membalas dendam."

"Saya tak faham."

"Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah oleh
agama kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnya dan pemuda
ini akan tenteram jiwanya."

"Saya berjanji," satu keputusan tegas dari Haji Azhar.

[98]
Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman, waktu salam
keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhar tidak akan
membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar itu dibuat, barulah Wansi
menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu terhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat
menggigil menahan marah.

Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada keesokan
harinya kami bertiga pun berangakat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua bulan lepas itu, saya
dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk menyaksikan Latifah bersanding dengan
pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar.

Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah menetap di
Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifah sudah melahirkan dua orang
anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri kerana sakit tua, isterinya masih lagi
hidup dan tinggal bersama Latifah.

Pemuda yang mengupah bomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja Kiri, sesudah meminta ampun
dan maaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup merah tetapi datuk tetap
berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga Haji Azhar tidak dapat datang. Dia
meninggal dunia di Tanah Suci.

JUMPA BOMOH ORANG ASLI

Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengan datuk pergi ke Cangkat
Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun. Dua malam tidur di rumah ketua Kampung
Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah. Di Tapah datuk menginap dua hari di rumah
kawannya di Lubuk Katak kira‐kira suku batu dari Pekan Tapah.

Pada keesokan harinya saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameran Highlands.
Sampai di Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigi jalan kami memasuki
satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok‐pokok hutan. Di hujung lorong itu terdapat sebuah
perkampungan orang asli.

Tidak jauh dari kampung ornag asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan pekerja‐pekerja
yang terlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik. Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada
pemuda‐pemuda Melayu terutama di bahagian buruh kasar seperti menebuk terowong dan meratakan
batu. Pergerakkan pekerja‐pekerja itu dapat dilihat dengan mudah dari perkampungan orang asli yang
terletak di kawasan tanah yang tinggi. Sekarang projek itu sudah siap.

Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu. Namanya
Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang mendatangkan rasa
kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya berkeliaran dalam rumah. Hati saya
agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang
menjadi lagu top ketika itu.

[99]
Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan
rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan
tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang
Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali‐kali
minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu
yang ada pada dirinya untuk datuk.

Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu tidak
bercanggah dengan hukum‐hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di
perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa menjadi
tukang masak pada datuk di samping berburu ayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari
dan malam, beras disediakan oleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.

Di luar hujan turun mencurah‐curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang masuk ke
dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan beransur reda, diganti pula
dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan. Api pelita melintuk‐
liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam, Bah Lanjut segera menaruh
daun bertam muda di sekelilingi badan pelita.

Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya dari
pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting
dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali‐sekala terdengar lolongan anjing hutan
sayup‐sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang bertali
tembaga di hujung lututnya.

Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau cukup nyaring bersama
tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan pemuda yang membalas
dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu menemuinya
dan menceritakan apa yang di alami oleh pemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya.

“Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina,” nada suara Bah Lanjut penuh kesal. Datuk
tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa tersebut.

“Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain,” ujur datuk sambil melagakan gigi bawah.

Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding pondok yang
diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.

[100]
“Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang,” keluh Bah Lanjut.

“Ilmu kita pun begitu juga,” tingkah datuk.

Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan kedatangan
nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu menuju ke arahnya
Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk‐nyamuk jatuh atas tapak tanganya.

“Pulanglah,jangan kacau kami,” kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan segera terbang menuju ke arah
tepi dinding dan terus keluar.

Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya menguap
panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.

“Mahu awak menuntut ilmu pengasih?” kelopak mata saya terasa ringan, mata saya bersinar merenung
kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut
berlaga.

“Caranya?” soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan
ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup
baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang
wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang
pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.

Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak ada
kelulusan, fikir saya dalam hati.

Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya.

“Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu‐ilmu lain,” ujur datuk secara tidak langsung membunuh
harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya,
bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam dada saya.

“Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak,” Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi sekali, saya
Iihat senyum datuk bermain di bibir.

“Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar,” datuk menepis cakap Bah
Lanjut.

“Kita disuruh berusaha.”

“Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk baiknya, terutama kalau
terlepas ketangan orang muda.”

“Tujuannya baik ”

[101]
“Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang banyak di
lakukan, ilmu tu banyak penggodanya.”

“Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit dan guna mencari ibu
minyaknya.”

“Terima kasih sajalah tok batin,” suara datuk merendah.

Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk bersahut‐sahutan
di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut.
Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur ke belakang. Muka datuk
pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya.

Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu, terjegat satu
lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih
lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu lama‐lama. Bentuknya
macam seekor monyet besar. Tiba‐tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai menuju ke arah pelita. Dia
cabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak
saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara
beruang jantan tercium buah kelubi.

Lembaga itu menggawang‐gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya yang
berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat hatinya, lalu
menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca.

Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun hilang
dalam kegelapan malam yang pekat itu.

Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang membakar kain
pelikat datuk dipadamkan.

“Apa bendanya tu tok batin?” soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung liar ke kiri
dan ke kanan.

“lnilah masalah yang kami hadapi sekarang,” bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk kepala. macam
itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu datang
lagi.

“Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?” Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya. Datuk
merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia membetulkan
parang yang tersangkut di pinggangnya.

[102]
“Benda tu, cuma takut pada api saja,” sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal. Dan barulah saya faham,
kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di
sekeliling rumah mereka.

Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok. Berhenti
dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik ‐
nakik kayu bendul dengan parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut.
Dari gerak‐geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu di amok rasa resah yang
tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka
bertembung.

“Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak‐anak dara,” Bah Lanjut
mengeluh.

“Sebab?”

“Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit sebelah mati
kerananya.”

“Dahsyat tu.”

“Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi dalam hal
ni, saya mengaku kalah,” Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat pada dirinya. Datuk kerutkan
dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk.
Kain itu dicampakkannya pada saya.

“Selimut badan kau, sejuk ni,” ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terns mendekati datuk. Mereka
bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun
kelopak mata saya pejam rapat.

Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari‐nari dalam kepala
saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa saya ke tempatnya? Barangkali
lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan dibahamnya?

Semuanya berlegar‐Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut. Saya pusing
kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi kiuk‐kiuk. Bila bunyi itu terdengar
berturut‐turut kali,saya terasa seronok,macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa penciptanya.

Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam
perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas lembaga hitam itu
dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan
meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi
burung hantu atau salakan anjing hutan.

[103]
Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya,” datuk memberi satu keputusan yang muktamad. Dan
Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.

“Sampai ke mana?” soal Bah Lanjut.

“Sehingga mana yang boleh kita cari,” batas datuk . Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus
bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah
Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.

Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira dia
sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu, sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya
mandi air embun. Pagi di perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di
puncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan
ayam hutan bersahut‐sahutan.

Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah meninggi,
sayup‐sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro‐elektrik dan di turuti dengan bunyi
ledakkan yang cukup kuat.

“Apa benda tu tok?” tanya saya.

“Dia orang tebuk bukit buat terowong air,” begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat ke arah
bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara.

Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak datuk
mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi.

“Boleh, nanti saya tukar pakaian,” jawab datuk.

Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek kuning,
berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya tersandang di
belakang.

Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa kesan
tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu
datuk dan Bah Lanjut.

“Memang inilah tapak kakinya,” kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak kaki itu. Bah
Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah.

“Inilah bulunya,” pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.

Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah Lanjut ke
tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya
menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam
buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami

[104]
bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena
pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah
lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan oleh sebatang anak sungai dengan
perkampungan orang asli.

Matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak dapat di
kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan
menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut
juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir lembaga
hitam itu.

Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan
belakang, seakan‐akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama sendiri.

“Apa halnya ni,” tanya Bah Lanjut. Kelima‐lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat ke arah
saya dan datuk . Salah seorang daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri
saya.

“Awak orang asli atau orang Melayu?” tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum. Aneh juga
rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli.

“Saya orang Melayu,” jawab saya.

“Itu datuk saya,” muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.

Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .

“Saya Zamri,” katanya pada datuk .

“Awak orang mana?”

“Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini.” Mendengar cakap pemuda itu,
datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di
halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah
seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.

Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk Bahang, Pulau
Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ.

“Apa halnya?” tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba‐raba batang hidungnya.

“Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas,” katanya.

Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja‐pekerja di situ memang selalu menemuinya
jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.

[105]
“Kenapa tak bawa jumpa doktor?” datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut
menggosok‐gosok ulu parang kontotnya.

“Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah, tetapi
kami terpaksa tunggu kereta.

“Dia mana kawan awak tu?” saya pula bertanya.

“Ada dekat setor, menanti kereta.”

Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima‐lima pemuda
itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua
buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor.

Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman berdiri di
sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan
kain kuat‐kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang sudah
diikat itu.

Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya rapat.
Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua
tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang Jerman menghampiri
datuk.

“Migiteis,” ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak
mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu.
Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya.

“Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu, mengikut
cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit Tapah,” Zamri
menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.

Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu
meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabat kecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah
Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan‐kawannya mencari batang tepus dan pokok pisang karok
(pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.

Tidak sampai dua puluh minit, barang‐barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi, pemuda
malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan.
Bah Lanjut meletakkan barang‐barang yang di kehendaki di sekeliling pangkin.

“Pukul berapa?” tanya saya pada Zamri.

“Dekat pukul dua petang,” jawabnya, tiba‐tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam. Bah
Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali.

[106]
Manakala pucuk daun langkap dikoyak‐koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi
dikunyahnya.

Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan
datuk serta kawan‐kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil
berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.

Muka Zamri dan kawan‐kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau‐kalau yang kena patuk ular itu
tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua
mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah
Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.

Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil
sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring
dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa berhenti‐henti. Peluh di
dahi dan di belakang mula keluar. Tiba‐tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di
belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik
kedalam hutan.

Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti‐henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu,
sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat belakang
Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan
beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ.

Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular‐ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke dalam
hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar‐benar jadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka daluk.
Saya lihat wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular
yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang.

Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam
beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk kembali, dia terus
meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari
hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul‐betul di
depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut.

Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu mematuk leher atau kepala Bah
Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika,
kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali berturut.Nada tiupan dari
Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang agak sayu
sedikit.

Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya di atas
tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul‐betul di bahagian dada kawan Zamri
yang malang.

[107]
Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular hitam
rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.

Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lama juga ular itu
mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut
bertambah perlahan.

Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan sekali.
Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah
Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai dikelapkan
bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri. Kawan Zamri
di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke arahnya.

“Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya,” kata Bah Lanjut, kawan
Zamri yang malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh
Dua pun sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami, mukanya bengis,
dia memaki Zamri dan kawan‐kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain
tanpa memberitahunya.

Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri serta
berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut
sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya.

“Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi,” kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut
mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.

“Buat apa?” tanya duduk penuh ragu.

“Mesti ditanam,” jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.

“Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak,” datuk menyatakan hasratnya.

“Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu.”

“Saya cuba tok batin.”

Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang asli. Sebaik
sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus
pulang ke rumahnya.

Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya
terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya segera
mendapatkan mereka.

“Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung Raja
di Tanah Rata,” datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.

[108]
“Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam.” Bah Lanjut menerangkan
kepada saya.

“Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang,” terang Bah Lanjut.
Saya angguk kepala.

Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah‐Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut dan datuk
terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting
kayu ke dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang
menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh angin
malam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.

“Sudah dinihari,” keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya mere‐nung tajam ke arah hutan tebal
di sebelah kanan pondok. Saya terus mencam‐pakkan puntung‐puntung kayu ke dalam unggun, bila
puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara.
Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup‐sayup di kaki bukit. Saya lihat
datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok
di pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka.

Tiba‐tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bila saya
membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula
bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga hitam yang
dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.

“Dia bagaikan tahu kita menantinya,” kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh bangun di
kaki langit.

“Dia takut agaknya,” sahut Bah Lanjut.

“Boleh jadi juga,” balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang kerumahnya. Saya
dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula
beransur cerah.

Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar
tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari. Jari
sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat kesimpulan, itulah ibu jari
kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang
dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.

“Supaya jangan hilang bila dicari,” datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil angguk
kepala dua tiga kali.

Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok.
Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.

[109]
“Kita kena bertolak pergi ke sana,” katanya. “Jalan kaki,” sahut Bah Lanjut.

“Susah tu,” celah saya.

“Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana.” Bah Lanjut memberikan satu keyakinan
dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok.
Berhenti betul‐betul di depan kaki tangga pondok.

“Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian.” “Nanti sesat, susah.”

“Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan itu dengan kain merah,”
datuk mengemukakan cadangan.

“Cara?”

“Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang.”

“Baiklah.” Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok‐pokok hutan
yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat cukup tangkas
Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat pokok‐pokok yang
bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan
dari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya
terketar‐ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa
kali.

“Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?” tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat sebarang
persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk‐
nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan
kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering.
Saya tempatkan di bawah pokok.

“Bila kita nak pergi,” tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan mukanya.

“Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana,” nada suara datuk
membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah
dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut‐sahutan.
Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka
harimau itu. Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya
diletakkan atas kepala lutut.

Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba‐tiba saya lihat beberapa ekor mo‐nyet melompat atas dahan
sambil menjerit, monyet‐monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar
sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang berbadan
besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor dari pada harimau itu
ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.

[110]
Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya, salah
seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk dengan
ekornya. Datuk membiarkan ha‐rimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah penat,
harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah
datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu
berlaga dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk‐nepuk pangkal leher harimau itu dengan
lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh rasa kasih
sayang.

“Kau rindukan aku,” terdengar suara datuk. Harimau menggerak‐gerakkan ekomya. Manakala harimau
yang lagi seekor berguling‐guling di atas tanah sambil keempat‐empat kakinya menghala ke langit.

“Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini,” selesai saja datuk
bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Ha‐rimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak
untut di sebelah kiri.

“Pulanglah,” tambah datuk lagi sambil menepuk‐nepuk belakang harimau.

Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal. Datuk
merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun
ke sungai untuk menangkap ikan.

Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan
memasak nasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan.
Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api. Semuanya berjalan
dengan baik. Bila matahari sudah berada betul‐betul di tengah kepala, saya dan datuk terus makan,
datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.

“Sudah masuk sekarang,” pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, ba‐hawa datuk menyuruh saya
pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai sembahyang,
datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak
tahu.

“Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju,” datuk memberitahu sa‐ya. Datuk terus naik ke
pondok. Ambil pakaian dan barang‐barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua
belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur dengan
perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan.

Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat‐jilat kedua
belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau.

“Kau tunggang dia sendirian,” kata Datuk.

[111]
“Aku naik belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau tak akan
melihat dunia lagi,” sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.

“Saya faham tok.”

“Faham saja tak mahu, tapi mesti taat,” tengking datuk.

“Saya taat datuk”

“Hum … bagus.”

Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan‐lahan, kemudian laju dan terus laju saya
terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak pasti sama ada
harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya berfikir‐fikir itu, harimau yang
saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya.

“Bagus, kau dah berani sekarang,” serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang saya dua
tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.

“Kaudah berani sekarang,” ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih itu
ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih,
harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang‐goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan iapun
terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.

“Di mana kita sekarang ni tok?”

“Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik.” Datuk dan saya pun melangkah serentak
meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup‐sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah
meningkah dengan salakan anjing.

Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah
condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk. Datuk dan
saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit kecil.

“Berhenti,” datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah kiri, saya
lihat pokok‐pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ.

“Bagaimana cepat awak sampai,” kata Bah Lanjut kehairanan.

“Kita belum lagi memacak kain,” tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu.
Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung Raja.

“Mari,” ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya kami
sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di
tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.

[112]
Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya,
tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuanpunya rumah itu sanggup
menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong
berhampiran dengan sebuah anak sungai.

Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan barang‐
barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula‐mula di
temui.Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan
rumah itu.

Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang
asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah
filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu.

Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum tinggal
di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di
Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk‐tanam.
Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padi
di lereng bukit.

Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di pangkal pokok
bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung‐raung tidak tentu arah.
Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik, anehnya pula,
Kuntum tidak dapat bergerak ke mana‐mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.

Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa‐apa. Dia boleh memasak, membaca
dan menyanyi. Kadang‐kadang turun ke tengah ha‐laman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang
dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum
untuk di bawa ke dalam hutan.

Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.

Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk kami.
Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat memberikan kata
putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk
sekedar menyatakannya.

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan kain
merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju
Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya berdebar, belum pernah
datuk menyuruh.

“Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang‐orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi
semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami,” beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk
kelihatan resah. Dia gigit hibir.

[113]
“Jadi sekarang bagaimana?” tanya datuk.

“Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa‐apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembaga
hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini,” secara jujur Bah Lanjut
menyuarakan hasrat hatinya.

Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji punca
penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring.
Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan
dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau
datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.

“Bangun,” sergah datuk pada saya. Kelam‐kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu
bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di
perintahnya.

“Bawa damar,” ujar datuk.

Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun.
Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang
berkelip‐kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya.

“Datuk,” jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke
arah lembaga itu. Cepat‐cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar
kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangi kawasan
dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya,
seluruh badannya berbulu.

Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat
harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat
lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam.
Datuk terus bersilat.

Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok‐pokok kecil di sekelilingnya. Kerana
datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga,
saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu. Cahaya dari pelita minyak
tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.

Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul
semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang
sendirian. Saya harus bertindak.

[114]
Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat
halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu
yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam
yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak ‐ombak menahan penat. Dengan mendadak
saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.

Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut.
Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan
cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.

Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat
aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya ke‐napa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara
penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum.
Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.

Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya me‐mulakan perjalanan ke rumah
orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang,
pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk
mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah Kuntum.

“Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka,” suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul tiba‐
tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam‐macam sangka yang buruk
terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut.
Kemudian naik ke rumah.

Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk meneangkung dekat
dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan
mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak, datuk
memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap
sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang
tangan.

Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk.
Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa
datuk berbuat demi‐kian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.

Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah
terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak.

Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba‐tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat.
Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum
tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.

“Berikan aku damar,” datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk segera
memecahkan damar itu dengan hati‐hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.

[115]
Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,mata saya kembali segar.
Kemudian datuk menyuruh saya pura‐pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa
rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura‐pura berdengkur.

Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk
di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan
keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara “Heh … heh heh … heh … hum”.

Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya.
Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ketempat tidur. Saya dan datuk menggolek‐golekkan
badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.Lembaga hitam meletakan
Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi‐tubi. Kuntum mengerang kepuasan.

Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.

“Kau pergi kesana, jangan lihat,” ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya segera
di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali
mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya
sudah tidak dapat berpura‐pura tidur lagi. Saya buka mata.

Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat, matanya
tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan
kedua orang tua Kun‐tum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing‐masing terkejut melihat datuk
berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi
terang benderang.

Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai
sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mem‐pertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah
Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.

Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian
menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah pecah.
Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.

Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan
kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.

Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan
tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa
yang berlaku. Kuntum menangis.

Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat‐kuat. Saya lihat dari celah‐‐celah jari datuk keluar asap.
Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan
semuanya ke tubuh Kuntum.

[116]
Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum
terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang
menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu lalu
menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.

Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang‐layang di dalam
rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga.
Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu
keluar.

“Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum,” kata datuk.

Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya
kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami
temui di Kampung Batu Enam Belas.

Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke
arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat
Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.

Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki
lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.

Kami terus berjalan sambil memotong anak‐anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami
lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang
sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur
gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul‐betul di hadapan sebuah gua.

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan or‐ang asli. Bah Lanjut tidak
membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami
sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam
itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman
dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.

Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi.
Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang
beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia
memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak
datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia
yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

[117]
“Itu cara kebetulan saja tok batin,” kata datuk.

“Kita tak percaya, awak memang handal.”

“Terpulanglah pada tok batin sendiri,” jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.

Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.

“Ke mana?” balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam.
Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan.
Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan.

“Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap,” jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut,
malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang
berburu tebal itu.

Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat
makhluk ganjil menghilangkan diri.

Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di
muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil
membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Datuk bangun,
berjalan di depan pintu gua tiga kali.

“Kita masuk,” kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.

“Ini kerja mati,” Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu
menjentik telinga saya, “Kau jangan banyak kere‐nah,” cukup lembut nada suaranya memukul gendang
telinga saya, tetapi mem‐punyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

“Sediakan mancis,” datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya.
Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan
dalam gua yang agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka‐wasan itu
didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.

“Kita berada betul‐betul di tengah antara dua gunung,” beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk
kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti
basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam
kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba‐tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam
menyusur perhalan‐Iahan pada akar‐akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus
bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

[118]
“Pedulikan,” kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi
orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah‐celah batu besar.
Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan
lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun‐daun kayu yang di bawanya. Gerak‐geri makhluk
ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan‐dahan
kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira‐kira lapan kaki.

Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya
macam suara monyet. Ketiga‐tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus
menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.

Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah
Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu
bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat
‐cepat datuk mengelak.

“lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini,” kata datuk pada saya yang secara
mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

“Apa yang harus kita buat,” datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

“Kita halau saja dari sini,” jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun
memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila
melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal.
Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil
itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh‐puluh ekor monyet
bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

“Dia akan meninggalkan tempat ini terus,” datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari
kain hitam yang digenggamnya.

“Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam,” sambung datuk sambil
mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja‐Cameron Highlands tidak
lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan
hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh
selalu membaca ayat‐‐ayat al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui
penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Is‐lam Perak. Seminggu kemudian, Bah
Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam.

[119]
Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh
seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang
pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat
Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan
satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk
ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

“Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang‐‐orang di sini mesti berjaga,
makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan,” begitulah
datuk memberitahu bebe‐rapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu.
Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana
kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang ma‐hukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan
kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan
besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan
datuk menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came‐ron Highlands lagi sekali untuk
mencari seorang saudagar sutera dari Thai‐land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika
berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan
pasukan keselamatan.

Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga
ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat
menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang
dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil
tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha
selanjutnya.

Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan
rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi
tanda‐tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya
ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut
firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam
terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam
hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang pa‐ling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk.

[120]
Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari
bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.

Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu‐ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun
tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke‐hilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa
Amerika itu, cerita me‐ngenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.

Pengalaman‐pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan
yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar
keistimewaan‐keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah
seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk
diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.

“Kau jangan ikut macam datuk kau,” kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang
duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali‐kali. Sepasang mata datuk
merenung ke arah pintu jalan.

“Ada motosikal masuk ke mari tu,” datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung
muka nenek sambil berkata, “Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?”

“Sudah.”

“Sudah bagaimana?” balas datuk lagi.

“Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan
yang dilarang oleh agama.”

“Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?”

“Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, ber‐judi, berjahat dengan
perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar
boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan
dengan sempurna”, begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.

Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah hala‐man. Lelaki yang
memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie
namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.

Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian
ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah mem‐bunuh lima anggota komunis di Tanah Empat
Ratus yang sekarang telah dija‐dikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira‐kira 8 kilometer dari
pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang
terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping.
Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.

[121]
“Apa hajatnya’?” tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang
Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang
itu namanya Kulub Mai‐din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.

Datukpun mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi
Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada
mereka.

Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta
pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi‐jadi di tempatnya, malah
kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu
Gajah.

“Perkara yang benar‐benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang‐orang kita
yang susah”, Din Kerani memberitahu datuk.

Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu
pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.

“Habis apa yang patut saya buat’?” soal datuk.

“Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari
itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup.”

“Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai se‐minggu berada di
rumah.”

“Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba,” sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak begitu
gembira. Dia termenung panjang.

“Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang,” cukup cepat datuk membuat keputusan.
Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.

“Tinggalkan alamat rumah awak pada saya,” datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera
mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya
serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, “Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia
mencarinya.”

“Betul juga,” Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melu‐kiskan rajah masuk ke
rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia
menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din
Kerani dengan tenang.

“Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?”, soal datuk.

[122]
“Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke
darat, hujung jalan tu rumah saya,” Din Kerani memberikan penerangan.

Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi
mereka hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus
bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu.

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil
melukiskan rajah‐rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh
saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan
permintaannya.

“Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi
Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian,” datuk memberitahu saya, sambil memberi petua
bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca sesuatu
sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba.
Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat
bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding.

“Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang,” rungut datuk.

Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.

“Kenapa pula?”

“Saya sudah malas dengan kerja ini.”

“Orang minta tolong, mestilah ditolong.”

“Saya faham, tapi … ,” datuk tidak meneruskan kata‐kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah.
Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa
yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.Kenapa datuk mesti menyusahkan diri
sendiri untuk menolong orang lain.

Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk.
Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu.
Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.

“Kenapa tok?” tanya saya. datuk renung muka saya.

“Perkara ini berat,” jawabnya.

“Sebab?”

“Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja
pukaunya,” nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.

[123]
“Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini,” tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil
mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.

Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan
kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di
rumah Din Kerani, seluruh ka‐wasan kampung itu sudah dijalaninya.

Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun.
Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau.
Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama
kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah
rumah telah di pukau.

Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk
hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri
rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.

Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja
membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.

Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.

“Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin”, kata datuk pada Din
Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan
itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia.

Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah
terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk
menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh kemenyan
dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang
pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.

“Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api
hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa,” datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih
saya lihat bergerak‐gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.

Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya
pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti
orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki.

“Sudah jangan lihat,” jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat
tangannya tidak apa‐apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh‐peluh halus.

[124]
“Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi
S.C.”, ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya.
Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.

“Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua
kampung,” tambah datuk.

Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya
untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk
akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya
o‐rang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam
sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris
pendek.

“Kita akan menolong orang di sini,” kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia
bangun, berjalan dalam ruang pondok.

“Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang
dan tidak mengambil barang‐barang yang di rumah,” tambah datuk lagi.

“Kenapa jadi begitu tok?”

“Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu
kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu,
berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji.”

“Siapa yang handaI dalam hal ni tok?”

“Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu.” Penerangan datuk
itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.

Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah
Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung.

Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak‐geri manusia bertiga itu
dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga‐tiga manusia itu mengelilingi rumah
ketua kampung sebanyak tujuh kali.

Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus
memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam‐hitaman. Lepas itu dia
membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.

Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih‐buih dan bergerak‐gerak. Serentak dengan itu seluruh
kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.

[125]
“Pukaunya sudah menjadi,” bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya.
Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar‐samar itu, saya lihat
ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan
sejenis habuk seakan‐‐akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati
dibunuh, ketika hujan panas.

Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama ada
orang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus
melalui beberapa ujian yang tertentu.

Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang
sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang
dengan mengandarnya.

Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum
subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang‐orang yang tahu dengan
kerja‐kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila
memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau takbur
dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut.

“Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam‐macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukup
berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu‐‐ilmu pukau yang lain”, begitulah yang dinyatakan oleh
datuk pada saya secara ringkas.

“Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah,” kata datuk dengan nada suara yang cukup
perlahan. Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak
tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati‐hati.

Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan
mempersilakan kaki‐kaki pukau memijak lantai rumahnya .

“Kau tidurlah, kami tak ganggu kau”, cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk kepala lalu
merebahkan diri di muka pintu.

“Bukan di situ, tempat kau dibilik”, mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan
menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil teng‐korak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah
dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding
rumah tiga kali berturut sambil berkata:

“Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah.”

Habis saja ketua pukau berkata‐kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau
pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang‐barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka

[126]
menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang‐
barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang‐barang kemas dalam
beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.

“Dah selesai?” tanyanya pada anak buah.

“Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua”, ketua pukau membe‐ritahu anak buahnya. Perintah
itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah.
Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.

“Apakah yang mesti kita buat sekarang tok”, saya menyoal datuk bila me‐lihat ketua pukau dan anak
buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.

“Biarlah mereka pergi”, pendek saja datuk memberikan jawapan.

Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan
dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ran‐ting berkepit dua dan sehelai daun di
bawah rumah. Semua benda‐benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.

Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di
tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah‐
patahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api.

Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan
bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya.

“Aku harap orang‐orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok,” kata datuk dengan
nada suara yang tenang.

Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk
buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung.

Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua
kampung. Datuk juga diberitahu, barang‐barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit,
termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di
Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.

Secara terang‐terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian
pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup
menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.

“Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?”, tanya datuk pada Din
Kerani sambil membeliakkan biji mata.

“Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk
mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu.”

[127]
“Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?”

Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang. Dia bimbang benar kalau
rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga
pukul empat petang.

“Buat apa?”

“Untuk melihat ketua pukau”

Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa
yang dicakapkan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak di‐tangkap. Fikir
Din Kerani.

“Benar atau berjenaka?”, Din Kerani meminta kepastian.

“Benar”, jawab datuk dengan tegas.

Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua pukau
yang diharapkan itu ti‐dak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tu‐gas datuk. Belum pemah
dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap
walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.

“Orang ini benar‐benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa,” keluh datuk sambil merenung
kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang
dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil
membuka beberapa buah kitab.

Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah
masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk sembah‐yang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk
berjemaah bersama‐sama orang kampung di surau.

Di surau orang‐orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai
malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi.
Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang
juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas
waktu sembahyang Isyak.

Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang‐orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak
kisah dengan datuk, tidak seperti mula‐mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa
datuk tidak mampu ber‐tindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu datuk
tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang‐‐orang kampung dengan baik dan peramah. Dia
bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap
dengan Din Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira‐kira pukul satu malam.

[128]
Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua
pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan me‐neruskan kerja yang boleh menyusahkan orang
ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal.

Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah
kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri
diletakkan tempurung serta sabut.

Datuk berdiri tegak menghadapi benda‐benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam
dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil
memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al‐Iqra’ hingga tamat.

Lepas itu dia membaca Al‐Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba‐tiba mangkuk putih
yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya
lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus
muncul dengan tiba‐tiba di dahi luasnya.

“Orang ini mencabar aku”, kata datuk pada saya.

Cepat‐cepat datuk mem‐buka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia
menge‐luarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah
menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu‐
satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika
menentang Belanda di Acheh.

“Besinya dikutip dari besi‐besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di
taruh racun getah ipoh”, kata datuk pada saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris
tersebut pernah membunuh beratus‐ratus tentera Belanda.

Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu
diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu
keris itu menyimpan bisa dan kuasanya.

Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merah‐siakan tentang keris itu dari
anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar
kemerah‐merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf‐‐huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk
menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.

“Kau memang mahu menghancurkan aku”, tiba‐tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan. Saya
segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk
merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

“Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku”,
lelaki itu bersuara lemah.

[129]
Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.

Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu,
datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama‐
sama datang dari Jambi.

Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan
Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim
tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.

“Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau”, kata datuk sambil membaca sesuatu.
Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.

“Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah”, beritahu lelaki itu. Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat
menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk.
Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai – Kulub Mohd Diah. Dan orang‐orang kampung,
anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar.

Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang
tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.

“Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku”

“Maksud kau?”

“Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku
memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman.”

“Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?”

“Itulah silapnya aku.”

“Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar.”

“Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah‐rumah
orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya.”

“Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh
umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Ke‐napa kau menyempitkan ajaran Islam?”

“Aku tahu..”, belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya. Dengan
sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan
tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang.

“Ke mana tok?”

“Ke surau.”

[130]
Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal
lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau.

“Hei kalau kau benar‐benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?”, cukup keras suara
ketua pukau. Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya
undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar‐samar cahaya bulan malam itu.

“Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta,” ketua pukau terus
mengugut.

Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga‐tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak‐gerak. Mata
datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi.
Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.

“Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?”, datuk terus menyergah ketua pukau.

Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk
menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat
seakan‐akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.

Ketua pukau angkat senjata, tiba‐tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia
berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan.
Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak.

Dengan tiba‐tiba golok perak itu patah dua. Ba‐hagian atas yang patah jatuh betul‐betul di hujung
sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal
separuh di tangan ketua pukau terlepas.

“Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan
boleh ke mana‐mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal”, datuk memberitahu
ketua pukau.

Dengan mendadak saja ketiga‐tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk
menolak ketiga‐tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.

“Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak
ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang
Maha Besar meminta ampun dan bertaubat”, kata datuk.

“Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta‐bendanya. Jangan hukum kami.”

“Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak
hukuman yang adil”

“Kami bertaubat”

[131]
“Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku”, datuk mengemukakan
permintaan secara jujur.

Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk
terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak
untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.

“Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatan
yang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya”, itulah
alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.

Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak kecut yang
digunakan ketika mencuri.

Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk terus
duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia
mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung.

Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan kegiatan
memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka tempohari.
Sedarlah datuk, sekali syaitan me‐nguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya.

Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih‐lebih lagi berita itu
didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan untuk
pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang
tersendiri.

Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami tinggal
di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk
memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh
dengan nenek, tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan pukau.

Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang Lambor
Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang
mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat
ditum‐paskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan
memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum mengikut undang‐undang
yang telah di tetapkan.

Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah hingga
waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil
tahu dengan apa yang me‐reka bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali
mencatatkan sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus berpesan
padanya:

[132]
“Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar,
firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya”

“Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini”

“Sama‐samalah kita berdoa”, sahut datuk dari muka pintu.

Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya dan ustaz.
Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu
kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja
tersebut.

“Kerja dia orang licin”, kata ustaz.

“Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman.”

“Macam mana Wak tahu hal itu?”

“Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja. Setiap
kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak”

“Saya paham”

Cuma setakat itu saya dengar kata‐kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing‐masing masuk bilik. Lebih
kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang bertalu‐talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali
tersembul.

“Apa halnya?”, soal datuk.

“Semuanya dapat kami tangkap.”

”Dimana?”

“Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor.”

“Sekarang dia orang di mana?”, tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.

“Di Balai Polis Langkap”

“Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?”, celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut sejemput
di dagu, memakai kaca mata putih.

“Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar”

“Begitu”, suara datuk lemah.

Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap. Atas
daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap.

[133]
“Kenapa kamu tak insaf?”, soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan.
Ketiga‐tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau
itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang
besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk terus meminta
tengkorak kering dari ketua pukau.

Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping
itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu
dari mereka.

“Dia sudah mati”, meletus jawapan dari ketua pukau.

“Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak, baru dia
aman. Aku tahu, dia kawan aku”.

Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi apa‐
apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari
di badannya, kecuali meng‐gunakan beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di sembunyikan
dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak.

Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa ke
Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak datuk mengingatkan polis yang me‐ngawalnya supaya berhati‐hati
dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu juga
mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh
melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke Kampar.

Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Lengkap. Datuk merasa bertuah
kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali
mengekor dari belakang.

Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam
perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik, malah dia yakin
ketua pukau itu tidak akan berjaya melepaskan diri.

Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula di‐datangi oleh
peluh‐peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu
yang jauh darinya.

“Dia berjaya membuka garinya”, tiba‐tiba datuk bersuara agak keras.

Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air Kuning,
dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya satu jambatan baru
telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).

“Dia akan terjun ke dalam sungai”, kata datuk lagi.

[134]
Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun keatas jalan raya,
ke‐mudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon
menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi.
Datuk keluar dari perut kereta.

“Dia agak handal orangnya”, ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang berbuih. Polis angkat rifle
dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai.

“Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair”, kata Datuk.

Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air tempat
dia terjun tetap berbuih.

Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi memakan masa sedikit. Datuk
meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak.
Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di lambung ke atas.

Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, kemudian air itu disemburkan
ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih‐buih, kemudian tempat
ketua pukau terjun itu berpusing‐pusing menjadi semacam lubuk.

Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi
tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih.

Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil tengkorak tersebut.

Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan bagaikan
kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk.

Datuk cepat‐cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki, dan
secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua
pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk muntah darah.

Seluruh badan datuk menjadi biru.

Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua
pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya
menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk membuka
tangannya perlahan‐Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya
bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang dibuang.

“Campakkan ke air”, kata Datuk.

Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas.
Cepat‐cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia

[135]
bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam‐kabut.
Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ.
Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua
pukau ke Balai Polis Kampar.

“Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan
untuk datuk saya”.

“Saya cuba,” itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya
merawat datuk mengikut arahan‐arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu Ialang
dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang
sedang melepaskan penat di situ.

“Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun‐daun
itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan.
Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari Datuk, saya
lihat dia boleh bangun.

Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam
macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia
bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat
situ.

“Badan aku terasa bisa‐bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya sambil meraba batang
pokok di belakangnya.

“Apa yang mesti saya buat tok?”

“Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah”

“Tapi kita harus berikhtiar”

“Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini”

“Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?”

Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut
kaki datuk.

“Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia
merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan
kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah”

Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.

[136]
Saya perhatikan dalam saat‐saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan
hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung
ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.

Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi
suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan
yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari
keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.

“Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.

“Maksudnya?”

”Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali
supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun
setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas memberitahu
saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak
mahu meneruskan kerjanya.

“Apa yang mesti saya buat?”, tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat Jali
yang duduk di sebelah saya.

“Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?”, Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang
berketurunan Pakistan tersenyum.

“Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya”

“Sebab?”

“Doktor nak tanya sikit”, beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk kedalam bilik. Doktor Melayu yang
berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali duduk.

“Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan
keyakinan saya pada ilmu batin”, ujar doktor itu sambil menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan
namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di
Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.

“Saya kurang faham dengan cakap tuan” , suara Mat Jali tenang.

“Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu
tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya
panggil awak”

“Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besii. Suruh dia buka”, doktor itu merenung muka saya.
Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk. Saya
membisikan ke telinganya:

[137]
“Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk.”

“Buka apa?”, sergah datuk pada saya.

“Tahan besi.”

”Tahan besi?”, ulang datuk.

“Ya tok.”

Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah‐olah dari sinar matanya
terucap perkataan ini: “Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”

Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat‐kumit membaca sesuatu. Kemudian dia
suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri.

Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di
perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai,
lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.

“Sudah”, pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan
suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari
sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah
Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan

Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira‐kira dua tahun yang lalu, ketika membawa
isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk.

Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun‐
tahun itu di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu
Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari
gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk
beransur pulih dan sihat.

Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga
menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu
mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga
mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung
dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya.

Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya.
Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak
perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri. Salah
seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam
jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua
orang isteri.

[138]
Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd
Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk
memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu
tidak berat, datuk bersedia menolongnya.

“Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus”, jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan
menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.

“Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar
untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal”, jawap datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan
satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk.

“Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja”, nada suara
jutawan itu mula menurun.

“Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim”, tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala.

“Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?”, Mohd Zain memotong percakapan. Datuk urut
pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.

“Saya terpaksa pergi ke sana setidak‐tidaknya tiga senja saya mesti ke sana”

“Kalau begitu duduk saja dirumah saya”

“Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya kerumah Tok Kaya”

“Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok Kaya (jutawan) sambil
tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke
keretanya di tepi jalan besar.

Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang
terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.

“Buat apa ke sana pak?” tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.

“Nak cari buluh tumpat.”

“Buat apa?”, sahut Mohd Zain.

”Untuk menolong Tok Kaya”, jawap datuk.

Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan
Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan
datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di
Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu
kaki.

[139]
Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak ada
kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan
pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk.

Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain
meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih
padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya. Saya dengar
datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya
baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.

“Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik”, itulah yang
dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya lidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya
terlena.

Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda‐tanda yang menunjukkan datuk akan
melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang
tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu memang
tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkor saya.

“Kau sudah mula mengenali perangai aku”, katanya menyindir ketika saya mengaambil air sembahyang
bersamanya.

“Belajar dari pengalaman”, balas saya.

“Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.

Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan
mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk
membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci yang harus saya
baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.

Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak
dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan.
Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung atau darah tinggi.

Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke
kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami di
sambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang bersama anak
dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub
Naim.

“Saya balik dulu pak”, Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera kereta dan keluar dari
kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari
timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan
cantik dalam bentuk yang tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim

[140]
orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah
lebih dari seratus tahun usianya.

Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau
keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk
merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu
saja. Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan dan
keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh
menegakkan bulu roma sesiapa saja.

Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut
meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang
sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja. Saya dan datuk di
tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan empat
tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung.

Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah‐olah berada jauh
dari dunia nyata. Seakan‐akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya lapurkan
perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pendapat berhubung
dengan perkara itu. Ketika bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi
rumah besar itu tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan membaca
sesuatu.

“Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan ikut
perintahnya.

“Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu dengan
kayu.

“Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan
macam tadi juga”

Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan
golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.

“Cukuplah tu, agak‐agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni
berpagar”, datuk bercakap seorang diri. Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya
Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.

“Macam mana, sudah selesai?”, iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.

“Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh”, balas datuk. Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu
datuk, makan minum datuk dan saya akan di hantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan
yang sungguh istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa.

[141]
Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air
sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan zikimya. Saya keluar dari bilik mundar‐mandir ruang
tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang
gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya terletak
sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.

“Kenapa, macam kena kejar syaitan.”

“Ada puteri raja di sini tok”

“Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus”, datuk
memberi amaran dengan nada suara yang marah. Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk
sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil
kuno. Tiba‐tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.

Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang
kebesaran di tengah tanjak, serta padang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik
saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim
boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah menjadi
penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.

“Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat
datang”, katanya dengan berketawa pada Datuk.

“Orang lelaki itu siapa?”, soal saya.

“Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan
mengganggu”, jawabnya.

Ternyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang
pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang
Isyak. Lepas itu saya tidur.

Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan
Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya
dijemput duduk dua malam lagi dirumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih semangat
rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara‐perkara
aneh bila dia membuat kira‐kira pemiagaan di bilik khasnya. Kadang‐kadang dia terasa ada mahkluk lain
di rumahnya. Pemah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah
berada di atas katil disampang isterinya. Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.

“Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan”, adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang
tamu bawah. “Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga”, tambahnya sambil menyatakan
keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd
Zain kepadanya.

[142]
“Saya cuma boleh menolong saya”, kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum.
Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua‐dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan
halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari
universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah
dengan ruang atas.

Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya
akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa
ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian
atas.

“Itu jeritan Norlin”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

Kamipun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi
Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti.
Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat benar.

“Ada apa Norlin?”, tanya Tok Kaya Sendi Diraja.

Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat
menjerit di dahan pokok kekabu.

“Ada apa nak?”, soal isterinya pula.

Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak‐
gerak dengan hebatnya.

“Ada apa Norlin? Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia
menangis di atas dada ibunya semahu‐mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak
perempuannya dengan penuh kasih sayang.

“Kau nampak manusia di sini”, Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada
Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian
duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah
keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.

Kira‐kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno.
Saya tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk
mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan‐dahan kayu bergoyang keras.
Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing
berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.

Tiba‐tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah
orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian
keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar‐samar masuk

[143]
kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu
kenapa badan saya berpeluh.

Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang
macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba‐
tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.

“Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.

“Kenapa?”, soal datuk.

“Berjalan dan menari sendirian”

“Allah”, keluh datuk.

Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik
orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin
mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua
belas kali.

Hujan kian menjadi ‐jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing
beratus‐ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang
menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku‐buku bacaan Norlin ada yang terbuka
dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di
sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.

Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh‐peluh halus membintit di kening. Seolah‐olah Norlin
berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia
tersenyum.

“Norlin, Norlin emak ada di sini”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin
yang matanya terbeliak.

“Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!” jeritnya sekuat hati.

“Siapa dia nak? Cakap dengan saya”, rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke
kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.

Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan cemas itu. Dari
wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.

"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk dengan nada suara yang
cukup lembut.

"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus menghentak‐hentakkan kaki ke
lantai sambil meronta‐ronta. Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu
apa yang harus di buatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang

[144]
tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang
menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:

"Apa yang dah jadi Norlin?"

"Saya takut makcik", suara Norlin terketar‐ketar. Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim
bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca
ayat‐ayat suci, tiba‐tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.

"Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada
suaminya:

"Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing‐pusing di hadapan Tok Kaya
Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk.

"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi
terhadap keluarga Tok Kaya", tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi
Diraja. Pak Ayub terus menyambung:

"Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan.

Isteri Pak Ayub Naim secara tiba‐tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.

"Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi
korban", nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan
sesama sendiri.

"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”, kata isteri Tok Kaya Sendi
Diraja.

"Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak
mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya
Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.

"Baik", tiba‐tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.

Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk putih.

"Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di
hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih.

"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Perintah datuk
segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat
Norlin lemah dan terus terlena.

Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak
Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang

[145]
panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh
keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.

"Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati,
kita akan berjaya”, ujar datuk.

"Saya faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja.

"Mencuba apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.

Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu
pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin. Menurut datuk Norlin demam kerana lemah
semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat
beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik
Norlin.

"Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi
Diraja.

”Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya

Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul‐betul di tengah pintu bilik. Dia
memusingkan badannya dari kiri ke kanan.

Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk
pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin. Tiba‐tiba wajah Norlin berubah
menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu dengan wajah
yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin. Mulut datuk
terus terkumat‐kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk‐anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya
terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras
kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.

Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan muram, malah ada
beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi
Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai
gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah
tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan.

"Jangan”

"Kenapa?"

"Barangkali dia mahu menguji kita"

[146]
"Apa yang patut kita lakukan?"

"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja.
Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja
membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya
macam dihempas oleh tangan manusia.

Gegarannya menjatuhkan botol‐botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula
tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit
rumah. Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah‐olah berada di dunia lain.

Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.

"Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk.

Datukpun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:

"Memang ada yang mengacaunya."

"Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?"

Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit itu.
Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan
beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang
dilakukan.

"Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri."

"Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?"

"Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi
Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas
katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya
menghampirinya.

"Ada apa tok?"

"Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung
wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain‐lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis”, beritahu datuk
pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air
bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.

Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya. Tiga
kuntum buang yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di

[147]
tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam
rumah bertambah suram.

Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh kami
menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan
matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat‐kamit membaca sesuatu. Nafasnya
kian kencang. Wajah datuk berkerut.

Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut‐turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang
dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan‐lahan dan
merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam
oleh datuk.

"'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk.

"Bila?", soal saya tidak sabar.

"Malam ini, kira‐kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok
Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.

"Dimana?"

"Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan ada sesuatu kuasa
ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba‐tiba. Dia nampak sihat dan melangkah
dengan tenang di hadapan datuk.

"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”, datuk memberitahu isteri Tok
Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik
Norlin.

"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut”, beritahu datuk pada
Tok Kaya Sendi Diraja.

"Silakan."

"Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."

"Mesti”, datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.

Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak Ayub
Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga
yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.

"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan.

Pak Ayub Naim tersenyum.

[148]
"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."

"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita
berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang
lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu.

Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu. Arah ke selatan
terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung
dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.

Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila
angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan
tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar
warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh‐tumbuhan bertukar menjadi hitam
sekata.

"Siapa yang tanam pokok‐pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang sudah
beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.

"Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan penuh."

"Buat apa dia ke sini?"

"Itu saya kurang periksa pula."

Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim
itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya.

Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing? Apakah
pokok‐pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup
sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu.

Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi
jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di
tepi sungai.

Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas menunaikan
fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja.

Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang
di bawa oleh Pak Ayub Naim.

"Kenapa?"

"Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim"

"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?"

[149]
"Boleh, apa salahnya”

Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita
tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi
Diraja pemah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.

Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bunga‐
bungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah
maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi
Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana.

Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya Sendi
Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas tikar
mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.

Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga batang liIin
sahaja yang di pasang menjadikan suasana agak samar‐samar. Datuk pun duduk lurus‐Iurus.

Mulut datuk terkumat‐kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu
petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba‐tiba terdengar sayup‐
sayup suara lolongan anjing.

Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing. Udara mendadak
sahaja menjadi sejuk. Apa terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba‐tiba bangun
lalu memandang wajah ibunya.

"Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang”, ujar datuk perlahan‐lahan tetapi cukup tegas. Apa yang
dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan, secara perlahan‐lahan muncul semacam gumpalan
kabus, bergulung‐gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan‐Iahan.

Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat begitu juga
dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi terapung‐apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang
bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke muka Norlin.

"Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk.

"Saya belum ada nama”, jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari
satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk terus merenung ke arah bayi itu.

"Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk.

Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu.

"Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi.

"Tidak”, terdengar suara gema yang agak jauh.

[150]
"Kenapa kau ganggu Norlin?"

"Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja"

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan‐tahan. Datuk memberi
isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertentang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada
Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.

"Apa fasal kau mahu menemui ibumu?"

"Saya minta di pertanggungjawabkan"

"Maksudmu aku faham"

"Kenapa saya dibunuh?"

"Jadi ibumu telah membunuhmu?"

"Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya di keluarkan dari rahim
secara paksa"

Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup‐sayup dan
amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada
api lilin dihadapannya di padamkan.

"Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"

"Bukan itu maksud saya"

"Jadi apa tujuan mu yang sebenar?"

"Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga"

"Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah mengakui
kau sebagai keluarga mereka”,ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi
Diraja dan isteri serta‐merta anggukkan kepala. Datuk mengigit bibir lalu bertanya:

"Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?"

Bayi itu kelihatan berpusing‐pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan‐akan ketawa menghadapi ke
arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan.
Walaupun begitu api lilin yang tidak jadi padam.

"Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi jalan kemewahan pada
keturunan ayah dan ibuku. Dan merekalah yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar."
Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.

[151]
"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah jangan
ganggu kakakmu Norlin”, datuk terus bersuara.

"Aku mahu bersalam dengan mereka”,minta bayi itu.

"Silakan”

Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan bayi
itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang mengenai jari‐jemari mereka. Seperti waktu mula
muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis, dan akhimya terus
menghilang.

Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu. Dengan nada suara
yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk bersuara:

“Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami"

Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja yang
jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

”Saya tak tahu masa bila dia pengsan”, kata Tok Kaya Sendi Diraja.

"Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik”, balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang panjang dua
belas.

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya merenung mata
datuk.

"Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh nafsu?", tanya datuk pada
isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu.

"Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?"

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.

"Kenapa kau berlaku sekejam itu?"

"Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian terjadi
perkara yang tidak baik, saya terus diam dibahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh bulan, saya
dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang doktor swasta di
Kuala Kangsar"

Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya mengakui apa yang dikatakan
oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Awak berdua sudah melakukan dosa”, ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. Isteri dan suami
berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat

[152]
keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia baru sedar,
bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya.

"Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang
sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu berdua”, tambah
datuk.

Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang. Saya tidak
tahu apa yang mereka bicarakan. Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja
pintu bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di
hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.

"Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap”, kata datuk pada lembaga itu yang bergerak ke
kanan sambil tersenyum dan terus hilang.

Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun
menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu
akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk
terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.

"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita
sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa
menunggu kita menemui ajal”

Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya
Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila
melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk
pulang ke kampung. Mendengar kata‐kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.

"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja.

Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah‐merahan dari anjung rumah.

”Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya”

”Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya”

"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua”

Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak
tangannya menekan jenang tingkap.

"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata Tok
Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk.

Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.

[153]
"Apa lagi yang mahu saya tolong?”

”Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"

"Maksud Tok Kaya?”

"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya"

Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok‐pokok pisang di dada jalanraya Ipoh‐Kuala
Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan.

Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya
Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan
aman.

"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"

"Menghalau penunggu rumah ini"

"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu
turun temurun memang payah”

"Sebabnya?"

"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya"

Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan
matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam
dada Tok Kaya Sendi Diraja.

Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di
minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.

"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.

Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja
mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing
yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang
urat.

Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan
diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.

Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu
menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara:

"Bawa perasap itu ke tengah ruang”

[154]
Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di
situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi
Diraja.

"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.

"Di tengah rumah"

Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk
kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya
lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke
arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata:

"Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"

Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru‐biruan.

"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas datuk.

"Saya tak tahu"

"Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun
tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya
patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka
sudahpun berada dekat saya.

"Duduk”, kata datuk.

Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja
duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan
dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan
kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya
rasa seolah‐olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari
tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri
itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah
Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:

"Ada tanda kejayaannya”

Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat
berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar
menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan
berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu
permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.

[155]
Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri
turut menyaksikan upacara kecil itu.

"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”, ujar datuk dengan
tenang.

"Maksud awak?"

"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal‐usulnya dan petua bagai
mana mahu menghalaunya”

"Saya mahu tengok"

"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan
begitulah sebaiknya"

Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi
Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.

"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.

Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang
berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang‐barang di
atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja‐raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton
dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan
seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga
menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah
supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik.

Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi
kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk
pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar
menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk
kedengaran sayup‐sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu
berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap
didengar. Datuk berdiri dekat pintu.

Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam
kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya
tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak
dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar‐samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan
begitu di panggil celah‐celah tanah.

Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan
menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang

[156]
kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan
tersimpuh seorang puteri.

"Apa hajat?", terdengar suara parau.

"Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.

"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan
tuan punya rumah asal"

"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”

”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"

"Maksud tuan hamba?"

"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di
sini, sama‐sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk"

ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan
duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu
berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan
terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.

Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya
membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi
masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.

Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya
membaca kitab‐kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum‐hukum agama Islam. Lebih kurang
pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.

Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya
Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut.
Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu
masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang
berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.

Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu‐kayu itu dari sebuah
istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu‐kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di
pelabuhan Bagan Datuk.

Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari
Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu‐kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat
Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh
puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi

[157]
Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan
untuk kerja‐kerja melombong bijih timah.

"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?”, tanya
datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

"Sayang, itu rumah pusaka"

"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati‐hati jangan membuat kerja yang tak baik.
Tiap‐tiap malam Jumaat panggil orang‐orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia
sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"

"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil
tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal
dengan peristiwa yang terjadi.

Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu
meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima
ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang
tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.

Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan
Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru‐guru pelatih perempuan yang gagaI ke

Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh masyarakat
setempat sebagai pusat latihan guru‐guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah
dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan
mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang
sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.

Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk
pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru‐guru pelatih perempuan yang tinggal di situ.
Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah
ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang
Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu
juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan
dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.

Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di
England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira‐kira 60 km dari London.

Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja
meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok

[158]
Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap
berhampiran jalan besar Ipoh‐Kuala Kangsar).

Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek
yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari‐hari di atas
katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih
banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan
dilupakannya sarna sekali.

Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan
membawa ubat‐ubat dari akar kayu, ternyata ubat‐ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada
datuk. Saya dan cucu‐cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan
dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah sakit
biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.

"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”,
keluh datuk pada suatu petang.

"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.

Datuk ketawa terkekeh. Secara terang‐terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu
pertanyaan yang bodoh.

"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna
sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk.

Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu
dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa
berdekah‐dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu
terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya
untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah
dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara‐cara
sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas
menunaikan sembahyang fardhu.

"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap‐tiap malam Jumaat,
eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih
terpahat dalam hati kecil saya.

Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira‐kira pukul sembilan dia mengajak saya
pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya
tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan
itu memang tidak menarik minat saya.

[159]
"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”,
begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.

"Sekarang kita pergi Tok?"

"Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya.

Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian
saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira‐kira empat puluh
minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar‐mandir dalam
pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk.
Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu
mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.

Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi
kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu
tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda
arus sungai yang deras.

"Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.

"Malas nak pindah"

"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.

Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk
merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua‐dua biji
mata kawannya lama‐lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.

"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada
suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah‐merahan menahan rasa malu.
Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi. Dan kawannya
anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.

"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja‐kerja
menolong orang bukan?"

"Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."

"Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.

Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah
warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju
ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang
bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa

[160]
lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi‐mimpi yang buruk dan
menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.

"Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara menurun.

Wajah kawannya itu direnungnya tepat‐tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya.

"Kau aku harapkan menolong dalam hal ini"

"Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada
kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan
sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.

"Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu datuk pada kawannya.

Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda
perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh
yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di
situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja‐kerja yang bertentangan
hukum agama.

"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”, pendek saja datuk memberi
tahu saya.

Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah
perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja‐kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.

"Orang perempuan atau lelaki tok?"

"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri”,
beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya.
Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik
dari bercerita.

"Kau ikut aku ke sana"

Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

[161]