Anda di halaman 1dari 18

TAJUK : KUIH BAKUL LIMAU

MANDARIN

OBJEKTIF :

Pada akhir pelajaran,


murid-murid dapat:
1.Menceritakan sinopsis cerpen
2.Mengenal pasti , tema dan tiga persoalan dalam prosa tradisional
3.Melengkapkan Lembaran Kerja CHATT
TEMA

Kasih sayang keluarga  yang kembali terjalin.


Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng
berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah
mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN

  Kepercayaan pada perkara khurafat


Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng
membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.
ii.    Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng
kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala
kesedihannya.
iii.   Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang
perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv.   Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng
setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.
PLOT
i.      Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita
kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.

ii.    Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim
Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim
Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu
memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi  meminta maaf kepada Lim
Meng.

iii.   Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih
ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv.   Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim
Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka
membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.
TEKNIK PENCERITAAN
i.      Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiranLim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk menyambut
perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

ii.   
Imbas Kembali
Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri daripada
orang yang menuntut hutang.

iii.  
Imbas Muka
Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.

iv.  
Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak dibeli untuk
menyambut perayaan.

v.   
Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun sampai bila?

vi.  
Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar dengan darah.
WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama
Sim Pau
i.      Isteri kepada Lim Pooi
ii.    Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii.   Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca
sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.
iv.   Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim  Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang
tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.
v.    Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata
Lim Pooi  yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.
Watak Lim Pooi

i.      Suami kepada Sim Pau.


ii.    Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii.   Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv.   Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan
pembunuh Lim Foong.
v.    Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi.   Peniaga yang tamak
Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada
harga yang mahal.
vii.  Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang
di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.
Watak Lim Meng

i.      Anak bongsu daripada dua beradik.


ii.    Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong
daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.
iii.   Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila
Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng
ialah pembunuh Lim Foong.
iv.   Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku
kejam kepadanya.
Watak Lim Foong

i.      Anak sulung daripada dua beradik.


ii.    Anak kesayangan Lim Pooi.
iii.   Suka berjudi.
iv.   Mati lemas.
Watak Sudin

i.      Penduduk kampung


ii.    Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim
Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa
memandang bangsa.
LATAR

Latar Masa
i.      Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim
Pau dan Lim Pooi bertengkar.

ii.    Sehari sebelum Tahun Baru Cina


Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii.   Tiga hari


Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa
menunggu kepulangan Lim Meng.
Latar Tempat


i.      Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

ii.    Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

iii.   Stor di belakang kedai


Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai
untuk menjualnya pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.
Latar Masyarakat

1.    Masyarakat yang berdendam.


Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya
ialah pembunuh Lim Foong.

2.    Masyarakat yang menginsafi kesalahan.


Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk
terhadap Lim Meng.

3.    Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.


Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila
suamianya menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.
GAYA BAHASA
i.      Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii.    Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii.   Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”

iv.   Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja
diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

v.    Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi.   Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii.  Bahasa perbualan


Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung semuanya kompelin.
NILAI

i.      Nilai keberanian


Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa
Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.
ii.    Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim
Meng daripada lemas.
iii.   Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong
yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.
PENGAJARAN

i.      Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang


tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang
menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii.    Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang
kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii.   Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh
orang yang menagih hutang.
Apakah Maksud Lembaran CHATT
Contoh Lembaran Kerja CHATT

Anda mungkin juga menyukai