Anda di halaman 1dari 6

Kuih Bakul Limau Mandarin

Penulis : Pendidik Malaysia on Thursday, May 14, 2015 | 6:42 PM


Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd. Helmi Ahmad)
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon
daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak
disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki
mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang
suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-
galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya.
Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan
terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

TEMA
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah
keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

PERSOALAN
i. Kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang
kepada keluarga dan perniagaannya.
ii. Keegoan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar
yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah
mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

PLOT

i. Permulaan/Eksposisi
Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang
beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi
tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

ii. Perkembangan
Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa
keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar.
Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar
kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada
Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.

iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun
dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam.
Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk
bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh
gembira.

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat
persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat
sebarang persiapan.

ii. Imbas Kembali


Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas
ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii. Imbas Muka


Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun
Baru Cina kelak.

iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-
barang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v. Monolog Dalaman
Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-
kata Lim Pooi namun sampai bila?

vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang
darah mesti dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Sim Pau
i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar
kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.
iv. Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu
menerima kehadiran Lim Meng.
v. Mudah terasa / sensitif
Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi
yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi
i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.
iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa
malang dan pembunuh Lim Foong.
v. Ego
Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi. Peniaga yang tamak


Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya
dijual pada harga yang mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang
mencuri wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya
lalu insaf.
Lim Meng
i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab
Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas
sebaliknya dia pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi
mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong
i. Anak sulung daripada dua beradik.
ii. Anak kesayangan Lim Pooi.
iii. Suka berjudi.
iv. Mati lemas.

Sudin
i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas
Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan
ikhlas tanpa memandang bangsa.

LATAR
Latar Masa
i. Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina
Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan
Lim Pooi bertengkar.

ii. Sehari sebelum Tahun Baru Cina


Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.

iii. Tiga hari


Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu
kepulangan Lim Meng.

Latar Tempat
i. Dapur
Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.
ii. Kedai
Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

iii. Stor di belakang kedai


Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya
pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berdendam.
Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah
pembunuh Lim Foong.

2. Masyarakat yang menginsafi kesalahan.


Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim
Meng.

3. Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.


Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya
menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.

GAYA BAHASA
i. Simpulan bahasa
Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.
Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii. Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

iii. Sinkof/sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”

iv. Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-
lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan
gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada
ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
v. Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang
bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.

vii. Bahasa perbualan


Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung
semuanya kompelin.

NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak
bersalah atas kematian Lim Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar
kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARAN

i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul


periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya
menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di
kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang
menagih hutang.

Anda mungkin juga menyukai